Latest!

Sejarah: Cerita yang Tiada dalam Buku Teks Sejarah Sekolah

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Serius aku dah mula rasa malas nak update blog sekarang. Mana tak malazzz, kalau nak taip pun 20% je boleh nampak sebab 80% lagi skrin dah rosak. Saje la tu nak suruh aku hantar kedai guna duit raya sendiri.. -_-

Masa syok blogwalking, TERnampak la pulak satu entri tentang movie ni:

Filem 'Marai no Tora' lakonan Koji Nakata sebagai watak Yutaka Tani.

Apalah agaknya yang menarik perhatian aku untuk kongsikan cerita ni ek? Saja je aku nak kongsi serba-serbi-serbu sedikit sejarah dengan korang. Tak salah kan nak berkongsi, aku pun bukan pandai sejarah walaupun aku minat subjek ni dulu..

Sebenarnya kan, maksud Marai no Tora tu bermaksud Harimau Malaya. Filem ini berdasarkan kisah benar perjuangan Yutaka Tani di Malaya. Filem tersebut diterbitkan pada tahun 1943 bagi mengenang jasa beliau yang telah berjaya membantu tanah air mereka serta Tanah Melayu sendiri.

Ada 3 sebab kenapa aku TERtarik dengan kisah ini:

1. Yutaka Tani tidak malu memakai baju melayu beserta samping dan songkok walaupun beliau bukanlah berbangsa melayu. Malah beliau memiliki lebih ramai rakan yang terdiri dari bangsa melayu berbanding bangsanya sendiri (Awat bahasa macam ber-belit² je?)

2. Pernah menyanyi lagu 'Rasa Sayang' dengan fasihnya. (Kira menarik la tu kan?)

3. Beliau pernah berkhidmat sebagai agen risikan dibawah Fujiwara Kikan (F.Kikan) untuk membantu mencapai kemerdekaan beberapa buah negara termasuk Malaya sendiri untuk bersekutu bersama mereka.
    F.Kikan pernah mengarahkan unitnya untuk menyelamatkan kerabat diraja Sultan Kedah termasuk Sultan Abdul Hamid dan Tunku Abdul Rahman daripada diapa-apakan oleh tentera Imperialis Jepun.

Itu hanyalah ringkasan saja, kalau nak baca lebih lanjut korang boleh baca kat SINI dan SINI.

Akhir kata, majulah sukan untuk negara! ← Takde kena-mengena


Mulut besar macam Pac Man, Kalau sudi silalah komen :D

Comments
1 Comments

1 comment:

  1. memang takde langsung..nie sejarah ke fakta nie..hehe..:-)

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Iha Zaliza © 2010-2017