Latest!

Monster Monday 3: Kenapa Saya Tak Pergi Sekolah

Assalamualaikum..

Entri ketiga dalam Monster Monday..


Ke hadapan cikgu yang dikasihi,

Saya tahu cuti sekolah dah habis. Tapi cikgu mesti pelikkan kenapa saya tak hadir ke sekolah hari ini? Cikgu, terlalu banyak faktor dan sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan. Jadi untuk mengelakkan salah faham berlaku, lebih afdal saya jelaskan satu-persatu sebabnya.

1) Tidur lambat.
Cikgu, sebagai guru matapelajaran Pendidikan Jasmani dan Kesihatan, mesti cikgu tahukan yang manusia perlu rehat dan tidur secukupnya? Malam tadi saya tidur lambat sebab layan movie. Cikgu patut salahkan syarikat televisyen yang menyiarkan rancangan best pada malam minggu. Ada ke patut? Jadi bukanlah salah saya kalau terlajak bangun.

2) Lupa tarikh dan hari.
Cikgu, cuti sekolah bukannya sehari dua, tapi 16 hari! Bila cuti terlalu panjang, saya sendiri lupa hari ini hari apa. Lagipun, kalendar kat rumah saya dah kena makan dengan lipas. Saya tahu, cikgu mesti simpati dengan saya bukan? Saya tahu tu..

3) Baju hilang.
Cikgu, sebenarnya inilah masalah saya paling utama sekali. Baju sekolah saya hilang. Kalau baju sekolah hilang, saya nak pakai apa cikgu? Takkan pergi sekolah nak pakai baju batik kot? Nanti orang ingat saya anak MB, Menteri Besar. Padahal saya anak Mak Be'ah je.

4) Buku hilang.
Cikgu, bukan setakat baju sekolah je hilang, buku saya pun sama! Ini semua saudara saya punya pasal. Dia orang datang rumah saya masa cuti sekolah hari itu. Saudara-mara pergi kemas rumah sampai hilang buku saya dibuatnya. Persoalannya, kenapa dia orang kemas rumah saya? Ish saya tak fahamlah..

5) Amnesia.
Cikgu, sudah terang lagi bersuluh. Inilah sebabnya kenapa saya tidak hadir ke sekolah. Saya bukan lupa nak pergi sekolah je, saya lupa yang sekarang saya sedang menimba ilmu di mana. Err, nama cikgu siapa ya? Saya main agak je cikgu ni ajar PJK.


Gigih aku buat entri ni lepas mak desak aku malam tadi. Mak bagi point penting, aku tukang panjang lebarkan isi entri. Bagi adik-adik yang dah mula bersekolah selepas cuti pertengahan tahun, welcome back! Ingat, kalau kita memang pasang niat nak belajar, takkan wujud satu pun alasan yang pelik-pelik dan karut-marut. Teringat pesan kawan aku dulu:

Study sentimental, result heavy metal.

P/s: Hari Isnin hari kebatakan aku join GA dan Segmen, lepas tu ada urusan lain yang lebih penting. Esok insya Allah baru ada kelapangan nak blogwalking. :)


Mulut besar macam Pac Man, Kalau sudi silalah komen :D

Comments
18 Comments

18 comments:

  1. jgn cipta alasan utk bjya ^^ hehehehe... mmg alasan tu pljr suka bagi.. x siap hw la... ehhehe

    ReplyDelete
  2. sure cegu tu terharu klo baca alasan ni..hikhik...sambil genggam penyapu
    moga dipermudahkan segala urusan iha..yeah..selamat berstudy kembali

    ReplyDelete
  3. pehh! dia punya sebab tu kemain lagi. hahaha xD

    ReplyDelete
  4. Keh-ii , alasan nak mengelak daripada kena marah dengan cikgu kerana tak datang sekolah :D

    ReplyDelete
  5. dengar tu adik-adik..hihi...akak haiza pesan tu...:)

    ReplyDelete
  6. wahhhh mak support bestnya.... kim salam kat mak yer

    ReplyDelete
  7. esok jgn lupa pergi sekolah ye.. hehehehhe

    ReplyDelete
  8. Hahahahahaha! Tergelak Arol baca entri nie. Asyik salahkan orang lain jek, last sekali amnesia rupanya. Kesian anak Mak Be'ah! Hehehe. :D

    ReplyDelete
  9. baju sekolah hilang memang teruk betol..hahah
    datang sekolah jgn pakai high heel pulak :)

    ReplyDelete
  10. selamat ber'blogwalking ok'..hehe

    ReplyDelete
  11. Eh? Apa Ni? Apa Ni? Haha...
    Kalo Ada akak murid cani, pengsan cikgu...haha...

    ReplyDelete
  12. murid2 sekarang banyak songeh kan? hehehee

    jawapan cikgu: suka hatilah awaklah nak datang ke tidak, sekolah tu pun bukan SAYA YANG PUNYA HEEE

    ReplyDelete
  13. nak cuti lg panjang boleh je...pg pejabat mintak kat kerani tu surat berenti sekolah....wakakakak

    ReplyDelete
  14. Akak tak pergi sekolah sebab nak tgk Dragon Ball dan Sailormoon.

    ReplyDelete
  15. hamboiihh.. alasan canggih2 gituuu.. hik3

    ReplyDelete
  16. wahhh...seribu satu alasan yer...sama mcm anak buah kak shaila...hihihi..^^

    ReplyDelete
  17. hehe..kita kalau tak datang sebab demam..,malas yg amat,ada event kat sekolah atau mmg dah planning dengan kawan2..hehe

    ReplyDelete
  18. hehehe..manyaknya alasan..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Iha Zaliza © 2010-2017