Latest!

Treasure Thursday 2: Angkasapuri, Universitiku (Part 2)

Assalamualaikum..

Terima kasih diatas kesanggupan menunggu entri seterusnya iaitu +Farah Waheda Wahid+Seneorita Baharin dan +Puteri Kasih. Hah 3 orang kakak's tu, hehe..

Sambungan sebelumnya sini.

Dari Kuala Lumpur, orang kuat radio mula mengajak aku untuk membantu salah sebuah radio di Penang pulak. Pengalaman makin bertambah dan kenalan makin ramai. DJ kat sana memang peramah orangnya. Peranan aku kat sana biasa-biasa je, sekadar beri sokongan pada DJ yang bertugas.

Itu tak termasuk kumpulan-kumpulan yang sanggup hantar emel kat aku semata-mata suruh aku promosikan lagu terbaru mereka. Mungkin diorang ingat aku ni orang kuat jugak kot. Padahal takde siapa kenal aku pun..


Oleh kerana umur aku yang waktu tu masih sebagai seorang pelajar tingkatan 4, aku putuskan untuk 'berhenti' seketika dari terus berkhidmat dengan mereka. Ikutkan hati memang berat nak lepaskan. Antara alasan yang paling aku takkan lupa yang pernah aku beri pada 'kawan sekerja' ialah:

"Wa takut bila wa berhenti nanti, keadaan semua tak sama. Wa kena mulakan dari bawah. Dalam masa 2 tahun macam-macam benda boleh jadi bro. Cikgu-cikgu (DJ) tu sanggup ke nak tunggu wa?"

Iklan: Aku bertugas kat salah sebuah segmen rock, jadi jangan terkejut dengan panggilan tu..

Balas kawan aku:

"Insya Allah.. cikgu-cikgu tu sanggup tunggu. 2 tahun je, pejam celik nanti sampai jugak."

"Ok bro, tunggu wa habis belajar tau. Jangan lari pulak.."

"Hahaha ok.."

2 tahun kemudian:

Takde seorang pun yang bagitau aku radio tersebut bakal ditutup secara rasminya mulai tahun ini (tahun lepas, 2012) dan ditukar menjadi 'radio online'. Pendengar radio tersebut yang majoritinya dari luar bandar memang mengamuk la. Aku sebagai manusia yang tak tahu apa-apa, habis SPM je tiba-tiba kena bertindak untuk menghantar surat rasmi pada pihak atasan. Aku hampir tak tidur malam untuk selesaikan masalah yang semakin lama semakin rumit. Dan penutup cerita ni, aku dianaya dengan teruk sekali.


Itulah namanya roda kehidupan, dulu nama aku naik bagai nak rak. Bila jatuh, berapa kerat je yang sanggup hulurkan tangan kat aku. Dalam masa aku bawak diri tu, ada jugak yang pujuk aku untuk aktif balik tapi aku tolak. Bila dah 2-3 orang masih tak putus asa pujuk aku sampai ada yang sanggup pos hadiah, aku buat keputusan untuk kembali bangkit.

Tapi sifat aku memang dah berubah la, niat aku kembali aktif setakat nak membantu DJ baru yang dalam kesusahan. DJ baru ni lagi kesian, pihak atasan semua serahkan tanggungjawab pada mereka 100%. DJ cuma ada 2 orang je tapi kena handle secara bergilir-gilir. Sebab tu aku nak tolong. Tapi tu pun tak lama. Bila dah nampak stabil sikit baru aku keluar balik.

Antara tandatangan dari ahli dan artis rock untuk mengembalikan zaman kegemilangan radio tersebut ke udara. Bro Ali (XPDC / Terra Rossa), Sis Royce Saayan, Bro Man Kidal, Bro Afee U-topia pun ada rasanya.

Sekarang DJ dah ada 4-5 orang, aku harap radio tu terus sukses sampai bila-bila. Aku memang tak dapat nak tolong, dah tiba masa untuk aku tentukan hala tuju hidup aku sendiri. Aku pun kena cari makan jugak, aku kena ada 'gaji' sendiri jugak. Jadi sebab tu la aku ada kat blog sekarang.. aku betul-betul mulakan hidup baru.Nak kenal dengan kawan baru, nak jadi manusia yang berhijrah kearah lebih baik.

Masa taip ni rasa sedih la jugak. Sebab aku gatal sangat pi imbas balik kenangan dulu-dulu. Tapi aku harap ni adalah yang pertama dan terakhir untuk aku ingat pasal tu. Aku kena mulakan hidup baru. Jadi seorang gegurl yang baik dan lebih berfikiran kedewasaan, ewahh :)


P/s: Walaupun aku ni agak fanatik dengan genre muzik rock, tapi aku masih kawal keobsesan tu bila ada kat blog. Masih menghormati setiap genre lagu yang orang lain minat. Blog aku pun aku sanggup buat warna pink walaupun niat asal nak buat warna yang lebih extreme. Aku taknak syok sendiri, sejak ada blog aku banyak belajar beralah. Baru aku perasan, gila skema entri aku kali ni.. booooo~


Mulut besar macam Pac Man, Kalau sudi silalah komen :D

Comments
6 Comments

6 comments:

  1. seronok baca pengalaman iha ni..

    ReplyDelete
  2. sib baik cepat bersambung..yang bestnyer namaku terselit disitu..hehehe

    dah sampai ayat akhir baru nak perasan eh :P hehe

    ReplyDelete
  3. adat la tu kan kak kalau dengan manusia... Dina pon ade jugak muzik yg dina tak suke... (tajuk lari maa*

    #alaa buat je warna extreme tu.. biar lain drpda yang lain hihihi. =D

    ReplyDelete
  4. kalau diorg mintak tolong mintak la gaji yg berpatutan...baru ok sikit...hehe

    ReplyDelete
  5. hehe, penat menunggu ha :D
    btw really nice experience dear...bukan semua org dpt pengalaman mcm iha kan...hidup ni mcm roda, xpe mulakan hidup dengan senyuman dan berubah ke arah kebaikan ye syg..kuatkan semangat, ramai2 yang akan support iha! ^____^ keep fighting..jadi gegurl yang baik tau...hihihi..

    ReplyDelete
  6. tompang boooo.. hihihi meh nk peluk ! emm iha, ni kire macam complete version cerita iha, yg hari tu cam sinopsis je :P ape pun akak doakan iha sukses dlm ape jua yg iha buat taw!

    beralah tak semesti kalah kan ? ;)

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Iha Zaliza © 2010-2017