Latest!

Ohh Yeke: Kasut Crocs Merbahaya

Assalamualaikum/Salam sejahtera..

Kejadian yang pernah berlaku di The Gardens, Mid Valley City kira-kira 5 bulan lalu merupakan satu kemalangan ngeri dimana seorang kanak-kanak tersangkut kaki pada eskalator dan terpaksa dibawa ke hospital.

Pekerja pengurusan The Gardens dengan pantas bertindak untuk menelefon pihak bomba dan ambulans telah berjaya mengelakkan kemalangan tersebut menjadi semakin teruk.

Pihak Bomba dan keselamatan mengambil masa selama lebih kurang 30 minit untuk menyelamatkan kanak-kanak tersebut. Orang awam yang berada berhampiran turut membantu apabila diminta oleh pihak terbabit.

Punca kemalangan dipercayai kasut/selipar Crocs yang dipakai kanak-kanak tersebut, ditarik masuk kedalam eskalator. Sebelum ini, telah berlaku banyak kes yang melibatkan Crocs dan eskalator.



Dipercayai struktur getah lembut pada Crocs, menjadikan ianya mudah ditarik masuk oleh eskalator. Mudah untuk dikatakan, pemakaian Crocs agak bahaya dipakai mereka yang cuai.

P/s: Bukan kasut Crocs je, semua jenis kasut pun korang tetap kena berhati-hati jugak.


Mulut besar macam Pac Man, Kalau sudi silalah komen :D

Comments
1 Comments

1 comment:

  1. betul2 bahaya nie..rasanya kain skirt labuh yg perempuan pakai pon kena berhati2..masa nak naik tangga tu kena angkat skit..jgn bagi tersepi kat eskalator tu sudah..nanti telanjang anda..huhu

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Iha Zaliza © 2010-2017