­
­
Lifes: A Million Knowledges - Bila Budak Banyak Bebel Buat Bising

Lifes: A Million Knowledges

By iha - 2/09/2013 02:24:00 PM

Assalamualaikum, kaifal haal? Ana bikhair, alhamdulillah..

Siapa tak setuju kalau aku cakap membaca itu jambatan ilmu? Siapa??

Ekceli masa kecik dulu aku sendiri tak percaya yang membaca buku ni menimba ilmu pengetahuan. Serius aku tak percaya.

Sebab? Dulu aku rasa buku yang betul-betul ada ilmu pengetahuan adalah buku teks sekolah sahaja..


Aku minat membaca, umur 5 tahun mak aku ajar baca suku kata dan 6 tahun aku dah boleh baca. Masa sekolah rendah aku sentiasa belajar kumpul duit untuk beli majalah ilmiah giler baik dan masa nak masuk sekolah menengah, mak galakkan aku untuk membeli mini novel yang berunsur general dulu.

Tiap kali orang datang rumah dan ziarah aku, ada la jugak perasaan malu nak tunjuk koleksi buku-buku yang  'tak berfaedah' tu, dan pemikiran aku yang sungguh tak relevan ni serta-merta bertukar bila seorang pegawai atasan dalam polis memuji sifat aku.

CO: Adik suka membaca ya?

Aku: Err, ha'ah..

CO: Baguslah macam tu kalau adik ada minat membaca. Nanti pakcik cuba bagi sebuah buku.

Aku: Hee.. ok.

Aku terfikir, kira membaca ni hobi yang positif la ek? Bila aku cerita tentang ni dekat mak, beliau cuma mampu menggelengkan kepalanya sahaja dek kerana daya pemikiran anaknya yang TERlebih bijak. Hehe.. hasil restu dari mak, aku berjaya habiskan duit belanja sekolah untuk beli novel-novel yang ringan. Dekat hospital ada kedai buku, tiap kali ada appoinment aku bajet dalam RM20 untuk beli buku novel dan majalah. 10 kali pergi hospital, beratus-ratus la duit habis. Memang masa kecik dulu puas la hidup dengan kemiskinan harta lain tapi kaya dengan buku-buku yang dibeli.

Sejak dari itu, sehinggalah ke hari ini, aku dikira 'mampu' hasilkan mini library kat bilik sendiri. Aku tak takut sangat kalau budak-budak nampak bilik aku, sebab diorang takkan usik novel punya. TAPI AKU SANGAT TAKUT KALAU MAKCIK'S YANG NAMPAK NOVEL-NOVEL NI, bab pinjam laju je tapi lambat pulangkan balik, huhu. Berbeza dengan akak sulung aku, dia ada perpustakaan manga kat bilik dia pulak. Memang osem. Aku jadikan dia sifu jugak la. Bila orang datang rumah, bilik beliau HARUS dikawal supaya tak ada orang sepahkan dan ambik buku dia senyap-senyap. Selalunya kerja menjaga bilik dan 'zon bahaya' dalam rumah ni adik aku yang handle.

Sejak kitorang pindah rumah, rasa macam nak JUAL je buku-buku ni balik! Penat ooo kalau nak packing masa pindah. Tapi bila tengok dan tenung lama-lama buku tu sampai tembus dan berlubang, niat dibatalkan. Bertahun-tahun kumpul takkan nak 'lepaskan' balik. Lagipun dari buku-buku tu la aku boleh buat research kalau kawan-kawan aku ada masalah cintan-cintun. Aku dengar masalah ikut situasi dan aku akan cari bahan rujukan.

Entri seterusnya aku akan senaraikan beberapa buah buku yang telah berjaya mengopekkan duit aku, sekian.

  • Share:

You Might Also Like

6 Geng Banyak Bebel

  1. meera pun suka membaca. tapi lebih kepada novel. sometimes baca buku yg ada kaitan dgn ilmu rasa ngantuk. hehe. kadang2 je la :D tapi ape2 pun buku mengenai ilmu lebih penting ;)

    ReplyDelete
  2. ena tak berapa suka membaca benda yang pjg2 macam sejarah ke kecuali biology... tapi suka mengira dan melukis... heeeeee

    ReplyDelete
  3. hehe mesti tauke buku kat hospital tu senyum je bila lu masuk kedai dia....

    akak lu pon best jugak tu...siap kumpul manga...tapi mesti susah nak pinjam kan?

    ReplyDelete
  4. @Meera Ishak

    Haha, normal sesangat.. dulu masa sekolah konon nak dok sorang2 time study, rupanya TIDUR sorang2.. :D

    ReplyDelete
  5. @✿A I N A A✿

    Erm camtu ek.. maybe akak lebih cenderung pada 'daya pemikiran bebas' kot.. sejarah kan banyak nak kena hafal.. :) p/s: iha suka sejarah tp tak suka baca buku teks sbb seram.. byk gambar orang yg dah takde.. heheh..

    ReplyDelete
  6. @Hatimi Tahirruddin

    Memang pun! Bulan lepas kedai buku tu ditutup sebab takde customer lain selain wa. Ha'ah, kitorang memang kedekut sikit bab2 pinjam ni sebab tak percaya kat orang, hehe..

    ReplyDelete