Fadhali Friday 1: Belajar Tawakal Daripada Semut

By iha - 4/05/2013 03:30:00 PM

Assalamualaikum..

Entri dakwah pertama dalam Fadhali Friday..

Sebelum mulakan tajuk ni, jom baca Surah Al-Kahfi. Nak tau khasiatnya, baca disini. Tak semestinya kita dapatkan khasiat dari vitamin dan mineral je kan, dalam surah-surah pun ada khasiat jugak :)

Untuk entri yang berkonsepkan ketuhanan yang pertama ni, aku gunakan ataupun ambil satu rujukan dari sebuah buku karya Ustaz Pahrol Mohd Juoi, Beduk Diketuk.


Dalam Beduk (Bab) 2 pada mukasurat ke-7, ada diceritakan bagaimana seekor semut berjimat-cermat dengan rezeki yang dimilikinya. Tajuknya ialah Belajar Tawakal Daripada Semut.
Berikut cerita Ustaz Pahrol:

Kesempatan yang jarang-jarang saya temui itu tidak saya lepaskan. Kuliah maghrib di masjid kariah saya itu, saya ikuti dengan teliti. Kaedah dan bahasa yang digunakan oleh pengajarnya sangat simple dan bersahaja - orangnya sederhana, agak tua, berjubah dan berserban putih. Tubuhnya pendek tapi menarik.

Beliau menceritakan perihal komunikasi yang pernah berlaku antara seekor semut dengan Nabi Sulaiman a.s. Begini ceritanya...

Suatu hari Nabi Sulaiman a.s. bertanya kepada seekor semut tentang berapa banyak makanan yang diperlukannya untuk hidup dalam setahun. Semut menjawab, ia hanya perlukan makanan sebesar sebiji gandum.

Lalu Nabi Sulaiman a.s. memasukkan semut tersebut di dalam suatu botol dengan diletakkan bersamanya gula sebesar sebutir gandum. Mulut botol itu kemudiannya ditutup.

Cukup tempoh setahun, mulut botol itu pun dibuka oleh Nabi Sulaiman a.s. Anehnya, baginda dapati hanya separuh sahaja daripada gula sebesar butir gandum itu yang habis dimakan oleh semut tersebut.

Nabi Sulaiman a.s. bertanya, mengapa hanya separuh makanan sahaja yang dihabiskan sedangkan semut pernah berkata ia perlukan makanan sebesar sebiji gandum?

Sang semut menjelaskan jika di luar botol rezekinya dijamin sepenuhnya oleh Allah dan dia yakin Allah pasti akan mencukupkan rezekinya. Sebab itu dia tidak perlu risau dengan hakikat itu.

Tetapi apabila dikurung oleh manusia (Nabi Sulaiman a.s.) dia mengambil langkah berjaga-jaga dan berjimat cermat kerana tidak yakin dengan keprihatinan manusia. Mana tahu, kalau-kalau manusia itu terlupa lalu mengurungnya terlebih daripada tempoh satu tahun? Apa akan terjadi kepadanya?

Bila baca ni, rasa malu je dengan makhluk Allah yang lain. Kadang-kadang tu selalu rasa waswas dengan rezeki sendiri, tapi semut tidak. Pernah dengar tak tiap malam jumaat, setiap haiwan dan serangga beristighfar sebab terlalu takut jika kiamat muncul pada hari tersebut? Haiwan dan serangga sentiasa berzikir pada malam Jumaat. Kita? Asal cakap malam Jumaat je tersenyum sumbing, huhu..

Falsafah yang sangat aku suka dalam buku ini ialah:

Orang yang bijaksana akan lebih terkesan dengan bisikan berbanding jeritan.

  • Share:

You Might Also Like

5 Geng Banyak Bebel

  1. SubhanaAllah, kalau dibandingkan kita manusia ni dengan semut memang hina kita ni.... semut ni rajin even sometime menyakitkan hati.. hahaha

    ReplyDelete
  2. renung2kan dan mari kita sama2 muhasabah diri sendiri... ^_^

    ReplyDelete
  3. salam zaliza :)

    semut antara binatang yg disebut dlm al quran...subhanallah :)

    ReplyDelete
  4. byk ibrah yg boleh kt dpt dr haiwan2 ni kan.. lg2 semut.. kecik2 cili padi.. terima kasih iha kongsi.. eh suke falsafah tu, a.k.a selama2 nya kelembutan xkan tewas dgn kekerasan, peaceeee V(^_^)

    ReplyDelete
  5. biasalah manusia ni satu ciptaan yg lalai....makhluk2 lain patuh je kecuali syaitan...cuma manusia ni yg suka "ngelat"

    PS: yg "senyum sumbing" tu pon ibadah jugak utk mereka2 yg tertentu....hehe

    ReplyDelete