10.15.2012

Lifes: Bila Keropok Jadi Nasi

Assalamualaikum and Peace be upon you..

Hati TERtouching hancing ketika TERjumpa gambar's yang menghiris right atriumku.. wah bahasa, kalah pemain skuasy no.1 dunia.. :D

Okeh sebelum aku meraban tak menentu, nak tunjuk 2 keping gambar yang membuatkan aku bermonolog sendirian sambil TERsengih macam cipan busuk.



Waaa mak, orang nak kahwin!

*Kena ketuk kepala dengan periuk nasi*

Kata nak jadi motivator, tapi pantang tang tara tang tang tang nampak gambar romantik sikit aku dah gedik semacam.

Entahlah, to be honest aku rasa kadang-kadang dah penat tipu diri sendiri. Jadi single tak pedih, yang pedih bila dulu tak single tiba-tiba TERpaksa jadi single. Waktu macam ni kita akan fikir ada ke orang nak kat kita. Lagi-lagi macam aku, memandangkan lifes aku macam wanita kat dalam gambar tu membuatkan aku rasa rendahnya diri ni. Lagi rendah dari pembaris 15cm.

Tapi bila aku merungut macam ni cepat-cepat aku beristighfar balik. Rasa macam jahat pulak pertikaikan Qada' dan Qadar yang dah tersurat untuk aku. Sepatutnya aku kena bersyukur sebab ahli keluarga aku masih lengkap. Ada abah yang garang tapi sporting pada waktu-waktu tertentu, ada mak yang pandai masak dan mengikuti kartun + muzik + teknologi macam anak dia, ada akak yang balik kerja je terus nak peluk aku tapi kadang-kadang aku buat dia merajuk tanpa disengajakan, ada akak (lagi satu) yang sudi bagi nasihat bila adik dia tersasar jalan masuk ke hutan :D ada abang yang sudi buat otak aku rasa tercabar setiap kali berbual dan ada adik untuk bergaduh setiap masa sampai muka masing-masing lebam. Huahaha..

Takpelah, mungkin sekarang masa aku hanya untuk keluarga je (tapi sentiasa ada depan netbook). Aku tak pernah menyesal dengan takdir sebab bagi aku hidup single lebih santai berbanding couple. Bila bersendirian aku jadi cepat matang dan susah nak menggedik dengan sesiapa. Tak macam dulu, asal orang tak layan kita kejap dah sentap dan merajuk, Say bubai to old memories.... :)

Apa yang pasti, aku tetap TERharu tengok gambar kat atas, nampak suami isteri yang sungguh bahagia.. semoga ada prince charming untuk aku satu hari nanti, Amin..

P/s: Saja letak nama tajuk yang takde kena-mengena dengan entri.. xD

10.06.2012

Lifes: Buat Banner Sendiri

Assalamualaikum and Peace be upon you

Gila tak seronok bila dah reti buat banner sendiri. Alhamdulillah, mungkin ayat aku ni boleh buat korang cakap aku skema tapi serius, aku rasa Allah pinjamkan kepintaran kat aku tiba-tiba. Mana taknya, sebelum ni berjam-jam aku cuba tapi langsung tak boleh. Bila cari Turtle Ria (Also knowing as Tutorial) kat internet pun tak jumpa jugak melainkan kena order kat blogger yang dah otai.

Tiba-tiba tadi masa bukak Photoshop CS6 terus aku klik sinin sinun macam dah pro. Dah hasilnya aku sendiri ternganga. Apa yang aku buat aku tak jangka dan result yang aku nampak pun aku tak jangka. (ayat macam dalam iklan la pulaks)

Kalau masih ada yang belum tau cara nak buat banner jangan segan-segan bagitau. Nanti aku tolong buatkan. Aku bukan blogger yang popular, jadi dengan rela hatinya aku akan tolong secara PERCUMA. Err, sementara je la tau.. nanti kalau aku dah sengkek baru WAJIB aku jadi ah long. :D


Exchange Banner

10.05.2012

Lifes: Zaman Sekolah Part 6: Duit Kena Curi


Kisah kali ni aku nak buat cukup-cukup ringkas. Actually aku nyaris-nyaris TERlupa nak buat entri pasal sekolah. Asyik sibuk buat research pasal medical + tutorial membuatkan aku alpa seketika. Ecehh bahasa tak boleh blah..

Kredit pada gambar ini

Selalunya dulu (2001) aku akan bawak duit belanja RM1 versi syiling je. Senang nak simpan. dan senang jugak nak hilang

Masa darjah 1 dulu, aku ni jenis pelajar yang kurang baik (nakal!). Nak dijadikan cerita, kawan aku ni yang berjantina lelaki saja nak sakat aku. Katanya nak ambil duit seringgit aku. Aku dengan muka innocent + sedikit b*doh pun cakap kat dia "Ambillah" sambil mengeluarkan duit seringgit dan menghulurkan pada lelaki tersebut.




Aku pun serius jugak nak bagi dia. Dalam beberapa minit lepas aku bagi dia, mamat S (macam dalam cerita cinta pulak ada nama S la, A, M, P, A, H, dan lain-lain huruf.. eh aku taip SAMPAH la pulak) pun tersenyum sambil ulang lagi soalan dia.

"Aku ambik tau?"

"Yee ambik je la.."

Malam hari itu....

"APA? Ada orang curi duit kamu???"

"Err, ha'ah mak.."

Ish3.. jahat betul aku ni dulu, dah la aku yang bagi secara sukarela, lepas tu aku cakap yang orang tu curi duit aku. *Insaf :(

Keesokan harinya, cikgu kelas mintak maaf kat aku atas sebab gagal jaga aku sepanjang duduk kat kelas dan mengakibatkan kes kecurian. Cikgu tu pun marah mamat S sambil suruh pulangkan balik duit sehengget aku. Laki tu dengan takut-takutnya terus pulangkan balik kat aku (dalam bentuk duit kertas kalau tak silap).

Tapi yang peliknya, S tu langsung tak marah aku. Tak tau la sama ada dia rasa bersalah ataupun sebab dia baru berusia 7 tahun jadi tak pandai memberontak (kalau 17 tahun konfem gigi aku patah dah).

Tapi jasa baik beliau tetap aku takkan lupa.. nak tau tak apa jasa dia?

Dialah manusia pertama yang ajar aku lukis bintang masa kecik dulu. LOL itu je rupanya.. xD

P/s: Rindu tahun 2001, tahun aku diiktiraf sebagai pelajar paling pandai.. tahun seterusnya dah tak pandai, hukhuk..

9.26.2012

Photoshop Tutorial 4: Tukar Warna Rambut

Assalamualaikum / Salam sejahtera..

Tukar warna rambut menggunakan Photoshop sangat senang untuk dipelajari sebab kalau search kat Google korang akan jumpa berlambak Turtle Ria.

Tapi yang ni aku ikut cara aku sendiri lepas mencuba dekat YouTube tak lepas-lepas. -_-

Now it's time to show my magic!


Gambar untuk eksperimen: Lightning Final Fantasy XIII (lagi sekali)

Photoshop Tutorial 3: Lightning's Tiles

Assalamualaikum / Salam sejahtera..




Malam-malam macam ni buat aku mengantuk tahap cipan dah tapi mengenangkan Turtle Ria ni asyik bertangguh buat aku postpone tidur kejap.

Kali ni nak ajar korang cara buat gambar efek Tiles. Macam kat atas ni, yang petak2 tu bukan kurap tau.

Aku pakai Photoshop CS6, tapi rasanya CS sebelum ni mesti ada jugak benda tiles nih.

Okeh ikut langkah kat bawah ni:

9.19.2012

Photoshop Tutorial 2: Mancungkan Hidung (Plastic Surgery Free)

Assalamualaikum / Salam sejahtera..


Sila baca tajuk entri betul-betul. Aku bukan taip percuma pembedahan plastik tau, huhu.

Zaman sekarang zaman yang teramatlah canggih. Kadang-kadang benda yang tak masuk akal pun akan wujud jugak kat muka bumi ni apatah lagi kat planet lain. Sudah Iha Zaliza, sila berhenti merepek.

9.18.2012

Lifes: Zaman Sekolah Part 5: Berniaga atau Sistem Barter?


Tiba-tiba rasa malas nak update entri lately ni. Malas tak bermaksud aku tak ada kerja. Okeh berhenti merepek.

Masih di SKTC, masih bahagian sekolah rendah, dan masih belum akil baligh, seperti yang dijanjikan aku akan cerita kisah aku berniaga di sekolah masa darjah 2.

Aku tak ingat mana datang idea nak 'berniaga' ni, mungkin sebab mak pernah cerita masa akak-akak dan abang aku sekolah dulu pernah tolong berniaga nasi lemak kat sekolah. Tak salah aku sebab tu kot 'idea baik' aku datang.

9.14.2012

Lifes: Zaman Sekolah Part 4: Dihina (sad story)


Peace be upon you..

Dihina? Apa maksudnya?

Rasanya aku bukan cikgu BM, jadi tak perlu jelaskan dan aku tahu pembaca dan followers pandai2 belaka maksud D i h i n a.

Ini bukan cerita meminta simpati, tapi aku ada simptom cepat hilang ingatan. Jadi lebih afdal aku kongsikan pengalaman aku masa hingus meleleh (perumpamaan je, aku pembersih okeh) dari TERlupa. Harap jangan ada yang salah anggap dengan entri kali ni. Eleh, bunyi macam pemes sangat je blog aku. Visitors pun berapa kerat je.

To be honest, aku seorang yang bernasib baik sebab orang sekeliling aku jenis yang menghormati + memahami dengan keadaan aku. Sokongan dari setiap aspek sentiasa ada untuk aku macam kewangan, kasih sayang, kata2 semangat dan lain2. Cuma tak semestinya seumur hidup kita akan jumpa orang yang boleh menyenangkan hati kita. MESTI sekurang-kurangnya sekali kita akan berjumpa dengan orang yang bersifat opposite dari kita.

Kisah I


Cuba tengok gambar dibawah:


9.10.2012

Lifes: Zaman Sekolah Part 2: Kantin


Peace be upon you..

Mana yang masih ingat dengan entri yang lepas mesti terfikir mana kisah best friend yang berlainan jantina tu.
Err, aku nak tarik balik la.. tak jadi nak cerita. 

Why Iha Zaliza, why why why?

Malu kot nak bukak kisah ni. Banyak lagi cerita bermoral yang lain.

Hmm yelaaa.. so, nak cerita pasal apa pulak kali ni?

Kali ni nak cerita pasal K a n t i n..

Ini bukan kantin sekolah aku. Cari kat Google tak jumpa pulak.. -_- 
Gambar kat atas diambil dari blog Sekolah Kebangsaan Padang Hiliran ( Akibat tak jumpa gambar sekolah sendiri ). Nak kata SKTC tak popular tak mungkin. Sebab mengikut sejarah mak aku masa tahun 80an-90an ada HVD kat situ. Ala, senang cakap syarikat yang melahirkan pelakon popular macam Zamarul Hisham, Rusdi Ramli, Wan Nor Azlin dan lain-lain.

Okey2 balik ke topik asal. Sebenarnya, sepanjang 6 tahun aku belajar kat sekolah ni, tak pernah lagi aku makan kat kantin.

9.08.2012

Facebook Tutorial 14: Guna Dua Akaun Facebook dengan Satu Browser

Assalamualaikum/Salam sejahtera..

Perghh lama kot tak buat turtle ria. Dah tak ingat banyak benda bila sekali berhenti mengajar dan belajar.
-_-

Kali ni nak buat Turtle Ria yang sangat2 ringkas. Apakah?

Jom belajar cara nak sign in akaun Facebook lebih dari 1 akaun guna browser yang sama. :)

Akaun yang berbeza dengan hanya satu browser.


Tapi buat masa ni nak ajar browser Chrome dulu. Cuma ada 3 cara sahaja. :)  murah dengan senyuman pulak budak ni.

9.06.2012

Lifes: Zaman Sekolah Part 1: Katil di Kelas


Peace be upon you..

Kepala tengah pening. Mood nak update blog pun takde sebenarnya sebab tak berapa ok. Tapi komitmen kena ada untuk kejar cita-cita. Cita-cita? Ha'ah, ni je la cita-cita yang boleh aku harapkan sekarang. Harapnya berhasil la, Insya Allah.. :3

Waktu forever alone ni la aku tiba2 teringat masa zaman sekolah dulu. Teringat cikgu lelaki ni (tak ingat nama dia Amir ke Amri) pernah cakap, zaman sekolah adalah zaman yang paling best sangat. Nanti bila dah besar korang semua akan faham macam mana susahnya hidup. Aku pulak cebik bibir sambil monolog 'Mana best zaman sekolah'

Sekarang bila teringat balik CONFIRM tersenyum sorang2 macam monyet kekenyangan (pernah dengar tak perumpamaan ni?). Yela, seingat aku la kan, masa sekolah je aku kuat gelak. Bila dah besar, macam dah takde masa nak gelak golek2 sangat. Banyak masalah nak kena fikir.

Mana aku nak mula dulu ek, zaman sekolah aku sama macam pelajar yang lain. 12 tahun belajar secara asas. Jadi mungkin kisah sekolah aku akan jadi sebuah Telenovela, ewahh..

Mula2 aku nak cerita pasal katil dulu.

8.29.2012

Tips: Cara Mengenalpasti Si Misteri di Facebook

Assalamualaikum/Salam sejahtera..


Tiba² aku rasa nak kongsikan tips yang tak seberapa ni kat korang yang tak seberapa jugak. xP

Sepanjang aku berkawan dengan mana² manusia kat FB, ramai yang tertanya-tanya:

"Wujud ke orang ni?"

"Eh mana gambar betul? Menyamar ke apa dia ni??"

Aku terfikir, macam mana ek nak bezakan sama ada orang tu wujud ke tak walaupun dia tak pernah dedahkan identiti dia kat FB. Tapi tu soalan masa aku baru sign up FB, sekarang dah dua tahun maa benda tu dah lepas.

Berikut merupakan beberapa tips yang boleh dikongsikan bersama:

8.12.2012

8.07.2012

Facebook Tutorial 13: Mencantikkan Kotak Chat (Chrome)

Assalamualaikum/Salam sejahtera..

Cuba tengok video ni dulu:


TERtarik tak? Kalau tak TERtarik diam je okeh. xP

Aku jenis tak berapa suka guna kotak chat box sangat sebab kalau nak bersembang nanti kena jawab dengan SEGERA. Means tak macam mesej yang boleh jawab berjam-jam kemudian. Tapi lepas menggodam + menjahamkan browser Chrome dengan menambah beberapa extensions membuatkan aku TERminat nak guna chat box setiap hari. Bukan saja promote ye.. kalau aku bukak chat box pun aku bagi akaun aku yang lain je boleh nampak aku tengah online, heheh..

Kalau rasa tak berapa faham lagi dengan video diatas, korang boleh belajar step by step kat bawah ni. Berikut tutorial yang dapat aku ajar dibawah:

1. Mukadimahnya korang kena klik SINI

8.02.2012

Facebook Tutorial 12: Tukar Background (Facebook Background Changer)

Assalamualaikum/Salam sejahtera.. ∩_∩

Siapa yang tak ada FB sekarang angkat kening sebelah kanan! Aik, semua orang ada facebook? Okeh ni aku nak ajar cara untuk tukar background Facebook korang.

Macam ni la rupa background FB aku:

8.01.2012

Facebook Tutorial 11: Kenali Nama Anda di Facebook (troll)

Assalamualaikum/Salam sejahtera..



Asyik belajar Turtle Ria (also known as Tutorial) secara serius pun tak syok jugak. Apa kata kalau kita main magic² sekejap dekat FB kita kali ni? Main setakat suka suki suku sakat je.. hehe..

Satu langkah je yang korang kena ikut iaitu korang taip @[TAHUN LAHIR KORANG:]

Facebook Tutorial 10: Zoom Gambar (FB Photo Zoom)

Assalamualaikum/Salam sejahtera..

Kali ni kita belajar secara ringkas bagaimana nak zoom gambar tanpa klik pada pic..

Take a note!

• Hanya boleh digunakan di Google Chrome sahaja,

Facebook Tutorial 9: Tukar Warna Tulisan Selain Warna Biru

Assalamualaikum/Salam sejahtera..


Siapa kata Facebook boleh buat tulisan biru je? Korang cakap je nak warna apa, lepas ni korang dah boleh buat terus. Tak percaya? Kejap aku upload gambar. *akaun aku jadi mangsa eksperimen sekali lagi..


7.30.2012

Facebook Tutorial 8: Cara nak 'Hack' Facebook Orang Lain

Assalamualaikum/Salam sejahtera..

Amboiii, cakap pasal hack je ramai yang dah tertarik nak baca. Ni mesti korang dah pasang niat untuk

7.21.2012

Facebook Tutorial 7: Gambar Login Facebook Boleh Ditukar?

Assalamualaikum/Salam sejahtera..

Puasa pertama ni memang mencabar keimanan sikit. Waktu ni la perut terasa lapar sangat. Selama ni aku TERskip makan lebih 12 jam ok pulak. Tapi baguslah, tak adventure puasa kalau tak ada dugaan. Cuba berzikir untuk elakkan merungut lapar lagi. Ayat ni untuk aku sendiri sebenarnya tapi kalau ada yang senasib dengan aku sekarang ni jom berzikir.. :)

7.17.2012

Facebook Tutorial 6: Cara Nak Dapat Friend Requests Tanpa Sebarang 'Cheat'

Assalamualaikum/Salam Sejahtera..

Kali ni aku nak buat short entry. Sebab tutorial ni pun takde banyak klik sana klik sini klik sinun pun. Just tips n trick la. Kali ni kita buat eksperimen tentang Friend Requests pulak. Aku tak kata jadi 100% tapi kemungkinan boleh dapat ramai kawan dalam masa terdekat.

7.15.2012

Facebook Tutorial 5: Fake Wall Posts

Assalamualaikum/Salam Sejahtera..

Dulu masa aku ni bodoh-bodoh lagi guna Facebook aku ada terfikir la jugak, kenapa la diorang ni rajin sangat buat akaun FB banyak-banyak semata-mata nak buat post and comment benda yang lawak. Contoh macam lawak Batu Belah Batu Bertangkup, Hang Tuah, Hantu Kak Limah Balik Rumah, Bawang Merah Bawang Putih dan lain².. ala mesti korang pernah tengok punya kan..

7.06.2012

Tutorial: Cara Nak Tukar Alamat Emel di Blog (Copy Paste)

Assalamualaikum/Salam Sejahtera..

Tutorial kali ni bukan aku sebagai tenaga pengajar korang semua, kali ni aku beri peluang pada member yang lain pulak mengajar (padahal tak nak mengaku curi entry orang). Idea ni datang bila member kepada member aku tanya macam mana nak tukar emel lain kat blog beliau. Aku pun bukan tahu sebab tak pernah terfikir nak tukar emel. Nak tak nak aku TERpaksa mintak TOLONGGGG kat member-member lain yang tahu tentang ni.

7.04.2012

Tutorial: Cara Download Game Online

Assalamualaikum/Salam Sejahtera..

Perghhh dah 3 minggu tak update entry. Rasa terketar-ketar jari ni nak menaip balik. Sekarang aku free sebab ambil cuti sekejap dan inilah masa yang paling sesuai untuk aku mengajar korang macam mana nak download game online.

Boleh ke download game online ek? Boleh.... selagi aku tak cakap boleh blah kira boleh la tu. Cara dia mungkin agak rumit sikit (bagi aku la) and bagi memudahkan lagi tutorial ni, aku akan sertakan beberapa gambar yang telah di-print screen-kan okeh!

6.19.2012

Sejarah Rock di Malaysia

Info untuk masyarakat yang masih tertanya-tanya mengenai kewujudan muzik Rock di negara kita dan buat yang masih mengingati sejarah ini, mari kita mengimbas kembali zaman kegemilangan Rock.

-Sejarah kumpulan Rock Malaysia bermula secara meluas pada akhir tahun 1980-an. Kemunculan kumpulan rock tempatan menjadi semakin galak dengan terdapatnya pertandingan peringkat kebangsaan seperti Juara Rock, Festival Rock dan Battle Of The Bands 1 & 2.

6.17.2012

Facebook Tutorial 4: Kod Meme dan kod gambar yang lain di chat box (Meme and other codes on chat box)

Assalamualaikum/Salam Sejahtera..

Tutorial kali ni banyak melibatkan copy paste.. hasil mencuri kat beberapa laman web dan page ikon yang terdapat di Facebook sendiri, korang cuma perlu copy sahaja kod² kat bawah ni kemudian paste-kan dekat chat box FB korang.. nak paste kat inbox pun takpe.. mesti korang akan dapat tengok sesuatu yang awesome..

6.16.2012

Facebook Tutorial 3: Macam mana nak buang Page dan Group sendiri? (How to delete an own page and group?)

Assalamualaikum/Salam Sejahtera..

Aku tak terfikir akan buat tutorial macam ni sebab aku sendiri pun tak tahu macam mana nak remove group dengan page sendiri kat FB.. memang aku pernah create page dan group senyap² tapi aku dah menyesal sebab aku sendiri tak tahu macam mana nak buang balik.. terlajak perahu boleh diundur, terlajak cakap boleh mintak maaf, terlajak taip boleh delete balik, tapi terlajak create page/group, tak reti nak buang balik! Haishh..

Facebook Tutorial 2: Macam mana nak birukan tulisan sendiri? (How to create an own words with blue colour)

Assalamualaikum/Salam Sejahtera..

Kalau sebelum ni aku dah ajar sikit sebanyak (padahal sikit sangat) pasal simbol² yang terdapat kat Num Lock, kali ni aku nak ajar macam mana nak birukan tulisan sendiri kat Facebook.. Tutorial 1 tu nanti aku akan update lagi nombor² kod tu sebab simbol yang aku sediakan tu masih sikit.. tapi kalau korang rajin, buatlah sendiri ya.. :b

Facebook Tutorial 1: Cara nak buat simbol unik (How to make an unique symbols)

Assalamualaikum/Salam Sejahtera..

Memang nervous sikit nak buat entry kali ni sebab melibatkan tutorial.. tapi disebabkan tutorial ni baru nak mula, so aku ajar benda yang senang dulu..

5.05.2012

Kisah Keluarga Yang Annoying

Assalamualaikum..

Entry kali ni aku cuma nak ceritakan sikit mengenai satu rancangan TV yang aku berminat nak tengok buat masa ni.. haa, bukan Wonderpets tau, Spongebob Squarepants pun bukan.. hah Raja Lawak? Ish, kat rumah aku mana ada Astro.. stro (straw) minuman pun takde.. sekarang ni aku agak berminat tengok cerita Nanny 911 ni.. kalau tak tahu tu cerita apa korang boleh tengok kat sini .. tu cuma salah satu episod dalam Nanny 911..

3.20.2012

Saya dan SPM Saya

Assalamualaikum..


Ya, entry ni ditulis sebab esok nak keluar result SPM.. jangan tanya aku dah sedia ke belum, jawapannya memang aku tak sedia lagi.. dalam hingus yang meleleh dan kepala berdenyut-denyut telah menandakan aku stres untuk mengenangkan hari esok.. oh rabu! Aku harap tak ada hari rabu dalam dunia ni buat sementara waktu.. err, tapi result tetap boleh keluar hari lain kan? Oh result! Aku harap kau dapat buat aku bangga dengan keputusan yang kau akan tunjuk nanti (sendiri buat sendiri tanggunglah derr)..

Cakap pasal SPM ni, tiba-tiba aku rasa nak kongsi pengalaman aku ambil periksa yang paling menggerunkan bagi masyarakat Malaysia pada tahun lepas.. nak kata pengalaman aku ni best sangat tak adalah tapi boleh kira 'unik' jugalah.. mana taknya, kawan-kawan aku ambil exam kat dewan, aku ambik exam kat wad.. bukan sebab kemalangan pada hari kejadian yang membuatkan aku dok kat wad selama 19 hari, tapi sebab aku dah tempah wad awal-awal.. marvelous kan aku?

Gambar hiasan semata-mata, pinjam gambar ye kak..

Sepanjang aku duduk kat wad tu, aku ditempatkan ke 1 ruang khas aka bilik pengasingan bagi mengelak aku mendapat sebarang gangguan bunyi bising.. tambah-tambah lagi wad yang aku duduk tu wad pediatrik, memang awesome lah kan.. nak tau kenapa aku 'sesat' kat wad kanak-kanak, nanti-nanti aku cerita.. sebagai salah seorang yang merasai ambil periksa kat hospital, aku ada 1 cerita yang aku nak kongsi dengan semua.. eh dari tadi aku cakap nak cerita tapi tak cerita jugak..

Kisah ni bukan berniat nak aibkan sesiapa, tapi cuma nak berkongsi pengalaman sahaja.. kisah masa hari pertama peperiksaan, aku ambil sarapan yang dah disediakan wad pada pukul 7 pagi.. berat jugalah sarapan yang aku ambil tu tapi aku makan sikit je.. tiba-tiba ada 2 orang wanita mencari-cari sesuatu tempat sambil berjalan menghala ke bilik aku.. pintu bilik aku memang dah terbuka jadi 2 orang wanita tu terus masuk ke bilik.. macam yang aku jangkakan, 2 orang wanita tu merupakan pengawas aku sepanjang SPM ni.. aku cuaklah sebab ingatkan periksa dah nak mula, entah kelam kabut aku habiskan sarapan yang ada dalam mulut aku.. oh so sweet bila pipi aku penuh dengan makanan (perasan).. pengawas tu cakap makanlah dulu sebab periksa mula pukul 8 pagi nanti.. waktu tu pulak baru pukul 7:15 pagi.. aku pun terus makan semula tanpa segan silu.. aku tau muka aku comel bila tengah makan (perasan lagi)..

Sementara menunggu peperiksaan pertama bermula, salah seorang pengawas membacakan arahan yang telah disediakan dalam 1 senarai peperiksaan milik pelajar.. cikgu tu pun bacalah lambat-lambat sebab nak cukupkan masa.. muka cikgu tu sebijik macam opah saudara aku.. kalau opah saudara aku melawat aku kat hospital mesti aku tak tau mana 1 pengawas aku.. bila cikgu tu dah habis baca arahan, masih ada beberapa minit lagi untuk merehatkan otak aku yang tak henti-henti mengembang ni.. 2 orang pengawas ni pun sembanglah dulu setakat borak-borak kosong je.. tiba-tiba aku terdengar ayat yang 'sedap' didengar..

"Kat hospital ni tak ada sediakan air untuk cikgu ke?"
Kata pengawas yang ada iras-iras opah saudara aku..

Aku terkejut, macam mana hospital nak bagi air kat cikgu-cikgu tu padahal aku pun kena bayar kalau nak dapatkan makanan dari hospital.. mungkin aku kena cadangkan kat cikgu-cikgu tu jadi pesakit macam aku jugak kot..

Kertas pertama bermula, masa tu tangan aku menggeletar sangat sebab takut apa yang aku angankan nanti tak menjadi kesampaian.. tapi aku tak boleh cakap macam tu, belum usaha takkan dah mengalah? Dalam tempoh aku mengambil periksa Bahasa Melayu Kertas 1 tu aku betul-betul fokus.. aku suka BM kertas 1 sebab aku suka buat cerita mengikut imaginasi aku sendiri, bukan pelajaran dari buku.. dan bermula saat inilah aku mula merasa marah dan tak puas hati terhadap cikgu-cikgu tu.. aku akan ringkaskan cerita ni supaya korang tak pening dengan entry pertama aku yang teramatlah panjang lebar ni..

•Bilik pengasingan ada aircond tapi tak bukak sebab tak tau mana 1 suis dia tapi masih rasa sejuk.. cikgu yang ada iras opah saudara cakap dia dah tak tahan sejuk, dia nak bukak pintu bilik.. aku cakap aku biasa je, tapi dia tetap nak bukak pintu bilik jugak.. dan, segala bunyi bising masuk dalam bilik aku.. diulangi, aku duduk kat wad pediatrik.. sangat meriah suasana masa aku periksa sampai aku susah nak fokus..

•Dalam tempoh periksa tu diorang tidur memanjang kat dalam bilik aku.. sedangkan tugas pengawas adalah untuk membantu aku kalau aku memerlukan sebarang khidmat bantuan..

•Aku tak ingat aku tengah ambil paper apa, tapi yang aku ingat tempoh menjawab tu selama 2 jam 30 minit.. aku siap dalam setengah jam lebih awallah dan aku semak puas-puas.. seorang pengawas datang kat aku dan tanya "Dah siap ke?" dan aku jawab "Dah, cuma tinggal nak semak je.." cikgu tu pun mengangguk dan tinggalkan aku.. mungkin dia nak berdiri kat luar bilik kejap.. bila aku dah siap semak, aku semak lagi sebab aku tau, ni je peluang terakhir aku semak kertas peperiksaan, lepas ni jangan haraplah ada periksa lagi.. tiba-tiba cikgu tu datang kat aku dan cakap nak tengok kertas aku.. aku pun bagilah.. dan dia kata "Saya ambil ya.. awak dah siapkan.." dan menambah "Lain kali kalau dah siap awal bagi terus kat cikgu."..

Pulak dah..

•Ada 1 hari tu, ada 6 orang pengawas yang menjaga aku.. gila kan? 6 for 1.. hahaha.. macam kelakar jugaklah sebab sempit bilik aku masa tu.. dan yang menambah sedikit kebengangan aku bila keenam-enam orang tu tak jaga aku langsung! 3 orang pergi makan dekat kantin dan yang baki tu sembang-sembang kat luar bilik aku.. aku berani cakap, diorang sangatlah cuai.. nasib baik aku ni bukan jenis nak tiru jawapan walaupun handphone ada je kat aku..

•Belum lagi kisah diorang ambil jam dinding, whiteboard dan alat tulis dari wad.. malunya aku! Sepanjang 12 tahun aku jadi ahli keluarga hospital, belum pernah lagi aku buat macam tu.. kalau tak ada barang aku takkan minta melainkan kalau barang tu memang khusus untuk pesakit.. tak pasal-pasal staf mengadu tak puas hati dengan pengawas-pengawas tu.. malam tu jugak mak aku pulangkan whiteboard kat staf nurse.. dan kebetulan aku bawak banyak kertas A4, kitorang gantikan whiteboard dengan tampal kertas kat tingkap.. malam tu jugak minta maaf wakilkan cikgu-cikgu tu..

Itu jelah aku boleh kongsi sebab dalam tempoh 19 hari tu aku hadap perkara yang lebih kurang sama.. tapi tu cerita yang tak best.. aku nak ceritakan pengalaman yang boleh dikira kelakar jugaklah..

• Kisah 1 malam bila mak suruh adik yang jaga aku.. masa tu katil belum penuh lagi.. kira dekat wad tu aku sorang jela yang duduk kat dalam bilik dan banyak katil kosong kat depan bilik aku.. bila malam memang terasa seram, hasil pengaruh baca buku seram dan tengok cerita seram.. tiba-tiba ada 3 orang lelaki lalu kat depan bilik aku.. aku dengan adik aku tergamam kejap sebab mamat-mamat tu mundar-mandir kat depan bilik.. aku pesan kat adik aku jangan asyik pandang muka diorang.. dahlah pintu bilik ni tak boleh kunci.. karang kena terkam pulak.. tapi lama jugaklah mundar-mandir tak henti-henti.. aku dari tadi buat-buat tak nampak dan baca buku (study la kononnya) sekali aku tak tahan, habis dia tawaf bilik aku tu.. rimas gila! Aku pun pandang muka diorang dan aku....

SENYUM! :)

aku terkejut, apa aku buat ni tiba-tiba je senyum kat orang tu.. sekali diorang balas balik senyuman yang paling manis dan pergi macam tu je.. he? Tak faham aku.. nasib baik aku tak diapa-apakan orang pakistan tu (main agak je).. 

•Kisah seorang budak syndrom down yang terlepas masuk dalam bilik aku dan ambil air kotak aku dengan selambanya.. waktu tu pintu sengaja bukak sebab tak ada paper.. yang aku kagum dengan beliau bila tengok dia macam dah hafal je kedudukan dalam bilik aku tu.. siap ambil dan terus minum pulak tu.. perghhh, aku tak marah tapi aku rasa kelakar.. sampai merah muka aku..

•Yang ni kisah nakal, aku pergi kedai dengan adik aku.. dalam keadaan sakit pun aku boleh pergi kedai curi-curi.. masalahnya seumur hidup aku tak pernah lagi aku berdikari kalau nak pergi mana-mana.. lepas tu mana staf yang nampak ceritalah kat mak aku.. served you right!

•Yang ni pun kelakar jugak.. dari tengah hari sampai ke petang ada budak-budak panjat kerusi nak tengok bilik aku dari tingkap.. rimas jugak aku sebab nak makan pun tak selesa.. nak tutup langsir karang mak bapak budak tu terasa pulak sebab ada parents yang tunggu kat situ jugak.. yang kelakarnya, budak-budak tu boleh masuk bilik aku dalam sekelip mata sebab adik aku bukak pintu nak letak dulang makanan kat meja luar.. aku pandang diorang, diorang pandang aku.. adalah dalam 5-6 orang..

"........."

Aku pandang sorang-sorang.. muka diorang nampak macam takut.. aku diam sekejap dan..

SENYUM! :)

budak-budak tu pun senyum balik.. aku tanyalah diorang dengan ramah:

"Hai.."

"Hai.. (sambil tersenyum)" oh conel dowh muka diorang! >_<

"Ni semua adik beradik ek?"

"Ha'ah.."

"Mana satu yang sulung?"

Seorang budak perempuan pula yang menjawab: "Saya kakak, yang ni adik yang paling kecik.."
Auww, comelnyaaa..

"Siapa yang masuk wad ya?"

"Adik bongsu.."

"Sakit apa?"

"Dia ada sakit kat dalam badan dia, ada ketumbuhan.." jawab seorang adik lelaki yang cute jugak..

Tiba-tiba ada salah seorang yang nak keluar dan seorang lagi pun ikut.. aku pun cakaplah 

"Bye.."

Baru diorang ingat dan diorang pun balas lambai.. amboi, dah masuk bilik orang lupa nak cakap pergi dulu ekk.. nasib baik korang comel..

Ada dua orang budak lelaki yang belum keluar lagi datang kat adik aku dan buat 'Give me 5'.. amboiii.. ni lagi hebat.. umur macam 3 tahun kebawah je.. adik aku yang macam terkejut sikit tersenyum dan balas macam biasa.. lepas tu kitorang gelak sama-sama..

Tu je kot yang aku boleh kongsi.. 'tu je' pun dah panjang sangat macam buat assignment je.. kira kisah ni merupakan kenangan SPM yang tersangatlah unik bagi aku.. harap aku dapat result yang marbeles lah esok.. memandangkan aku tak dapat pergi ambil result (sebab nak admit ward lagi) terpaksalah aku check kat 15888 je..

Kalaulah aku dapat macam ni....

Jawapan 3 bulan kemudian - Aku dapat 6 kredit 1 lulus. Harap maklum.