Latest!

Lifes: Mak Saya Memang Awesome

Assalamualaikum..

Kelmarin masa dating dengan mak, ada la satu perbualan yang ringkas (tak termasuk gosip selama 2 jam)..

Aku: Mak tau tak kalau setiap hari Rabu, blogger akan buat entri Wordless Wednesday.

Mak: Tau, jadi? (hebat kan mak aku, dia tau je pasal blog)

Aku: Jadi, orang rasa nak cari kelainan sikit la. Ingat nak buat tajuk entri yang lebih kurang macam tu tapi pada hari yang berbeza. Masalahnya takde idea pulak.

Mak: ....

Aku: Contohnya la, hari Khamis kita buat Talkless Thursday. Jumaat apa pulak?

Mak: Bla bla bla bla bla bla bla..

Aku: Ha'ah la.. mak memang osem tau. Terima kasih!

Kalau mak baca blog aku ni mesti beliau bangga tahap gaban. Maka aku kena buat keputusan untuk sorokkan entri ni dari beliau buat sementara waktu, haha..

Hatta maka, aku senaraikan kat sini antara cadangan aku dengan mak mengikut nama baru dan tujuan pada hari tersebut:

Monster Monday
Entri yang mungkin gila-gila sebab nak bagi 'mood' pada pekerja dan pelajar untuk hari pertama yang agak tertekan.

Talkative Tuesday
Nak taip entri panjang-panjang pun lantak pi la.. :D

Wordless Wednesday
Sudah terang lagi bersuluh. Tak perlu aku jelaskan, hehe..

Treasure Thursday
Tipu la kalau takde pengalaman berharga/bermakna dalam hidup kita kan. Mungkin kita boleh kongsikan sama-sama..

Fadhali Friday
Ni aku cuba jugak cari nama-nama yang best kat Google. Dan aku tertarik dengan nama Fadhali. Fadhali bermaksud kelebihan ataupun keutamaan dalam bahasa Arab. Nak publish entri yang berilmiah + Islamik sikit. Kira dalam blog macam tak lengkap pulak kan kalau tak berdakwah.. :)

Searching Saturday
Maksudnya bukan mencari sabtu ye. Entri yang lebih kepada info kot (ada pulak 'kot'). Tapi seboleh-bolehnya taknak formal/rasmi sangat. Contoh dalam info tu kena ada humor sikit-sikit ke dan tak terlalu panjang. Hujung minggu macam bosan pulak kalau nak letak entri skema kan..

Songlist Sunday
Aku tak rasa entri ni aku akan taip panjang-panjang. Tapi berkemungkinan akan letak senarai lagu yang aku suka dengar dalam minggu tu dan aku akan jelaskan serba sedikit kenapa aku suka layan lagu tersebut.

Haa over tak aku ni? Sila komen dan tegur kalau rasa idea aku ni langsung tak bernas, tak janji lagi bila boleh rasmikan nama-nama ni. Mungkin bila otak dah blur baru boleh gunakan agaknya. Kalau ada sesiapa yang TERtarik dengan nama-nama tu dipersilakan untuk merasmikannya dulu (haha ayat budak bajet hot)..

P/s: Malas nak publish komen buat sementara waktu.. sebab lepas publish je entri ni, aku nak sambung rehat balik.. tuan puteri nak beradu 5 hari 5 malam, hehe..


Mulut besar macam Pac Man, Kalau sudi silalah komen :D

Comments
29 Comments

29 comments:

  1. idea yang bagus. dan kalau awak kekalkan penulisan mengikut susun atur tu, mungkin blog ni akan jadi blog multi entri :)

    ReplyDelete
  2. best jgk cadangan nih...jadi ramai la yang dapat idea nak update blog everyday.. tak la terfikir-fikir dan last2 jadi malas pulak..

    Ihaa thanks sudi join teka teki akak.. jawapannya memang debommm ...hheehee

    ReplyDelete
  3. Wahhh hebat lah idea akak tu... Rase macam nak gune je ekekek... *bertuah betol*
    Dina suke talkative tuesday... Boleh taip berjela jela... Muahaha...

    #dina akan usahakan yg Fadhali Friday tu... InsyaAllah =)

    ReplyDelete
  4. best2 suke2 ! nii boleh kasik akak idea utk updte tetiap harii.. hihi mak iha mmg osemm ! selamat berehat 5 hr 5 mlm dinda.. moga kt bjumpa lg :D

    ReplyDelete
  5. eh eh eh, setiap hari pun ade ye kata2 tujuan tu... wahh, untuk hari khamis ngn rabu je ena tahu..

    hebat mak sis, mak akk blog pun dia tak tahu apa dia.. hehehe

    ReplyDelete
  6. hai adikkk...muahhh lama tak cit cat kan. Wahhhh bagus lah idea-idea sume tu..mmg terbaik gitu..bila nak buat ya..;)

    ReplyDelete
  7. Perghh.. rancangan mak n anaklah ni ye..??unik juga cadangan baru iha ni..hehe.. >_<

    ReplyDelete
  8. haha dah ok dah tu nama2 tu...tapi apa2 pon tuan blog kena rasmikan dulu lah...takkan org lain nak rasmi pulak tak syok lah...hehe

    ReplyDelete
  9. mak kamu mmg ohsemmm...monster monday..haha suka nm tuh!!

    ReplyDelete
  10. hebat mak awak.mak saya xtau pun saya ada blog..apatah lg nk ckp psl blog..hoho

    ReplyDelete
  11. oh..tidak. sy baru tahu pasal wordless wednesday.. haha.. fadhali friday tu terbaaek bunyi dia.. hehe.. sangat2 bernas

    ReplyDelete
  12. Advancenya mak dia.. Fuyyooo banyak gila idea.. Boleh jadi pencetus idea baru dunia blogging ni.. :-)

    ReplyDelete
  13. wah, suka idea2 nie.. hehe, kdg2 ada la jugak, publish entry bertajuk begitu.. hehe, menarik.

    ReplyDelete
  14. Menarik jugak idea tu kak! Rasa macam nak curi. hahaha kidding2. :D

    ReplyDelete
  15. waiting entry dari iha ... buat yg best2 tau ...

    ReplyDelete
  16. wah memang terbaikla kan huhu

    ReplyDelete
  17. wahh3 hebaattttt tajuk2 tu eyh...Mak iha memang sangat awesome! ^________^ terbaekk lah.hihiihh

    ReplyDelete
  18. assalamu'alaikum..

    blog Anda sangat bagus..

    salam kenal,,
    kito orang budak Indonesia..

    ReplyDelete
  19. wah..nice
    menarik la iha
    boleh jd rujukan utk sy buat entry ni

    ReplyDelete
  20. wordless wednesday..hurr,,, saya buat tak tahu jer stiap rabu

    ReplyDelete
  21. wah!!!...setiap hari ada entry tertentu...bagos2x..hehe

    ReplyDelete
  22. idea yang superb..hehe..apa kata adik mulakan dulu..kalau ada yg start ada la yg ikut..ehehe..nice idea from ur mom la..sprting..kirim salam yea.. :)

    ReplyDelete
  23. haha,, kreatif,, anak dia msti kreatif kan?

    ReplyDelete
  24. Bagus idea tu .. Cadangan yg bernas , tak adalah blog kita kosong dan macam tak ada idea sebab hari-ii kita dh ada kategori untk dipuslishkan :)

    ReplyDelete
  25. wah...ok gak....kretip la iha...=D

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Iha Zaliza © 2010-2017