Latest!

Terbaekkk: Tupai Paling Popular di Dunia

Assalamualaikum/Salam sejahtera..

Ni bukan tupai Alvin and the Chipmunks, tapi ini tupai realiti yang telah melakukan reaksi spontannya di Kanada.


•Melissa Brandts dan suaminya Jackson, dari Minneapolis, Minnesota, telah menetapkan waktu pada kamera untuk sebuah gambar romantis mereka berdua dengan latar belakang sebuah tasik.

•Semasa menunggu saat-saat kamera itu klik secara automatik, tiba-tiba seekor tupai nakal berada di depan kamera. Akhirnya tupai itu bergaya dengan manisnya di depan pasangan ini.

•Mrs Brandts berkata: "Kami meletakkan kamera di atas batu dan semasa bersedia untuk mengambil gambar, tiba-tiba ada tupai yang tertarik muncul dari dalam tanah dan semakin hairan dengan suara fokus lensa kamera yang berputar."

•Gambar diambil dengan latar belakang Tasik Minnewanka di Taman Negara Banff, Kanada. Kelihatan model yang berbulu dengan hidung hitam menonjol berdiri dan secara tidak langsung ia telah menjadi bintang antarabangsa.

•Ini kerana, wajah tupai itu terpampang di laman web National Geographic dalam saluran galeri Gambar "Your Shot". Selain itu juga ada keterangan tentang gambar tersebut.

→ "Ini adalah kenangan yang hanya sekali akan berlaku dalam seumur hidup. Ketika itu kami pun mentertawakan makhluk kecil itu."

Sumber: Lanun Fanatik


Mulut besar macam Pac Man, Kalau sudi silalah komen :D

Comments
3 Comments

3 comments:

  1. hihi tupai ni cam tau2 je posing siap tak block lg gambar org tu...

    ReplyDelete
  2. cute tupai tu..first time tengok..hehe..:-)

    ReplyDelete
  3. comey ja tupai tu.. cute3......

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Iha Zaliza © 2010-2017