Latest!

Terbaekkk: 4 Video yang Membuatkan Anda Berasa Kagum

Assalamualaikum dan Salam sejahtera..

Entri ni dibuat dalam keadaan aku tersenyum macam nak terkoyak mulut. Sebab? Seronok tengok video-video kat YouTube tadi. Antara video yang aku tengok semestinya mampu membuatkan aku berasa kagum sekaligus malu dengan bakat yang diorang ada. Jom tengok video-video kat bawah ni.

1. Japanese Kids Band on Korean TV Show

Part 1

Part 2

Siapa yang tengok video ni mesti akan tersengih dan paling kurang pun tersenyum. CONFIRM!

Tengok intro je pun aku dah tertarik. Dah la sampai je kat stage terus campak baju, lepas tu siap cuba bertutur dalam bahasa Korea. Lepas tu lagi si Ryunosuke selamba je tanya pengacara tu:

"Who are you?!!!"

"Kang Ho Dong!!!"

"I'm Ryunosuke!!!"

Serius aku gelak je masa tengok video ni. Nampak budak-budak ni sangat berbakat. Ada yang cakap pengacara tu rupa PSY. Lagi la hilang konsentrasi aku nak tengok secara serius.

Menurut Ryunosuke, kumpulan ini ditubuhkan selepas mereka sering mengadakan persembahan (jamming) bersama. Kalau ikut kiraan math aku yang failed ni, umur yang paling tua si Keito Hori sekarang dalam
lingkungan 16-17 tahun manakala Ryunosuke dan Ren Tanaka masing-masing dalam lingkungan 13-14 tahun. Apapun Ryunosuke Band memang terbaik.


2. Girls plays three instruments at once! AMAZING!!


Ehem! Yang lelaki tu jangan pandang pada keseksian minah ni pulak ye. Aku nak korang tengok bakat dia sendiri. Awesome kan? Tengok lebih sepuluh kali pun tak puas. (err, tak puas tengok bakat dia bukan keseksian).

Selepas buat siasatan tanpa arahan sesiapa, gadis ni bernama Shara Lin (klik pada nama untuk melihat official page beliau). Shara juga merupakan seorang penyanyi dan komposer. Senang cakap artis Taiwan yang tengah hot la sekarang ni.

Shara's Official YouTube

3. Girl Play Piano with no Finger on One Hand


Gadis yang diberi nama GuiGui Zheng ini tidak memiliki jari di tangan kanannya. Namun, minatnya yang mendalam terhadap piano mampu mengatasi segalanya. Aku yang cukup 10 jari ni pun tak pandai main laju macam tu. Satu-satu key bolehlah aku main. Beliau tidak pernah melihat piano sehingga berusia 3 tahun. Ini kerana pada ketika itu GuiGui tinggal di bandar kecil. Apa yang pasti, persembahannya telah berjaya membuatkan penonton mengalirkan airmata. :')

P/s: Tapi aku tak nampak pulak orang menangis dalam video ni. Sebak je yang aku perasan...

4. Upside Down and Backwards Piano


Video yang berdurasi 32 saat ini nyaris-nyaris nak buat aku termuntah okeh. Walaupun aku kuciwa sikit sebab ingatkan dia main guna tangan dan kaki tapi TETAP kagum tengok dia main piano di belakang badan.. wa salute sama lu bro!

Moral of the story: Keyakinan diri kena ada untuk tonjolkan bakat yang sedia ada (macam pantun pulak).


Mulut besar macam Pac Man, Kalau sudi silalah komen :D

Comments
1 Comments

1 comment:

  1. Hola, me gustó tu blog, con tu permiso, te sigo.
    Un abrazo.
    HD

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Iha Zaliza © 2010-2017