Assalamualaikum..
NOTA! : Entri ni mungkin menjadi sedikit GEDIK dek kerana aku tak pandai buat promosi.
Wahai korang yang kacak lagi cun sekalian, pernahkah terdetik di hati anda mahupun terlintas di fikiran untuk membeli seketul dua barang dari ZALORA?
Kalau pernah terdetik dan terlintas, sila baca entri ni sampai habis. Ada cabutan bertuah aku nak buat (tipu).
Tajuk entri memang tak boleh blah kan. Sebenarnya ada benda a.k.a entri ringkas yang aku nak sampaikan ni. Kalau korang memang dah berhajat nak beli beg, kasut, baju, atau lain-lain yang terdapat di ZALORA, aku cadangkan korang guna nombor kod untuk dapatkan diskaun.
*Power Rangers ringtone*
Unknown: Ni Iha Zalora ka?
Iha: Ehh bukan, saya Iha Zaliza.
Unknown: Ehh bukan Iha Zalora ehh, sorry. Tapi you ada buat entri pasal Zalora kan?
Iha: Haa ya ya betul tu.. mau beli barang ka?
Unknown: Saya cuma mau tanya, apa itu code number yang you maksudkan?
Iha: You tak baca sampai habis ke entri saya?
Unknown: You tak tulis sampai habis lagi. Macam mana saya mau baca.. haiyaaa..
Iha: Ok diam amoi. Scroll bawah terus ok. (gila garang)
Dialog diatas adalah dusta semata-mata.
Berikut merupakan nombor yang aku nak beri:
Sekarang ni banyak barang-barang dalam ZALORA yang dah dipotong harga (tak pasti berapa peratus) dan korang boleh gunakan kod ni untuk menurunkan lagi harga yang dah sedia maklum.
Meh sini nak buat turtle ria (also knowing as tutorial) sikit:
1. Contohnya nak ambik Long Sleeve Formal Shirt.
2. Pilih warna dan saiz dulu, lepas tu baru klik Buy It Now.
3. Sekarang korang nampak kan diskaun 50% yang diberi. Okey sekarang cuba pula isi nombor kod tadi kat kotak kupon yang disediakan. Klik Use.
4. NAMPAK TAK??? (tiba-tiba caps lock)
Dah la ZALORA bagi diskaun, korang dapat diskaun lagi.
Yang kat atas ni untuk lelaki. Untuk wanita pun ada pelbagai pilihan
Janganlah rasa waswas untuk guna kod ni. Ni aku dapat dari abang ipar aku sendiri yang bekerja kat situ. Dah diberi kemudahan, takkan nak lepaskan pulak kan? Bab-bab promosi ni memang aku failed sikit.Tapi aku harap ada la sorang dua nampak entri ni. Proses seterusnya korang buatlah sendiri ya.. aku memang tak pernah lagi beli barang secara online ni.
Yang menaip, Iha Zalora xD




