Latest!

Lifes: I ♥ You Nazaryman!

Assalamualaikum..

Tajuk entri kali ni MESTI boleh buat korang terkejut dengan pengakuan aku.. mana tak TERkejut, siapa yang bukan blogger mungkin fikir: "Owhh, Iha Zaliza blogger tak terkenal tu nak cerita pasal pakwe dia la tu.. whateverrr.."

Tapi kalau yang dah sah² blogger, MESTI korang akan rasa menyampah + geram + takut + gerun kat empunya nama tu.


Nazaryman, siapa tak kenal beb? Hackers yang digeruni + ditakuti oleh segelintir blogger. Aku kenal dia ni pun dari kawan blog aku sebab dia kena hack. Tak payah mention nama kawan aku tu, takut nanti dia kena hack buat kali ke-2 pulak.

Ceritanya bermula petang tadi, aku macam biasa suka tag nama² blogger lain kat FB aku masa dok kat 1 group ni. Tiba² ada seorang mamat ni bagi link dia. Aku pun tengah kejar masa sebab nak berbuka. Jadi aku klik je link orang tu macam biasa dan nak follow dia ASAP.

Lepas tu, aku nampak blog aku macam dah sign out balik, kat link tu pulak suruh aku sign in sebab link yang aku klik tu macam private la. Aku pun masuk je selamba badak.

Sekali aku TERfikir, kalau blog ni private, kenapa pulak orang tu promote blog tadi? Dan setahu aku, kalau orang tu private blog dia, mana ada kita kena masukkan emel dan kata laluan. Wahh, musykil tahap kera dah aku tadi.

Aku tengok link blog dia biasa je. Sekali aku nak tengok balik nama orang yang bagi link ni.

Tadaa~~

Aku cuak terus! Sepanjang guna blog, tak pernah lagi aku tukar password. Jadi aku memang blur habis masa nak tukar password tu. Mana aku tau kat bahagian mana tempat tukar. ← cakap dah berbelit²

Aku pergi kat Googlthen cepat² cari cara nak tukar kata laluan. Walaupun boleh cari dalam masa yang singkat tapi disebabkan aku TERlalu kalut, ambil masa jugak la untuk belajar satu².

Bila dah siap tukar password, aku makin tak senang hati. Yela, aku akan salahkan diri aku atas kecuaian sendiri. Macam mana aku nak promote blog nanti. Mula la susah hati.

Waktu ni baru aku sedar, cita² aku kan nak jadi pakar kaunseling (just dreaming....) , so aku kena fikir dengan cara yang lain iaitu  slow talk.

Aku mesej beliau. PM FB la takkan mesej kat tepon dia pulak kot. Sangat tak macho kalau macam tu. Mesej yang aku taip memang agak spontan. Jangan gelak ekk..

Assalamualaikum..
Aku rase pelik sbb tetibe mase nak masuk blog saudara td kena masukkan email n password.. sekali baru perasan la, anda la si hackers kan? hehehe.. nice to see you.. tapi kalau boleh jangan la hack aku ye.. aku tengah cari makan ni.. nak beli maggi pun tak mampu.. tak tipu tau..

Huhu~ maafkan aku Encik Nazary. Sebenarnya aku TERlalu takut masa tu sampai cakap nak beli Maggi pun tak mampu. Tipu la kalau cakap tak mampu, tapi secara jujurnya aku memang ada sebab² yang sangat penting kenapa aku kena blogging.

Untuk pengetahuan korang, Nazaryman seorang yang baik. Ye² aku faham, siapa yang dah kena hacked tu mesti marah gila babas kat dia kan? Tapi korang kena ingat, dia manusia dan bukan robot. Kalau korang cakap elok² kat dia mesti dia faham. Yang penting jangan la menipu macam aku tadi. Cakap elok² dan bersikap jujur.

Buat masa ni, Nazaryman tak hacked blog aku. Alhamdulillah, that's why I say I ♥ him. Hahaha, gila tak? Jangan marah ek Encik Nazary, gurau² di hari Senayan. Jangan hacked lepas baca entri kali ni pulak ye. Huhu..

Aku yakin Encik Nazary ni ada sebab² tertentu kenapa dia buat macam tu. Memang tak patut dia kacau blog korang tapi bila fikir balik, kenapa kita tak pernah tanya dia elok² kalau dia hack korang? Cuba la jadi kawan dia. Insya Allah, aku akan anggap dia sebagai seorang kawan (selagi tak HACK aku) tapi kalau dia hack aku sekalipun, Insya Allah aku akan tetap jadi kawan dia selagi dia tak aniaya aku teruk².

Akhir kata, majulah hackers untuk negara. Err, boleh pakai ke?

P/s: Encik Nazaryman, Hack: aku tak nak, gula² Hacks: aku nak. Heheh I ♥ U.. lariiiiiiiiiii..


Mulut besar macam Pac Man, Kalau sudi silalah komen :D

Comments
5 Comments

5 comments:

  1. fuhh selamat kan.. huu perlu berhati2 lepas ni. bahaya betul

    ReplyDelete
  2. eh awk.. tadi kite tersilap komen guna email lain lak.emel business tu..hehe.hoho jgn igt kite hacker lak.. haha

    ni blog kite : http://akuzealous.blogspot.com/

    peace yaw!

    ReplyDelete
  3. @Double Loved

    haha, nyaris² jugak la nak ingat awak hackers.. thanks for the link, kejap lagi saya blogwalking.. :)

    ReplyDelete
  4. Cam bangang je ak bace post nih..hebat la sngt..orng yg kne hack tu bangang terlajak bab it..tu la pasal kne hack..hahaha

    ReplyDelete
  5. tambah poyo budak poyo tu... hahaha siot lah...

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Iha Zaliza © 2010-2017