Latest!

Lifes: Aku Ada KANSER?

Assalamualaikum..

Genap seminggu aku menSENYAPkan diri dari mengupdate sebarang entri. Serius rindu weh tapi nak buat macam mana, aku boleh tengok je. Bukak blog dan google+ tiap-tiap hari tapi tak boleh buat apa-apa.
Waktu macam ni la idea datang mencurah-curah tapi aku simpan dalam-dalam nafsu serakah tersebut, hehe..

Dalam tempoh penyembuhan ni tak dinafikan aku tak boleh duduk diam. Yang terbaru, aku dalam proses buat aplikasi radio abang angkat aku untuk telefon android. Gila betul idea aku ni, dah lah takde pengalaman, lepas tu suka suki suku sakat je buatkan aplikasi tu.. apapun kesian kat abang angkat aku sebab ramai yang dah tanya kenapa tak buat lagi radio untuk 'telefon bijak' diorang.. tu yang terdetik nak tolong..

Otak aku dah rancang nak buat cerpen baru tapi terpaksa simpan dulu. Tangan aku cepat letih sekarang. Ni pasal nafsu serakah nak menaip terlalu tinggi la aku cuba jugak menaip sampai lebam, hehe.. pasal main keyboard tu pulak, aku baru upload satu instrumental yang teramat la buruk kat soundcloud. Serius teruk sangat, aku baru tau kualiti audio tak berapa baik, maklum la bukan telefon mahal. Jadi terpaksa batalkan jugak niat untuk upload kat Youtube buat sementara waktu..

Err, sebenarnya aku ada benda nak bagitau tapi malu la pulak.. aku tak tau berbaloi ke tak kongsikan cerita ni kat korang. Sambil menaip aku tekup muka dengan baldi tau, betapa malunya diri ini.. haha..

Badan aku rasa 'pelik' sangat akhir akhir ni.. nak dijadikan cerita ada sekali tu aku sengaja golek golekkan badan kat ruang tamu.. takde kerja, hehe.. tiba tiba rasa sakit sangat kat satu kawasan.. aku buat bodoh lagi.. lama lama sakit makin kuat.. dan tak lama lepas tu aku nampak sesuatu pada kawasan tersebut. Secara spontan aku cakap 'Ya Allah, kenapa ni?'

Aku cuba cari kat Google, dan tanda-tanda yang Pakcik Google bagitau ialah 'benda yang aku alami' ni merupakan gejala awal penyakit kanser. Aku istighfar kejap, bukan taknak terima hakikat, tapi takut yang aku akan menyusahkan ahli keluarga lagi. Aku tak kisah penyakit apapun yang aku terima sebab dah memang aku ni 'pesakit'. Nak bagitau abah tak sampai hati pulak, kesian tengok muka abah nampak pucat sangat lepas balik dari Ulu Kinta. Khamis ni aku ada appoinment hospital, mungkin dalam masa yang sama boleh pergi buat appoinment lain..

Dah dah dah, hentikan entri luahan hati! Sila tengok iklan tak berbayar di bawah. :D

Ni hadiah mak bagi aku semalam. Katanya selipar ni comel sangat sebab tu belikan untuk aku.
Tapi otak aku fikir lain, aku anggap mak bagi semangat untuk aku belajar jalan.. :)

Air kotak 125ml sesuai dengan aku yang kemetot ni. Apa yang buat aku gelak golek-golek ialah pada air kotak Dutch Lady tu, mak belikan 1-6 tahun untuk aku okey! :D

Nota: Terima kasih atas komen-komen osem anda pada entri sebelum ini. Saya akan menjelajah dan menyelongkar dan menepek dan bertapa di blog anda dalam masa terdekat. :)

Nota 2: Selamat Hari Polis yang ke-206. Abah dapat anugerah cemerlang, Alhamdulillah.. :)


Mulut besar macam Pac Man, Kalau sudi silalah komen :D

Comments
12 Comments

12 comments:

  1. Ya Allah.. Terkejut tau tak tengok tajuk entri tu... Harap harap tu bukan kanser atau penyakit berbahaya... Cukuplah tanggung penyakit yang satu tu...

    ReplyDelete
  2. Lebih baik pegi check dik, sekarang ni sakit mcm2. Mencegah lebih baik dari merawat.

    ReplyDelete
  3. Hmm patutla lama xupdate entry..akak tggu2 je.. dtg sini, tp xder orang.. kemana la si Iha ni..

    Akak doakan Iha sembuh dan normal seperti orang lain.. Semoga Iha berjaya dunia akhirat.. :)

    ReplyDelete
  4. Wah, abah Iha polis juga ekh? Tunang akak pun polis. Pesan kat abah, akak y comel ni ucapkan selamat hari polis.. (jgn bagitau mak) hahaha gurau :)

    ReplyDelete
  5. Iha,akak study perubatan ni. If cancer payu dara,cara nak cek tengan bahagian ketiak if sakit atau tak. TApi kadang2 sakit beberapa hari sebelum atau selepas period tu normal

    ReplyDelete
  6. wa rasa elok pg cek doktor...kanser kalau awal boleh operate...kalau dibiar lama2 nanti merebak kat kawasan lain pulak...

    yg keyboard tu lu takleh rekod pakai smart phone dari speaker keyboard...pasal speaker keyboard tu wa rasa mcm speaker radio je kemampuan dia(entahlah wa tak tau jenis keyboard lu tu)...hehehe....kalau nak rekod kena buat direct in ke lappy...tapi kena tgk jugak output keyboard lu tu camne...kalau ada tempat cucuk earphone kat keyboard tu, guna yg tu masuk dalam lappy...lepas ni kalau nak beli keyboard cari yg ada USB...

    yg hari polis tu, tahniah wa ucapkan pada abah lu pasal dpt anugerah cemerlang...

    ReplyDelete
  7. better check...prevention better than cure...harap xda pape ye..btw, tahniah untuk abah awak..cemerlang gitu!ohsemm:))

    ReplyDelete
  8. Ihaa syg, better pegi check dear, akak doakan tu bukan kanser, banyak2kan berdoa ye dear.Kuatkan semangat...

    Btw, selamat hari polis utk abah iha.. :)

    ReplyDelete
  9. walau apa pun , kena dapatkan kepastian dr dr . Jangan takut utk tanya pada doktor ya ... semoga Allah permudahkan segalanya ... inshaa Allah .

    ReplyDelete
  10. my dear iha kesayanganku... sis doa tu bukan penyakit berbahaya.. kuatkan semangat ya sayang..

    ReplyDelete
  11. nanti buat la medical checkup ya.. :) tawakal dan pasrah.. tapi jangan 'jatuh' anggap aja kita manusia memang selalu diuji.. :) inshaAllah kita diberikan pelindungan..btw tahniah atas anugerah abah : Polis Cemerlang.. :)

    ReplyDelete
  12. haishh adik comel ni.. betul2 laa.. akak hrp tu bkn kanser, yg pnting pg check ye syg, men syak2 je xleh.. smoga iha sihat2 selalu.. boleh melayan nafsu serakah rajin menaip tu :P

    haha minum susu 1-6 ?? mmg ssuaii utk Iha :PPP eh2 ucap tahniah kat abah ehh, terrrbaiiikk ~

    #sedapp oh laguu kt blog nii.. mintaakkk tajuk ^^

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Iha Zaliza © 2010-2017