Latest!

Terbaekkk: 3 Buku Terakhir Paling Mahal di Dunia

Assalamualaikum/Salam sejahtera..

Jom sakitkan mata anda untuk melihat harga² 3 buku TERakhir TERmahal di dunia..


#3 - Mozart’s 9 Symphonies Manuscript ($4,100,000)



Bagi sesetengah orang, ia mungkin tidak sesuai dikelaskan antara buku yang paling mahal di dunia sebagai penutup pada senarai ini. Namun disebabkan adanya tandatangan dari komposer simfoni terhebat iaitu Mozart sendiri, ianya dijual dengan harga lebih kurang $4 juta pada tahun 1990.


#2 - Ptolemy's Geographia ($4,200,000)



Juga dikenali sebagai Geografi, Cosmographia atau Geographike Hyphegesis, Geographia adalah salah satu kerja utama Ptolemy yang dihasilkan pada abad ke-2 dan penjelasan yang diberikan mengenai geografi di dunia pada masa tersebut amat terperinci. Semasa pengeluaran pertama atlas yang asas, Geographia Ptolemy telah berjaya dijual dengan harga $4.2 juta pada tahun 2006.

#1 - Traité des Arbres Fruitiers ($4,500,000)


Harfiah (literal) telah diterjemahkan kepada 'Treatise on Fruit Trees' (buku pada pokok buah-buahan). Manuskrip dari Perancis ini merupakan koleksi tulisan dan ilustrasi yang disusun oleh Henri-Louis Duhamel du Monceau dalam pertengahan abad ke-18. Menjelaskan pelbagai jenis pokok buah-buahan, ianya dapat dijual pada harga $4.5 juta juga pada tahun 2006.

Sumber: Here


Mulut besar macam Pac Man, Kalau sudi silalah komen :D

Comments
1 Comments

1 comment:

  1. nice info iha..baru tau..tp sayang gambar buku tak boleh tengok...

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Iha Zaliza © 2010-2017