Latest!

Lifes: Would You Miss Me If I Was Gone?

Assalamualaikum..


Miss me tak? Eleh macam la ada orang miss aku, muka terherot-herot pipi tersorong-sorong ada ke orang nak rindu. Haha moden tak bahasa aku.

Berkenaan dengan entri minggu lepas, aku minta maaf kalau entri tu agak 'emosi' sikit. Tapi nak buat macam mana, takkanlah waktu dugaan datang aku nak buat lawak bodoh lagi. Ada yang boleh cover, aku akan cover sebaik mungkin. Kalau sebaliknya, aku akan bagi clue je, hehe..

Macam minggu lepas, gambar-gambar tu memang berkaitan dengan perasaan aku waktu tu. Rasa nak menangis tapi tak boleh menangis. Aku bukan jenis kalau rasa sedih terus melalak, aku dah biasa tahan dan tahan dan tahan dan tahan sampai mata aku jadi macam anak panda tak cukup bulan. Muahaha..

Sekarang? Masih sama.. :) Aku sentiasa cuba cari benda lawak untuk hilangkan sedih. Video-video dari Johan yang sentiasa jadi peneman aku sekarang. Haha..

Minta maaf juga sebab aku dah lama tak jadi makcik joyah yang busybody dan suka sangat tumpang glamer kat blog pemes korang semua. Sebenarnya aku cuma nak bagitau korang, yang entri ni mungkin entri terakhir sekurang-kurangnya dalam masa sebulan. Atau lebih.. ohoho tolong jangan tanya kenapa, aku taknak korang rasa sedih jugak sebab aku jamin, cerita aku ni boleh buat korang rasa simpati yang amat dahsyat *tengok tu, aku dah bagi clue lagi* xD


Dikesempatan ini, aku nak ucapkan selamat berpuasa dan selamat menyambut bulan Ramadhan yang sungguh mulia kepada seluruh umat Islam. Dan kalau aku masih tak wujud-wujud masa bulan puasa, aku nak ucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI! Haha orang pertama wish tuuu. Layankan jelah perangai weng aku ni.

Maaf Zahir dan Batin buat korang semua andai selama ni secara tak sedar aku dah buat korang terasa dengan ayat-ayat aku. Hulur kaki cepat, aku nak cium kaki korang *lepas cium kaki korang terus berbuih mulut aku, werkk*. Halalkan segala hadiah dari Segmen, Contest dan Giveaway yang aku dah terima. Maafkan aku kalau selama ni perangai aku agak annoying dimata korang. Kadang-kadang aku pun rasa annoying dengan diri sendiri, haha..

Pada kawan-kawan blogger yang rasa macam rapat dengan aku, terima kasih sebab sentiasa dan selalu bagi sokongan kat aku. Eh ke takde yang kamcing dengan aku nih? Huwaaa..

Okay enough, penat aku tahan sebak sambil makan keropok Twisties tau.
Err korang, doakan aku dalam keadaan baik-baik je eh. Lebiu!



#Terpaksa tukar settings bahagian komen kepada comments moderation balik sebab komen dari Inche Spam sedang giat membiak di blog -_-'


Mulut besar macam Pac Man, Kalau sudi silalah komen :D

Comments
18 Comments

18 comments:

  1. Semoga dalam keadaan yang baik2 iha! InsyaAllah kita sama-sama akan sambut Ramadan tak lame je lg.

    ReplyDelete
  2. Doa cik akak bersama adik tersayang...jaga kesihatan ye dik.....:)

    salam ramadhan dan salam aidilfitri

    ReplyDelete
  3. watserong kak? just be strong!

    ReplyDelete
  4. dear...kenapa ni..sedih je kak yaya baca entri awk ni..
    dlm hidup kita kene kuat untuk tempuh segala ujian dan untuk menerima segala suratan takdir..
    awk mesti kuat walaupun awk tahu awk tak sempat :)

    ReplyDelete
  5. selagi kita bernama manusia , ujian tetap ada . redha dan tabah sgt2 diperlukan supaya blh teruskan perjalanan yg th bila akan berhenti ... saya juga meminta maaf sekiranya ada yg menyinggung hati . moga kita semua akan dapat melalui ramadhan yg penuh barakah dengan jiwa yg tawadu'

    ReplyDelete
  6. apa2 pun wa doakan yg terbaik...hehe lama tu sampai raya nak menghilang...semoga cepat kembali dalam arena blogging ni....

    PS: ada doodle baru la....hehehe

    ReplyDelete
  7. emm nape nie ??? dah lama jgk tengok iha tak menaip , ada masalah ?

    ReplyDelete
  8. x lama lg bulan puasa
    moga kita dpt jalani ibadah puasa thn ni dgn lebih baik
    slmt ari raya iha *tetibe..nanti bg duit raya..hahaha

    ReplyDelete
  9. Ihaa..jaga diri elok2 ye dik.. jika skrg Ihaa hadapi dugaan, akak tahu ihaa mampu hadapinya dgn tabah. Ihaa seorang yang kuat. Selamat berpuasa dan SELAMAT HARI RAYA buat ihaa sekeluarga..

    ReplyDelete
  10. miss u tooo....hehehehee....

    btw, salam jumaat dari jaa...dan selamat menyambut ramadhan al mubarak.. (^_^)

    ReplyDelete
  11. Huaa akak ! Mesti la dina sedih gilos kalau akak takde ! Sunyi tau tak bile akak menghilang nii :'(

    ReplyDelete
  12. hai dear... sori iha sis lama tak jenguk iha..agak busy semnejak dua menjak ni.. sis doakan iha baik2 dan sihat2 okey? muah! ^^

    ReplyDelete
  13. salam ramadhan =) smga cpt ok..smga sntiasa tabah menghadapi sbarang masalah.. =) be strong dear! :)

    ReplyDelete
  14. tak yah sedih2 iha,,senyum,,,hehe (^__^)

    ReplyDelete
  15. i miss you dear adik cute..^^

    ReplyDelete
  16. Selamat berpuasa. Salam ramadhan

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Iha Zaliza © 2010-2017