Assalamualaikum..
Di malam Rabu yang dingin sambil minum air Tongkat Ali, aku bukak Nuffnang. Dengan harapan dapat tengok BE pertama sebelum tidur. Tapi nampaknya hanya mampu tengok BE dalam mimpi je. Sambil jalan-jalan tu, ternampak soalan ni:
Cara nak buat Facebook tidak boleh di add
Aku ada belajar benda ni tahun lepas, tapi lupa. Bila bukak balik message dulu-dulu masa kawan tanya soalan yang sama, terus study balik. Tapi kena tukar sikit Turtle Ria (also known as tutorial) sebab FB selalu bertukar wajah.
1. Dah siap sign in, klik Privacy Shortcuts kat atas kanan tu.
2. Pergi ke Who can contact me?.
3. Tukarkan Who can send me friend requests tu dari Everyone ke Friends of Friends.
4. Kalau nak semak menjadi ke tak, boleh tengok kat View As... di sebelah Activity Log.
Tadaaa.. kan dah hilang. Boleh tukarkan kepada Everyone semula kalau nak orang add kita.
Harap turtle ria ni dapat membantu manusia yang menaip kata kunci tersebut.
P/s: Ni akaun FB baru buat Khamis lepas, khas untuk blogger je. :)



























