Latest!

Ohh Yeke: Ringgit Malaysia tiru Hell Money?

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..

Mesti korang semua dah tengok dan tau kan rupa duit kertas Ringgit Malaysia yang terbaru sekarang? Haaa kelas ko Jah, warna terang-benderang tuuu.. memang happy go lucky jugaklah colournya tapi baru-baru ni cerita tak best dah mula tersebar dan mendakwa bahawa Malaysia telah meniru rupa duit kertas Hell Money yang berasal dari China. Paling banyak laman web dan laman sosial yang tersebar khabar angin ni sah-sah dari Facebook dulu. Mana yang masih belum tengok lagi persamaannya, jom skodeng gambar kat bawah ni.




Memang nampak SEJIBIK kan? Sesiapa yang tengok pun mesti rasa Malaysia meniru diorang..

CHOPP!!! Baca sampai habis. Sebenarnya kan, ada penjelasan menarik yang ingin dikongsi bersama.. ∩_∩

Menurut laporan Melvister.com, duit Cina yang lebih dikenali sebagai Hell Money itu telah meniru rekaan wang kertas Malaysia yang terbaru setelah rekaan tersebut dipaparkan di dada-dada akhbar dan internet pada akhir tahun 2011. Rekaan wang kertas baru Malaysia itu juga telah pun direka sejak tahun 2005 lagi. 

Oleh yang demikian, kemungkinan besar bahawa rekaan duit tersebut telah ditiru oleh syarikat yang mengeluarkan duit cina atau Hell Money terbabit untuk dibakar pada keraian kematian kaum Cina.



Harap² kisah ni benar dan bukan sekadar manipulasi. Kalau betul salah satu diantara dua negara tu meniru pun apa salahnya, warna je sama.. saiz, nilai, kualiti, dan rupa tak sama kan?


Akhir kata, majulah matawang untuk negara! :P

Sumber: Sini


Mulut besar macam Pac Man, Kalau sudi silalah komen :D

Comments
0 Comments

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Iha Zaliza © 2010-2017