­
­
Lifes: To My Dearest Enemy.... - Bila Budak Banyak Bebel Buat Bising

Lifes: To My Dearest Enemy....

By iha - 6/03/2013 09:17:00 PM

Assalamualaikum..
Eh, aku ada musuh? Sekarang mintak-mintak takde dah koleksi musuh, dulu berlambak. Huhu.. masa jalan-jalan kat blog kak +Yumida Huda, TIBA-TIBA ada idea nak buat entri ni. Kenangan teringatkan musuh, err bekas musuh. Tak baik dendam, nanti kena rejam. Menjadi tak pantun dua kerat versi horror ni?

Aku benci dengan mamat S ni dulu. Sebelum ni ada jugak aku buat entri mamat S tapi bukan dia la, ni orang lain. Mamat S merupakan mamat yang hot kat sekolah satu ketika dulu. Bukan hot sebab hensem ataupun pelajar contoh, tapi dek kerana perangainya yang membuatkan mamat S tersenarai dalam TOP 5 pelajar paling nakal kat sekolah.

Masa darjah 3, aku ditakdirkan untuk tumpang belajar ke kelas beliau. Kelas aku kat tingkat atas, tak dapat nak pergi. Jadi proses pembelajaran antara kelas aku dengan dia agak jauh sikit. Kelas aku dah belajar bab 5, kelas dia belum lagi.

Nak ditakdirkan lagi, tempat dia duduk tu berhadapan dengan tempat duduk aku (tipu, waktu tu aku baring). Entah apa masalah dia, suka benar dia geletek kaki aku. Aku kalau dah marah mula la keluar bahasa yang tak sepatutnya dalam bahasa Mandarin. Sekali cikgu kesayangan aku nampak. Cikgu aku marah dia, pondan muka dia ehh padan muka dia.

Credit

Sepanjang kitorang belajar sama kelas, cuma satu je dia pernah tolong aku. Nak tau apa dia? Dia tolong porak-perandakan hidup aku. Masa aku nyaris-nyaris kena sengat dengan tebuan, dia cuma tengok je. Aku jugak yang menghalau tebuan tu. Choi choi choi (maghah sangat). Senang cakap kitorang tak pernah berbaik.

Cerita kitorang tak habis sampai situ je. Tahun berikutnya dalam 2004, aku baru masuk darjah 4. Ditakdirkan SEKALI LAGI aku sekelas dengan dia akibat KENA TUMPANG LAGI SEKALI kat kelas mamat S ni. Arghh stress.. tambah-tambah stres bila dia ada pasangan beregu membuli aku. Mamat S ni badan dia kecik je, kawan baru dia mamat K ni badan besar. Kecik ke besar dua-dua annoying. TT_TT

Kalau tak silap aku la, bila mamat S dan mamat K tak duduk dalam kelas, aku buat cerpen mengutuk dua-dua mamat tu. Tapi aku tukar nama diorang, seorang Mahfuz seorang Zubir. Hahaha taktau la apa kena mengena nama samaran tu. Lepas tu aku bagi kawan-kawan lain yang baca, diorang pun gelak terkekek-kekek.

Satu hari tu kesabaran aku hilang, balik rumah aku terus mengadu kat mak. Kalau korang nak tau, mamat S a.k.a Mahfuz tu pernah masukkan mercun Pop-Pop kat dalam straw kemudian tiup kat aku. Benda tu meletup kat kaki aku. Whoa apa lagi, mencarut tak berlagu la. Dari mengadu kat mak, mak mengadu kat abah. Abah pulak mengadu kat cikgu, cikgu pulak marah dia. Esoknya mak mamat S datang jumpa parents dan mintak maaf kat aku. Muahaha puas hati aku *jahat betul ko jah*


Oh lupa nak cakap, mak dia ustazah kat sekolah tu jugak. Tapi aku ok je dengan mak dia. Yelah aku ni murid, mak dia cikgu, kena hormat. Dengan anak dia je haihh, susah nak cakap. Lepas dari kejadian tu, aku pun taktau la apa nasib mamat S tersebut sebab tak lama lepas tu aku kena operate. Oh pasal kejadian mercun pop-pop terkena kaki aku tu, lepas tu kaki aku merah, tak luka tapi berdenyut-denyut.


Dalam 3 tahun kemudian, aku masuk sekolah menengah. Sama sekolah dengan dia lagi. Kali ni tak terkejut, sebab ayah kitorang sama-sama polis. Jadi belajar kat tempat yang sama. Dan perangai dia dah berubah, jadi lebih matang. Betul la kata orang, bila budak nakal sangat ni nanti dia cepat matang. Kitorang sempat sembang-sembang sebelum aku tukar sekolah lain.

Agak-agak apa cerita la musuh aku tu sekarang. Opss, bekas musuh. Kepada bekas musuh terhormat, terima kasih sebab berjaya buat aku benci kau dulu. Kalau kita jumpa lagi sekarang, mesti kita jadi skema balik. Eh buat apa aku nak jumpa kau, aku masih benci kau.. wek wek :P

Handsome jugak kan kau sekarang, ayat kau kat FB pun aku tengok baik-baik je, takde mencarut bagai. Ok la tu, aku harap kau berjaya dalam segala bidang yang kau ceburi. Jangan jadi macam aku, tak sambung study. Wuwuu apekejadah aku buat ucapan untuk kau ni, aku bukan nak bagi kau baca pun. Apapun terima kasih, bagi aku pengalaman kita jadi musuh tu indah jugak. (>‿◠)✌

P/s: Bila aku selalu teringat dekat orang-orang yang tak patut aku ingat, akan ada seorang 'manusia sesat' yang datang dan buat aku ceria. Arghh stres tau.. rasa macam nak gigit dinding rumah jiran je.. (ง'̀-'́)ง

  • Share:

You Might Also Like

25 Geng Banyak Bebel

  1. wahhh ada juga bekas musuh.. ala masa tu mereka bergurau saje agaknya ..tak ada mereka tak adalah entri nie kan :) hehehe

    ReplyDelete
  2. hehehhe... nnti benci jadi sayang...ekkekekkeek

    ReplyDelete
  3. kisah zaman sekolah kalau dikenang , kelakar pun ada .

    ReplyDelete
  4. hahaha.. ena pun ade tau... dlu2 masa sekolah rendah memang ena byk musuh... urghhhh, benci dorang sbb ejek ena kurus macam mayat hidup.. ='( Now alhamdulillah, no more musuh.. tapi org yg tetiba jadi musuh kita adalah, pdhal kita xkenal un dia

    ReplyDelete
  5. Teringat kisah akak zaman sekolah rendah. Benci betol ketua kelas bernama ridzuan. Budak cerdik tapi hajat.. benci sampai sekarang..hahaha

    ReplyDelete
  6. Rindu pula mse tringat zmn kcik2 dulu

    ReplyDelete
  7. masa sek rendah dulu, kalo laki dan perempuan asyik gadoh je..cikgu cakap "nati dah beso korang kawen sesama sendiri baru tau"..hahah

    ReplyDelete
  8. enemy...jap akak kira dalam koleksi ada berapa ramai...ekekekeke.... tapi akak x suka nak bermusuh ngan orang...orang jer suka carik pasal..

    ReplyDelete
  9. Haha , sakit tak kena mercun tuh ? Aww , mesti sakitkan , jangan benci2 nak ada perasaan tuh kang... Hoho , jiwang sudahh aku

    ReplyDelete
  10. hehe..kelakar la iha
    aah kan..masa kecik2 dulu mmg kita akan jd ganaz
    yumida pernah bergaduh tumbuk ngn budak lelaki
    mcm anti sgt kat budak lelaki
    tup tup budak yg yumida slalu tumbuk tu admire lak kat yumida masa darjah 6
    pastu kwn lak slalu cocok soh trime dia..gatai betul kwn2 yumida time tu..bukan ape...pasai budak tu byk duit
    nnti diorg tumpang sekaki ngn brg pemberian dia
    dh la budak tu umah dekat je ngn umah yumida...huh!
    kompom gosip jadi berjela-jela
    x sangka even skolah rendah byk yg minat kat yumida..bekas musuh lak tu

    ReplyDelete
  11. hu3.. entah2 ada jodoh kot.. hik3

    ReplyDelete
  12. itulah, sesetengah kenangan tak patut kita lupakan kan? lihat saja cerita di atas, blh memberi keriangan di hati

    ReplyDelete
  13. ingtkan ending nya korang kawin ke..keh3
    btw, best baca story dari mula sampai habis :)

    ReplyDelete
  14. haha dalam benci2 tu sempat jugak lu stalk FB dia eh? hehehe :P

    ReplyDelete
  15. haha teringat zaman skola darjah dulu.. Zaman budak2 guna mercun pop2.. sekarang dah advance..

    ReplyDelete
  16. Errrrr..... Ikut pengalaman awok yang tak sebeghape ni..... Daghi lawan jadi kawan.... Daghi kawan jadi ...errr...errrr....errrr..... Mike jawap sendighi la yong....

    ReplyDelete
  17. Seronok pulak baca memandangkan sy yang baru lepas exam ni. haha.. Tu laa zaman sekolah sy pon selalu bergaduh dulu. Tapi dengan budak lelaki je la.. dengan budak perempuan maaluuu... hak3

    ReplyDelete
  18. ehh macam panjang je jodoh tu kan? hahah tapi, ade orang cakap kalau lah seseorang tu asyik kacau kite, maksudnya dia suke dekat kite.. ayokkk akak! hahahaa

    ReplyDelete
  19. hi iha zaliza...azie singgah sini....huhu who that guy !kejam ker dia...ngeh3
    dalam hati mcm ada taman jer...hehehe

    ReplyDelete
  20. hehe..tapi bila kenang blik kisah dulu2 jdik kelakar tau

    ReplyDelete
  21. lawak la entri ni . hahaha . tapi kan dina takde lagi musuh macam tu . kalau ade , dah lame dia kene penendang dengan penyepak sekaligus . suke sangat kacau orang . cara yang paling best nak kenakan dia , bagitau je kat cikgu . puas hati kan macam tu MUAHahaha xD (jahat nyahhh)

    ReplyDelete
  22. musuh , benci ... boleh jadi jodoh tau . ahaks ... hahahaaa

    ReplyDelete
  23. mak aih..buas betoi..ada ken patut men baling² mercun pop²..huhu sabor jelah...

    ReplyDelete
  24. Selalunya benci lama lama sayang •__•

    ReplyDelete