Latest!

Lifes: Makanan Kegemaran

Assalamualaikum and peace be upon you

Okeh, tiba-tiba teringat dekat semua makanan kegemaran aku. Mau gastrik kalau macam ni, cari satu gambar je dah berbunyi perut. Belum kira airliur aku TERjatuh beberapa titik masa tengok semuaaaaaaaa gambar kat bawah ni. kotor punya olang Kredit pada gambar-gambar yang aku curi tanpa mintak izin.. demi makanan sanggup melanggar etika blog ye cik Iha.. huhu.. nanti kalau ada lagi makanan kegemaran yang aku ingat aku tepek gambar lagi.. wiee~

Crab stick

Curly fries

Keropok lekor

Sotong sumbat pulut

Wantan goreng


Mulut besar macam Pac Man, Kalau sudi silalah komen :D

Lifes: Bila Keropok Jadi Nasi

Assalamualaikum and Peace be upon you..

Hati TERtouching hancing ketika TERjumpa gambar's yang menghiris right atriumku.. wah bahasa, kalah pemain skuasy no.1 dunia.. :D

Okeh sebelum aku meraban tak menentu, nak tunjuk 2 keping gambar yang membuatkan aku bermonolog sendirian sambil TERsengih macam cipan busuk.



Waaa mak, orang nak kahwin!

*Kena ketuk kepala dengan periuk nasi*

Kata nak jadi motivator, tapi pantang tang tara tang tang tang nampak gambar romantik sikit aku dah gedik semacam.

Entahlah, to be honest aku rasa kadang-kadang dah penat tipu diri sendiri. Jadi single tak pedih, yang pedih bila dulu tak single tiba-tiba TERpaksa jadi single. Waktu macam ni kita akan fikir ada ke orang nak kat kita. Lagi-lagi macam aku, memandangkan lifes aku macam wanita kat dalam gambar tu membuatkan aku rasa rendahnya diri ni. Lagi rendah dari pembaris 15cm.

Tapi bila aku merungut macam ni cepat-cepat aku beristighfar balik. Rasa macam jahat pulak pertikaikan Qada' dan Qadar yang dah tersurat untuk aku. Sepatutnya aku kena bersyukur sebab ahli keluarga aku masih lengkap. Ada abah yang garang tapi sporting pada waktu-waktu tertentu, ada mak yang pandai masak dan mengikuti kartun + muzik + teknologi macam anak dia, ada akak yang balik kerja je terus nak peluk aku tapi kadang-kadang aku buat dia merajuk tanpa disengajakan, ada akak (lagi satu) yang sudi bagi nasihat bila adik dia tersasar jalan masuk ke hutan :D ada abang yang sudi buat otak aku rasa tercabar setiap kali berbual dan ada adik untuk bergaduh setiap masa sampai muka masing-masing lebam. Huahaha..

Takpelah, mungkin sekarang masa aku hanya untuk keluarga je (tapi sentiasa ada depan netbook). Aku tak pernah menyesal dengan takdir sebab bagi aku hidup single lebih santai berbanding couple. Bila bersendirian aku jadi cepat matang dan susah nak menggedik dengan sesiapa. Tak macam dulu, asal orang tak layan kita kejap dah sentap dan merajuk, Say bubai to old memories.... :)

Apa yang pasti, aku tetap TERharu tengok gambar kat atas, nampak suami isteri yang sungguh bahagia.. semoga ada prince charming untuk aku satu hari nanti, Amin..

P/s: Saja letak nama tajuk yang takde kena-mengena dengan entri.. xD


Mulut besar macam Pac Man, Kalau sudi silalah komen :D

Terbaekkk: 4 Video yang Membuatkan Anda Berasa Kagum

Assalamualaikum dan Salam sejahtera..

Entri ni dibuat dalam keadaan aku tersenyum macam nak terkoyak mulut. Sebab? Seronok tengok video-video kat YouTube tadi. Antara video yang aku tengok semestinya mampu membuatkan aku berasa kagum sekaligus malu dengan bakat yang diorang ada. Jom tengok video-video kat bawah ni.

1. Japanese Kids Band on Korean TV Show

Part 1

Part 2

Siapa yang tengok video ni mesti akan tersengih dan paling kurang pun tersenyum. CONFIRM!

Tengok intro je pun aku dah tertarik. Dah la sampai je kat stage terus campak baju, lepas tu siap cuba bertutur dalam bahasa Korea. Lepas tu lagi si Ryunosuke selamba je tanya pengacara tu:

"Who are you?!!!"

"Kang Ho Dong!!!"

"I'm Ryunosuke!!!"

Serius aku gelak je masa tengok video ni. Nampak budak-budak ni sangat berbakat. Ada yang cakap pengacara tu rupa PSY. Lagi la hilang konsentrasi aku nak tengok secara serius.

Menurut Ryunosuke, kumpulan ini ditubuhkan selepas mereka sering mengadakan persembahan (jamming) bersama. Kalau ikut kiraan math aku yang failed ni, umur yang paling tua si Keito Hori sekarang dalam
lingkungan 16-17 tahun manakala Ryunosuke dan Ren Tanaka masing-masing dalam lingkungan 13-14 tahun. Apapun Ryunosuke Band memang terbaik.


2. Girls plays three instruments at once! AMAZING!!


Ehem! Yang lelaki tu jangan pandang pada keseksian minah ni pulak ye. Aku nak korang tengok bakat dia sendiri. Awesome kan? Tengok lebih sepuluh kali pun tak puas. (err, tak puas tengok bakat dia bukan keseksian).

Selepas buat siasatan tanpa arahan sesiapa, gadis ni bernama Shara Lin (klik pada nama untuk melihat official page beliau). Shara juga merupakan seorang penyanyi dan komposer. Senang cakap artis Taiwan yang tengah hot la sekarang ni.

Shara's Official YouTube

3. Girl Play Piano with no Finger on One Hand


Gadis yang diberi nama GuiGui Zheng ini tidak memiliki jari di tangan kanannya. Namun, minatnya yang mendalam terhadap piano mampu mengatasi segalanya. Aku yang cukup 10 jari ni pun tak pandai main laju macam tu. Satu-satu key bolehlah aku main. Beliau tidak pernah melihat piano sehingga berusia 3 tahun. Ini kerana pada ketika itu GuiGui tinggal di bandar kecil. Apa yang pasti, persembahannya telah berjaya membuatkan penonton mengalirkan airmata. :')

P/s: Tapi aku tak nampak pulak orang menangis dalam video ni. Sebak je yang aku perasan...

4. Upside Down and Backwards Piano


Video yang berdurasi 32 saat ini nyaris-nyaris nak buat aku termuntah okeh. Walaupun aku kuciwa sikit sebab ingatkan dia main guna tangan dan kaki tapi TETAP kagum tengok dia main piano di belakang badan.. wa salute sama lu bro!

Moral of the story: Keyakinan diri kena ada untuk tonjolkan bakat yang sedia ada (macam pantun pulak).


Mulut besar macam Pac Man, Kalau sudi silalah komen :D

Lifes: Buat Banner Sendiri

Assalamualaikum and Peace be upon you

Gila tak seronok bila dah reti buat banner sendiri. Alhamdulillah, mungkin ayat aku ni boleh buat korang cakap aku skema tapi serius, aku rasa Allah pinjamkan kepintaran kat aku tiba-tiba. Mana taknya, sebelum ni berjam-jam aku cuba tapi langsung tak boleh. Bila cari Turtle Ria (Also knowing as Tutorial) kat internet pun tak jumpa jugak melainkan kena order kat blogger yang dah otai.

Tiba-tiba tadi masa bukak Photoshop CS6 terus aku klik sinin sinun macam dah pro. Dah hasilnya aku sendiri ternganga. Apa yang aku buat aku tak jangka dan result yang aku nampak pun aku tak jangka. (ayat macam dalam iklan la pulaks)

Kalau masih ada yang belum tau cara nak buat banner jangan segan-segan bagitau. Nanti aku tolong buatkan. Aku bukan blogger yang popular, jadi dengan rela hatinya aku akan tolong secara PERCUMA. Err, sementara je la tau.. nanti kalau aku dah sengkek baru WAJIB aku jadi ah long. :D


Exchange Banner


Mulut besar macam Pac Man, Kalau sudi silalah komen :D

Lifes: Zaman Sekolah Part 6: Duit Kena Curi


Kisah kali ni aku nak buat cukup-cukup ringkas. Actually aku nyaris-nyaris TERlupa nak buat entri pasal sekolah. Asyik sibuk buat research pasal medical + tutorial membuatkan aku alpa seketika. Ecehh bahasa tak boleh blah..

Kredit pada gambar ini

Selalunya dulu (2001) aku akan bawak duit belanja RM1 versi syiling je. Senang nak simpan. dan senang jugak nak hilang

Masa darjah 1 dulu, aku ni jenis pelajar yang kurang baik (nakal!). Nak dijadikan cerita, kawan aku ni yang berjantina lelaki saja nak sakat aku. Katanya nak ambil duit seringgit aku. Aku dengan muka innocent + sedikit b*doh pun cakap kat dia "Ambillah" sambil mengeluarkan duit seringgit dan menghulurkan pada lelaki tersebut.




Aku pun serius jugak nak bagi dia. Dalam beberapa minit lepas aku bagi dia, mamat S (macam dalam cerita cinta pulak ada nama S la, A, M, P, A, H, dan lain-lain huruf.. eh aku taip SAMPAH la pulak) pun tersenyum sambil ulang lagi soalan dia.

"Aku ambik tau?"

"Yee ambik je la.."

Malam hari itu....

"APA? Ada orang curi duit kamu???"

"Err, ha'ah mak.."

Ish3.. jahat betul aku ni dulu, dah la aku yang bagi secara sukarela, lepas tu aku cakap yang orang tu curi duit aku. *Insaf :(

Keesokan harinya, cikgu kelas mintak maaf kat aku atas sebab gagal jaga aku sepanjang duduk kat kelas dan mengakibatkan kes kecurian. Cikgu tu pun marah mamat S sambil suruh pulangkan balik duit sehengget aku. Laki tu dengan takut-takutnya terus pulangkan balik kat aku (dalam bentuk duit kertas kalau tak silap).

Tapi yang peliknya, S tu langsung tak marah aku. Tak tau la sama ada dia rasa bersalah ataupun sebab dia baru berusia 7 tahun jadi tak pandai memberontak (kalau 17 tahun konfem gigi aku patah dah).

Tapi jasa baik beliau tetap aku takkan lupa.. nak tau tak apa jasa dia?

Dialah manusia pertama yang ajar aku lukis bintang masa kecik dulu. LOL itu je rupanya.. xD

P/s: Rindu tahun 2001, tahun aku diiktiraf sebagai pelajar paling pandai.. tahun seterusnya dah tak pandai, hukhuk..


Mulut besar macam Pac Man, Kalau sudi silalah komen :D

Kesihatan: Pectus Excavatum

Assalamualaikum dan Salam sejahtera..

Kali ni kita bebel mengenai penyakit tersebut. Macam biasa Mobile Dictionary dijadikan sebagai sumber rujukan utama dalam entri Kesihatan (tak sangka aku boleh jadi serius macam ni)

Funnel Chest: Depression of the breastbone and inward curving of the costal cartilages articulating with it, resulting in deformity of the chest. It may displace the heart to the left and can cause slight breathlessness.

Medical name:Pectus Excavatum                                                           -Dr. Iha Zaliza
Doktor la sangat kannn.. doktor sakit jiwa lettew..

Pectus Excavatum (PE) juga dijelaskan sepertimana tulang dada sedikit cengkung/tenggelam kedalam badan.
Nisbah kelahiran pada tahun 2010 ialah 1 : 400. Penyakit ini sering dihidapi oleh orang lelaki berbanding perempuan. PE yang kronik akan menyebabkan fungsi hati dan paru-paru terganggu. Mereka yang menghidapi penyakit tersebut kadang-kala akan merasa rendah diri dalam menjaga penampilan.

Antara simptom dan tanda-tanda Pectus Excavatum adalah seperti jantung berdebar, masalah pernafasan, batuk, dan lelah/asma.

Di Malaysia, pesakit PE akan menjalani pembedahan jika berada di tahap yang kritikal sahaja.

Iklan: Kalau korang peminat artis Jepun mesti korang tau sedikit sebanyak tentang penyakit ni.

Oguri Shun dalam cerita Hana Kimi

Dari cerita ni la aku tau yang dia ni pun PE jugak.

Gambar ni je yang aku jumpa.
Err, terima kasih kepada orang yang mencirclekan bahagian itu.

Untuk korang yang terlebih minat nak tau lebih lanjut pasal Pectus Excavatum ni boleh klik SINI.

Nah hadiah untuk korang yang dah penat belajar.


Jangan marah. :P


Mulut besar macam Pac Man, Kalau sudi silalah komen :D

Kesihatan: Astasia Abasia

Assalamualaikum dan Salam sejahtera..

Apa itu Astasia Abasia? Aku TERjumpa nama ni buat pertama kalinya pada 2/10/2012 bersamaan 16 Zulkaedah 1433H tepat pukul 2:50 petang tadi. Perghh penuh tak information yang aku bagi? Aku jumpa nama ni kat Medical Dictionary di handphone.

Ni antara penjelasan Mr.Dictionary:

Antasia Abasia is an inability to stand or walk in the absence of any recognizable physical illness. The patient's attempts are bizarre and careful examination reveals contradictory features. It is most commonly an expressions of Conversion disorder.

Dalam bahasa mudah faham, Astasia Abasia merupakan ketidakmampuan untuk berdiri atau berjalan secara normal. Senang je kan?


Harap dengan entri yang ringkas, padat, dan muktahir ini mampu memberi info sedikit sebanyak pada korang semua. Aku bukan medic student, tapi aku harap sangat dapat jadi bijak macam diorang. Amin..


Mulut besar macam Pac Man, Kalau sudi silalah komen :D

Kesihatan: Ventricular Septal Defect

Assalamualaikum dan Salam sejahtera..

Sejak beberapa hari lepas, aku tiba-tiba terfikir untuk buat artikel kesihatan kat sini. Dulu cita-cita memang nak jadi doktor, tapi TERpaksa bakar hidup-hidup cita-cita tersebut dek kerana result tak bagus. Wawawa..

Untuk mengelak aku meratap tak dapat jadi doktor, aku nak buat artikel kesihatan kat sini mulai entri ini. Pada yang takut tengok darah tu tutup mata ketat-ketat.


NamaVentricular Septal Defect
Lebih dikenali sebagaiJantung berlubang
Dikenalpasti semasaSelepas lahir
Simptom/TandaPucat bibir dan lidah
Sesak nafas
Bengkak hati
Kurang selera makan
Urat darah timbul di bahagian tengkuk
Jenis utamaVentricular Septal Defect (VSD)
Atrial Septal Defect (ASD)
Patent Ductus
Fallots Tetralogy
InfoPenyakit VSD adalah yang paling kerap berlaku dimana terdapat lubang diantara lubang dinding jantung kiri dan kanan
Kadangkala lubang akan tertutup dengan sendirinya apabila usia semakin meningkat.
Pesakit perlu merujuk pakar jantung jika menunjukkan masalah kekurangan oksigen.
Jika keadaan jantung berlubang masih kekal selepas berusia 8 tahun, pesakit perlu dirujuk ke IJN untuk menjalani pembedahan.

P/s: Wow rajinnya aku buat table.. kena rasuk ke apa..



Ingat, aku bukan doktor. Jadi aku cuma kongsikan sikit je apa yang aku tau. Kalau berminat nak tau lebih lanjut boleh tanya Pakar Kardiologi. DAN pada yang alegik tengok darah dan komponen dalam tubuh badan kita tu silalah tutup blog ni cepat-cepat. Aku tak bertanggungjawab kalau korang pengsan depan laptop. Kalau yang ada serba sedikit pengetahuan mengenai VSD dan yang sewaktu dengannya boleh kongsikan jugak okeh.


Mulut besar macam Pac Man, Kalau sudi silalah komen :D

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Iha Zaliza © 2010-2017