Assalamualaikum..
Sebelum korang baca lebih lanjut, aku nak bagitau yang mungkin entri kali ni sedikit peribadi.
Pagi ni aku terkejar-kejar dok depan tv. Bukan sebab nak tengok tv, tapi sebab aku tunggu abah bersiap nak pergi ke Ulu Kinta. Mana yang kenal aku, mesti tau apa pekerjaan abah. Dengan hati yang sedikit berat, aku buat-buat tengok tv sambil pandang abah bersiap pakai uniform.
Dalam hati mula la TERlepas marah, hanya kerana duit, pegawai atasan sanggup 'pisahkan' aku dengan abah.. hanya kerana duit. Selama seminggu dua pulak tu. Bila jadi orang bawahan ni kita memang kena redha, tu dah tugas kita. Tapi kadang-kadang sebagai manusia biasa yang lagi lemah longlai dan lembik, aku sedih dengan layanan orang atasan, suka bagi kerja diluar karier sebenar. Lepas tu kerah tenaga orang yang dah berusia.
Dipendekkan cerita, sepatutnya petang tadi dah bertolak, tapi disebabkan pegawai agak tergopoh-gapah dalam jadual ni menyebabkan perjalanan terpaksa ditangguh kepada esok pagi.
Apa yang pasti, sebagai seorang anak, aku berbangga dengan pekerjaan abah aku. Bila tiap kali tukar sekolah, dengan bangganya aku bagitau apa pekerjaan abah pada kawan-kawan dan cikgu. Abah melaksanakan tugasnya dengan baik, sepatutnya hampir setiap tahun dia diberi anugerah pekerja cemerlang tapi abah tolak. Dia taknak nanti ada yang iri hati dengan dia. Jadi dia sanggup tak senaraikan namanya sendiri.
Walaupun gambar abah pernah terpampang di Youtube atas dasar tidak bertanggungjawab sesetengah pihak yang ingin aibkan pekerjaan abah, walaupun ada yang menyebarkan gambar abah sambil memaki hamun, abah tetap senyum.. orang yang tak merasa takkan memahami masalah yang kami hadapi. Satu negara suka mencemuh pekerjaan orang yang kami sayangi. Sedangkan pekerjaannya hanya untuk menjaga keamanaan dan kesejahteraan anda semata-mata. Sedangkan kami yang berasal dari darah dagingnya sendiri begitu susah untuk merasai keamanan dan kesejahteraan tersebut.. bila orang yang kami sayangi pergi, belum tentu kita dapat menyambutnya dengan seadanya. Mungkin kami akan menyambut orang yang kami sayangi dengan sekujur tubuh yang kaku.
Allah, menitik pulak airmata aku masa menaip ni. Maafkan orang, abah.. orang TERcerita pengorbanan abah pada semua.. biar semua orang kat luar sana tahu selama ni pekerjaan abah bukan la goyang kaki semata-mata.
Maaf kalau TERbuat entri yang sedih. Jom cuba gambar kat atas ni. Aku jumpa dekat Facebook malam tadi. Hasil guna nama aku yang sebenar, aku dapat Tokatuki Rikari.. haih awat pelik sangat nama lagu tu.. -_-
Apa pulak nama korang?

