Latest!

Lifes: Senyap....

Assalamualaikum..

Maaf kalau entri kali ni boleh menimbulkan tanda-tanya pembaca-pembaca blog (kalau ada yang membaca).. aku bukan nak buat entri panas, tapi aku kena bagitau sesuatu yang aku mungkin akan mengambil masa beberapa ketika untuk 'senyap'. Kat sini je aku tulis apa yang aku alami sekarang, tak ada seorang pun aku kongsikan kisah ni.

Secara jujurnya, aku rasa kesihatan aku makin merosot sekarang. Selama ni memang aku buat-buat kuat, huhahuha sana-sini. Gelak golek-golek beramai-ramai, tapi ada satu masa bila jatuh sakit, aku masih nak berlakon yang aku sihat. Aku dapat rasakan kaki makin tak boleh angkat, petanda tulang akan bengkok lagi dan mungkin akan jalani pembedahan lagi.

Tangan dan kaki sentiasa membengkak, berdenyut sampai ke tulang. Tapi aku malu nak kongsikan lebih-lebih, sebab aku yakin kat luar sana lagi ramai yang berpenyakit lebih teruk dari aku. Aku nak tahan selagi boleh tahan, nak gelak selagi boleh gelak, dan nak buat lawak selagi boleh melawak dengan korang semua. Jadi jangan pelik kalau aku selalu jadi macam 'biskut'.

Kalau ada yang perasan, aku ada join beberapa GA dan Segmen sekaligus, itu semua hasil tag dari rakan-rakan blogger. Walaupun aku bukanlah kaki GA/Segmen, aku hargai dengan ingatan korang semua untuk mengajak aku menyertainya sekali. Terima kasih banyak-banyak diucapkan.. aku tak larat masa buat entri-entri tu tadi, lagi-lagi waktu petang ada hujan kilat, aku update dalam keadaan ketakutan. Mana yang masih tak tahu kisah sebenar aku boleh klik SINI.

Sepanjang aku 'rehat' dan aktifkan balik blog ni sejak awal Februari lepas, aku jumpa beberapa kawan yang sangat baik dan sporting. Korang semua berjaya buat aku gelak terbahak-bahak balik. Korang semua berjaya jadi 'ubat' untuk penyakit aku. Mana yang rapat akan tahu yang aku tak boleh bergantung pada mana-mana ubat lagi. Jadi jutaan terima kasih diucapkan pada anda semua.. dalam bahasa omputihnya ai lebiu, hehe..

Dah buat entri sedih lagi la pulak budak ni, pang kang.. haha.. maaf semua, sila abaikan ini entri kalau ini budak sangat mengada-ngada dalam itu tulisan.. Sekarang aku taip dalam keadaan tangan menggeletar.. insyaAllah, akan datang nanti aku terjah belog korang macam biasa balik. Jangan arr nangis, aku rehat kejap je.. Lol~

Kalau ada butang macam ni, dah lama aku tekan 10 kali, heheh..

Ni perangai korang kan? Sila mengaku.. lalala~

Lagu yang aku nak cuba main masa dah ok nanti..

P/s: Selamat merindui komen bertubi-tubi dari iha zaliza ye.. :D


Mulut besar macam Pac Man, Kalau sudi silalah komen :D

Comments
20 Comments

20 comments:

  1. jaga kesihatan tu baik2 tau.. semoga cepat sembuh. :)

    ReplyDelete
  2. Kagum betul sy dengan cik Iha Zaliza ni. (Ayat skema) hehehe...Thumbs up!.. Kalau boleh main la lagu tu sekarang, buat apa yg termampu. Sebab kalau jumpa pakar psikologi (Sy angkat tangan)... dia pon akan cakap, buat la semua benda yang awk nak buat sekarang.. seolah2 awk dah ok dah pon. Macam mane pon yg wrestling tu please dont try this at home. :-p

    ReplyDelete
  3. Ihaa.. Tabahlah hadapi ujian Allah ni ye dik.. Akak sedih baca entry adik ni.. Semoga Iha kembali sembuh..

    ReplyDelete
  4. laa yekew??? g cek kat klinik key?? take your time to heal ye... risau ena.. =(... ena doakan sis cepat sembuh

    ReplyDelete
  5. Walaupon akak sakit, tapi akak kuat.... Akak selalu buat blogger lain ceria... Termasuklah dina si budak kecik nie haaa.... Harap harap sakit akak berkurangan... Kalau boleh, bagi hilang terus... Akak tak mintak ade penyakit tu, tapi akak kena redho ye kak... :DDDD

    ReplyDelete
  6. adiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiikkkk.. emm rinduuu rinduu jugak.. ! baru nak bermanja bermesra huhu. iha kuat semangat kan, akak syg iha, keluarga smua syg iha, kawan2 semua syg...lagi2 Allah, Dia syg iha banyak sangat :') iha sakit kejap je ye syg :')

    # akak tnggu iha bising semula, xmuncul akak pok nnt :D

    ReplyDelete
  7. bila dah rasa pelik dalam badan cepat2 la pegi klinik :)

    ReplyDelete
  8. patutla mcm pnah dengar je music kat blog nih >v<
    fullmetal alchemist punya rupanya!! hehehe.. sy minat cte nie. akak?? hehehe >.^

    ReplyDelete
  9. Salam Iha..Yang termampu mama buat adalah doa dari kejauhan..agar Iha beroleh kekuatan dan semangat untuk tempuhi semua ini. Moga Iha cepat-cepat sembuh..Mama akan sentiasa doakan Iha, Insaallah...( keceriaan Iha byk memberi semangat pada mama...love u )

    ReplyDelete
  10. diharap lu tak buat2 tahan...kalau sakit, luahkan je kesakitan tu...apa2 pun wa harap lu cepat sembuh...sebab wa teringin nak dgr lu main lagu tu dan upload kat youtube...

    ReplyDelete
  11. assalamualaikum ... tabah lah ... redha itu besar pahalanya ... inshaa Allah , Allah sentiasa disisimu ...

    ReplyDelete
  12. jom singgah sini hmmmm cepattttt

    - Admins blog 3 dalam 1
    http://blog3dalam1.blogspot.com/

    - Facebook fan page
    https://www.facebook.com/MingHuiRaingerzAwesomeCollections

    - Ping blog artikel @ Facebook
    https://www.facebook.com/groups/kakipingdotcom/

    ReplyDelete
  13. Akak doakan iha cepat sembuh, kuatt tau syg....Keep fighting..huhu..will miss u dear..

    ReplyDelete
  14. be strong okey..jaga diri & sy doakan semoga cepat pulih...ujian Allah utk hambanya..

    ReplyDelete
  15. Iha sayang..semoga cepat sembuh..akak doakan Iha tau..perlu kuat untuk org2 tersayang..Iha memang gadis yg tabah!huhu..sedih

    ReplyDelete
  16. Moga cepat sembuh sayang :)

    ReplyDelete
  17. salam..iha..jangan takut..yakinlah dengan semua yg Allah dah tetapkan.. tak kira apa pun..ada jalan keluarnya.. :) jangan terus putus asa dan lemah..pernah baca cerita pasl seorang wanita..(if tak silap la) ada penyakit kronik (rasanya kanser..tapi tak tahu kanser apa) lepas tu dia stay positive..buat benda2 yang positive dan buat apa2 yang dia minat..last2 penyakit dia dah semakin baik..dan hampir sembuh.. inshaALlah kalau kita dekat dengan Allah,Dia akan mudahkan segalanya untuk kita.. :)

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Iha Zaliza © 2010-2017