Assalamualaikum..
Hye you alls, yolanda, namaste.. okey aku dah tak betul. Ingat lagi entri 'misteri nusantara' sebelum ni? Alaa entri ni hah [klik].
Cita-cita aku kan nak jadi doktor tapi tak kesampaian (semalam cikgu harini doktor pulak....) jadi aku harap dapat la buat perkongsian mengenai penyakit yang baru aku belajar ni.
Ringkasan:
Traumatic Brain Injury (TBI) merupakan penyakit yang mengakibatkan kecederaan pada otak. Penyakit TBI boleh terjadi apabila seseorang itu pernah mengalami hentakan yang kuat pada kepala sehingga mengakibatkan kecederaan pada bahagian tengkorak (tempurung kepala) dan boleh memberi kesan/impak negatif pada pesakit. Perlu ditekankan, penyakit Traumatic Brain Injury juga boleh membawa maut tetapi bergantung pada tahap keseriusan/kritikal kecederaan pesakit.
Antara punca utama wujudnya penyakit TBI:
- Kemalangan jalanraya
- Jatuh
- Terkena tembakan senjata api
- Bersukan
- Lain-lain
Dicatat pada tahun 2005 di Amerika Syarikat.
Antara gejala/simptom awal penyakit Traumatic Brain Injury:
- Sakit kepala / Pening
- Mual
- Sukar tidur
- Mempunyai masalah terhadap cahaya / bunyi
- Mudah beremosi
- Mudah berasa letih
- Penglihatan kabur
- Masalah memori (Alzheimer)
Anisocoria - Saiz anak mata yang berbeza merupakan simptom Traumatic Brain Injury tahap serius (kronik).
Rawatan:
Buat masa ni masih belum ada rawatan untuk menghilangkan penyakit TBI. Tetapi pesakit Traumatic Brain Injury boleh mendapatkan rawatan Neuroprotection, salah satu terapi untuk pesakit yang menghidap masalah Sistem Saraf Otak / Central Nervous System (CNS). Sokongan dari keluarga dan orang-orang terdekat juga amat diperlukan kerana pesakit berkemungkinan besar tidak dapat mengawal anggotanya akibat kerosakan saraf pada bahagian yang tercedera (mungkin ada darah beku di tempat kecederaan).
Sekian, yang menulis dengan penuh skema:
Sumber gambar TBI: Wikipedia
#Ingat nak publish esok, tapi takut orang salah faham dengan entri WW sebelum ni.
20 Geng Banyak Bebel
perghhhhhh most of factors tu, ena alami... cuma Alzhemeir je tak ada... hehehe terima kasih share ilmu mengenai benda ni
ReplyDeleteok dh faham..hiksss...akak ada mslh gn memory tp bkn sbb terhnatuk..mak kata byk minum ayaq ada semut...btw, good sharing dear..;)
ReplyDeletedapat info baru lagi dari iha hari ni.... thanks! :)
ReplyDeletebaru thu thank infonye
ReplyDeleteerk, FD macam tergolong je sebab simptom2 tu :/
ReplyDeleteperkongsian yang baik adik iha.. :D
ReplyDeleteeee.. seriau n seram pelak terbayang kepala kena tembak.. aduh.. hemm.. xde ubat untuk sembuhkan yea.. kesian pada org yg kena TBI ni kan..
ReplyDeleteuishhh bahaya kalau kena penyakit ni kan.. harap2 dijauhkan lah kan...:)
ReplyDeletenice sharing dear :)
ReplyDeletehishhhh...mana tau one day cite2 jadi doktor tercapai..yang penting don't give up..^^
ReplyDeletewah....kemalangan kereta yang paling tinggi risikko...
ReplyDeleteTonton Online Drama Teduhan Kasih Full Episode
http://blog3dalam1.blogspot.com/2013/06/tonton-online-drama-teduhan-kasih-full.html
Dina pernah jugak ade tanda-tanda macam kat atas tu . Cuma masalah memori tu Alhamdulillah tak pernah ade .
ReplyDelete#Dina senanye ingat gambar dalam entri WW tu gambar cacing dalam perut . Ataupun gambar baby dalam perut . Hihihi (jauh bebenor).
terjwb sudaa benda nih xD ingtkan apa laaa...huhuhu :)
ReplyDeletelaa..siannye sape yg dpt penyakit ni
ReplyDeleteaah kan..bahaya klo mana2 anggota bdan kita yg terkena hentakan/terjatuh dgn kuat
takut de darah beku
kadang2 tu sampai teringin nak hilang ingatan, teruk betul
ReplyDeletetu dia...apabila profesor berbicara.... :d
ReplyDeleteTakut jgk sbb dulu kepala akak pernah jatuh menghentam lantai simen.. bengong sekejap..
ReplyDeleteoh.. otak bergegar..hoho..nice info.. ^^
ReplyDeletepenyakit yg berkaitan dengan otak memang bahaya kan?
ReplyDeletebahaya kan Iha kalau berkaitan dgn otak ni..
ReplyDelete