Latest!

Lifes: Pengalaman Dan Hikmah Menjadi Peminat Zamani

Assalamualaikum.

AMARAN: ENTRI INI PANJANG


Otak kita dah tercemar dengan melihat video beliau yang menyedihkan.
Nah belanja satu gambar beliau di zaman kegemilangannya. :)
Credit

Dah sedozen tahun aku minat beliau.
Aku membesar dengan lagu-lagu beliau.
Dari dalam kandungan mak lagi, aku dah dengar lagu beliau.
Zaman keremajaan aku dipenuhi dengan mengenali segalanya tentang beliau.

Buku diari aku dulu aku conteng penuh mengenai beliau.
Setiap hari aku akan catat berapa banyak lagu beliau yang telah berkumandang di radio.
Radio apa, lagu apa, pukul berapa, minit ke berapa, semuanya aku tulis dengan teliti.

Aku pernah ada pengalaman macam orang dulu-dulu jugak.
Cari sumber di akhbar, lepas tu tampal kat buku.
Setiap keratan disimpan rapi, menjadi peneman diri dikala sunyi.
Setiap bait liriknya cuba aku hayati, setiap tutur katanya cuba aku fahami.
Walaupun masa tu usia belum pun mencapai baligh.

Satu masa aku kumpul duit untuk beli telefon yang ada kamera,
Membeli semata-mata untuk merakam setiap persembahannya,
Walaupun cuma tengok persembahan beliau kat tv,
Aku akan rakam dengan penuh teruja.

Setiap gambarnya di Google Images,
Setiap videonya di YouTube,
Setiap entri mengenainya di blog,
Setiap lagunya yang ada di mana-mana laman web,
Aku simpan dengan tersusun di dalam laptop.

8 tahun lepas, aku pernah beli album kompilasi beliau.
Harga RM59.90
Tingkatan satu dah pandai habiskan duit, tapi aku puas.
Waktu tu aku demam panas, tapi demam aku kebah lepas pegang album tersebut.
Album tu percuma sehelai T-shirt, tapi sampai sekarang aku masih belum pakai.
Takut baju tu rosak, mana nak cari lagi.

Semua yang rapat dengan aku akan tahu betapa taksubnya aku tentang beliau.
Semua orang mesti tahu, betapa fanatiknya aku pada beliau.
Keluarga dan kawan-kawan sentiasa membantu aku untuk mendapatkan sesuatu mengenai beliau.
Puas aku fikir, apa yang ada dalam dirinya yang buat aku suka.
Akhirnya aku tahu jawapannya.

Bukan sekadar rupa dan suara yang buat aku suka.
Tapi budi bahasa beliau. Memang sempurna.
Sepanjang sedozen tahun minat beliau,
Beliau memang down to earth, pemalu, dan lemah lembut orangnya.
Aku banyak contohi dan belajar dari perwatakan beliau.

Dari beliau jugak, aku dah pergi ke merata siaran radio tempatan.
Secara tak langsung aku dapat ramai kenalan, pengalaman bekerja, dan dapat kawan susah senang.

Minggu lepas, buat julung kalinya aku mimpikan beliau secara tiba-tiba.
Bila sedar, aku tergerak hati nak mesej member beliau. Niat cuma nak tanya khabar member je.
Tapi aku tangguhkan niat dan terus lupa.
Tak sangka, member beliau pun terlibat sama.

Secara profesional, aku pun terkilan dengan apa yang jadi.
Masa baca berita penangkapan haritu, aku terdiam. Speechless.
Bila tengok video dengan tangan bergari, aku sebak.
Bila baca ayat dari beliau 'saya minta maaf'', aku sedih.
Aku terlalu tak terkata sampaikan tak ada sebarang tindakan pun yang aku buat sebagai peminat setia beliau.

Muncul berlambak peminat-peminat beliau yang mungkin selama ini sama pendiam seperti aku.
Mereka menyokong, menasihati, malah mengasihani nasib beliau.
Bukan mempertikaikan kesalahannya, yang salah tetap salah.
Tapi aku dan mereka lebih tahu apa yang telah beliau lalui.

Satu lagi pengajaran yang telah aku belajar dari beliau.
Kita jaga aib orang, Allah jaga aib kita.
Allah beri kita ujian untuk terima nikmat yang tak dijangka.
Aku harap sangat, satu hari nanti beliau baca entri ni.
Aku nak beliau tahu, selama ni beliau tak kesunyian seperti apa yang beliau sangka.

Beliau disayangi ramai.
Allah saja membuka aib beliau kerana ingin beliau berubah.
Orang yang Allah murka selalunya dijemput Izrail sebelum sempat bertaubat.

Tiada manusia yang tidak pernah melakukan kesilapan.
Samada nyata atau dihijabkan, ianya pasti ada.
Aku sentiasa berpegang pada prinsip ni:

Allah suka pada orang yang berbuat jahat kemudian bertaubat bersungguh-sungguh berbanding yang tak pernah buat jahat tetapi berlagak, riak, dan ujub

Semoga beliau sentiasa kuat dan tabah.

Yang Ikhlas,Peminat setia Abang Adek.


Mulut besar macam Pac Man, Kalau sudi silalah komen :D

Comments
7 Comments

7 comments:

  1. yuppp.. lagu die semua best2... semoga die berubah ke arah kebaikan.. ramai yang kenal die dengan lagu yang best2...

    ReplyDelete
  2. salam iha..! sihat dok ???
    moga2 sihat dan ceria selalu..! :)

    sorry la baru sempat nak singgah sini balik..hahaha

    iha mmg betul2 peminat fanatik la tu.. kalau kita minat sekadar minat ja..sbb kita kureng sikit bab hiburan ni..huhu..
    bila artis/seseorang yg kita kenali trlibat dlm masalah besar mcm ni,mmg kita terkejut besar walaupun isu yg kita mmg dah sedia maklum ada risiko utk org itu terjebak.
    tp apa boleh dibuat..benda dah terjadi.. nak patah balik,bukan kuasa kita..
    jadi skarang cuma ada masa utk penyesalan dan perubahan ja..
    kita manusia pun bkan sempurna mana,adat manusia..

    ReplyDelete
  3. lagend ni.. lagu2 dia sampai skang org minat..

    ReplyDelete
  4. Saya pun peminat zamani juga dulu.. masa zaman kegemilangannya. Kecewa juga dengar cerita dia. Semoga dia berubah ke arah kebaikan. Sedih sangat bila org glemer kebanyakannya ada masalah dadah.

    ReplyDelete
  5. wah, bila baca tadi rasa nak meleleh air mata ni. Wardah pun antara peminat fanatik jugak. Pernah tengok dari jauh dia buat persembahan, dalam stadium terus berdiri je bila dengar dia nyanyi. rasa nak menjerit pun ada. suara dia memang sedap sangat. semoga dia akan berubah dan terus berubah. insya allah ^^

    ReplyDelete
  6. semua orang layak untuk berubah kan :')

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Iha Zaliza © 2010-2017