Latest!

Lifes: Tulisan Buruk dari Gadis Misteri

Assalamualaikum..




Aku tak tau ni kertas siapa sebab tulisan dia buruk bebenor..tangkap gambar pun tulisan tak nampak jelas jugak.. maksudnya buruk sangat lettew.. tapi yang pasti tulisan tersebut merupakan ucapan raya beliau kepada orang ramai.. dia nak post kat FB tapi ada problem pulak.. siapa yang dapat baca tulisan kat dua² gambar kat atas tu memang osem la.. kalau tak osem, baca kat bawah ni..

    "Assalamualaikum.. Salam Penghujung Ramadhan..

    Dengan sebuah buku diari dan sebatang pen peninggalan zaman sekolah, saya Nur Nabihah Bt. Mohd Fazali atau nama poyonya Remaja Berhati Kaca (nama kat FB), ingin memohon ampun dan maaf buat semua jiran² alam maya. Saya hanya manusia biasa yang mana sering melakukan kesilapan dalam hidup. Kalau tak pernah buat silap, kita takkan jadi seorang yang matang.

    Buat semua rakan RS, Penulisan2u, Blogger, dari Singapura, Brunei, dan Indonesia, maafkan saya sepanjang perkenalan. Maaf kalau saya tak pernah balas inbox, saya tak pernah balas komen, tak like page yang anda invite, tak pernah layan game yang anda suggest, dan tak pernah tegur anda pada waktu lapang. Percayalah bahawa saya tak pernah bersikap begitu. Peace~

    Maafkan saya juga bagi rakan² yang masih bersikap dingin dengan saya. Biarlah kita berbaik semula di bulan penuh kemaafan ini. Tetapi buat sahabat yang sudah saya buang dari Facebook, sesungguhnya saya tak mahu bermusuh dengan anda. Cuma itu adalah jalan 'yang' lebih baik untuk mengelakkan pergaduhan.."

Anak beruk potong kuku,
Potong kuku dengan buaya;
Kalau tersalah taip di Mukabuku,
Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin ya..

Siapa lagi orang tu kalau bukan aku, heheh.. maaf zahir batin!! (•‿•)


Mulut besar macam Pac Man, Kalau sudi silalah komen :D

Comments
0 Comments

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Iha Zaliza © 2010-2017