Latest!

Lifes: Hidup Selama 6940 Hari

Assalamualaikum..


Nama aku Iha Zaliza, bukan Vanessa. Jadi kek ni bukan aku punya..


Gila kewl kalau dapat kek macam ni. Tapi aku yakin kemungkinan besar rasa kek ni mesti &#*^&%^ muehehe..

26 Februari lepas, genaplah umur aku 19 tahun bersamaan 6940 hari aku hidup. Rajin tak rajin aku kira berapa lama aku bernafas kat bumi ni, siap kira hari yang ada tahun lompat bagai. Untung Pak Zali dengan Mak Liza dapat anak rajin macam ni ini semua POYO..

Tahun ni unik sikit, takde celebration mahupun present untuk aku. Berbeza dengan tahun-tahun sebelumnya. Ada je rezeki aku orang nak belanja kek ataupun hadiah..

Tapi aku tak terasa pun sebenarnya. Sebab?

Tahun lepas mungkin tahun terakhir aku jadi manusia yang terlalu alpa dengan pujian, ucapan.. jadi bila dah leka tu apa lagi. Allah mula tarik nikmat.
Seminggu lepas hari jadi aku kena serang bertubi-tubi dekat satu 'tempat kerja' yang sangat-sangat aku sayangi. Atas dasar salah faham, dan dasar orang-orang suka dengar khabar berita, ramai yang tak tegur aku dan terus hentam kromo.. lagi sadis orang atasan yang aku respek pun tumpang sekaki jugak percaya cakap orang lain tanpa tanya aku dulu. Sedangkan waktu tu aku tak tidur jaga tempat tu beberapa hari (diulangi, TAK TIDUR) semata-mata nak 'jaga keamanan' tempat tu. Mesyuarat dah dijalankan beberapa hari lepas dan bila aku kena serang, hanya seorang dua sahaja dari beribu-ribu kawan yang aku ada pertahankan aku. Haha.. tak sanggup aku nak ingat lagi tragedi 4 Mac tahun lepas.

Sejak dari tu aku fikir, perlu ke aku sambut hari jadi bagai nak rak (waktu senang) kalau waktu susah orang takkan datang bantu kita? Sorang-sorang manusia yang aku percaya hilang dengan mudah okeh. Really hate it.

Jadi tahun ni jawapan aku senang je, bila tiap kali mak mintak maaf kat aku sebab tak dapat nak buat sambutan party (also knowing as celebration), aku cakap macam ni:

Orang tak kisah la mak.. yang penting orang-orang yang tersayang ada kat sisi waktu hari jadi.. tu je yang orang nak, kalau ada sambut ada la.. kalau takde orang tak kisah..

Betul, memang aku tak kisah. Memang la sebelum hari jadi lagi aku ni dah kategori TERDESAK, asyik cakap nak orang lain hadiahkan gitar Flying V ataupun Double Neck tapi aku cakap je. Gila nak mintak hadiah mahal macam tu. Better aku kumpul duit churpchurp 8 tahun pastu beli sendiri. Kalau ada rezeki, adalah gitar tu untuk aku. Kalau takde aku tak kisah (err, macam sama je ayat ni dengan perenggan kat atas)..

Korang bayangkan, kalau korang dapat hadiah yang korang nak, tapi korang tak bersama dengan orang-orang tersayang. Agak-agak boleh bahagia ke??

Aku tak boleh hidup macam tu, serius tak boleh.. lantak la orang nak kata aku anak manja ke adik gedik ke, gua tak heran.. :)

Jadi, sepanjang hari jadi tu aku tak tidur lebih sehari sambil buat kerja macam biasa. Tolong abang DJ jaga radio, buat novel, dan yang sewaktu dengannya.

Kejakunanku terserlah tatkala melihat ini.. LOL

Malam hari jadi aku kelam-kabut siapkan bab 2.. tup-tup tengahari tu jugak P2U publish.. lebiu bebeh!

Sumber dari Pakcik Gugel

Aku harap siapa yang baca entri ni, doakanlah untuk aku. Tak payah doa moga aku jadi comel bagai, cukup doakan supaya aku jadi anak yang taat dan manusia yang berguna untuk semua. Itu je hadiah yang aku nak.. terima kasih.. :)

Entri ditulis ketika berusia 6943 hari..

UPDATE: Maaf kak Ena, TERdelete pulak komen akak masa nak tekan publish. Skrin telefon kecik, jari besar gedabak pulak tu.. maaf ye.. :(


Mulut besar macam Pac Man, Kalau sudi silalah komen :D

Comments
18 Comments

18 comments:

  1. Selamat hari lahir..semoga jadi anak yang solehah..Amin..
    Done follow u

    ReplyDelete
    Replies
    1. Amin.. terima kasih kak.. :)

      Delete
  2. Selamat hari jadi adik sayang...moga Allah panjang umur adik...murahkan rezeki adik...dan cik akak doakan adik bahagia dunia & akhirat ...amin..

    huhu...cik akak memang tak pernah celerate bday pun..hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Amin.... mekasih banyak2 ek kakak yang omei :D
      Ehh yeke.. takpe celebrate bukan kewajipan pun.. :)

      Delete
  3. happy belated birthday iha... ^_^
    moga diberkati Allah selalu... :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Amin ya rab.. tqvm kak Ruha.. :)

      Delete
  4. Hy, I love your blog, is very beautiful, congratulations and kisses from Spain.


    http://redecoratelg.blogspot.com.es/

    ReplyDelete
  5. hehehe wa doakan semoga lu sukses dalam apa juga bidang yg lu buat...dalam masa yg sama diberikan kesihatan yg optimum supaya mudah mencapai sukses tersebut...dalam masa yg sama juga diberi keberkatan dunia dan akhirat....

    PS: rajin plak siap kira hari...huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Amboih banyaknya "dalam masa yang sama", haha..
      Amin.... terima kasih banyak2 brader..

      Delete
    2. mestilah dalam masa yg sama takkan nak asing2 pulak...:P

      Delete
  6. Iha Zaliza..betul ckp Iha, x wajib pun celeb bagai ni, janji kesihatan sihat dan bahagia ye tak..dan kita tahu bila tarikh kita di lahirkan (so boleh kira macam Iha)...cam org yg x tahu tu...uittt lagi sedih dik n kesihan dik (ehhh..bila ekk birthday mamahanny??)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu mamaku sayang.. ;)
      ehh, bukan birtday mamahanny 1 Julai ke? iha dah conteng kalendar tau.. hehe..

      Delete
  7. suka baca entri nie..selamat hari lahir..seribupilihan doakan iha jadi anak yg solehah..seribupilihan suka qoute cita2 + cinta tu..:-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Amin.... terima kasih kak SP.. hee, suka ek.. iha nyaris2 nak buang dah quote tu :D

      Delete
  8. Terkesan.. akak pn pernah dituduh.. fobia smpai skrg.. Happy Birthday.. semoga bahagia dunia akhirat..::>_<::

    ReplyDelete
    Replies
    1. Amin.... terima kasih ye kak.. takpe fobia tu yang ajar kita jadi cepat matang kan.. :)

      Delete
  9. happy belated bfday Iha..akak doakn moga Iha jd insan smpurna d mata allah,(manusia tak pernah puas..),jd anak solehah..moga Iha bahagia dunia dan akhirat

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Iha Zaliza © 2010-2017