Assalamualaikum..
Tadi masa jalan-jalan cari pasal kat blog orang lain, terjumpa entri dari +Wanie Zunidan yang meminta bantuan untuk menghilangkan background putih.
Pinjam ye Wani :)
Mungkin Wani maksudkan macam ni:
Kalau betul cara macam ni yang Wani nak, aku tau la sikit-sikit. Meh sini cikgu ajar, murid-murid sediakan buku nota, pen dan liquid paper. Liquid paper amatlah diperlukan sebab cikgu iha selalu salah ajar. Maklumlah, cikgu cetak rompak. xD
1. Pergi ke Dashboard > Layout.
2. Drag gadget dan letakkan di bawah header. Pastikan gadget yang ingin diletak betul-betul di bahagian bawah header.
Murid tambahan: Err cikgu iha, kenapa saya dah cuba tarik sampai lebam tapi tak dapat jugak nak letak gadget kat bawah header?
Cikgu iha: haipp, cikgu tak habis ajar ni *cover malu*
Sebelum tu cuba korang check balik kat header. Ada tak 5 titik berwarna putih (ayat tak komersial) kat sebelah kiri header?
Ataupun kosong macam kat bawah ni?
Okey bawak bertendang murid-murid, bawak bertendang. Kalau kat sebelah kiri tu takde tanda titik, maknanya header korang dalam keadaan terkunci (locked). Bila locked, korang takkan dapat pindahkan header kemana-mana dan sebarang gadget pun takkan boleh letak kat bahagian atas mahupun bawah header. Jadi sila ikut cara dibawah ini:
3. Pergi ke Template > Edit HTML > Jump to widget > Header1.
4. Nanti korang akan nampak kod ni id='Header1' locked='true'
5. Tukarkan true kepada false. Lepas tu Save template.
6. Buka Layout semula. Nanti akan ada 5 titik macam gambar diatas. Kemudian drag gadget yang korang nak letak kat bawah header macam biasa. Dah siap tekan preview. Kalau berjaya boleh Save arrangement. :)
Note:
-Pastikan header anda transparent.
-Maaf diatas kepanjangan entri ini. Kalau tak faham dengan ayat berbelit cikgu cetak rompak boleh tanya lagi.
Assalamualaikum..
AMARAN KERAS: Entri ni boleh buat korang loya tekak bila tengok kulit aku.
Sila jangan baca untuk elak korang tak lalu makan.
AMARAN KERAS: Entri ni boleh buat korang loya tekak bila tengok kulit aku.
Sila jangan baca untuk elak korang tak lalu makan.
Aku senang moody bila diserang penyakit eczema, penyakit kulit. Aku tak tau sejak umur berapa, tapi yang pasti sejak kecik lagi aku akan diserang penyakit ni tiap-tiap bulan. Kalau tak patah, penyakit ni pulak akan datang. Aku pun baru je tau penyakit kulit ada kaitan dengan tulang jugak.
Tapi benda tu tak dapat kepastian dan kesohehannya. Doktor pun tak pernah bagitau, asal jumpa je cakap "Kami masih tengah buat kajian". Eh, baik aku sendiri yang kaji (tengok, tiba-tiba je aku moody). Siapa yang ada dekat dengan waktu aku tengah dingin memang kena bersabar dengan karenah gajah seekor seorang ni.
Muka tengah marah yang kelakar - Credit
Moody aku takde la sampai muka monyok ke, merajuk ke or senang melenting. Cuma kadang-kadang aku cepat rasa 'malas nak gelak'. Tu bukan perkara normal bagi manusia talkative dan kuat gelak terbahak-bahak macam aku. Sebab utama mood aku berubah, penyakit ekzema terkena pada tapak tangan dan tapak kaki. Kalau kena kat tapak tangan, mestilah ada banyak kerja yang tak boleh nak buat. Bila kena air, MasyaAllah.. pedih..
Tu belum lagi bila nak pegang barang, bila kita nak grip sesuatu objek mesti akan terbatas akibat kulit membengkak. Nak buat kerja pun kena pastikan air-air yang timbul di tapak tangan ni takkan pecah. Yuckss, ni membahayakan kebersihan orang sekeliling aku jugak. Bila jumpa sesiapa kena sorokkan tapak tangan, kalau pakai glove tangan akan berpeluh dan ekzema akan merebak ke merata tempat.
Jadi boleh fahamkan kenapa 'angin' aku boleh berubah. Dulu pernah jumpa dermatologyst (pakar kulit), doktor kata kat mak aku:
"Don't worry, I tengok kes dia is very mild. Tak payah buat appoinment, just pergi farmasi then ambik krim."
Mild pun takde jugak ubat untuk hilangkan terus penyakit ni, cuma bagi krim untuk lembapkan kulit pastu penyakit ni akan terus ada dan ada dan ada setiap bulan. Kadang-kadang aku agak terkilan dengan sesetengah doktor yang memandang ringan akan penyakit kita, diorang nampak 'kecik punya hal', tup-tup kita ada penyakit kronik. Macam dulu, aku cakap lutut aku sakit, doktor kata luka sikit je. Rupa-rupanya besi dah tercanak keluar dari kulit. It's reality, bukan semua doktor, sesetengah sahaja yang bersikap macam tu.
Antara krim yang doktor suggest kepada pesakit ekzema:
Aqueous. Satu botol je dah la. Selalunya tempoh expired dalam 2 tahun lebih. Kegunaannya untuk melembapkan kulit. Boleh pakai bila-bila masa bila rasa kulit jadi kering - Credit
Betamethasone. Yang botol bulat tu (aku rasa kat semua hospital kerajaan pakai botol bulat kot, hehe) kalau tak silap kegunaan dia lebih teliti sikit dari Aqueous. Boleh guna maksimum 3 kali sehari sahaja. Fungsinya untuk bunuh kuman-kuman terkutuk tu agaknya. Maklumlah doktor tak pernah bagitau, belajar sendiri je semua ni.
Tapi tempoh expired kurang dari setahun. Aku tak pasti sama ada farmasi sengaja bagi stok yang dah nak tarikh luput atau memang tempoh ubat ni tak lama. Penyudahnya terpaksa buang ubat ni sebab kalau aku sakit cuma pakai krim ni sikit je.
Betasone. Kegunaan dia sama macam Betamethasone. Mungkin Betasone ni adik ipar dia kot :P
Sekarang aku nak tunjuk tangan aku pulak. Kalau geli sila skip, sebab aku pun geli tengok tangan sendiri.
Tangan tengah practice nak bersanding la konon.
Ni aku clearkan lagi tempat ekzema tu guna Photoshop pulak:
Yang ada bintik/tompok warna merah tu la ekzema. Euwwwek geli kot.
Bila dah okey nanti aku nak buat research sendiri kot. Nak cari dari mana punca aku boleh dapat penyakit ni. Dari pemakanan atau dari barang yang aku pegang. Cuma yang aku tau selama ni kulit aku sensitif pada habuk. Nanti doktor tak berlesen ni akan cuba cari jalan penyelesaiannya.
Okey okey sorry sebab buat korang patah selera nak makan lepas tengok tangan aku. Nah tengok gambar Pizza Hut's Crazy Cheesy Crust pulak. Tengok la sampai korang mengidam nak makan pizza serta-merta. Hahah xD - Credit








