Assalamualaikum..
Antara barang/objek/alat/perkakas yang aku takut tengok dan guna sepanjang 14 tahun jadi ahli hospital.
1. Anesthesia
Kalau korang pernah kena operate ataupun pernah tengok Grey's Anatomy mesti tau kaedah apa yang gambar diatas ni lakukan. Benda pertama yang paaaaaaaaaaaaling aku tak suka di hospital adalah ubat bius jenis ni. Tak ingat pembedahan yang ke-4 atau ke-5 baru aku tau rupanya kita boleh apply kat anesthesiologist (doktor bius) nak pakai ubat bius yang macam mana. Bila dah buat rayuan sambil peluk erat kedua-dua belah kaki anest, keluarlah satu soalan comel dari bibir mungil mereka iaitu:
"Kenapa adik taknak pakai yang sedut je? Bau dia busuk sangat ek??"
Haiyaa bukan la doktor.. aku tak rasa bau dia busuk, tapi aku betul-betul tak tahan dengan bau gas tu.. dan sebab utama aku taknak, lepas je sedar dari operation tu, mesti aku akan muntah sambil menangis. Benci okeh, dah la harga airmata aku di persada dunia sekarang sedang melonjak-lonjak naik. Haishh.. jadi jawapannya, memang aku rela masukkan bius melalui suntikan dari kena hidu bau pelik tu. Yang kelakarnya, urat aku susah gila nak nampak, memang tak terkata la doktor bius bila aku 'buli' diorang.. nak tak nak diorang kena sapu krim emla (ubat bius asas dan langsung tak terasa kebas).
Kegunaan utama ialah untuk menimbulkan urat yang hendak dicucuk.
Aku ingat lagi waktu anest letak tempat oksigen tu kat mulut aku, aku akan tahan nafas selama seminit lepas tu baru redha untuk hidu bau ubat bius tersebut.
2. Blood Pressure
Cari kat pakcik gugel tak jumpa pulak gambar mesin BP yang wad selalu guna.
Kenapa aku takut dengan benda ni? SEBAB BENDA INILAH (tak payah nak tulisan besar sangattt), tangan aku pernah patah sebanyak dua kali. Pertama masa umur 9 tahun, waktu patah tu terlompat kejap tangan aku. Sakit woo.. apa lagi, meraung tanpa segan-silu la sebab aku ingat wad tu aku yang punya. Hehe.. lama jugak nurse yang bertanggungjawab atas kejadian tu tak tegur aku, muka dia nampak pucat sangat. Aku tak marah pun, bukan salah dia tapi tulang aku yang rapuh a.k.a lembik sangat. Dekat 4 tahun kot baru kitorang kawan balik..
Kali kedua masa 12 tahun. Sedar-sedar dari pembedahan ke-7, aku rasa tangan berdenyut dan berat sangat. Bila aku dah sedar sepenuhnya, aku terus bagitau mak yang tangan aku patah. Apa jadi lepas tu? Doktor yang buat pembedahan keatas aku dipersalahkan. Bunyi macam kejam kan, tapi sebenarnya sebelum operation lagi aku dah bagitau stuff nurse awal-awal yang aku memang tak boleh ambik BP. Prof. aku sendiri yang bagi arahan macam tu tapi diorang tak perasan. Waktu tu nak kena jaga luka jahitan lepas keluarkan besi, nak kena jaga tulang yang patah lagi. Yang tanggungnya aku jugak. Tapi takpe, hikmah sebaliknya aku dapat ponteng sekolah lama-lama. Woohooo..
Mana staf yang berfikiran jauh, diorang akan pakaikan aku monitor terus, senang periksa tekanan darah kat situ. Mana yang tak terfikir sampai ke situ, aku takkan buat BP. Err, taktau la berapa tekanan darah tinggi aku sekarang.. -_-'
3. Epidural
Ni kira ahli keluarga ubat bius la jugak. Kebanyakan pengguna epidural adalah wanita yang hendak melahirkan anak. Kegunaannya untuk jadi ubat pelali dan tahan sakit kepada ibu mengandung yang mesti dalam keadaan SEDAR. Ubat ni dibius dari pinggang hingga ke bawah melalui tulang belakang. Akhirnya baru aku tau yang epidural ni bukan untuk wanita mengandung sahaja memandangkan aku pun menerima suntikan ini ketika menjalani pembedahan ke-4. Ni pun salah satu objek hospital yang aku takut sangat.
Antara sebab iha zalora merasa takut:
Korang bayangkan tiub ni masuk ke dalam tulang belakang kita, berbisa ya amat!
Jarum yang digunakan untuk menebuk lubang pun besar okey. Lepas tu berlanggar dengan tulang belakang. Euww, nasib baik depa buat masa aku pengsan.
Sepanjang pakai epidural aku rasa hidup aku langsung tak aman sentosa. Bila terjaga waktu malam, aku akan pandang siling je sambil tengok kipas berpusing laju macam nak tercabut, nak mengiring langsung tak boleh sebab jarum tu besar. Masa nak tanggalkan, aku meraung sekali lagi ibarat wad tu aku yang punya. Malu ok bila abang yang duduk kat katil hujung sekali tersenyum kata dia dengar suara aku melalak. Cukup la masa umur 10 tahun tu je aku kena epidural, lepas-lepas tu, bila aku kena operate lagi, dekat OT (operation theathre) tu jugak aku cakap taknak pakai epidural. Kalau tak cakap diorang akan buat.
4. Pemotong Simen
Aku taktau apa keyword yang sesuai untuk cari pemotong tu kat pakcik gugel. Tapi yang pasti alat tu menyerupai macam pemotong piza. Kalau korang letak Domino's Pizza kat dalam bilik rawatan ortopedik memang boleh potong pakai pemotong simen la. Bezanya pemotong simen tu pakai karan, pemotong piza kena kerah tenaga sendiri.
Korang bayangkan, masa gunakan pemotong simen tu bunyinya ala-ala gergaji, err bawah sikit la dari bunyi gergaji. Lebih kurang macam wengg wenggg weyong weyongg grrr teketeketerr, lepas tu pemotong tersebut akan digunakan untuk membelah simen yang melekat di tangan atau kaki. Perghh, aku akan jadi manusia yang sangat cemas untuk hadapi situasi tu. Seolah-olah kaki dan tangan aku turut terbelah. Kepala otak aku asyik bayangkan pemotong simen tu macam gambar kat bawah ni:
Kekadang abang-abang yang ditugaskan untuk membelah simen tu akan tarik perhatian aku. Diorang akan main psikologi sambil buat kerja. Pandai kan depa, mentang-mentang waktu tu aku budak inosen. Padahal diorang cuma tanya aku makan apa sarapan pagi tadi, makanan kegemaran aku apa, terus aku leka memanjang. Apa daa..
Rasanya macam ada banyak lagi barang yang aku tak suka kat hospital ni (bukan jarum ekk) tapi macam panjang sangat pulak entri ni. Kalau aku rajin kemungkinan nak buat entri pasal 'peralatan hospital yang disukai' pulak. Kalau rajin la..