Latest!

Lifes: Cita - cita + Cinta

Assalamualaikum.. ^^

Konnichiwa minasan!
Watashi wa Iha desu.

Tu je yang sempat aku belajar. Nak tulis lebih-lebih nanti kena gelak dengan orang Jepun pulak.

Entri kali ni membuatkan aku nak bagitau korang bahawasanya aku bakal belajar bahasa Jepun secara lebih serius.

Ini kerana, novel aku sejak 3 tahun lepas TERtanam dalam kotak diari macam tu je. -_-

Aku tak pernah pun bagitau sesiapa macam mana sinopsis novel ni sebab bagi aku novel ni memang tak best. Seriously, aku cakap perkara sebenar dan bukan nak mintak korang puji sebaliknya. Tapi entah macam mana lepas 3 tahun novel ni wujud, terbukak hati aku untuk kongsikan sedikit jalan cerita sebelum nak hantar ke Penulisan2u. Harap sangat laman web tu terima cerita tak semenggah ni.

Novel ni melibatkan bahasa Jepun, dulu aku just tulis seolah-olah dah translate je. Sekarang aku nak cabar diri aku sendiri untuk belajar Nihongo.. :)

Novel tu berkaitan dengan dua negara dari timur yang mana 1 negara Matahari Terbit dan 1 lagi negara kita (tak tau nak beri gelaran apa untuk negara Malaysia). Macam mana seorang gadis berusia 15 tahun menjalani kehidupan di negara Jepun tanpa seorang ahli keluarga kandung. Keluarga angkat di Jepun mengajaknya untuk menghabiskan cuti sekolah selepas PMR ke sana namun tragedi menimpa heroin tersebut sehingga hampir2 menghembuskan nyawa terakhir. Atas sokongan seseorang (hero le tu), si heroin menjadi seorang yang kuat semangat dan akhirnya menimbulkan 1 lagi tragedi yang menyayat hati.

Opssss, sampai situ je aku boleh bagitau..


Bagi preview jap. Aku tak ingat ayat asal sebab laptop aku rosak. Ini ayat baru reka.. thihihi..

Pesanan aku, nanti novel dah siap jangan lupa beli tau tau tau.. (belum tulis apa2 lagi dah berimaginasi tahap dewa)

˙ɐʎɐs ıǝsuǝs ıpɐɾ ıpns ƃuɐʎ ɐpɐ nɐןɐʞ ɥısɐʞ ɐɯıʇǝʇɹǝq ʇɐƃuɐS :nʞnʞ ɐʇoᴎ


Mulut besar macam Pac Man, Kalau sudi silalah komen :D

Comments
4 Comments

4 comments:

  1. wah ada novel ek? hebak2....

    nak belajar bahasa jepun tu rajin2 kan lah tgk drama jepun....boleh la kalau nak buat dialog yg basic2....haha

    ReplyDelete
  2. @Hatimi Tahirruddin

    Alhamdulillah, novel dlm proses.. tapi buat masa ni aktif buat cerpen dulu.. jiwang tak wa? Hehe..

    Tolong suggest sikit drama2 yg best.. wa jarang dapat luangkan masa tgk J-dorama tapi nanti kena tgk jugak utk buat research..

    ReplyDelete
  3. @Iha Zaliza oh baru perasan pertanyaan ni....lu nak citer lawak ke serius ke jiwang?

    kalau lawak wa suggest
    1. unubore deka
    2. tokyo dogs (oguri shun..)
    3. GTO (zaman 90an...pun ada oguri shun masa kecik...)

    kalau citer "serius tapi layan"...
    1. Dr Koto Shinryojo
    2. Mother (serius best citer ni...lu jgn sebak pulak kalau tgk)
    3. Kaseifu no Mita (yg ni mmg lain dari yg lain)

    kalau jiwang...
    1. bara no nai hanaya
    2. long vacation (citer kimutaku zaman 90an)
    3. ryokiteki na kanojo (my sassy girl versi jepun)
    4. goodluck (hehehe kimutaku)
    5. smile (oguri shun jd jahat...haha)

    kalau yg "kena fikir dan berat"....
    1. liar game
    2. keizoku2: SPEC
    3. himitsu (haha roh mak masuk dalam badan anak selepas mati..)

    citer masak2....
    1. Bambino
    2. Lunch queen
    3. hungry

    citer perubatan...
    1. iryu medical dragon (mmg best dia buat operation batista...)
    2. team batista no eiko (kurg operation tapi dia siasat kes kecuaian)

    citer polis...
    1. Gonzo
    2. SP (special police)
    3. Shinzanmono

    citer sekolah2...
    1. my boss my hero
    2. nobuta wo produce
    3. dragon zakura
    4. Gokusen

    ada byk lagi tapi nak kena cek kat harddisk...tu belum wa kasi genre2 lain tu...

    ReplyDelete
  4. @Hatimi Tahirruddin

    Fuhhhh banyak sangat ni, lepas setel semua urusan hospital wa AKAN download satu2.. tengah rambang mata nih. Trimas!

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Iha Zaliza © 2010-2017