Latest!

Tahukah Anda? (20 Fakta)

Hasil mencuri dari Wiki, enjoy~

1. Jepun tidak menerima sepenuhnya kereta kebal kerana ia tidak memiliki tradisi tentera berkuda seperti negara lain yang membangunkan kereta kebal. (Wira yang kebal selalu terdapat di Jepun)

2.  Lastik juga digunakan sebagai senjata tentera, terutamanya oleh tentera gerila. (Angry Birds pun guna lastik jugak kalau nak lawan musuh)




3. Dalam perancangan bandar, jalan mati dibina bagi mengehadkan lalu lintas di kawasan kediaman. (Jalan mati mesti tak ada tol kan?)

4. Lebah Tukang tidak menyengat. (Habis tu bergusti? Ke beliau ni kerja menukang kebun?)

5. Apa-apa tumbuhan boleh dikelaskan sebagai rumpai sekiranya tumbuh di tempat yang tidak dikehendaki atau merosakkan pemandangan tempat tersebut. (Lepas ni gelarkan 'manusia rumpai' khas untuk manusia yang rosak sifatnya)

6. Bentuk hati suatu ketika dulu digunakan sebagai lambang kecerdasan manusia. (Bentuk Spade, Diamond dan Club pula digunakan sebagai lambang kecergasan manusia)

7. Keytar merupakan sejenis alat muzik papan nada mudah alih ringan yang disokong oleh tali yang disandangkan pada leher dan bahu. (Keytar ni kacukan keyboard dan guitar, sebab tu beliau handsome)

8. Sistem penyalaan bunga api paling ringkas ialah dengan menggunakan magnet. (Please, don't try this at home)

9. Terdapat beribu-ribu penyakit yang telah dikategorikan sebagai penyakit jarang jumpa, kebanyakannya diakibatkan oleh genetik. (Lepas ni pergilah jumpa doktor tiap-tiap hari, mesti doktor cakap "I dah selalu jumpa penyakit macam ni, esok jangan datang lagi")

10.  Burung Kenari dinamakan bersempena Kepulauan Canary, tempat asalnya. (Aku lahir dekat Cheras, tapi nama aku bukan Cheras)

11. Lazimnya, kipas siling berputar pada arah lawan jam untuk menolak udara sejuk turun ke bawah. (Kipas elektrik pula berputar ikut arah jam untuk menolak udara sejuk ke depan. Kipas tangan?)

12. Tom yam memiliki ciri-ciri perasa pedas dan masam yang nyata, dengan penggunaan banyak herba wangi. (Siapa yang tak cukup bahan herba wangi boleh cuba letak minyak wangi)

13. Khinzir dipilih sebagai musuh dalam Angry Birds kerana wabak influenza babi merupakan berita hangat ketika permainan itu dibangunkan. (Burung pun tahu marah kat khinzir ⁿ_ⁿ )

14.  Gas pemedih mata sebenarnya bukan gas, tetapi sejenis serbuk asid yang amat halus. (Kalau ada penjahat yang kacau korang, baling je dengan tong gas)

15. Tanda dakwat kekal akan hilang apabila sel kulit lama mati dan digantikan dengan sel baru. (Teringat masa kecik dulu suka sangat conteng badan sampai kena marah dengan mak)

16. Di Malaysia, "Peraturan 12 Saat" diamalkan sebagai cara memotong kenderaan hadapan yang betul. (00.0012 saat sahaja digunakan untuk memotong kenderaan hadapan dengan cara tak betul)

17. Permainan video aksi menguji penyelarasan koordinasi antara tangan dan mata dan masa tindak balas pemain. (SAYA SETUJU!)

18. Mengikut legenda, Batu Belah Batu Bertangkup telah menelan ramai manusia yang memuja-mujanya untuk dimakan dan ditelan. (Kalau batu belah tak dapat makan manusia yang diingini mesti beliau akan cakap "Manusia Belah Manusia Bertangkup, kau makanlah aku)

19. Komputer dan kamera video digital juga kini digunakan sebagai peralatan dalam animasi tradisional. (Lepas ni mesti ada Wayang Kulit 3D tak pun Wayang Kulit Hologram)

20. Polo terkenal dengan gelaran "Sukan Para Raja" (Apollo terkenal sebab roket ke makanan?)

(P/S: Dalam kurungan kat atas tu semua aku tokok tambah sendiri.)


Mulut besar macam Pac Man, Kalau sudi silalah komen :D

Comments
1 Comments

1 comment:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Iha Zaliza © 2010-2017