Latest!

Treasure Thursday 2: Angkasapuri, Universitiku (Part 1)

Assalamualaikum..

Entri kedua dalam Treasure Thursday..

Nota: Entri kali ni lebih kepada kisah peribadi.


1 April yang lepas merupakan hari ulangtahun RTM yang ke-67. Kalau RTM ni manusia dah jadi datuk kot. Aku tak tau kenapa dengan tiba-tibanya dan secara rajinnya aku pergi klik Photoshop, pastu buat satu banner untuk RTM. Serius tak tahu apa motif sebenar buat macam tu. Aku save dan terus simpan dalam netbook. Boleh je aku hantar banner kat atas ni kepada salah seorang big boss RTM, tapi aku tak rasa nak hantar. Lagipun kalau banner cantik takpe jugak :P

Aku kalau datang sengal memang susah nak faham diri sendiri. Badan aku suka bertindak secara tiba-tiba tanpa aku sendiri faham apa tujuannya. Jadi aku akan duduk diam dan muhasabah diri kejap. Aku ambik masa untuk berfikir, kira macam berkomunikasi dengan akal sendirilah ni.

Bila fikir dekat 10 minit, baru aku teringat. Apa yang tangan aku cuba buat tadi adalah luahan perasaan hati aku sendiri. Secara straight to the pointnya, aku rindu. Haipp bukan rindu pada pakwe masa darjah 1, bukan.. aku rindu menjadi 'anak murid' RTM.

Kenangan 3 tahun lepas memang jangan harap la aku dapat lupakan. Macam mana aku berazam nak diri dikenali DJ kesayangan. Macam mana aku perabis duit kredit hantar SMS ke radio. Dapat kenalan tanpa kenal paras rupa. Dan yang paling seronok sekali, 4 bulan aku berkhidmat sebagai pembantu DJ. DJ akan panggil aku kalau aku ponteng buat kerja. Tu yang seronok, kalau aku nakal sikit je, 1 Malaysia dengar perangai tak semenggah aku.


Belum lagi bila ada orang add Facebook aku. Bila aku approve, ada yang tanya:
"Awak ni yang selalu keluar kat radio tu kan? Hari-hari saya dengar DJ sebut nama awak."

Siapa tak terharu bila ada orang perasan akan kewujudan kita. Aku akan bertugas setiap pukul 2-5 petang, Isnin hingga Jumaat kecuali kalau aku masuk wad setiap 3 bulan. Aku akan mintak cuti dalam masa seminggu.

Apa yang seronoknya lagi, aku merupakan 'adik bongsu' tempat aku berkhidmat. Aku terpaksa mematangkan fikiran untuk jadi manusia yang setaraf dengan geng-geng yang lain (mostly umur diorang dalam 30-an) Waktu tu umur aku 16. Memang kena jadi orang dewasa sebaik mungkin. Disebabkan aku berusaha bersungguh-sungguh dalam membantu segmen tersebut, semua orang atasan menghormati aku dan melayani aku dengan baik. Bagi aku itu satu penghargaan.

Malam nanti aku publish sambungannya pulak. Kalau malas aku publish Khamis depan :P


Mulut besar macam Pac Man, Kalau sudi silalah komen :D

Comments
10 Comments

10 comments:

  1. menarik ni...teruskan penceritaan...kakak menunggu...

    ReplyDelete
  2. Amboihh darjah 1 dah ada pakwe..hihihi..chomell je iha ni..picit pipi sikit..heee..
    wahh3 dik iha dj eyh...alaa rugi xdpt dgr..huhuhu..nice experience dear..xsabar nk baca next entry.. ^______^

    ReplyDelete
  3. iha popular la nie..hehe.. ^^ kalau akak pun terharu juga..ada jga yang nampak kewujudan n usaha kita.. ^^

    ReplyDelete
  4. wahh syoknye,..usia udah dah ada pengalaman nie

    ReplyDelete
  5. wah seronoknyer..due bulan 6 la dik..hehe

    ReplyDelete
  6. wah,,syoknya Iha,, artis..huhu

    ReplyDelete
  7. kak puteri tunggu sambungannya...cepat..hehe

    ReplyDelete
  8. bestnya iha..muda-muda ada pengalaman besar macm ni..

    ReplyDelete
  9. wah tak sangka femes jugak nama lu ye...hehehe

    ReplyDelete
  10. haippp untung la darjah 1 ade pakwe. nakal nii :P

    *anyway, pengalaman mmg mematangkan kan kan. ^_^

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Iha Zaliza © 2010-2017