Latest!

Lifes: Peralatan Hospital yang Ditakuti

Assalamualaikum..

Antara barang/objek/alat/perkakas yang aku takut tengok dan guna sepanjang 14 tahun jadi ahli hospital.

1. Anesthesia


Kalau korang pernah kena operate ataupun pernah tengok Grey's Anatomy mesti tau kaedah apa yang gambar diatas ni lakukan. Benda pertama yang paaaaaaaaaaaaling aku tak suka di hospital adalah ubat bius jenis ni. Tak ingat pembedahan yang ke-4 atau ke-5 baru aku tau rupanya kita boleh apply kat anesthesiologist (doktor bius) nak pakai ubat bius yang macam mana. Bila dah buat rayuan sambil peluk erat kedua-dua belah kaki anest, keluarlah satu soalan comel dari bibir mungil mereka iaitu:

"Kenapa adik taknak pakai yang sedut je? Bau dia busuk sangat ek??"

Haiyaa bukan la doktor.. aku tak rasa bau dia busuk, tapi aku betul-betul tak tahan dengan bau gas tu.. dan sebab utama aku taknak, lepas je sedar dari operation tu, mesti aku akan muntah sambil menangis. Benci okeh, dah la harga airmata aku di persada dunia sekarang sedang melonjak-lonjak naik. Haishh.. jadi jawapannya, memang aku rela masukkan bius melalui suntikan dari kena hidu bau pelik tu. Yang kelakarnya, urat aku susah gila nak nampak, memang tak terkata la doktor bius bila aku 'buli' diorang.. nak tak nak diorang kena sapu krim emla (ubat bius asas dan langsung tak terasa kebas).


Kegunaan utama ialah untuk menimbulkan urat yang hendak dicucuk.


Aku ingat lagi waktu anest letak tempat oksigen tu kat mulut aku, aku akan tahan nafas selama seminit lepas tu baru redha untuk hidu bau ubat bius tersebut.

2. Blood Pressure


Cari kat pakcik gugel tak jumpa pulak gambar mesin BP yang wad selalu guna.

Kenapa aku takut dengan benda ni? SEBAB BENDA INILAH (tak payah nak tulisan besar sangattt), tangan aku pernah patah sebanyak dua kali. Pertama masa umur 9 tahun, waktu patah tu terlompat kejap tangan aku. Sakit woo.. apa lagi, meraung tanpa segan-silu la sebab aku ingat wad tu aku yang punya. Hehe.. lama jugak nurse yang bertanggungjawab atas kejadian tu tak tegur aku, muka dia nampak pucat sangat. Aku tak marah pun, bukan salah dia tapi tulang aku yang rapuh a.k.a lembik sangat. Dekat 4 tahun kot baru kitorang kawan balik..

Kali kedua masa 12 tahun. Sedar-sedar dari pembedahan ke-7, aku rasa tangan berdenyut dan berat sangat. Bila aku dah sedar sepenuhnya, aku terus bagitau mak yang tangan aku patah. Apa jadi lepas tu? Doktor yang buat pembedahan keatas aku dipersalahkan. Bunyi macam kejam kan, tapi sebenarnya sebelum operation lagi aku dah bagitau stuff nurse awal-awal yang aku memang tak boleh ambik BP. Prof. aku sendiri yang bagi arahan macam tu tapi diorang tak perasan. Waktu tu nak kena jaga luka jahitan lepas keluarkan besi, nak kena jaga tulang yang patah lagi. Yang tanggungnya aku jugak. Tapi takpe, hikmah sebaliknya aku dapat ponteng sekolah lama-lama. Woohooo..


Mana staf yang berfikiran jauh, diorang akan pakaikan aku monitor terus, senang periksa tekanan darah kat situ. Mana yang tak terfikir sampai ke situ, aku takkan buat BP. Err, taktau la berapa tekanan darah tinggi aku sekarang.. -_-'

3. Epidural


Ni kira ahli keluarga ubat bius la jugak. Kebanyakan pengguna epidural adalah wanita yang hendak melahirkan anak. Kegunaannya untuk jadi ubat pelali dan tahan sakit kepada ibu mengandung yang mesti dalam keadaan SEDAR. Ubat ni dibius dari pinggang hingga ke bawah melalui tulang belakang. Akhirnya baru aku tau yang epidural ni bukan untuk wanita mengandung sahaja memandangkan aku pun menerima suntikan ini ketika menjalani pembedahan ke-4. Ni pun salah satu objek hospital yang aku takut sangat.

Antara sebab iha zalora merasa takut:


Korang bayangkan tiub ni masuk ke dalam tulang belakang kita, berbisa ya amat!


Jarum yang digunakan untuk menebuk lubang pun besar okey. Lepas tu berlanggar dengan tulang belakang. Euww, nasib baik depa buat masa aku pengsan.

Sepanjang pakai epidural aku rasa hidup aku langsung tak aman sentosa. Bila terjaga waktu malam, aku akan pandang siling je sambil tengok kipas berpusing laju macam nak tercabut, nak mengiring langsung tak boleh sebab jarum tu besar. Masa nak tanggalkan, aku meraung sekali lagi ibarat wad tu aku yang punya. Malu ok bila abang yang duduk kat katil hujung sekali tersenyum kata dia dengar suara aku melalak. Cukup la masa umur 10 tahun tu je aku kena epidural, lepas-lepas tu, bila aku kena operate lagi, dekat OT (operation theathre) tu jugak aku cakap taknak pakai epidural. Kalau tak cakap diorang akan buat.

4. Pemotong Simen

Aku taktau apa keyword yang sesuai untuk cari pemotong tu kat pakcik gugel. Tapi yang pasti alat tu menyerupai macam pemotong piza. Kalau korang letak Domino's Pizza kat dalam bilik rawatan ortopedik memang boleh potong pakai pemotong simen la. Bezanya pemotong simen tu pakai karan, pemotong piza kena kerah tenaga sendiri.


Korang bayangkan, masa gunakan pemotong simen tu bunyinya ala-ala gergaji, err bawah sikit la dari bunyi gergaji. Lebih kurang macam wengg wenggg weyong weyongg grrr teketeketerr, lepas tu pemotong tersebut akan digunakan untuk membelah simen yang melekat di tangan atau kaki. Perghh, aku akan jadi manusia yang sangat cemas untuk hadapi situasi tu. Seolah-olah kaki dan tangan aku turut terbelah. Kepala otak aku asyik bayangkan pemotong simen tu macam gambar kat bawah ni:


Kekadang abang-abang yang ditugaskan untuk membelah simen tu akan tarik perhatian aku. Diorang akan main psikologi sambil buat kerja. Pandai kan depa, mentang-mentang waktu tu aku budak inosen. Padahal diorang cuma tanya aku makan apa sarapan pagi tadi, makanan kegemaran aku apa, terus aku leka memanjang. Apa daa..

Rasanya macam ada banyak lagi barang yang aku tak suka kat hospital ni (bukan jarum ekk) tapi macam panjang sangat pulak entri ni. Kalau aku rajin kemungkinan nak buat entri pasal 'peralatan hospital yang disukai' pulak. Kalau rajin la..


Mulut besar macam Pac Man, Kalau sudi silalah komen :D

Comments
41 Comments

41 comments:

  1. pemotong simen tu buat saya rasa takut sangat. pergh.. memang terbayang masa doktor tgh buat tu , tiba2 dia salah step. pergh. terbelah tangan

    ReplyDelete
    Replies
    1. err, ketakutan saya makin bertambah bila awak taip macam ni, oh nooo..

      Delete
  2. kita dulu masa belajar dah lali kena tunjuk peralatan nie semua..siap masuk bilik tengok mayat lg..keluar menangis2..sebab mata pedih,asid mayat kuat sgt...huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. wahh bestnya akak ada peluang untuk semua tu.. *tetiba eksaited* :D

      Delete
  3. hehe bagus2 entri mcm ni boleh menambah pengetahuan...sila teruskan lg....best jugak baca citer2 hospital ni....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Please pay first for the next tuition.. :P

      Delete
  4. Waaahh... rasa macam takut pulak sy rasa... terutama epidural. Iha mcm dah 7 kali operate? Nak tahu sebab sakit ape boleh?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alamak boleh tak perasan pulak komen ni masuk spam.. tu yang lambat balas.. nanti kalau free tengok kat SINI ye.. :)

      Delete
  5. Replies
    1. Cerita hantu lagi menakutkan :D

      Delete
  6. aduhai...cerita iha nih lengkap...
    sampai akak terasa benda benda nih mmh real dpn mata..

    terasa rasa seriau kat tgn akak pulak..

    terus terang akak cakap..akak tak kuat mcm iha nih.
    kagum dengan iha..!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe yeke.. maaf ye kalau cerita ni beri efek yg mengerikan kat kak Dayah :D
      iha manusia lemah lagi lembik je kak, tapi apa yang Allah beri kita kena ambil.. :)

      Delete
  7. seram weh..bau kat hospital dh cukup menakutkan sy...apatah lg nengok bende2 ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dulu iha benci bau hospital, tapi sekarang bau hospital dah wangi tau, bau dettol.. hehe..

      Delete
  8. belum pernak lagi masuk bilik pembendahan, ngeri tengok yang jarum besar2 cucuk kat badan..

    - Admins Blog 3 Dalam 1

    http://blog3dalam1.blogspot.com/

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ngeri ekk.. kena letak gambar jarum banyak2 la kat belog ni nanti, hehe..

      Delete
  9. Mieya tak perbah ada pengalaman. Jejakkan kaki kat hospital pon tak pernah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah, Mieya kena jaga kesihatan baik2 tau.. :)

      Delete
  10. ek. speechless baca.. muke ketat, serammm.. huaa tak sanggup.. tapi at the sme time kagum dgn iha ! Allahu Akbar, btullah "La Yukallifullahu Nafsan Illa Wus'aha"..
    *Syafakillah dik :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Takdak apa yang nak dikagumkan okeh :D
      Dengan izin Allah, terima kasih kak.. jazakallahu khairan kasira :)

      Delete
  11. walaupun tak suka kalau dah terdesak maka terpaksa kena suka gak.. kalau tak.. maka lambatler sembuh jadinya..

    ReplyDelete
  12. ohh noo!!.. semua alat doktor takuh meh .. lagi2 jarum!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alamak acik.. mungkin kena ada banyak stok doktor perempuan nanti baru acik tak takut kot.. :D

      Delete
  13. saya kat sek tiap2 hari tgk buku teks dan budak2..huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Err, tu perkara yang ditakuti jugak ye Sir?

      Delete
  14. Ya Allah...kuat betul Iha ni sebenarnya, teruskan kekuatan dn keberanian itu. Tak silap akk 2 kali akk dlm bilik operation..dn dua2 kali tu jugak dok meraung lps operation. Iha pulak dh berkali kali..aduhaiiiii x boleh d byangkan lah cam mana Iha tempuh semua ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ish takde kuatnya iha ni mama.. mama lagi kuat, dua kali operate lahirkan baby.. sakit bersalin paling sakit kat dunia ni tau.. :)

      Delete
  15. KAK BUI ALERGIK HOSPITAL..HUHUHU

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau iha tak sakit pun iha alergik kat hospital jugak, hehe..

      Delete
  16. Akak singgah sini..dari blog kak mar..Wah..baguslah entri adik ni. Dapat akak pengetahuan baru. Menarik. ^___^

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah, harap ilmu tak seberapa ni bermanfaat kepada semua.. salam kenal kak.. :)

      Delete
  17. bunyi mesin pemotong tu yg buat takut tu..tapi nasib baik pengsan kne bius...kalu tak, trauma kot.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Takde maknanya kena bius waktu dengar bunyi pemotong tu.. tu yang trauma sampai sekarang ni, haha..

      Delete
  18. scary tengok pemotong tu.....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu cuma pemotong piza je kak Nini.. pemotong simen yang sebenar tak dapat cari pulak kat pakcik google.. :D

      Delete
  19. akak bukan stakat takot tgok alatan2 kt hospital, tp takot nk p hospital jgk...hehe..dr kecik sampai besaq ni ha, adoii...hee

    ReplyDelete
    Replies
    1. Akak jangan risau, hospital takde sediakan rumah hantu tau.. :D

      Delete
  20. alamak..kenape yer rase semacam jer bila baca entry ni..hahahaha..

    ReplyDelete
    Replies
    1. alamak, tak tau la.. hehehe..

      Delete
  21. huiyo..mcm baca novel seram..harhar..amcm la nak jd doctor ni..takut...

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Iha Zaliza © 2010-2017