9.07.2013

Lifes: Where Are You, Iha Jalija?

Assalamualaikum..

Rindu jiran-jiran blog.

Bismillahirrahmanirrahim.. terketar-ketar tangan aku ketika menaip akibat sindrom kekok + kaku setelah hampir 3 bulan tak update blog. Dan aku sendiri tak faham apa yang aku taip sekarang. -_-'

Untuk korang yang dah tak ingat siapa aku ni, meh nak bagi intro balik. Nama aku Iha Zaliza, nama sebenar Siti Nurhaliza Fazali. Tolonglah percaya.

Ohhh budak tu. Yang dulu suka sangat tulis entri merepek tu kan?

Ha'ah. (bangga)

Mana menghilang? Lupa password blog ke??

Hampir-hampir lupa la jugak memandangkan panjang password aku sebanyak 26 huruf. Tapi bukan tu sebab utamanya pun kan aduyai (tiru Johan).

Habis tu, pasaipa pulak?

*Sigh*

Siti Nurhaliza Fazali, awat mengeluh pulak nih?

Mana ada mengeluh, bunyi hingus tadi.

(Geram) haih tak kisah la. Habih tu kenapa lama senyap?

Macam ni, aku ni manusia jugak. Manusia akan sentiasa diuji sepanjang dia masih hidup.

Er.... okey teruskan..

Keadaan sangatlah tak sesuai untuk aku aktif dalam blog. Hidup aku sepanjang dua bulan lebih ni mungkin boleh hasilkan mini novel dan gerenti orang yang baca akan menangis.

Tapi, aktif kat blog tak semestinya kena ceritakan 'mini novel' tu kan?

Heh, perempuan. Orang perempuan bukan macam orang lelaki. Selalunya orang perempuan akan jadikan blog dia sebagai online diary. Aku takut nanti aku akan masukkan mini novel (cerita peribadi) kat dalam karier (blog) kalau aku aktif. Kalau aku update sekalipun, belum tentu aku akan ada masa untuk blogwalking balik kat blog kawan-kawan.


*Banyak pulak cakap perempuan ni* So, lepas entri ni publish, kau akan aktif balik ke?

Tak kot, cuma nak update untuk beritahu yang aku sihat dan sekuat TIGER. Insya Allah, lepas ni aku akan update macam biasa. Err tapi jangan tanya bila :D

Hmm, kau tak rindu kat kawan-kawan blog ke?

Mestilah rindu beb. Ada seorang dua yang selalu ada waktu aku susah. Miss them a lot. Rindu nak taip komen yang berunsur lawak tak semenggah kat blog hangpa. Rindu nak jadi top commentator (aka Hantu Komen). Insya Allah, akan ada masa untuk tu nanti.. :)

Pageviews menurun, tak takut ke?

Erk takut jugak. Tapi dalam hidup ni kita kena fikir mana yang lebih penting nak kena uruskan. Lagipun buat masa ni ramai yang hantar mesej kat Fanpage mintak tutorial pelik-pelik lepas jumpa blog aku. Kira ada la jugak tu kan.. eh dahlah, penat aku jawab soalan tak menguji minda ni.


Suka ayat ni tapi takde kena mengena dengan aku.


Takde kena mengena jugak. Tepekan gambar semata-mata.



6.20.2013

Lifes: 27 Februari 2003

Assalamualaikum..


Kali ni aku nak kongsi cerita adventure sikit boleh? Saja nak flashback kisah 10 tahun lepas. Kejadian ni berlaku sehari lepas hari jadi aku, hari Khamis. Masa tu dua-dua kaki bersimen, kaki kiri masuk besi dan kaki kanan doktor patahkan dari luar (tak belah kaki untuk luruskan tulang).

Petang tu aku dengan selamba badak sumbunya tak pakai pakaian yang bernama baju, umur pun baru 9 tahun, saiz badan macam budak 3-4 tahun. Ada bau hangit, macam bau orang bakar sampah. Aku tak hairan. Tiba-tiba..

"Abang, ada asap kat bawah," mak bagitau abah dengan nada tenang. Sepanjang hidup aku belum pernah lagi tengok mak melatah bila dugaan hebat datang. Abah tengah minum petang, bila tengok rupanya ada kebakaran. Hah kebakaran?!

Ayat mintak penyepak xD

Mak dengan muka cemas cepat-cepat angkat aku dan letak ke kereta sorong. Aku pun kalut jugak waktu tu, jadi kaki langsung rasa tak sakit. Padahal paha patah sebab ada kesilapan teknikal masa operate. Bawak keluar dari rumah, lif tak boleh pakai. Waktu kecemasan mestilah bahaya kalau pakai lif. Apa lagi, dari tingkat 8 tu mak mintak tolong akak sulung aku angkat kereta sorong sama-sama turun tangga sampai bawah bangunan.

Kat tangga dah sesak dengan jiran-jiran yang berlumba-lumba nak turun bawah. Masing-masing berusaha selamatkan diri. Mak kata kecewa la jugak waktu tu sebab takde sorang pun jiran yang sudi menghulurkan bantuan pada kitorang. Tapi bila fikir balik orang tengah panik, apa yang diorang buat semua secara spontan.

Masa dah nak sampai bawah tu, bunyi letupan kuat di tempat kejadian. Fuhh memang macam cerita dalam movie dah. Alhamdulillah kitorang selamat sampai ke tingkat bawah. Semua penghuni blok beratur di tempat letak kereta dan hanya mampu melihat kejadian mengejut tu. Tiba-tiba makcik dari kedai runcit datang dekat aku sambil bagi tuala. Huhu malu weh.. tak pasal-pasal aku buat free show masa nak turun tadi.

Ni CONTOH gambaran masa kejadian.

Lepas bomba siap 'buat kerja', kitorang naik semula ke tingkat atas masa dah nak masuk waktu maghrib. Rasanya kalau tak silap kitorang naik guna lif macam biasa. Masuk rumah, hambek kau! Serius sedih, macam rumah kitorang pulak yang terbakar. Yelah tempat kejadian kat tingkat 7, betul-betul kat bawah rumah kitorang. Jadi asap pun menetap kat rumah kitorang.

Dinding hitam, karpet kotor, beberapa hari lepas kejadian barang-barang elektrik macam komputer, vakum, peti sejuk, mesin basuh dan TV terus rosak. Bau asap masih tak hilang-hilang walaupun dah lebih seminggu kebakaran berlaku. Karpet la yang sadis, pergi hantar kedai untuk cuci tapi hasilnya tetap hitam dan kotor. Harga mencuci tu pun dalam seratus lebih. Takde pilihan lain selain kena buang terus. Perghh, kalau Allah nak bagi ujian tu memang tak diduga dan bermacam cara. Yang penting redha dan jangan meratap.

Jangan bersedih, sesungguhnya Allah ada bersama kita. :)

Esoknya (28 Februari) dah kena bangun awal pagi sebab nak ke hospital, cuci luka dan tukar simen baru. Bagi aku bulan tu memang kenangan pahit la. I hate it I hate it. Haha..

Tengah ingat balik kenangan dulu, mak pun cerita la kejadian yang sama masa umur mak 9 tahun. Rumah mak terbakar sebab ada orang yang dengki dengan keluarga mak. Arwah tokmak guru besar dan arwah tokbah polis. Kira ada la manusia yang diupah untuk buat kerja tak berfaedah tu.

Mak kata waktu tu pun mak tak pakai baju jugak. Hahaha, terus aku bantai gelak. Tak sangka aku dengan mak ada dua persamaan masa kebakaran. Pertama kitorang kena masa umur 9 tahun, kedua kitorang tak pakai baju masa kejadian, muahaha..

Eee tak malu.. :p

6.18.2013

Facebook Tutorial 17: Hilangkan Button Add Friend

Assalamualaikum..

Di malam Rabu yang dingin sambil minum air Tongkat Ali, aku bukak Nuffnang. Dengan harapan dapat tengok BE pertama sebelum tidur. Tapi nampaknya hanya mampu tengok BE dalam mimpi je. Sambil jalan-jalan tu, ternampak soalan ni:

Cara nak buat Facebook tidak boleh di add

Aku ada belajar benda ni tahun lepas, tapi lupa. Bila bukak balik message dulu-dulu masa kawan tanya soalan yang sama, terus study balik. Tapi kena tukar sikit Turtle Ria (also known as tutorial) sebab FB selalu bertukar wajah.

1. Dah siap sign in, klik Privacy Shortcuts kat atas kanan tu.


2. Pergi ke Who can contact me?.


3. Tukarkan Who can send me friend requests tu dari Everyone ke Friends of Friends.


4. Kalau nak semak menjadi ke tak, boleh tengok kat View As... di sebelah Activity Log.


Tadaaa.. kan dah hilang. Boleh tukarkan kepada Everyone semula kalau nak orang add kita.


Harap turtle ria ni dapat membantu manusia yang menaip kata kunci tersebut.

P/s: Ni akaun FB baru buat Khamis lepas, khas untuk blogger je. :)

Lifes: Hadiah Untuk Pemenang

Assalamualaikum..

Bulan lepas aku ada jadi sponsor untuk Simple Giveaway by ArifahLee & ZunairahLee. Macam biasa, aku taja hadiah murahan, doodle untuk 5 orang. Tu je yang mak nenek mampu lakukan. Sekarang aku dah berhenti jadi sponsor, mungkin lepas ni aku kena tukar 'hadiah sponsor'. Jadi aku kena berhenti dan berehat kejap.

Aku tak tahu yang GA tu dah tamat lebih awal dari tarikh yang dijanjikan. Jadi aku pun tergopoh-gapah siapkan hadiah secepat mungkin. Kalau lambat siapkan nanti orang labelkan aku sama macam Ong Gedek Geduk tu pulak (mesti korang semua dah tau kan kisah ni). Cuma satu je doodle yang sempat aku siapkan, tapi terpaksa kerah otak tak kreatif ni untuk pelbagaikan corak / background setiap semua doodle.

Lakaran sebelum tidur. Dilukis waktu mamai :D

Chop! Nak ucapkan terima kasih buat +Nur Irdina sebab dengan baik hatinya beliau sudi buat watermark comel untuk aku. Terharu sangat-sangat! Tengkiu mengkiu Dina.. :)

Hadiah-hadiah doodle ni aku beri mengikut 'siapa cepat dia dapat'. So siapa yang tuntut hadiah paling awal dia dapat doodle mengikut urutan. Alhamdulillah buat masa ni semua bagi komen yang positif. Terima kasih.. :)

Bawah ni aku cuma nak tepek je, untuk pemenang aku akan hantar ke FB sebab nak letak nama.

 Untuk Fatin Diana

Untuk Aimi Rahim

Untuk Nur Atiqah Zulkifli

Untuk Husna Izzati

Untuk Syuhada Salleh

Maaf atas keburukan lukisan-lukisan diatas. Aku bukan manusia yang ada seni walaupun bekas pelajar aliran seni. Tapi aku harap hadiah tak seberapa ni dapat diterima secara positif. Fuh skema ayat kau iha.


Lukisan tambahan sebelum tidur semalam. Saja nak test, lama dah tak melukis secara serius.

Review: Terima Kasih Followers ke-500, 600, 700!

Assalamualaikum..

Tengok tu, dah masuk 700 followers baru nak buat review. Kepada pengikut bertuah berkenaan, tahniah diucapkan. Maaflah sebab mak nenek ni lambat buat review. Asyik sibuk fikirkan masalah negara sampai lupa nak buat entri penghargaan ni.

Pertama sekali, nak buat entri terima kasih kepada pengikut ke 500:


Aku panggil dia kak Azfa. Tu je nama beliau yang aku tahu. Itupun masa mula-mula kenal aku ingat aku lagi tua, huh bajet dewasa je aku ni. Kak Azfa seorang yang peramah. Kalau ikut dari blog Dairy Lollipop Pinkiey ni, rasanya kak Azfa masih dikira newbie. Tapi tak tau la kalau beliau ada blog lain ke. Masa first time balas kunjungan pun blog kak Azfa nampak comel je. Sekarang makin comel dan kemas, ni pandangan ikhlas dari seorang mak nenek yang mengamalkan awet muda :D



Apapun terima kasih lagi sekali pada kak Azfa kerana sudi 'mengikut' dan 'menginap' ke teratak simple ni. :)

Yang ke-600 pulak, err.. taktau nak review macam mana sebab mamat handsome ni tak bagi link blog dan tak tau nak jejak balik macam mana. Apapun tahniah dan terima kasih buat Faris. Nama awak sama macam nama skandal kita la *tiba-tiba*. :P


Yang ke-700:




Sebenarnya tadi TERnampak entri kak Sue yang bertajuk:

Blogwalking Time...Sila Masukkan Url Untuk Follow uoolss


Jadi aku saja nak letak URL blog dekat situ. Tiba-tiba followers blog aku terus keluar angka ke-700. Kira kebetulan la kak Sue follow. Tahniah kak Sue dan terima kasih banyak-banyak diucapkan. Korang pun boleh jugak letak link blog kat entri beliau untuk memudahkan sesi blogwalking.

#Maaf dengan entri review yang sangat ringkas ni. Mak nenek kena pergi pasar beli daging kanggaru.

Lifes: Cara Terbaru Ukur Peningkatan Pageviews

Assalamualaikum..

Nama tajuk entri kat atas tu merepek je. Ekceli aku cuma nak bagitau bahawasanya aku mengamalkan satu cara yang agak pelik akhir-akhir ni. Aku suka ukur peningkatan pageviews melalui comments awaiting moderation. Aku akan biarkan komen-komen dalam awaiting moderation disimpan selama 6 hari lepas tu baru publish.

 Tarikh: 3 Jun - 8 Jun.
Jumlah komen: 101.

 Tarikh: 8 Jun - 13 Jun.
Jumlah komen: 106.

Tarikh: 13 Jun - 18 Jun.
Jumlah komen: 122.

Terima kasih banyak-banyak buat semua yang sudi datang komen ke blog ini. Tanpa korang mesti aku takkan dapat membebel dalam dunia blog selama 3 tahun xD

Aku tak pasti sampai bila aku akan buat cara pelik ni. Ikut pada mood kot.
Korang rasa cara aku ni okey ke?

P/s: Tak sangka aku akan buat entri pendek. Haha..

Lifes: Cerita Anak Perempuan dan Superhero :D

Assalamualaikum..

Sila baca entri sambil hayati lagu ni. Biar korang tersedu-sedan. :P


Abah, walaupun kita tak terlalu rapat. Tapi kita selalu cuba belajar 'mengenal' antara satu sama lain. Kadang-kadang kita lebih banyak berdiam diri sambil perhatikan perangai masing-masing. Kiranya abah akan perhatikan orang senyap-senyap, orang pun tengok abah dari jauh. Bukan kita sengaja buat macam tu, tapi sifat kita berdua berbeza. Bila darah A bertemu darah A, ibarat positif bertemu positif.


Abah, walaupun orang selalu banyak senyap, tapi tak bermakna orang tak pernah ingat segala jasa abah sejak orang kecik dulu. Orang ingat je bah, cuma tak berani nak flashback balik. Maklumlah, hati kaca..
Orang ingat lagi macam mana abah selamatkan orang masa terjatuh dari bilik air dulu. Masa tu lantai licin, abah terjatuh tapi sempat peluk orang. Orang pulak yang over menangis padahal tangan abah yang luka, orang tak jatuh pun. Rupanya hampir seluruh badan orang patah, muka abah nampak bersalah sangat. Tapi bila fikir balik, orang yang patut minta maaf kat abah.


Abah ingat lagi tak, masa kita duduk kat Cheras dulu. Rumah kita kat tingkat 8. Nak dijadikan cerita kedua-dua buah lif selalu rosak. Jadi tak ada pilihan selain abah kena dukung orang. Masa tu muka abah berpeluh-peluh. Kalau abah ingat lagi, orang lap peluh abah. Peluh abah yang menitis pun orang biarkan je jatuh ke muka orang. Walhal masa kecik orang jenis cepat geli dengan peluh orang lain. Tapi pengalaman tu mengajar orang menjadi lebih matang. Rasa sebak dan bersalah sangat-sangat. Tapi orang tahan je.


Abah, ingat tak masa tahun lepas. Masa kita sekeluarga pergi HKL sebab masing-masing berebut nak derma buah pinggang. Waktu nak balik, abah tolak wilcha orang. Sambil bawak tu abah nyanyi lagu Isabella kuat-kuat. Tergelak-gelak orang dengar abah nyanyi. Yelah suara abah kan kuat. Kalau tak, takkan masa duduk kat tingkat 8 dulu boleh dengar suara abah kat bawah bangunan.


Masa abah nyanyi tu kan, pakcik yang berjalan ikut laluan yang sama pandang kita. Pakcik tu tersenyum sambil geleng-geleng kepala. Orang pun tertunduk muka, malu dan gembira sangat. Masa tu kita ditimpa ujian, tapi sokongan keluarga mampu buat kita bergelak ketawa.. :')


Abah ingat tak, masa harijadi Firdaus haritu, kita sempat buat sketsa tak berbayar:

Abah: "Harijadi kamu bila?"

Orang: "Dah lepas la.."

Abah: *diam* "Kenapa Nabihah tak bagitau abah.
Tengok macam Firdaus tu, dia tak tahu malu, sebab tu dia bagitau abah."


Serentak kita gelak masa tu. Memang orang terharu bila abah cakap macam tu. Tapi bagi orang hadiah harijadi yang orang nak tiap-tiap tahun ialah bila ahli keluarga kita masih lengkap. Hadiah lain orang boleh mintak waktu hari biasa kan abah kan. :D


Abah, orang sebagai anak perempuan yang comel, orang rasa terharu bila abah tak pernah sisihkan orang dari masyarakat. Ramai anak anggota polis yang OKU, tapi kebanyakannya diorang sorokkan anak istimewa kat rumah. Berbeza dengan abah, selagi boleh promote anak dara abah yang comel macam Kak Ton ni abah akan promote habis-habisan.


Abah, masa abah jadi 'terkenal' kat Youtube dulu, abah tak tahu yang orang asyik menangis fikirkan pasal abah. Orang rasa macam nak maki hamun dan santau je makhluk tuhan yang aniaya abah sampai ke Facebook. Menangis orang tengok diorang edit video dan gambar abah, diorang cuma tau huru-harakan tempat,  lepas tu orang macam abah yang jadi mangsa keadaan. Tapi abah relax je, abah kata:
"Orang gila buat apa nak layan. Nanti tolong printkan gambar abah masuk Youtube ye. Abah nak tampal kat dinding". Ayat abah kelakar, tapi orang rasa macam nak menangis. Nasib baik anak abah ni pandai control macho tau.


Abah, bila mak tak ada kat rumah, abah layan dan jaga orang dengan baik sangat. Kadang-kadang layanan lebih daripada mak (err mak, mohon jangan terasa). Abah ingat tak, kalau tengok TV, bukan main serius kita tengok. Hihih.. tapi kalau layan wrestling, abah akan suruh orang translate.


Abah, walaupun abah bukanlah seorang yang handal speaking, tapi abah seorang yang SANGAT PANDAI dalam Bahasa Melayu. Serius, orang tak dapat nak jadi macam abah. Sekali abah menulis, memang boleh buat ramai orang menangis. Teringin nak ikut jejak abah. :)


Abah, dalam banyak-banyak lelaki yang orang kenal kat Malaysia ni, belum pernah lagi orang jumpa lelaki yang bersuara 'kuat'. Kebanyakan orang bersuara nyaring, tapi abah pulak kategori 'kuat'. Kalau abah nak panggil seseorang, tak payah guna pembesar suara. Kalau abah nyanyi, perghhhh.. memang mengancam. Cuma.. abah selalu salah lirik. :D


Abah, kalau ikut keluarga sebelah abah, orang respek sangat-sangat dengan abah. Sebab abah satu-satunya ahli keluarga yang berhijrah. Adik-beradik abah yang lain masih duduk berdekatan kampung lagi. Tapi abah 'mengembara' sampai ke ibu kota. Abah dulu orang susah. Alhamdulillah, sekarang kita dah 'mampu'. Cara abah berfikir pun jauh dari adik-beradik abah yang lain. Walaupun abah bukanlah minat pada sebarang teknologi terkini, tapi abah boleh masuk dengan perangai anak-anak dia. Abah tau PSY, Twitter, dan yang seangkatan dengannya. Cayalah abah! Haha..


Abah, ikutkan ada banyak lagi kenangan kita. Cuma orang takut orang TERfeeling habis. Hehe.. abah kena ingat, walaupun orang jarang bercakap dengan abah, tapi orang selalu doakan yang terbaik buat abah.


I LOVE YOU TILL JANNAH. n_n


Masa kat Depoh Pulapol. Abah yang letak tangan kat mulut. Posing gitu..


13 April 1985. Abah punya style macam agung kat duit. Haha..


21 September 1982. Masa ni ada Hari Perpisahan / Pertukaran Semboyan kat Jalan Gurney.


3 Oktober 1980 (apesal aku buat tahun makin ke belakang ni). Waktu ni abah tengah bergambar kat depan Kelas Semboyan Tampin. Sebelah kiri tu pakcik Imran. Tak pasti pernah jumpa ke tak.

September 1983.

P/s: Sengaja buat entri gila panjang. Hari Bapa punya pasal, korang baca la sampai pening ye.. :p

6.13.2013

Lifes: Soal Jawab dari Keywords Nuffnang

Assalamualaikum..

Diprintscreen pada pukul 10:49 malam, 13 Jun 2013

1. Macam mana nak hack Facebook orang.
-Antara kata kunci yang akan wujud setiap hari. Klik sini.

2. Cara nak buat simbol di FB.
-Klik sini.

3. Pantun dua kerat untuk budak hot stuff.
-Lerr, dua kerat je? Tak main la sikit sangat macam ni :P

4. Budak 14 tahun tunjuk **** ****.
-Apa ke pervert sangat ni? Syoh syoh, anda silap blog.

5. Bagaimana cara nak berkawan dengan budak guitar.
-Kawan je macam biasa. Kalau nak ngorat kena pandai main gitar jugak. (Hahaha am I right?)

6. Blog lucah.
-Sepak nak sepak? Ke nak aku buat lubang hidung kau tinggal satu?

7. Cara nak auto add friend.
-Pergi kat Google lepas tu cari autolike atau autosubscribe/follow. Aku tak berani nak letak link sebab selalunya senang dapat virus.

8. Cara nak buat Facebook cover photo.
-Buat je gambar macam biasa lepas tu upload. Kalau tak tau kat mana nak upload, pergi kat wall, tekan add a cover kat atas tu. Pastikan saiz gambar sekurang-kurangnya 720 x 519px. Err tak sangka aku akan ajar dengan lengkap.

9. Cara nak hack Facebook.
-Hang pi tengok soalan nombor satu tadi.

10. Cara nak padam page kat FB.
-Klik sini.

6.12.2013

Kesihatan: Traumatic Brain Injury

Assalamualaikum..

Hye you allsyolandanamaste.. okey aku dah tak betul. Ingat lagi entri 'misteri nusantara' sebelum ni? Alaa entri ni hah [klik].


Cita-cita aku kan nak jadi doktor tapi tak kesampaian (semalam cikgu harini doktor pulak....) jadi aku harap dapat la buat perkongsian mengenai penyakit yang baru aku belajar ni.

Ringkasan:
Traumatic Brain Injury (TBI) merupakan penyakit yang mengakibatkan kecederaan pada otak. Penyakit TBI boleh terjadi apabila seseorang itu pernah mengalami hentakan yang kuat pada kepala sehingga mengakibatkan kecederaan pada bahagian tengkorak (tempurung kepala) dan boleh memberi kesan/impak negatif pada pesakit. Perlu ditekankan, penyakit Traumatic Brain Injury juga boleh membawa maut tetapi bergantung pada tahap keseriusan/kritikal kecederaan pesakit.

Antara punca utama wujudnya penyakit TBI:

  • Kemalangan jalanraya
  • Jatuh
  • Terkena tembakan senjata api
  • Bersukan
  • Lain-lain



Dicatat pada tahun 2005 di Amerika Syarikat.

Antara gejala/simptom awal penyakit Traumatic Brain Injury:

  • Sakit kepala / Pening
  • Mual
  • Sukar tidur
  • Mempunyai masalah terhadap cahaya / bunyi
  • Mudah beremosi
  • Mudah berasa letih
  • Penglihatan kabur
  • Masalah memori (Alzheimer)


Anisocoria - Saiz anak mata yang berbeza merupakan simptom Traumatic Brain Injury tahap serius (kronik).

Rawatan:

Buat masa ni masih belum ada rawatan untuk menghilangkan penyakit TBI. Tetapi pesakit Traumatic Brain Injury boleh mendapatkan rawatan Neuroprotection, salah satu terapi untuk pesakit yang menghidap masalah Sistem Saraf Otak / Central Nervous System (CNS). Sokongan dari keluarga dan orang-orang terdekat juga amat diperlukan kerana pesakit berkemungkinan besar tidak dapat mengawal anggotanya akibat kerosakan saraf pada bahagian yang tercedera (mungkin ada darah beku di tempat kecederaan).

Sekian, yang menulis dengan penuh skema:


Sumber gambar TBI: Wikipedia
#Ingat nak publish esok, tapi takut orang salah faham dengan entri WW sebelum ni.