Latest!

Lifes: Perginya Seorang Wanita Bernama Fauziah Binti Muhamad

Assalamualaikum..

Gambar di bawah ini adalah wanita yang bernama Fauziah binti Muhamad atau lebih mesra dipanggil Kak Gee..


Beliau telah bertemu jodoh dengan seorang jejaka yang sungguh tabah, Abil Fikri bin Ahmad lalu mendirikan rumahtangga pada 13 Mac 2009..


Namun, Allah SWT lebih mengasihi pasangan ini, ujian diturunkan kepada Kak Gee, beliau diserang asma pada Jun 2011 menyebabkan Kak Gee mengalami kerosakan saraf pada otak..

Untungnya wanita yang bernama Fauziah binti Muhamad, dirinya dijaga begitu rapi oleh suaminya, Abil Fikri.. hati wanita mana yang tidak tersentuh dengan sifatnya yang begitu penyabar dalam menjaga isteri yang sedang terlantar..



Gambar terakhir Kak Gee..

Hari ini, 2 April 2013 bersamaan 21 Jamadilawal 1434H pada pukul 9:55 pagi, Allah SWT telah mengambil semula hambaNya untuk dihantar ke syurga.. ajal itu sudah tertulis. Kata Abang Abil sebelum ini, beliau tidak sesekali akan menyesal dengan apa yang terjadi nanti kerana beliau sudah melakukan yang terbaik..

Ayuh sedekahkan Al-Fatihah untuk Allahyarhamah Fauziah. Semoga Kak Gee ditempatkan di kalangan yang dikasihiNya.. andai Abang Abil perasan entri ini satu hari nanti, maaf kalau ada salah dan silap di dalam penulisan. Sepanjang 9-10 bulan saya kenal dengan Abang Abil, belum ada satu pun lagi entri abang yang saya terlepas pandang.

Doa saya mewakili para blogger yang lain agar abang tabah dalam menjalani dugaan hidup ini, Allah lebih sayangkan abang, sebab itu ujian yang diberikanNya sungguh teruji.. Al-Fatihah..


Mulut besar macam Pac Man, Kalau sudi silalah komen :D

Comments
28 Comments

28 comments:

  1. al fatihah ..sedihnye :( lelaki yang baik

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu acik, beliau memang lelaki yg baik..

      Delete
  2. Innalillahhiwainnailaihirojiun .. terkejut sgt dgn berita ni ... Al-Fatihah....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu la kan.. tapi arwah pergi dengan tenang.. Al-Fatihah..

      Delete
  3. semoga rohnya dicucuri rahmat..amin..

    ReplyDelete
  4. al fatihah
    moga roh arwah dicucuri rahmat. aamiin

    ReplyDelete
  5. Al-Fatihah..sedihnya kisah ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. iha pun masa taip ni rasa sayu je.. kita sama2 sedekahkan Al-Fatihah ya kak..

      Delete
  6. Semoga ditempatkan di kalangan orang yang beriman...AMIN~

    ReplyDelete
  7. Al Fatihah.. seronoknyaa kak gee dapat suami macam tu.. setia di sis.. subhanaAllah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu kak Ena, semoga mereka bertemu kembali di syurga..

      Delete
  8. assalamualaikum...al-fatihah..:(

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wa'alaikumussalam mama.. sama2lah kita sedekahkan Al-Fatihah buat arwah..

      Delete
  9. salam takziah buat keluarga abang abil..moga tabah dan redha..dan al-Fatihah utk akak Gee.. moga ditempatkan dalam kalangan orang2 beriman dan solehah.. :) sukar nak cari suami sanggup berkorban jiwa raga.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu kak Nana.. bagi iha abang Abil dgn arwah kak Gee memang istimewa di sisi Allah.. sebab tu mereka diuji sebegini..

      Delete
  10. oh abang abil ade blog ye ? bru tahu... tp sguh.. akak pernah menangis tersedu-sedu ms menonton kisah kesetiaan suami menjaga isteri. Subhanallah hebatnya peribadi dia.. dia msh tersnyum dn mkin mcintai isteri dia,, itu yg buat akak, menangis kagum sgt2 dgn ketabahan dia..Allahu Akbar.. semoga ruh kak gee ditempatkan bersama org2 beriman, andai tu yg terbaik utk kak gee.. Allah :'( :'( :'(

    ReplyDelete
    Replies
    1. A'ah kak Mar.. iha kenal abg Abil dari blog.. dia buat blog khusus utk arwah isterinya, dgn harapan bila kak Gee sembuh nanti, kak Gee akan baca warkah abg Abil.. tapi ternyata Allah lebih sygkan arwah kak Gee kan.. :')
      #abang Abil antara satu2nya lelaki yg berjaya buat iha mengubah persepsi thadap org lelaki diluar sana.. :)

      Delete
  11. alfatihah buat arwah Kak Gee....takziah buat bro Abil... :(

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama2 kita sedekahkan Al-Fatihah buat arwah..

      Delete
  12. Alfatihah.. Sebaknya.. Dok follow jugak blog beliau.. Lelaki 1 dlm sejuta... Semoga arwah ditempatkan bersama org2 yg beriman

    ReplyDelete
    Replies
    1. Amin.. memang akan rasa sebak kan MD.. ni baru betul setia hujung nyawa..

      Delete
  13. laa baru bella tahu yg abg abil ade blog . sangat terharu dgn ketabahan abg abil jaga isterinya . semoga arwah kak gee ditempatkan di kalangan org beriman . al fatihah :')

    ReplyDelete
  14. takziah..al fatihah..

    sesungguhnya gnjaran syurga juga buat suaminya..insyaAllah..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Iha Zaliza © 2010-2017