Latest!

Segmen: Follow Sampai Puas Hati!!! (New!)

Assalamualaikum. Hye babe!

Sangat maaf sebab tindakbalas lambat (aiyooo.. apa punya bahasa la ni)

Aku nak mintak maaf sebab lambat bagi respon mengenai segmen sulung yang aku adakan sebelum ni (22nd Jan 2013).

Walaupun sambutan tak menggalakkan tapi pada 7 orang yang dah join ni pun aku dah rasa bersyukur sangat sebab aku tak promote tahap dewa pun macam sebelum ni. Mungkin lepas majlis betul-betul selesai nanti baru aku boleh fokus dekat belog pulak.

Anyway jutaan terima kaseyyyyyyyy buat yang sudi sertai segmen ni. Mana yang masih belum join lagi sangatlah dialu-alukan untuk memeriahkan sekali segmen Follow Sampai Puas Hati!!! together-gether. Masih ada banyak masa, segmen ini berlangsung SEHINGGA 26 Februari 2013 (pilih tarikh besday nampak) ..


KLIK PADA BANNER UNTUK MENGETAHUI LEBIH LANJUT

7 manusia osem yang dah join segmen Follow Sampai Puas Hati!!! :

1. http://mohdfauzrin.blogspot.com/2013/01/segmen-follow-sampai-puas-hati.html
2. http://kauilhamkusakinah.blogspot.com/2013/01/segmen-follow-sampai-puas-hati.html
3. http://bee-shawal.blogspot.com/2013/01/segmen-follow-sampai-puas-hati.html
4. http://umikasum.blogspot.com/2013/01/segmen-follow-sampai-puas-hati.html
5. http://aqoustica.blogspot.com/2013/01/segmen-follow-sampai-puas-hati.html
6. http://schaazman.blogspot.com/2013/01/segmen-follow-sampai-puas-hati.html
7. http://loveranasyaurah.blogspot.com/2013/01/segmen-follow-sampai-puas-hati.html

6 orang osem berikutnya:

1. http://www.cikfie.com/2013/01/segmen-follow-sampai-puas-hati.html
2. http://kekapasberceloteh.blogspot.com/2013/02/segmen-follow-sampai-puas-hati.html
3. http://nevagettoolate.blogspot.com/2013/02/segmen-follow-sampai-puas-hati.html
4. http://www.paly.my/2013/02/segmen-follow-sampai-puas-hati.html
5. http://tirasigigiarnab.blogspot.com/2013/02/segmen-follow-sampai-puas-hati.html
6. http://neynaproperty.blogspot.com/2013/02/follow-sampai-puas-hati.html
7. http://syazrim.blogspot.com/2013/02/segmen-follow-sampai-puas-hati.html
8. http://hidupbiarbest.blogspot.com/2013/02/segmen-follow-sampai-puas-hati.html
9. http://nshsmirotic-bouncet.blogspot.com/2013/02/segmen-follow-sampai-puas-hati_5.html
10. http://violetungupurple89.blogspot.com/2013/02/segmenfollow-sampai-puas-hati.html

I lebiu!


Mulut besar macam Pac Man, Kalau sudi silalah komen :D

Segmen: Follow Sampai Puas Hati!!!

Assalamualaikum dan yo guys!


Ni segmen sulung dari aku. Berkat TERkena virus segmen dari blogger lain. Huahaha.. syarat-syaratnya aku dah letak kat banner ni tapi kalau TERlepas pandang sebab laju sangat, baca kat bawah ni pulak.

Cara-cara dan Syarat yang TERsangatlah mudah:

*Warganegara Malaysia (LOL, tipu je)

*Suka makan nasi (tipu lagi)

*Copy link banner diatas

*Letak link Facebook, Twitter dan YouTube (kalau ada) korang sekali

*And the last T&C, tinggalkan segmen korang disini

*Segmen berlangsung sehingga 26 FEBRUARI 2013

Senang je kan? Makan nasi lagi susah dari buat kerja ni. (Trololol)

Antara link yang aku ada:

Facebook
Twitter
YouTube
Page

Apapun, majulah blog demi negara!


Mulut besar macam Pac Man, Kalau sudi silalah komen :D

Segmen: Jadikan Follower Overload

Assalamualaikum and peace be upon you..


Ini je la kerja aku lately ni. Tak nak biarkan traffic turun even jarang update blog sekarang. Korang pun jangan TERlepas peluang ni tau.. kalau TERlepas kejar je balik peluang ni okeh..

P/s: Mahap, typo pulak tadi. Sila buat-buat tak nampak dengan kesilapan link diatas, maceh -_-


Mulut besar macam Pac Man, Kalau sudi silalah komen :D

Segmen: Tambah Followers 2013 By Hotmasakini

Assalamualaikum and Peace be upon you (n_n)

Rasa terpanggil nak join segmen ni sekali.


Klik pada banner.

Jom tambah followers!


Mulut besar macam Pac Man, Kalau sudi silalah komen :D

Lifes: 1 Litre of Tears / 1 Rittoru no Namida

Assalamualaikum and Peace be upon you


Aku baru tengok cerita ni kelmarin (14 Jan). Ceh, busy dengan persiapan kononnn.. sebenarnya lately ni aku selalu bukak video belajar bahasa Jepun dekat YouTube. Sambil belajar tu aku check kat suggestion videos. Aku terjumpa tajuk satu video ni lebih kurang macam 'Sad Japanese Song' kot. Aku pun klik.

Bila dah klik dan dengar lagu sedih tu, aku pelik. Tak sedih ponnnn.. mungkin lirik lagu tu kot yang sedih tapi aku je yang tak paham ke. Lepas tu aku tengok video tu. Err, tapi cerita ni macam sedih je.

Aku nampak ada seorang perempuan tengah buat fisioterapi and menulis sesuatu kat buku. Diari? Ehh, lama-lama aku macam kenal je cerita ni. Otak aku teringat sesuatu.

Dulu masa tahun 2008, ada seorang doktor wanita dari seberang suggest kat aku tengok satu cerita. Doktor  tu baru je lagi jadi doktor orto dekat hospital tu, Jadi macam senang sikit nak ajak bersembang.

Kalau tak silap dia tanya aku, apa yang aku suka buat. Aku cakap suka menulis (diari lettew) then dia kata menulis tu satu hobi yang bagus. Tiba-tiba keluarlah satu soalan yang lain.

"Kamu pernah nonton satu filem dari Jepun enggak mengenai seorang anak perempuan yang sakit bahagian otak?" (Kepada doktor berkenaan, saya minta maaf.. saya reka je ayat doktor ni tapi lebih kurang macam inilah soalan doktor pada saya dulu, hehe)

Aku geleng kepala tanda tak pernah tengok. Lepas tu barulah doktor tu cerita serba sedikit sinopsis filem tersebut. Kisah seorang gadis yang mana keadaannya makin hari makin teruk kerana menghidap kerosakan saraf pada otak. Doktor dia mencadangkan supaya sentiasa menulis diari kerana menulis merupakan salah satu terapi mental. Doktor aku tu cakap lagi, ia kisah benar dari Jepun dan bila perempuan tu meninggal dunia, barulah keluarganya menghantar diari-diari mendiang ke novelis dan novel tersebut terus popular dan menjadi bestseller. Kemudian baru adaptasi ke filem.

Selama ni aku tak tahu nama tajuk cerita tu sebab doktor tu pun dah lupa. Bila dah jumpa ni, aku pun eksaited la nak tengok dan terus download pakai telepaun. Dah siap donlod tu, aku tengok lagi sekali komen-komen yang ada dekat video tu. Semuaaaaaa komen cakap cerita ni sedih. Ada yang kata dah tengok banyak kali pun tetap menangis. Aku senyum sinis, heh.. takkan menangis banyak kali kot. Betul ke cerita ni sedih? Mula la rasa tercabar ni.

Setengah jam kemudian..

Bila tengok dalam lebih setengah jam, aku banjirrrrrrrr..

Jahat betul la cite ni! Awat sedih sangat?? Huhu.. salah satu sebab kenapa aku menangis bagai nak rak, aku dapat rasa apa yang Aya (heroin aka pesakit) tu rasa. Salah satu bahagian yang aku menangis sambil tutup pintu bilik ketat-ketat ialah bila dia dibuang sekolah dan cikgu Aya suruh tukar ke tempat pendidikan khas. Sedih wa cakap lu sebab wa pernah ada kat situasi yang sama maa. Masa aku kena macam tu, aku tak sedih pun. Tapi bila tengok cerita ni, baru aku rasa boleh tahan sadis jugak aku dulu.

Aku harap sangat-sangat, serius berharap sangat ni. Korang tengoklah cerita ni. Aku nak korang nangis dan banjir dan meroyan sama-sama dengan aku. 1 Litre of Tears ni dah berjaya bukak mata aku untuk jadi insan yang berguna dan bersyukur dengan nikmat yang dulu Allah tak bagi dulu tapi sekarang aku dah ada. Alhamdulillah.. sepanjang aku hidup (baru 19 tahun hidup tapi cakap macam dah 19 ribu tahun je hidup) ni cerita pertama yang berjaya buat aku menangis sampai bengkak mata. Selama ni tak pernah pun airmata aku keluar kalau tengok mana-mana filem mahupun drama sebab aku tahu tu cuma fiksyen je. Tapi disebabkan ni kisah benar plus aku pernah rasai serba sedikit buatkan aku tak henti-henti nak nangis.

Pesanan aku, jangan lupa sediakan sekotak tisu masa menonton nanti. Lagi banyak tisu lagi memadai. Srettttt (sambil hembus hingus kat henkercif)..


Cerita ni jahat sebab berjaya buat aku rasa sedih sampai hari ni. Sob.. sob..


Mulut besar macam Pac Man, Kalau sudi silalah komen :D

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Iha Zaliza © 2010-2017