10.15.2012

Lifes: Bila Keropok Jadi Nasi

Assalamualaikum and Peace be upon you..

Hati TERtouching hancing ketika TERjumpa gambar's yang menghiris right atriumku.. wah bahasa, kalah pemain skuasy no.1 dunia.. :D

Okeh sebelum aku meraban tak menentu, nak tunjuk 2 keping gambar yang membuatkan aku bermonolog sendirian sambil TERsengih macam cipan busuk.



Waaa mak, orang nak kahwin!

*Kena ketuk kepala dengan periuk nasi*

Kata nak jadi motivator, tapi pantang tang tara tang tang tang nampak gambar romantik sikit aku dah gedik semacam.

Entahlah, to be honest aku rasa kadang-kadang dah penat tipu diri sendiri. Jadi single tak pedih, yang pedih bila dulu tak single tiba-tiba TERpaksa jadi single. Waktu macam ni kita akan fikir ada ke orang nak kat kita. Lagi-lagi macam aku, memandangkan lifes aku macam wanita kat dalam gambar tu membuatkan aku rasa rendahnya diri ni. Lagi rendah dari pembaris 15cm.

Tapi bila aku merungut macam ni cepat-cepat aku beristighfar balik. Rasa macam jahat pulak pertikaikan Qada' dan Qadar yang dah tersurat untuk aku. Sepatutnya aku kena bersyukur sebab ahli keluarga aku masih lengkap. Ada abah yang garang tapi sporting pada waktu-waktu tertentu, ada mak yang pandai masak dan mengikuti kartun + muzik + teknologi macam anak dia, ada akak yang balik kerja je terus nak peluk aku tapi kadang-kadang aku buat dia merajuk tanpa disengajakan, ada akak (lagi satu) yang sudi bagi nasihat bila adik dia tersasar jalan masuk ke hutan :D ada abang yang sudi buat otak aku rasa tercabar setiap kali berbual dan ada adik untuk bergaduh setiap masa sampai muka masing-masing lebam. Huahaha..

Takpelah, mungkin sekarang masa aku hanya untuk keluarga je (tapi sentiasa ada depan netbook). Aku tak pernah menyesal dengan takdir sebab bagi aku hidup single lebih santai berbanding couple. Bila bersendirian aku jadi cepat matang dan susah nak menggedik dengan sesiapa. Tak macam dulu, asal orang tak layan kita kejap dah sentap dan merajuk, Say bubai to old memories.... :)

Apa yang pasti, aku tetap TERharu tengok gambar kat atas, nampak suami isteri yang sungguh bahagia.. semoga ada prince charming untuk aku satu hari nanti, Amin..

P/s: Saja letak nama tajuk yang takde kena-mengena dengan entri.. xD

10.06.2012

Lifes: Buat Banner Sendiri

Assalamualaikum and Peace be upon you

Gila tak seronok bila dah reti buat banner sendiri. Alhamdulillah, mungkin ayat aku ni boleh buat korang cakap aku skema tapi serius, aku rasa Allah pinjamkan kepintaran kat aku tiba-tiba. Mana taknya, sebelum ni berjam-jam aku cuba tapi langsung tak boleh. Bila cari Turtle Ria (Also knowing as Tutorial) kat internet pun tak jumpa jugak melainkan kena order kat blogger yang dah otai.

Tiba-tiba tadi masa bukak Photoshop CS6 terus aku klik sinin sinun macam dah pro. Dah hasilnya aku sendiri ternganga. Apa yang aku buat aku tak jangka dan result yang aku nampak pun aku tak jangka. (ayat macam dalam iklan la pulaks)

Kalau masih ada yang belum tau cara nak buat banner jangan segan-segan bagitau. Nanti aku tolong buatkan. Aku bukan blogger yang popular, jadi dengan rela hatinya aku akan tolong secara PERCUMA. Err, sementara je la tau.. nanti kalau aku dah sengkek baru WAJIB aku jadi ah long. :D


Exchange Banner

10.05.2012

Lifes: Zaman Sekolah Part 6: Duit Kena Curi


Kisah kali ni aku nak buat cukup-cukup ringkas. Actually aku nyaris-nyaris TERlupa nak buat entri pasal sekolah. Asyik sibuk buat research pasal medical + tutorial membuatkan aku alpa seketika. Ecehh bahasa tak boleh blah..

Kredit pada gambar ini

Selalunya dulu (2001) aku akan bawak duit belanja RM1 versi syiling je. Senang nak simpan. dan senang jugak nak hilang

Masa darjah 1 dulu, aku ni jenis pelajar yang kurang baik (nakal!). Nak dijadikan cerita, kawan aku ni yang berjantina lelaki saja nak sakat aku. Katanya nak ambil duit seringgit aku. Aku dengan muka innocent + sedikit b*doh pun cakap kat dia "Ambillah" sambil mengeluarkan duit seringgit dan menghulurkan pada lelaki tersebut.




Aku pun serius jugak nak bagi dia. Dalam beberapa minit lepas aku bagi dia, mamat S (macam dalam cerita cinta pulak ada nama S la, A, M, P, A, H, dan lain-lain huruf.. eh aku taip SAMPAH la pulak) pun tersenyum sambil ulang lagi soalan dia.

"Aku ambik tau?"

"Yee ambik je la.."

Malam hari itu....

"APA? Ada orang curi duit kamu???"

"Err, ha'ah mak.."

Ish3.. jahat betul aku ni dulu, dah la aku yang bagi secara sukarela, lepas tu aku cakap yang orang tu curi duit aku. *Insaf :(

Keesokan harinya, cikgu kelas mintak maaf kat aku atas sebab gagal jaga aku sepanjang duduk kat kelas dan mengakibatkan kes kecurian. Cikgu tu pun marah mamat S sambil suruh pulangkan balik duit sehengget aku. Laki tu dengan takut-takutnya terus pulangkan balik kat aku (dalam bentuk duit kertas kalau tak silap).

Tapi yang peliknya, S tu langsung tak marah aku. Tak tau la sama ada dia rasa bersalah ataupun sebab dia baru berusia 7 tahun jadi tak pandai memberontak (kalau 17 tahun konfem gigi aku patah dah).

Tapi jasa baik beliau tetap aku takkan lupa.. nak tau tak apa jasa dia?

Dialah manusia pertama yang ajar aku lukis bintang masa kecik dulu. LOL itu je rupanya.. xD

P/s: Rindu tahun 2001, tahun aku diiktiraf sebagai pelajar paling pandai.. tahun seterusnya dah tak pandai, hukhuk..