Latest!

Lifes: Oha Ku Tu Ho


Oha Ku Tu Ho? Apa benda tu? Mencarut ek?

Opss, korang ingat aku berani nak mencarut? Kita taip la bahasa asing sekalipun jangan lupa sekarang Google Translation makin maju. Copy paste ayat korang lepas tu keluar maksud. Naya beb..

Ikutkan hati dan perasaan aku masih macam malam tadi *marah* tapi aku kena profesional jugak dalam setiap urusan. Jadi tajuk entri tak ada kena-mengena dengan kes gaduh-gaduh + dusyum-dusyum.

Tajuk diatas merupakan ayat I love you dalam bahasa Mandailing. Apa itu bahasa Mandailing?



Firstly, korang klik SINI. Aku malas nak buat ringkasan. Hee~

Secondly, aku merupakan keturunan Bugis dan Mandailing. Keturunan Bugis aku tak nak explain sangat sebab sure ramai yang tahu mengenainya (mostly kawan aku dari Sabah yang berketurunan Bugis).

Tapi kalau cakap pasal Mandailing dekat kawan-kawan termasuk cikgu satu ketika dulu, diorang semua akan garu kepala dan tanya 'Mandailing tu kat mana ek? Orang apa?'

Walaupun kisah masyakarat/kaum Mandailing ni dah banyak kali keluar di siaran televisyen kerajaan dan beberapa akhbar serta majalah popular termasuk majalah SAJI (mengenai makanan tradisi orang Mandailing) tetapi mungkin ia masih tidak tersebar secara meluas ataupun masyarakat yang malas nak ambil tahu. Cuba kalau si Bieber or PSY tu keturunan Mandailing, KONFEM ramai orang buat research xD


Mengikut pendengaran telinga aku yang tak berapa nak dengar, keluarga abah aku sebut Mandailing is Mendeleng. Kalau kat kampung dulu, aku selalu dengar arwah opah cakap dalam loghat 'mendeleng'.

Selalunya tak susah nak faham sebab mak saudara dan ayah saudara aku akan bertutur macam seolah-olah loghat nogoghi. Jadi memang senang nak faham.

Tapi kalau arwah atuk nak bersembang aku banyak kali salah jawab, kalau tak ada mak saudara betulkan habislah, sorang tanya lain sorang jawab lain. Mak aku pun pernah cakap, bahasa Mandailing yang sebenar akan membuatkan aku langsung tak faham apa yang diorang cakapkan.

Apa yang pasti, orang Mandailing memang handsome dan beautiful. Rupa chinese look gitu. Sebab tu aku pun hensem. *muntah coklat*

Mana yang rasa berminat nak belajar bahasa Mandailing serba sedikit boleh klik kat forum dan blog dari seberang ini.

˙ɯnןʞɐɯ dɐɹɐH ˙ƃuɐɹoǝsǝs ɐpɐd nʞɐ ɐʇuıɔ uɐɐsɐɹǝd uɐƃuǝp ɐuǝƃuǝɯ-ɐuǝʞ ɐpɐ ʞɐʇ sɐʇɐıp ʞnɾɐʇ 'ɐʇɐʞ ɹıɥʞ :nʞnʞ ɐʇo


Mulut besar macam Pac Man, Kalau sudi silalah komen :D

Comments
0 Comments

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Iha Zaliza © 2010-2017