Latest!

100th Entries: About Me

Assalamualaikum mina-san! ^^


Muka mekap tebal. Qu Puteh Qu Puteh, BARULAH PUTIH! xD

Sempena entri ke-100 ni (baru nak masuk seratus dah kecoh), aku tak buat segmen apatah lagi GA. Cuma aku nak buat profil aka biodata aka biografi sikit la pasal aku. Aku yakin takde sesiapa yang akan baca tapi aku nak jugak taip. Tak kira aku nak taip jugak, tak kira tak kira tak kiraaaa..

SERIUS! Entri ni panjang.. so tarik nafas panjang-panjang dulu sebelum baca okeh.

Nama: Nur Nabihah binti Mohd Fazali
Tarikh lahir: 26 Februari 1994
Asal: Cheras, Selangor
Tinggal: Semenyih, Selangor
Jenis darah: A
Bilangan adik-beradik: 5 orang (anak keempat)
Warna kesukaan: Hitam
Tinggi: 115cm / 3 kaki 7 inci (pendek kan)
Berat: Masih bawah 40kg (yang pasti dalam BMI aku tergolong dalam obesiti)
Hobi: Layan lagu rock / Sign in FB / Twitter / Blog

Kenapa nama blog Iha Zaliza?

Iha Zaliza adalah gabungan kepada nama aku, abah, dan mak.
Nabihah + Fazali + Haliza = Iha Zaliza :)

Untuk pengetahuan semua, aku bukan manusia biasa yang boleh memanjat macam monyet, yang boleh berlari macam budak sekolah nak balik rumah, dan aku jugak tak boleh merangkak macam bayi yang baru nak belajar merangkak. Aku cuma boleh baring, duduk, dan mengengsot. Ohh ada lagi, aku boleh meniarap dan bergolek, hihi.. bajet cun lettew..

Aku menghidap sejenis penyakit yang diberi nama Osteogenesis Imperfecta (OI), dalam bahasa orang Melayu senang nak faham ialah tulang rapuh. Penyakit OI ni terbahagi kepada 8 jenis, aku menghidap OI Type III.

Ciri-cirinya ialah:

*Tulang mudah patah dan berkemungkinan telah patah sebelum kelahiran (dalam kandungan)
*Kemungkinan besar gigi tak dapat tumbuh dengan penuh (sedih)
*Gigi hanya mempunyai satu lapisan berbanding dengan manusia normal yang memiliki 3 lapisan
*Mata berwarna biru laut (blue sclera)
*Ketinggian terbantut
*Ketebalan tulang tak sama seperti manusia normal
*Lepas patah tulang akan menjadi bengkok
*Kepala berbentuk segitiga (ehh aku bukan alien tau.. huhu..)
*Kemungkinan deria pendengaran akan hilang
*Mempunyai masalah pernafasan (jarang berlaku)
*Tulang dada / rusuk berbentuk seperti tong

Menurut ceita mak abah aku, dulu masa kecik aku tak boleh terkejut. Terkejut sikit boleh patah. Dengar bunyi kilat, dengar bunyi mercun, dengar bunyi pintu terhempas pun boleh patah. Lagi satu, aku dulu tak boleh dekat dengan orang lain. Biasa la waktu kecik, makcik-makcik yang tengok mesti rasa geram dan macam nak kunyah aku (perasan), jadi kalau pegang aku dengan kasar je boleh patah.

Rasa patah tu tak payah cakap la. Sakit derr.. nak menangis pun takut sebab dulu mak abah aku garang. Even sakit, aku selalu kena marah sebab nak disiplinkan diri aku sendiri dan tak mudah jadi anak manja. Marah pun guna mulut je, takde la sampai tangan ke pipi aku. Jadi kalau patah, aku akan diam sambil tahan sakit. Penangan takut kena marah punya pasal la ni, heheh..

Aku belajar duduk masa umur 9 tahun, aku belajar mengensot masa 15 tahun dan aku belajar uruskan diri sendiri masa 17 tahun. Dari segi fizikal aku memang lembab sikit. Semua kena mintak tolong orang. Dan selalu sangat aku rasa diri aku useless, sebab tu aku usaha perbaiki diri setiap tahun. Belajar jalan? Insya Allah..

Masa sebulan lepas lahir aku disahkan menghidap OI ni, doktor cakap tak ada rawatan dekat Malaysia. Doktor suruh tawakal ala-ala wait and see apa yang akan jadi kat aku bila besar nanti.

Tak lama kemudian, masa umur aku 5 tahun aku mula dapat rawatan kat HUKM (sekarang PPUKM).
Aku pesakit pertama dari Malaysia yang dijadikan sebagai eksperimen untuk mencuba kaedah rawatan Pamidronate. Bila ubat tu beri kesan positif, Pamidronate digunakan untuk pesakit senasib yang lain. Alhamdulillah.. ubat tu perantaraan je kan.. :)

Lepas tulang aku boleh nampak dekat x-ray (ketebalan tulang bertambah), pembedahan untuk meluruskan tulang kaki dan tangan yang bengkok pulak dilakukan. Pembedahan yang diberi nama Kebab Procedure juga berjaya dijalankan. Nama yang agak sedap, kaedah dia pun SEDAP jugak, patahkan tulang, buang tulang yang terlalu bengkok dan masukkan besi. Haa sedap tak sedap, hahaha.. sekali lagi aku rasa bangga menjadi pesakit pertama di Malaysia yang menjalani pembedahan tersebut.

Bukan bangga sebab riak, tapi bangga sebab rawatan ni makin meluas di Malaysia lepas aku jadi eksperimen.. :)

Kalau nak tanya berapa kali patah dalam seumur hidup, memang tak terkira.. lebih 500 la jugak.

Buat masa ni aku dah jalani pembedahan sebanyak 12 kali.

Sekarang? Alhamdulillah.. berkat Pamidronate, doa orang-orang tersayang dan yang paling penting sekali dari keredhaan Allah, kesihatan aku sekarang lebih osem dari dulu.. alhamdulillah, alhamdulillah, alhamdulillah.. aku makin gemuk berbanding dulu kurus kering dan makin senang nak main wrestling sebab tulang makin kuat. Hihi..

Tapi, kesihatan aku tak semestinya sentiasa baik. Sekarang agak menderita la jugak sebab tak dapat nak ambik Pamidronate lagi akibat cukup dos. Kalau ambik banyak-banyak nanti takut ada kesan sampingan lain pulak. Tapi sejak lebih setahun tak ambik ni kalsium aku makin kurang. Oh lupa nak cakap, tulang aku tak dapat serap makanan dan minuman yang mengandungi kalsium.

Sekarang aku tak dapat sambung belajar akibat susahnya nak berdikari, huhu.. Insya Allah, mungkin nanti nak ambik PJJ. Aku nak sangat sambung course kaunseling.

Kerja yang aku buat sekarang cuma jadi writer je, kadang-kadang datang idea nak compose lagu. Aku cuma reti main gitar SG dan Keyboard je, teringin nak main violin pulak tapi tak berkesempatan lagi.


Klik pada gambar untuk baca penulisan aku yang sedikit hampeh, hehe..

Gitu la serba-serbi-serbu tentang aku. Biodata ni akan diupdate dari semasa ke semasa.


Mulut besar macam Pac Man, Kalau sudi silalah komen :D

Comments
21 Comments

21 comments:

  1. baru berkesempatan berkenalan dgn iha lebih dekat....

    tak tau nak komen apa...tapi wa mmg respek dgn lu....rasanya byk bakat terpendam yg ada dalam diri tu...tunggu dia nak meletus satu2 je tu....

    ReplyDelete
  2. @Hatimi Tahirruddin

    Bakat yg wa ada cuma putuskan tali gitar je brader.. haha..

    ReplyDelete
  3. hai darling, salam berkenalan... owh, kiranya nabihah memang tak boleh jatuh / terhentak la ye??/ kesiannya kat sis.. apapun, terus kan kehidupan dengan senyuman.. =D

    ReplyDelete
  4. @✿A I N A A✿

    Pernah dulu masa baru nak start masuk form 3 tiba2 terjatuh dari duduk sebab waktu tu baru belajar imbangkan badan, lama gak la tangan patah tu nak sembuh.. eniwei, thanks sis! :D

    ReplyDelete
  5. salam iha.. akhirnya jumpa entri yg menceritakan apa sakit iha, ms kat komen akak dh siyes gile2 nk tahu. alhamdulillah Iha insan yang Allah pilih, kelebihan yang Allah bg Iha dalam bidang penulisan tetap ada wlaupun menderita sakit OI. Iha insan kedua akak pernah tau sakit seumpama ni, pertama kali adalah anak murid akak ms praktikal dulu. Kes nya lebih kurang sama dengan Iha, cuma dia br 14 tahun, setahu akak dia xpernah jalani sebarang pembedahan, mungkin dia tahap lain, akak tak pasti. Satu pujian yang wajib akak bagi, Iha memang otai, ceria dan kuat semangat. Gaya penulisan tidak menggambarkan lgsg Iha sakit. Allahu Akbar, terharu akak, smoga Allah teruskan kuatkan Iha :) *maaf panjang beno taip nye :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wa'alaikumussalam kak Mar.. takpe, kita memang suka baca panjang2 sebab iha pun suka taip panjang2 jugak :D Terima kasih atas ayat2 yang sangat positif ni. Iha sangat terharu ok.. :)

      Delete
  6. Tengok akak macam tabah je... Akak kirenye hebat and ohsem la hehehehe..... Semoga akak terus tabah forever :-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Akak buat2 tabah je Dina.. datang sengal akak meroyan tak tentu hala jugak :D
      Amin.. terima kasih ye yang.. ;)

      Delete
  7. uik..panjang gak entry ni..baru baca part yg awal2..

    betul ke 115cm? rendahnya..tu masa umur brpa tahun?

    ReplyDelete
  8. eh..errr..aaa..sorry pasal komen tadi..

    btw, baru baca smpai part mula mengesot masa umur 15tahun..susah gak tu..

    ReplyDelete
  9. sedih pulak baca kisah ni..harap2 keadaan kamu akan sentiasa ok..insyaAllah

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe, tergelak2 baca komen pertama Encik H tadi.. terima kasih.. :)

      Delete
  10. Ya Allah sedihnya kisah Iha..akak xtahu pn.. Semoga Iha kuat semangat dan sembuh dari penyakit tu. Betapa akak bersyukur kerana diberi nikmat sihat, namun kdg2 bila Allah timpakan ujian kita terus bersedih. Sedangkan orang lain lebih teruk lg, namun dapat bergembira dan ceria seperti Iha..

    ReplyDelete
  11. Akak baru tau pasal ni, huhu..Ihaa kena kuatkan semangat tau, akak doakan iha cepat sembuh dan diberikan kesihatan yang sihat sokmo...Just put trust on Allah ok dear...

    ReplyDelete
  12. Akak baru tahu Iha mcm ni..wah, admire lah dgn Iha.. slmt brkenalan Iha

    ReplyDelete
  13. ha'ah la..akak pun baru tahu kisah iha..hehe..selama ni tak ada kesempatan nak kenal adik dengan lebih rapat..ampun..! :) apa2 pun semangat kena kuat.. dugaan Allah.. :)apa2pun kitaorang as readers even tak kenal dengan rapat dgn iha pun sama2 mendoakan yg terbaik utk iha.. :)

    ReplyDelete
  14. jaga kesihatanmu baik2 adikku sayang.. akk sentiasa mendoakan kesihatan dan keselamatan kamu.. rindu kamu adikku sayang...

    ReplyDelete
  15. wow....akak sangat kagum dengan iha...iha boleh tulis novel dan blog....blog iha akan maju...percayalah...sebab akan jadi reference pada orang lain.....paling best, bila baca fakta, yang lebih kepada pengalaman compare baca fakta yang doktor tulis...hahaha...rasa malas sangat nak baca kalau cam tu.....start like your blog n fall in love....=D

    ReplyDelete
  16. subhanallah...seorang gadis yg tabah, Alhamdulillah..kerana keluarga sentiasa ada buat iha, kalau fdifikir secera kasar, terasa berat dugaan yg diberi namun semuanya ada kebaikkan dan hikmah, akk harap iha akan lebih bersemangat dan banyak2 bersyukur apa lagi punya ibu bapa yang prihatin..apa2 pun akk doakan iha berjaya dlm apa jua yg iha lakukan..

    ReplyDelete
  17. Setiap yang bernama manusia pasti ada ujian. Alhamdulillah nabihah kuat setelah diuji. Sabar ya. dunia hanya tempat persinggahan.

    Apapun juga menjadi kebanggan buat semua kerana nabihah orang pertama yang sanggup menajlani eksperimen untuk kebaikan orang lain jika ada. Semoga allah membalasnya di akhirat sana.

    ReplyDelete
  18. Saya simpati. Semoga apa yang diimpikan dalam hidup Nabihah tercapai :)

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Iha Zaliza © 2010-2017