Latest!

Lifes: Kenapa Saya Tak Nak Bergambar Dengan Farid Kamil

Assalamualaikum and Peace be upon you..

Nak buat entri ringkas pasal ni.. sangat ringkas, mengenai kenapa aku tak suka Farid Kamil. Bukan tak suka maksud benci, tapi aku memang tak minat dia. Semalam masa pergi function kat PGA ramai yang tanya tak nak ambik gambar dengan beliau ke. Sebab ramai aweks/balak yang beratur nak bergambar dengan dia. Abah aku pun tanya tak nak bergambar ke, aku cakap tak nak, abah pun iyekan memandangkan kamera pun tak bawak, aku pun angguk laju2 (alasan yang tak boleh pakai sebab kamera handphone sah2 ada)..


Minggu lepas, aku ada teringat mimpi masa kecik dulu. Sampai sekarang muka boleh blushing bila teringat balik. Dalam mimpi tu aku kecik lagi la. Bawah 6 tahun macam tu, jadi yang aku nampak bukan mak aku yang tukarkan pampers untuk aku, tapi pelakon mantop si Farid Kamil tu la yang tukar pampers aku! Eventough tu cuma mimpi je, tapi memberi kesan yang membuatkan aku fobia bila tengok muka dia. Okeh tak kelakar -_-

Sebab tu masa dia tawaf dari meja ke meja aku buat bodoh. Nanti orang ingat aku tersengih terhegeh, padahal tersengih malu ingatkan mimpi tu. Dalam hati membebel: 'Dalam banyak2 pelakon dia jugak yang aku jumpa, huhu..' Senang cakap, kebanyakan awek semua berpuas hati dapat bergambar dengan beliau. Aku cuma pandang muka dia je la. Entah la, aku dah set kat otak aku dari dulu, kalau jumpa artis buat biasa je. Artis pun mesti selesa kalau kita buat macam tu.


Apapun beliau memang seorang yang sporting semalam. *Kalau la semalam muka dia macam ni aku sanggup buat2 lupa mimpi aku*


Mulut besar macam Pac Man, Kalau sudi silalah komen :D

Comments
1 Comments

1 comment:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Iha Zaliza © 2010-2017