Assalamualaikum..
AMARAN KERAS: Entri ni boleh buat korang loya tekak bila tengok kulit aku.
Sila jangan baca untuk elak korang tak lalu makan.
AMARAN KERAS: Entri ni boleh buat korang loya tekak bila tengok kulit aku.
Sila jangan baca untuk elak korang tak lalu makan.
Aku senang moody bila diserang penyakit eczema, penyakit kulit. Aku tak tau sejak umur berapa, tapi yang pasti sejak kecik lagi aku akan diserang penyakit ni tiap-tiap bulan. Kalau tak patah, penyakit ni pulak akan datang. Aku pun baru je tau penyakit kulit ada kaitan dengan tulang jugak.
Tapi benda tu tak dapat kepastian dan kesohehannya. Doktor pun tak pernah bagitau, asal jumpa je cakap "Kami masih tengah buat kajian". Eh, baik aku sendiri yang kaji (tengok, tiba-tiba je aku moody). Siapa yang ada dekat dengan waktu aku tengah dingin memang kena bersabar dengan karenah gajah seekor seorang ni.
Muka tengah marah yang kelakar - Credit
Moody aku takde la sampai muka monyok ke, merajuk ke or senang melenting. Cuma kadang-kadang aku cepat rasa 'malas nak gelak'. Tu bukan perkara normal bagi manusia talkative dan kuat gelak terbahak-bahak macam aku. Sebab utama mood aku berubah, penyakit ekzema terkena pada tapak tangan dan tapak kaki. Kalau kena kat tapak tangan, mestilah ada banyak kerja yang tak boleh nak buat. Bila kena air, MasyaAllah.. pedih..
Tu belum lagi bila nak pegang barang, bila kita nak grip sesuatu objek mesti akan terbatas akibat kulit membengkak. Nak buat kerja pun kena pastikan air-air yang timbul di tapak tangan ni takkan pecah. Yuckss, ni membahayakan kebersihan orang sekeliling aku jugak. Bila jumpa sesiapa kena sorokkan tapak tangan, kalau pakai glove tangan akan berpeluh dan ekzema akan merebak ke merata tempat.
Jadi boleh fahamkan kenapa 'angin' aku boleh berubah. Dulu pernah jumpa dermatologyst (pakar kulit), doktor kata kat mak aku:
"Don't worry, I tengok kes dia is very mild. Tak payah buat appoinment, just pergi farmasi then ambik krim."
Mild pun takde jugak ubat untuk hilangkan terus penyakit ni, cuma bagi krim untuk lembapkan kulit pastu penyakit ni akan terus ada dan ada dan ada setiap bulan. Kadang-kadang aku agak terkilan dengan sesetengah doktor yang memandang ringan akan penyakit kita, diorang nampak 'kecik punya hal', tup-tup kita ada penyakit kronik. Macam dulu, aku cakap lutut aku sakit, doktor kata luka sikit je. Rupa-rupanya besi dah tercanak keluar dari kulit. It's reality, bukan semua doktor, sesetengah sahaja yang bersikap macam tu.
Antara krim yang doktor suggest kepada pesakit ekzema:
Aqueous. Satu botol je dah la. Selalunya tempoh expired dalam 2 tahun lebih. Kegunaannya untuk melembapkan kulit. Boleh pakai bila-bila masa bila rasa kulit jadi kering - Credit
Betamethasone. Yang botol bulat tu (aku rasa kat semua hospital kerajaan pakai botol bulat kot, hehe) kalau tak silap kegunaan dia lebih teliti sikit dari Aqueous. Boleh guna maksimum 3 kali sehari sahaja. Fungsinya untuk bunuh kuman-kuman terkutuk tu agaknya. Maklumlah doktor tak pernah bagitau, belajar sendiri je semua ni.
Tapi tempoh expired kurang dari setahun. Aku tak pasti sama ada farmasi sengaja bagi stok yang dah nak tarikh luput atau memang tempoh ubat ni tak lama. Penyudahnya terpaksa buang ubat ni sebab kalau aku sakit cuma pakai krim ni sikit je.
Betasone. Kegunaan dia sama macam Betamethasone. Mungkin Betasone ni adik ipar dia kot :P
Sekarang aku nak tunjuk tangan aku pulak. Kalau geli sila skip, sebab aku pun geli tengok tangan sendiri.
Tangan tengah practice nak bersanding la konon.
Ni aku clearkan lagi tempat ekzema tu guna Photoshop pulak:
Yang ada bintik/tompok warna merah tu la ekzema. Euwwwek geli kot.
Bila dah okey nanti aku nak buat research sendiri kot. Nak cari dari mana punca aku boleh dapat penyakit ni. Dari pemakanan atau dari barang yang aku pegang. Cuma yang aku tau selama ni kulit aku sensitif pada habuk. Nanti doktor tak berlesen ni akan cuba cari jalan penyelesaiannya.
Okey okey sorry sebab buat korang patah selera nak makan lepas tengok tangan aku. Nah tengok gambar Pizza Hut's Crazy Cheesy Crust pulak. Tengok la sampai korang mengidam nak makan pizza serta-merta. Hahah xD - Credit
18 Geng Banyak Bebel
Get well soon :D Semua ada hikmahnya. Sabar je lah. Take care, sis. *hugs*
ReplyDeleteDina tak geli pon tengok tangan akak . Dulu ade kawan dina ni sakit kulit . Satu badan dia berrrr errr u know what I mean hehehehe . Dah kawan baik dengan dia , dia pulak tinggal dina . tragis :')
ReplyDelete#err terceqhite pulak kat akak hehehe . btw cemoga cepat cembuh ye ahkak . cayang ahkak beri march ! muahmuahahaha :DD
eerrkkk , buat2 xnmpk pic yg atas.. tp pic bawah tu , bukak mata luas2.. hahahaha !
ReplyDeletesmlm ada baca kat blog akk niess[http://niesalhaq.blogspot.com/] ttg penyakit tu gax.. tertya2 gax punca nyer apa :)
ReplyDeletetak ada lah geli mana.. maybe dah terbiasa tengok kot... sakit tak benda tu??? mesti tak boleh kena panas kan???
ReplyDeleteKadang-ii penggunaan krim nie kena berjaga-ii . Semoga tangan iha baik (:
ReplyDeletekesia adik iha nie .. semoga Allah berikan kemudahan kepada iha
ReplyDeleteANAK2 KAK BUI MS BABY DULU PUN SLL KENA EKZEMA..DH BESAR SEKARANG ADA KURANG SIKIT..TP MASIH JUGAK STANDBY KRIM DR KLINIK SBB KALAU START MERAH2 TERUS SAPU SUPAYA X MELARAT...
ReplyDeleteallergic kot dik...emmm teruk juga tu..tertnya2 adakah ekzema ni bintik ada air..sbb tapak kaki akk pun ada gak bintik2 merah berair ni..tpi akk mmg ada allergic..
ReplyDeletepelik sebab kat telapak tangan pulak merah2 tu...patutnya kat kulit luar kan?
ReplyDeleterasanya faktor pemakanan dan alahan pon mainkan peranan jugak tu....kena pantang2 la makan...boleh jugak try pg kedai ubat cina tanya kot2 ada ubat tradisional yg boleh kurgkan merah2 tu...
Tabahlah hadapi dugaan Dik Ihaa.. akak pn menyampah sebenarnya dgn doktor.. mcm xder fungsi..
ReplyDeleteHmm... Akak kagum ngn awk sbnrnya, kalo akak, xtau la ap reaksi akak nak buat..huhu... Allah takkan membebankan makhlukNya melebihi keupayaannya, maknanya, awak mmg kuat disisi Allah ^__^
ReplyDeleteP/S:
lapar tgk pizza..huhu
laaa..siannye
ReplyDeleteade 1 kpg ngan yumida..rasanye dia ade masalah kulit yg camni
kulit mengelupas kemerahan
dia cantik..sgt2 cantik...ske tengok dia..nampak ayu
oo..rupanye ekzema ni mmpghi mood jugak
yumida pun kengkadang hilang mood...asyik gaduh ngn kucing je
saya dulu2 pun masa kecik kulit tangan selalu mengelupas..sensitif kalo kena sabun.tapi skng dah ok dah :)
ReplyDeletemoga iha cepat baik..n lepas tu dah x sakit
ReplyDeleteblogger niesalhaq pn ada share tntg ni, btol jgk 2, pttnya doktor dh jmpa jwpan tntg pnykit ni, bkn skit biasa2 sy tgok..bykkn bersbar ye..smoga cpat smbuh :)
ReplyDeletekat tapak kaki lagi la x selesa kan ! semoga tabah harungi ujian daripada Allah
ReplyDeletesusah juga ya..banyak puncanya..kita alergik pun..tak teruk..cuma kalau makan seafood tu ja naik gatal satu badan.hehe..harap iha cepat2 la cr punca ya.. ^^
ReplyDelete