Latest!

Saya dan SPM Saya

Assalamualaikum..


Ya, entry ni ditulis sebab esok nak keluar result SPM.. jangan tanya aku dah sedia ke belum, jawapannya memang aku tak sedia lagi.. dalam hingus yang meleleh dan kepala berdenyut-denyut telah menandakan aku stres untuk mengenangkan hari esok.. oh rabu! Aku harap tak ada hari rabu dalam dunia ni buat sementara waktu.. err, tapi result tetap boleh keluar hari lain kan? Oh result! Aku harap kau dapat buat aku bangga dengan keputusan yang kau akan tunjuk nanti (sendiri buat sendiri tanggunglah derr)..

Cakap pasal SPM ni, tiba-tiba aku rasa nak kongsi pengalaman aku ambil periksa yang paling menggerunkan bagi masyarakat Malaysia pada tahun lepas.. nak kata pengalaman aku ni best sangat tak adalah tapi boleh kira 'unik' jugalah.. mana taknya, kawan-kawan aku ambil exam kat dewan, aku ambik exam kat wad.. bukan sebab kemalangan pada hari kejadian yang membuatkan aku dok kat wad selama 19 hari, tapi sebab aku dah tempah wad awal-awal.. marvelous kan aku?

Gambar hiasan semata-mata, pinjam gambar ye kak..

Sepanjang aku duduk kat wad tu, aku ditempatkan ke 1 ruang khas aka bilik pengasingan bagi mengelak aku mendapat sebarang gangguan bunyi bising.. tambah-tambah lagi wad yang aku duduk tu wad pediatrik, memang awesome lah kan.. nak tau kenapa aku 'sesat' kat wad kanak-kanak, nanti-nanti aku cerita.. sebagai salah seorang yang merasai ambil periksa kat hospital, aku ada 1 cerita yang aku nak kongsi dengan semua.. eh dari tadi aku cakap nak cerita tapi tak cerita jugak..

Kisah ni bukan berniat nak aibkan sesiapa, tapi cuma nak berkongsi pengalaman sahaja.. kisah masa hari pertama peperiksaan, aku ambil sarapan yang dah disediakan wad pada pukul 7 pagi.. berat jugalah sarapan yang aku ambil tu tapi aku makan sikit je.. tiba-tiba ada 2 orang wanita mencari-cari sesuatu tempat sambil berjalan menghala ke bilik aku.. pintu bilik aku memang dah terbuka jadi 2 orang wanita tu terus masuk ke bilik.. macam yang aku jangkakan, 2 orang wanita tu merupakan pengawas aku sepanjang SPM ni.. aku cuaklah sebab ingatkan periksa dah nak mula, entah kelam kabut aku habiskan sarapan yang ada dalam mulut aku.. oh so sweet bila pipi aku penuh dengan makanan (perasan).. pengawas tu cakap makanlah dulu sebab periksa mula pukul 8 pagi nanti.. waktu tu pulak baru pukul 7:15 pagi.. aku pun terus makan semula tanpa segan silu.. aku tau muka aku comel bila tengah makan (perasan lagi)..

Sementara menunggu peperiksaan pertama bermula, salah seorang pengawas membacakan arahan yang telah disediakan dalam 1 senarai peperiksaan milik pelajar.. cikgu tu pun bacalah lambat-lambat sebab nak cukupkan masa.. muka cikgu tu sebijik macam opah saudara aku.. kalau opah saudara aku melawat aku kat hospital mesti aku tak tau mana 1 pengawas aku.. bila cikgu tu dah habis baca arahan, masih ada beberapa minit lagi untuk merehatkan otak aku yang tak henti-henti mengembang ni.. 2 orang pengawas ni pun sembanglah dulu setakat borak-borak kosong je.. tiba-tiba aku terdengar ayat yang 'sedap' didengar..

"Kat hospital ni tak ada sediakan air untuk cikgu ke?"
Kata pengawas yang ada iras-iras opah saudara aku..

Aku terkejut, macam mana hospital nak bagi air kat cikgu-cikgu tu padahal aku pun kena bayar kalau nak dapatkan makanan dari hospital.. mungkin aku kena cadangkan kat cikgu-cikgu tu jadi pesakit macam aku jugak kot..

Kertas pertama bermula, masa tu tangan aku menggeletar sangat sebab takut apa yang aku angankan nanti tak menjadi kesampaian.. tapi aku tak boleh cakap macam tu, belum usaha takkan dah mengalah? Dalam tempoh aku mengambil periksa Bahasa Melayu Kertas 1 tu aku betul-betul fokus.. aku suka BM kertas 1 sebab aku suka buat cerita mengikut imaginasi aku sendiri, bukan pelajaran dari buku.. dan bermula saat inilah aku mula merasa marah dan tak puas hati terhadap cikgu-cikgu tu.. aku akan ringkaskan cerita ni supaya korang tak pening dengan entry pertama aku yang teramatlah panjang lebar ni..

•Bilik pengasingan ada aircond tapi tak bukak sebab tak tau mana 1 suis dia tapi masih rasa sejuk.. cikgu yang ada iras opah saudara cakap dia dah tak tahan sejuk, dia nak bukak pintu bilik.. aku cakap aku biasa je, tapi dia tetap nak bukak pintu bilik jugak.. dan, segala bunyi bising masuk dalam bilik aku.. diulangi, aku duduk kat wad pediatrik.. sangat meriah suasana masa aku periksa sampai aku susah nak fokus..

•Dalam tempoh periksa tu diorang tidur memanjang kat dalam bilik aku.. sedangkan tugas pengawas adalah untuk membantu aku kalau aku memerlukan sebarang khidmat bantuan..

•Aku tak ingat aku tengah ambil paper apa, tapi yang aku ingat tempoh menjawab tu selama 2 jam 30 minit.. aku siap dalam setengah jam lebih awallah dan aku semak puas-puas.. seorang pengawas datang kat aku dan tanya "Dah siap ke?" dan aku jawab "Dah, cuma tinggal nak semak je.." cikgu tu pun mengangguk dan tinggalkan aku.. mungkin dia nak berdiri kat luar bilik kejap.. bila aku dah siap semak, aku semak lagi sebab aku tau, ni je peluang terakhir aku semak kertas peperiksaan, lepas ni jangan haraplah ada periksa lagi.. tiba-tiba cikgu tu datang kat aku dan cakap nak tengok kertas aku.. aku pun bagilah.. dan dia kata "Saya ambil ya.. awak dah siapkan.." dan menambah "Lain kali kalau dah siap awal bagi terus kat cikgu."..

Pulak dah..

•Ada 1 hari tu, ada 6 orang pengawas yang menjaga aku.. gila kan? 6 for 1.. hahaha.. macam kelakar jugaklah sebab sempit bilik aku masa tu.. dan yang menambah sedikit kebengangan aku bila keenam-enam orang tu tak jaga aku langsung! 3 orang pergi makan dekat kantin dan yang baki tu sembang-sembang kat luar bilik aku.. aku berani cakap, diorang sangatlah cuai.. nasib baik aku ni bukan jenis nak tiru jawapan walaupun handphone ada je kat aku..

•Belum lagi kisah diorang ambil jam dinding, whiteboard dan alat tulis dari wad.. malunya aku! Sepanjang 12 tahun aku jadi ahli keluarga hospital, belum pernah lagi aku buat macam tu.. kalau tak ada barang aku takkan minta melainkan kalau barang tu memang khusus untuk pesakit.. tak pasal-pasal staf mengadu tak puas hati dengan pengawas-pengawas tu.. malam tu jugak mak aku pulangkan whiteboard kat staf nurse.. dan kebetulan aku bawak banyak kertas A4, kitorang gantikan whiteboard dengan tampal kertas kat tingkap.. malam tu jugak minta maaf wakilkan cikgu-cikgu tu..

Itu jelah aku boleh kongsi sebab dalam tempoh 19 hari tu aku hadap perkara yang lebih kurang sama.. tapi tu cerita yang tak best.. aku nak ceritakan pengalaman yang boleh dikira kelakar jugaklah..

• Kisah 1 malam bila mak suruh adik yang jaga aku.. masa tu katil belum penuh lagi.. kira dekat wad tu aku sorang jela yang duduk kat dalam bilik dan banyak katil kosong kat depan bilik aku.. bila malam memang terasa seram, hasil pengaruh baca buku seram dan tengok cerita seram.. tiba-tiba ada 3 orang lelaki lalu kat depan bilik aku.. aku dengan adik aku tergamam kejap sebab mamat-mamat tu mundar-mandir kat depan bilik.. aku pesan kat adik aku jangan asyik pandang muka diorang.. dahlah pintu bilik ni tak boleh kunci.. karang kena terkam pulak.. tapi lama jugaklah mundar-mandir tak henti-henti.. aku dari tadi buat-buat tak nampak dan baca buku (study la kononnya) sekali aku tak tahan, habis dia tawaf bilik aku tu.. rimas gila! Aku pun pandang muka diorang dan aku....

SENYUM! :)

aku terkejut, apa aku buat ni tiba-tiba je senyum kat orang tu.. sekali diorang balas balik senyuman yang paling manis dan pergi macam tu je.. he? Tak faham aku.. nasib baik aku tak diapa-apakan orang pakistan tu (main agak je).. 

•Kisah seorang budak syndrom down yang terlepas masuk dalam bilik aku dan ambil air kotak aku dengan selambanya.. waktu tu pintu sengaja bukak sebab tak ada paper.. yang aku kagum dengan beliau bila tengok dia macam dah hafal je kedudukan dalam bilik aku tu.. siap ambil dan terus minum pulak tu.. perghhh, aku tak marah tapi aku rasa kelakar.. sampai merah muka aku..

•Yang ni kisah nakal, aku pergi kedai dengan adik aku.. dalam keadaan sakit pun aku boleh pergi kedai curi-curi.. masalahnya seumur hidup aku tak pernah lagi aku berdikari kalau nak pergi mana-mana.. lepas tu mana staf yang nampak ceritalah kat mak aku.. served you right!

•Yang ni pun kelakar jugak.. dari tengah hari sampai ke petang ada budak-budak panjat kerusi nak tengok bilik aku dari tingkap.. rimas jugak aku sebab nak makan pun tak selesa.. nak tutup langsir karang mak bapak budak tu terasa pulak sebab ada parents yang tunggu kat situ jugak.. yang kelakarnya, budak-budak tu boleh masuk bilik aku dalam sekelip mata sebab adik aku bukak pintu nak letak dulang makanan kat meja luar.. aku pandang diorang, diorang pandang aku.. adalah dalam 5-6 orang..

"........."

Aku pandang sorang-sorang.. muka diorang nampak macam takut.. aku diam sekejap dan..

SENYUM! :)

budak-budak tu pun senyum balik.. aku tanyalah diorang dengan ramah:

"Hai.."

"Hai.. (sambil tersenyum)" oh conel dowh muka diorang! >_<

"Ni semua adik beradik ek?"

"Ha'ah.."

"Mana satu yang sulung?"

Seorang budak perempuan pula yang menjawab: "Saya kakak, yang ni adik yang paling kecik.."
Auww, comelnyaaa..

"Siapa yang masuk wad ya?"

"Adik bongsu.."

"Sakit apa?"

"Dia ada sakit kat dalam badan dia, ada ketumbuhan.." jawab seorang adik lelaki yang cute jugak..

Tiba-tiba ada salah seorang yang nak keluar dan seorang lagi pun ikut.. aku pun cakaplah 

"Bye.."

Baru diorang ingat dan diorang pun balas lambai.. amboi, dah masuk bilik orang lupa nak cakap pergi dulu ekk.. nasib baik korang comel..

Ada dua orang budak lelaki yang belum keluar lagi datang kat adik aku dan buat 'Give me 5'.. amboiii.. ni lagi hebat.. umur macam 3 tahun kebawah je.. adik aku yang macam terkejut sikit tersenyum dan balas macam biasa.. lepas tu kitorang gelak sama-sama..

Tu je kot yang aku boleh kongsi.. 'tu je' pun dah panjang sangat macam buat assignment je.. kira kisah ni merupakan kenangan SPM yang tersangatlah unik bagi aku.. harap aku dapat result yang marbeles lah esok.. memandangkan aku tak dapat pergi ambil result (sebab nak admit ward lagi) terpaksalah aku check kat 15888 je..

Kalaulah aku dapat macam ni....

Jawapan 3 bulan kemudian - Aku dapat 6 kredit 1 lulus. Harap maklum.


Mulut besar macam Pac Man, Kalau sudi silalah komen :D

Comments
1 Comments

1 comment:

  1. heheh biasa la tu cikgu2 tu takde org memantau laju je la dia nak wat keje bukan2...

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Iha Zaliza © 2010-2017