Latest!

Lifes: Tewas dengan K-Pop!

Assalamualaikum / Peace be upon you..

Kisah aku kali ni pasal K-Pop.

What, Iha Zaliza blogger entahpape tu minat K-Pop??? Dia tu dah buang habitat ke apa nak minat orang Korea tu? Dulu kemain lagi dia cakap 'K-pop? Not my taste...' sekarang baru dia sedar Korea dengan Boria tu dua perkara yang berbeza! ada yang tak kena dengan ayat ni...


Err, jap.. jap.. rasanya aku baru cakap "Kisah aku kali ni pasal K-pop.", ada aku cakap aku ni K-Popers ke?

Ish yelah².. so, apekehenya dengan K-Pop tu wahai makcik Iha si blogger entahpape?


Ok, ceritanya macam ni....

Pada suatu tengah hari sewaktu hujung minggu, aku berusaha menyiapkan kerja sekolah ditemani sebuah televisyen yang bising lagi memekak. dah tau bising siapa suruh bukak tv derr

Nak dijadikan cerita, aku yang tak berapa suka tengok tv pun mula TERtarik nak tengok tv lama². Orang tak nak buat kerja sekolah macam tu la, ada je cara nak mengelat. Wahh dah dewasa aku sekarang ya, mampu berfikir secara matang atas ke-ugly-an perangai sendiri.

Bukak tv sinin, bosan.. bukak tv sinun, bosan.. bukak tv sinetron, sinetron takde pulak hari ahad, aku pun bukak 8TV. Aku tak ingat apa nama rancangan tu, tapi yang pasti pasal artis K-Pop. Aku pun buat muka bosan masa tengok tu. Dah tu je rancangan yang aku boleh 'layan'.

•Sebab aku kata bosan: Ia merupakan perkara luar biasa bila seorang peminat Rock minat K-Pop. Harap maklum.

Kumpulan yang diorang tunjuk waktu tu ialah........

Bananana~ mesti ada yang rasa pelik siapa deme ni. Saja cari gambar ala² rockers style. Jap aku tunjuk lebih details..



Dah kenal kan? ∩∩

Memang aku tengok diorang dulu nak taknak je. Macam TERpaksa la kata orang. Tiba-tiba aku terfikir, agak-agak ramai tak yang kenal band ni sebab setahu aku la, selama ni orang dok sibuk mensen nama CN Blue, Super Junior, dan nama-nama fofular lain yang aku rasa korang lebih ingat dan hafal dari aku sendiri.

So aku rasa macam nak tau jugaklah lebih lanjut pasal FT Island ni. Aku kan suka pilih sesuatu yang jarang orang lain suka. Err agaknya la.. jadi aku ambik buku conteng sekolah aku lepas tu tulis nama kumpulan ni. Maklumlah takut salah, nanti TERtaip Thousand Islands (pizza) pulak.

Tak lama kemudian aku pinjam berukben (also known as Broadband) member akak aku. Aku try search nama band ni kat Youtube. Lagu pertama yang aku nampak ialah I Hope. Ala, lagu biasa² je bagi aku. TETAPI...


Muka si pemain gitar ni yang buat aku melekat nak tengok video ni lama²!! Seriously aku tak senang duduk. Bukan sebab dia cute (tak tau la muka cute tu ori ke tak), tapi muka dia 10,000% mengingatkan aku pada seseorang.

Seseorang yang boleh menyejukkan mata aku..
tapi dia dah tak ada..
dia dah pergi 'jauh'.. :)

Sejak dari tu, automatik aku ikut perkembangan Choi Jong Hun/Hoon (CJH) dan FT Island. Lagu terawal yang aku download lagu ni dengan Bad Woman.

Lepas tu dekat-dekat SPM aku layan lagu Hello-Hello pulak. Aku rasa band ni not bad. Dan aku mula minat kumpulan ni sebab secara jujurnya, aku tak rasa pun FT Island ni tersenarai dalam kategori K-Pop. Banyak jugak lagu rancak diorang. Lagi² vokal Lee Hong Ki bukan lembik. Tinggi woo.. gitar Jong Hun pun lain dari yang lain. Dua gandingan yang mantop. Diorang tak ada tarian macam K-Pop yang lain. Sesuai gelarkan diorang indie band jugak la.

Dan bila dah ada streamyx kat rumah, aku pun pergilah search image Jong Hun. Nak tau jugak sejauh mana 'serupa'nya muka dia dengan brother K yang aku maksudkan tu.

Terjah punya terjah punya selongkar punya siasat, rupanya kalau dia tukar gaya rambut, rupa dia akan berubah terus. aku rasa tu memang lumrah bagi setiap manusia kot Ni antaranya:

Sekali pandang ingat anak dara apek jual sayur. (Jangan marah ekk peminat beliau).

Walaupun nampak macam anak dara apek jual sayur, tapi she's he's so talented!
Aku suka lelaki rambut panjang rupanya. Noted.

Jawapan antara persamaan CJH dengan brother K sebenarnya adalah senyuman diorang. That's why I like him suddenly..

Extra: Gambar Choi Jong Hoon/Hun masa kecik. Tengok kening, mata, dengan mulut dah boleh cam..


Pernah jugak aku cuba dengar lagu K-Pop yang lain macam Super Junior dan Big Bang. Saja nak tau kenapa zaman sekarang ramai sangat yang minat dan nak jadi K-Popers. Tapi aku tak boleh, telinga aku tak boleh layan lagu-lagu diorang. Tak tau la kenapa.. ada sekali tu aku tertarik gila dekat satu lagu Korea ni, aku baru ingat telinga ni dah pandai nak layan lagu dari band orang lain, rupa²nya lagu yang aku TERtarik tu FT Island punya jugak.. -_-"

Sekian entry lifes aku yang agak panjang. Sangat tak sangka yang aku teringin nak kongsi kisah ni kat blog. Kalau aku rasa malu tahap Gaban + Kamen Rider, aku save as draft balik entry ni. :D


Mulut besar macam Pac Man, Kalau sudi silalah komen :D

Comments
9 Comments

9 comments:

  1. http://peaceder.blogspot.com/2012/08/peaceder-volkswagen-aqua-hovercraft.html.. FOLLOW ME BACK

    ReplyDelete
  2. Peminat k-pop rupanya... patut la...

    ReplyDelete
  3. @Farid bin Aspar tidakkkk.. aku tak suka k-pop sebenarnya.. -_-

    ReplyDelete
  4. haipp rbk..den terjah blog hang pulak..heheh..k-pop?? samalah..x gila sgt tapi lyn gak bbrp lagu yg sdp didengar...tapi jepun lagi best... .>,<. hahah

    ReplyDelete
  5. @Sarah Iman
    Trimas sbb terjah.. :D
    Tau takpe, same arr minat jepun gak.. sampai dulu siap hafal peta jepun sekali *berangan nak gi sana punya pasal.. haha..

    ReplyDelete
  6. waaaaahhh Afie mmg minat ssgt kt ft island nihhh.. hihh nice entry sesangat2..

    ReplyDelete
  7. Senang cite, semua kpop dina tak layan. memang telinga tak boleh blah. Tak sesuai rasenye kan?

    #peminat kpop sila jangan serang saya.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Iha Zaliza © 2010-2017