Latest!

Chapter 1: Mukadimah Penyakit OI

Assalamualaikum..

Haa macam tak boleh blah je kan ada chapter bagai ni. Pada yang baru je follow blog budak banyak bebel tak tentu hala ni, selamat berkenalan. Mungkin korang semua 'tak sempat' menggeledah entri aku yang dulu-dulu. Jadi mulai dari Chapter 1 ni aku akan cuba kongsikan dan panjang lebarkan lagi kisah aku yang menghidap Osteogenesis Imperfecta sejak kecil.

Okey, aku pun macam korang semua jugak. Lahir macam biasa, sihat, berat masa lahir pun normal, 2.8kg. Mak lahirkan aku kat rumah, masa bulan puasa. Kesian mak, tak pasal-pasal kena ganti puasa banyak-banyak. Senang cakap aku okey je, alhamdulillah takde sebarang penyakit.

Iklan jap, tiba-tiba TERbayangkan KFC :D

SEHINGGALAH sejak sebulan lebih lepas lahir, ada satu hari tu aku asyik melalak je, kalau suara sedap takpe jugak kan, hehe.. mak abah aku rasa pelik, dah diamkan budak ni tapi tetap bising jugak. Nak dijadikan cerita, orang tua aku TERnampak kesan biru kat tangan kanan (antara bahu ke siku) dan kaki kanan (antara lutut ke buku lali).

Masa tu jugak hantar ke hospital. Hospital yang ada berdekatan waktu tu cuma HKL je (aku tinggal kat Cheras). Bawak naik motor. Bila sampai kat sana, doktor tanya macam-macam. Doktor tu macam tak puas hati dengan mak abah, sebab dari gaya ada kesan biru tu macam baru lepas kena dera. Mak cakap masa tahun 1994 kecoh dengan kes dera kanak-kanak. Jadi doktor tu syak aku salah seorang mangsa dera. Mengamuklah abah aku. Abah kata kalau dia dera aku, buat apa nak hantar aku ke hospital?

Memandangkan kaki dan tangan aku patah, pihak hospital cuma boleh pasang simen dan gantungkan kemudian bagi aku makan paracetamol (PCM) sirap. Kalau tak silap dalam sebulan jugak kot dok kat wad. Aku dah lupa ni sebab mak dah banyak kali cerita dulu. Kalau aku tanya lagi kena sekeh pulak karang, hihi.. tapi mak kata waktu tu memang susah nak menyusukan aku..

Jumpa gambar ni kat Google, kesiannya baby ni.. :(

Doktor masih tak puas hati dengan mak abah aku. Dia pi soal jawab lagi, tanya itu ini. Nak lagi seronok, dia suruh bawak adik-beradik aku yang waktu tu ada 2 orang akak dan seorang abang. Doktor tu soal sorang-sorang. Yelah budak-budak kan cakap jujur, kira dia nak siasat dari abang dengan akak-akak aku la..

Lepas dah okey dan tulang pun dah cantum, Doktor nak bukak balik simen tu. Tiba-tiba "Pap!", bunyi tulang aku patah. Doktor banyak songeh tu sendiri yang TERpatahkan tulang aku. Aku? Melalak laa.. bhahahaha.. tu la, dah kena batang hidung sendiri baru pucat muka dia. Padan muka, wek wek! (entri kutuk doktor ni hahaha)

Doktor tu buat ujian darah kat keluarga aku. Lepas dia periksa ujian darah tu, baru doktor tu mengesahkan yang aku menghidap Osteogenesis Imperfecta. Dia kata lagi, tiada rawatan untuk penyakit ni. Hanya tawakal, tunggu bila aku dah dewasa nanti. Penyakit apa benda tu? Kalau rajin cari kat Google, kalau tak rajin entri lepas ni aku cerita, sebab entri ni macam dah panjang je kan, hehe..

Iklan: Gambar ini merupakan sepasang kaki seorang remaja lelaki yang pada ketika itu berusia 16 tahun. Kaki dia sama macam aku masa kecik dulu.. yeay kita geng!

Bersambung....


Mulut besar macam Pac Man, Kalau sudi silalah komen :D

Comments
9 Comments

9 comments:

  1. Ihazaliza....cantik sangat sangat nama ni..orangnye mesti lembut baik hati....smile always oke

    ReplyDelete
  2. go 4 future iha..nak tau?akak kagumla dgn Iha ni..syg Iha..kuatnya Iha...

    ReplyDelete
  3. kuatkan semangat dik yer... ermm hiba pulak bce entry nie

    ReplyDelete
  4. ya allah.... adik mmg tabah! akak pernah juga dgr ttg penyakit ni.. memang ngeri jugak sbb tulang mudah patah.. so, adik take care tau.. jgn buat keje berat2! btw, suke la akak ada geng! sama2 kita berjuang melawan penyakit yg tiada penawar ni... ^_^

    ReplyDelete
  5. hahaha padan muka doktor yg suspek dera tu...dia sendiri yg kena baru dia cuak...hehe

    ReplyDelete
  6. Selamat berkenalan, Iha! :)

    Kecik lagi Iha dah diuji dengan kesakitan. Memang kuat semangat Iha nie. Kalau Arol, belum tentu lagi dapat harungi semua nie. Jaga diri baik2 k. :)

    ReplyDelete
  7. oh.. kita syak bpenyakit iha berkaitan tulang sebab ada perkataan osteo*** macam tu..huhu.sadisnya la doktor..tapi doktor tu kira profesional juga tanya macam2 pada parents iha sebab masa tu kan kes dera banyak berlaku..dia ambil berat juga.. :) btw iha memang tak boleh ea lasak2? or kita pegang2 ke salam ke tak ada effect kan?

    ReplyDelete
  8. Mesti doktor tu fobia skrg..hehe..dari kecil lg la asyik patah tulang.. kagum dgn semangat dan ketabahan Iha.. jaga diri baik2 tau Iha... semoga suatu hari ada penawar utk penyakit ni.

    ReplyDelete
  9. yeah tak sabar tgu chapter 2 ! akak suke baca. serius.. tp akak lg suke kalau iha letak gambar iha ms kecik. omeiii hihi *sile jangan kembang, ms kecik je, kalau skrg ni kena 44x sblum ckp omei :PPPPP hihi ^^

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Iha Zaliza © 2010-2017