Waktu tahun 1996 kalau tak silap. Masa ni umur 2 tahun kot.. aku suka gambar ni, nampak ketara sangat muka budak nakal..
Gambar pada tahun yang sama, ada kat kampung Segamat, Johor. Kampung belah mak.. mata macam baru lepas nangis je, tak tau la siapa yang sakat.. oh yang cahaya tu sebenarnya flash telefon aku, jangan ingat tu gambar mistik pulak :D
Yang ni 1997 kot, rasanya adik aku belum lahir lagi. Aku tak suka gambar ni! Sebab masa ni aku ada ketakutan tahap Gaban bila nampak kamera. Maklum la, kalau keluar flash tu mesti aku akan terkejut. Bila terkejut, TERpatah la pulak kan.. aku ambik masa yang lama jugak untuk berani ambik gambar..
Tahun 1999. Umur 5 tahun, masa ni mak angkat aku datang rumah sebab tu melawa tak hingat dunia. Sakit bukanlah penghalang untuk kita berfesyen, konon nak tiru gaya retis wanita 90-an la letak spek kat atas kepala.. LOL~
Aku suka gambar ni, tapi tak suka dengan gaya tersebut. Macam tak senonoh pulak aku tengok, huhu..
Sebab musabab bab bab bab aku suka gambar ni, kurus wooo.. sekarang? Bagai langit dan bumi.. badan dah bulat macam bumi, huahaha..
#kalau aku masuk wad, aku suka bawak mainan.. sebelah kanan aku tu la buktinya..
Tak padan sakit kan, nak bergaya je kerja budak ni. Tahun 2002 (8 tahun). Kalau tak silap la, ni kali ke-5 kot aku masuk ubat Pamidronate. Di sebelah kiri saya adalah kawan baik saya. Aku panggil dia mak :P
Haa gambar ni kelakar.. semua orang bila tengok gambar ni mesti kata:
"Kesiannya.. nampak lemah sangat dia waktu ni.."
Percayalah, itu dusta semata-mata.. aku saja buat gimik macam ni.. akak aku suruh buat muka elok-elok, tapi aku pi kuyukan mata tu.. pigidahh.. gambar diambil pada Januari 2003. Masa tu baru lepas jalani pembedahan kedua kat kaki kiri untuk masukkan besi.
Yang seronoknya, bila aku sedar je dari pembedahan, aku rasa kaki sebelah kanan aku sakit. Bila bukak selimut tudia, dua-dua bersimen.. pelik jugak, sebelum operate kan dah tandatangan untuk masukkan besi sebelah kaki je dulu.. bila tanya doktor pakar, rupanya dia nak luruskan dua-dua belah. Jadi lepas siap operate kaki kiri tu, dia ambik kaki kanan aku pastu dia patahkan dari luar. Hahaha aku yang dengar pun seram ooo.. bayangkan kaki yang bengkok tu dia pi patahkan dari luar pastu cepat-cepat pasang simen. Nasib la aku dipengsankan.. ehh panjang pulak penerangan aku..
Iklan sekejap, aku TERjumpa duit RM20 ni masa bukak album gambar tadi. RM10 duit dari doktor pakar aku (hadiah harijadi yang ke-15 + doktor pakar bagi RM50 untuk beli kek dan sambut kat wad) dan RM10 lagi duit raya dari pengawas peperiksaan masa aku PMR. Alhamdulillah.. :)
PRIHATIN...Seramai 84 orang kanak-kanak di wad Pediatrik, Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) diraikan oleh kakitangan Metramac Corporation Sdn. Bhd., semalam sempena ketibaan Hari Raya Aidilfitri tidak lama lagi.
Mereka diraikan dengan pelbagai acara seperti persembahan nyanyian dan silap mata oleh badut selain menerima sumbangan duit raya dan hamper.
Salah seorang pesakit, Nornabihah Mohd Fazali, 7, yang menghidap penyakit reput tulang gembira dengan sumbangan dan lawatan yang dilakukan oleh syarikat berkenaan terutama badut yang mencuit hatinya.
Sumbangan telah disampaikan oleh Pengarah Urusan Metramac, Ibrahim Bidin bersama rombongan 20 orang kakitangan Metramac. Metramac merupakan anak syarikat Metacorp yang menjalankan operasi tol, aktiviti perumahan dan bangunan komersial serta menjana kuasa.
Utusan Malaysia, 1 Disember 2001
Okey, dalam petikan tu, diorang salah eja nama aku. Wawawa.. biarlah kan, ada jugak bunyi dia. Yang aku betul-betul marah, ada ke waktu yang sama kerani wad tu salah taip nama aku pastu bubuh kat kepala katil. Nama aku Nur Nabihah, tapi dia letak NUP NABILAH. Kelaut bebeno nama aku jadinya..
Keesokannya, satu keluarga nampak seronok tengok aku masuk paper. Bila naik sekolah je, mulut aku yang kepoh + kecoh ni pun dok cerita dekat kawan-kawan. Tiba-tiba seorang kawan lelaki menyampuk:
"Aku dah tau la kau masuk suratkhabar. Aku dah tengok, aku siap suruh mak aku gunting dan simpankan lagi tau.."
GULP!! Gambar aku tak pakai baju pulak tu dia suruh mak dia simpan?? Gilos.. :O
Dan yang bawah ni gambar terakhir aku nak tunjuk....
September 2008, umur 14 tahun. Muka TERpaksa disorokkan akibat tak pakai tudung. Hihi comel kan Spongebob ni.. masa ni baru lepas 4 hari menjalani pembedahan ke-10. Amoi kat sebelah tu orang kuat rombongan untuk datang ke wad. Maklum la bulan puasa lagi kan..
Aku tak tau pun yang aku masuk paper lagi. Ni teacher adik aku merangkap bekas guru aku yang bagi keratan dalam The Star. Apa yang memalukannya ialah, ini adalah sumbangan dari Sport Toto.. malu ooo masuk paper huhu.. aku tak pakai duit tu untuk beli makanan, kalau tak silap guna untuk beli topup kot. Harap lepas ni aku tak dapat la sumber-sumber macam ni lagi, mintak dijauhkan..
2 bulan kemudian, seorang kawan lelaki tegur aku dalam kelas:
"Nabihah masuk paper haritu kan? Saya nampak masa nak gunting rambut kat kedai.."
Jeng jeng jengggg.. aku hanya mampu mentafakurkan diri.. wuwuwu..
Sekian cerita aku kali ni, seperti yang diduga aku memang suka taip panjang-panjang.. hehe..


