Latest!

Software: Funny Photo Maker v1.00

Assalamualaikum/Salam Sejahtera....

BARU hari ni idea aku muncul untuk buat entry macam ni. Mula-mula ingat nak buat subjek ni dalam Turtle Real (err, also known as Tutorial) tapi macam tak sesuai la pulak kan. Nanti aku akan buat menu tab yang baru kat atas tu KHAS untuk Software.



Petang tadi sebenarnya aku nak cari software untuk photo and video maker (2 software yang berbeza bukan 2 in 1). Nawaitu asal nak buat kerja-kerja yang menggunakan software ala-ala video maker ni. Photo pulak sekadar nak menambah ilmu pengetahuan macam mana nak godam picture tu jadi black n white colour but just for certain area. Tu la, kalau dah sifat ego sangat mengalahkan keegoan Mak Jemah (bukan nama sebenar) kena la belajar sendiri. Boleh je aku tanya kawan-kawan cara nak edit gambar tapi EGOIS le katakan.

Dalam banyak-banyak software yang aku tengok, aku macam TERtarik kat satu menatang ni. Nama dia dah sah-sah la nama yang aku letak kat entry ni - Funny Photo Maker version1.00. Perkataan funny tu yang buat aku rasa nak download. Apa ke benda yang funnynya?

Rupanya baru aku faham, Funny Photo Maker (FPM) best guna untuk pedajal orang jugak ni. Hehehe.. FPM ada 3 jenis tempat untuk mengedit gambar. Untuk permulaan dia bagi 2 ekor aweks cun dulu dan kalau korang rasa nak termuntah tengok keseksian diorang ni (aku tak rasa orang lelaki tak suka tengok awek contoh tu) korang boleh upload gambar korang sendiri or gambar sesiapa sahaja.


1. Ni tempat 'Frames', cool kan? Ada banyak lagi pilihan yang korang boleh pilih kat tepi tu.



2. Ni pulak tempat yang paling aku suka sekali iaitu 'Face Fun'. Serius aku gelak masa test satu-satu pic ni. Boleh digunakan untuk pedajal orang especially for ex-bf / gf lepas tu upload pic ni kat Facebook and tag kat ex korang. Itupun kalau belum unfriend lagi la (sambil gelak jahat). Kejam tak kejam.



3. Artistic ni function dia untuk mencantikkan gambar korang lagi. Aku paling suka yang ada salji ni. Rasa sejukkkk je memanjang~ (Pssstt, boleh nampak ke pic kalau salji je dah penuh macam ni?)

TERminat? TERtarik? TERgoda? TERpukau? TERsuka? Boleh klik kat SINI


Jangan risau, software ni yang jenis freeware tau. Bukan trial dan jenis yang kena bayar tu. Ni full version, so no worries ya. Nak tau lebih lanjut korang boleh baca kat link yang aku sediakan tu.

Next time aku akan tunjuk software yang berkaitan dengan photo maker jugak dan benda tu buat aku lagi histeria sebab aku dah jumpa apa yang aku nak, yippie! So, selamat mencuba dan menLUKENABEB buat korang! (Gelak jahat lagi)


Mulut besar macam Pac Man, Kalau sudi silalah komen :D

Comments
2 Comments

2 comments:

  1. tak pernah guna benda nie..seribupilihan tak reti nak guna..semua terer2 guna benda nie kan..lepas nie kena belajar la nak buat funny photo nie..:-)

    ReplyDelete
  2. akak suka guna picasa nak edit picture..movie maker mcm biasalah.. dah dlm format WLMP, akak guna wondershare untuk convert p AVI.. http://www.ninamaslizza.blogspot.ru/2012/12/make-your-very-own-video.html

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Iha Zaliza © 2010-2017