Assalamualaikum..
Hye you alls, yolanda, namaste.. okey aku dah tak betul. Ingat lagi entri 'misteri nusantara' sebelum ni? Alaa entri ni hah [klik].
Cita-cita aku kan nak jadi doktor tapi tak kesampaian (semalam cikgu harini doktor pulak....) jadi aku harap dapat la buat perkongsian mengenai penyakit yang baru aku belajar ni.
Ringkasan:
Traumatic Brain Injury (TBI) merupakan penyakit yang mengakibatkan kecederaan pada otak. Penyakit TBI boleh terjadi apabila seseorang itu pernah mengalami hentakan yang kuat pada kepala sehingga mengakibatkan kecederaan pada bahagian tengkorak (tempurung kepala) dan boleh memberi kesan/impak negatif pada pesakit. Perlu ditekankan, penyakit Traumatic Brain Injury juga boleh membawa maut tetapi bergantung pada tahap keseriusan/kritikal kecederaan pesakit.
Antara punca utama wujudnya penyakit TBI:
- Kemalangan jalanraya
- Jatuh
- Terkena tembakan senjata api
- Bersukan
- Lain-lain
Dicatat pada tahun 2005 di Amerika Syarikat.
Antara gejala/simptom awal penyakit Traumatic Brain Injury:
- Sakit kepala / Pening
- Mual
- Sukar tidur
- Mempunyai masalah terhadap cahaya / bunyi
- Mudah beremosi
- Mudah berasa letih
- Penglihatan kabur
- Masalah memori (Alzheimer)
Anisocoria - Saiz anak mata yang berbeza merupakan simptom Traumatic Brain Injury tahap serius (kronik).
Rawatan:
Buat masa ni masih belum ada rawatan untuk menghilangkan penyakit TBI. Tetapi pesakit Traumatic Brain Injury boleh mendapatkan rawatan Neuroprotection, salah satu terapi untuk pesakit yang menghidap masalah Sistem Saraf Otak / Central Nervous System (CNS). Sokongan dari keluarga dan orang-orang terdekat juga amat diperlukan kerana pesakit berkemungkinan besar tidak dapat mengawal anggotanya akibat kerosakan saraf pada bahagian yang tercedera (mungkin ada darah beku di tempat kecederaan).
Sekian, yang menulis dengan penuh skema:
Sumber gambar TBI: Wikipedia
#Ingat nak publish esok, tapi takut orang salah faham dengan entri WW sebelum ni.

