Latest!

Lifes: Masa Depan Kami Bergantung Pada Undian Anda

Assalamualaikum..

Entri kali ni mungkin akan membuatkan aku menjadi manusia serius kejap *kerut kening sampai dahi berkedut 3 lapis*. Ia melibatkan negara kita.

Umum semua sudah mengetahui bahawasanya 5 Mei 2013 ini merupakan hari hujung minggu yang agak 'hebat'. Semua manusia berusia 21 tahun keatas kena memangkah mana yang menjadi pilihan hati. Aku taknak tanya korang undi warna apa. Undi adalah rahsia, dan itu hak korang untuk memilih.

Kalau taknak undi boleh tak?

No way! Untuk yang beragama Islam, korang kena ingat yang kita ni WAJIB pilih pemimpin. Dah 2-3 blog aku pernah komen perkara yang sama. Kali ni aku nak jelaskan lagi sekali. Tajuk mengenai adab pemimpin kepada rakyat pernah masuk bahagian adab pada buku Pendidikan Islam Tingkatan 5 (kalau tak silap, kalau silap sila betulkan).

Yang aku ingat dalam tajuk tersebut, rakyat harus menghormati kepada pemimpin yang sedang memimpin sesebuah negara. Walaupun kita tak suka pemimpin tersebut, kita tetap kena hormat. Kerana dalam Islam mereka adalah ketua kita. Sebab tu kalau kita rasa pemimpin tu tak boleh diharap, gunakan hak untuk menukar ketua tersebut.

Jangan kata macam kat bawah ni:

Manusia A: Arghhh, dulu dia janji nak bagi kita rumah percuma. Dah sepuluh belas bulan dia mentadbir, mana rumah tu?
Makhluk B: Ate, kamu ada keluar mengundi tak haritu?
Manusia A: Err, takde la pulak yop..
Makhluk B: Hah, padan muka lerr.. malas teman nak layan kamu. Makan durian lagi best.

Pergilah mengundi, itu tanggungjawab kita. Dan sila jangan silap pilih pemimpin, berdosa kerana kita tidak berjaya memilih insan yang betul untuk kesejahteraan negara pada masa akan datang. Mengundi dengan bijak tau. :)

Aku sorang je tak mengundi, takde 'effect' la Malaysia ni..

Silap, hang memang silap na.. dengan satu undian je, kemungkinan besar kita mampu menyelamatkan parti yang dipilih. Amboih, waktu AF dulu boleh pulak 'Afundi, Afundi.. AFundi sepuluh juta ratus kali', ni orang suruh pangkah je pun susah?

Err sebenarnya kan, I dengan sidia tak sehaluan dalam politik. Perlu ke I ikut jejak langkah dia?

Tak perlu. Untuk elakkan pergaduhan, kalau sidia tu agak obses dalam politik, biarkan dia berhujah sampai puas hati. Kalau dia tanya, jawab je yang korang sokong kata-kata dia. Waktu mengundi nanti undilah macam biasa, kelentong sekali-sekala tak salah kan? Tu sebabnya undi adalah rahsia.

Rakyat Malaysia terutama sekali yang dah berusia tu ramai yang ada penyakit darah tinggi. Bukan sebab masalah pemakanan je, tapi dek kerana terlalu kuat berdebat dalam hal-hal politik. Ni mengikut pengalaman aku la, diorang punya muka, telinga, badan semua merah dah ni tapi tak berhenti lagi berdebat. Takut aku. Jangan kerana politik kita hilang perasaan hormat sesama manusia. Sila kawal adrenalin anda semua ye..

Berbeza fahaman pun kalau ada jodoh tak kemana jugak kan? :)

Pesanan aku sebagai manusia yang masih mentah dan tidak layak untuk mengundi, undilah dengan bijak. Jangan mengundi ikut pendapat dan pandangan orang sekeliling. Undi ikut apa yang mata korang nampak dan sejauh mana kemajuan negara kita selama kita hidup. Bandingkan dengan negara lain, adakah negara kita betul-betul aman? Adakah negara kita betul-betul moden? Kalau moden kenapa masih banyak barangan yang diimport? Kenapa telefon cabuk aku kebanyakan dari China? Adakah mereka yang sedang memimpin ni mesra rakyat? Adakah kebajikan korang terjamin selama ini?

Jangan hampakan kami, kami budak bawah umur memerlukan bantuan anda semua.. :)

Aku nak tegaskan dalam entri kali ni yang sebenarnya aku tidak menyokong mana-mana pihak secara serius.  Aku dah berjanji sejak beberapa tahun lepas untuk tidak menyentuh sensitiviti mengenai politik dalam blog. Aku tak kuat untuk terima sebarang caci maki tentang politik. Jadi aku putuskan untuk berdiam diri. Bila sampai waktu aku layak mengundi, aku akan jadi seorang yang serius. Insya Allah jika dipanjangkan umur..


Seronoknya kalau macam ni, biar berbeza pendapat janji takde pecah belah sesama saudara Islam.

#Maaf kalau entri ini membuatkan sesetengah pihak terasa hati. Mohon maaf zahir dan batin.


Mulut besar macam Pac Man, Kalau sudi silalah komen :D

Lifes: Petunjuk

Assalamualaikum..


Baru je 2-3 hari lepas aku buat entri Hargai Nikmat Perasaan PemberianNya, rupanya entri tersebut memang hint buat aku. Semalam aku ada banyak masa untuk berblogging. Tapi aku putuskan untuk tenangkan diri dulu. Taknak menaip dalam keadaan terbawa-bawa emosi perasaan. Tidur sekejap waktu petang, makan banyak-banyak, tengok tv dengan kakak sulung, dan berlatih buat doodle lagi.

Semalam terpaksa tinggal kat rumah sebab kesihatan aku tak berapa baik. Tak dapat ikut pergi Segamat. Rasa ralat jugak tapi nak taknak aku kena redha. Malam tadi aku tak boleh tidur, nak cuba tidur dalam pukul 1 pagi, try golek-golek tapi masih tak boleh. Mungkin sebab terlalu banyak berfikir, akhirnya berjaya jugak tidur hampir pukul 5 pagi.

Petang tadi sambung tidur balik, sebab tak cukup tidur pagi tadi. Kena selsema pulak, memang menguji kesabaran bila selsema masa tulang patah ni. Perut pun kosong je sekarang, sarapan pagi tadi dah ada 'hasil' dah.. bukan taknak makan, tapi perut taknak diisi pulak (gedik punya perut). Jadi aku 'puasakan' perut ni sekejap.


Apapun, terima kasih buat semua yang mengucapkan takziah di Facebook aku semalam. Tanpa korang, aku mungkin akan rasa lemah. Terima kasih..

Dan aku tak pernah lupakan 3 patah perkataan ni:

Mati itu pasti

P/s: Maaf kalau entri ni tak mampu membuatkan korang gelak terbahak-bahak macam sebelum ni. Entri lepas ni siaplah, aku buat korang gelak sampai nak buang air serta-merta.


Mulut besar macam Pac Man, Kalau sudi silalah komen :D

Lifes: Hargai Nikmat Perasaan PemberianNya

Assalamualaikum..

Ikutkan aku nak masukkan entri ni dalam Fadhali Friday, tapi rasanya 'isi' entri ni macam tak cukup ilmu pengetahuan pulak. Mungkin FF akan disambungkan ke Jumaat depan.

Sebenarnya, semalam (Khamis) hari yang agak lama buat aku tersenyum. First, sebab kak +Mar Haini Abdul Rahim dan kak +Seneorita Baharin aktif berblogging balik. Rasa seronok + gumbira + syok + happy tak terkata sangat-sangat. Kalau depa takde, rasa macam blog aku dipenuhi cengkerik tau tak.. wuwu~

Secondly, bila perbuatan aku ada tindakbalas. Siapa sangka, artis kesayangan aku nun jauh di Jepun sana balas mesej aku. Hooray! Ni kali kedua dia balas mesej aku lepas kali pertama aku wish masa harijadi dia haritu. Saja je aku tanya khabar, tapi tak sangka pulak dia balas. Dia dah balas, aku pun senyap je la. Nanti rimas pulak dia. Siapa la artis tu ek? Tettt~

Tengah dok tersengih tadi, tiba-tiba aku termenung jap. 'Perasaan' ni boleh wujud bila-bila masa je kan. Kalau aku seronok, tak semestinya sejam kemudian aku masih dalam keadaan seronok. Bak kata abah "jangan megah sangat"..


Untuk hilangkan perasaan suka yang teramat sangat, aku cuba dengar lagu-lagu sedih. Kasi seimbang kejap emosi ni. Banyak jugak lagu yang aku dengar tadi, antaranya:

1. Celine Dion - All By Myself
2. Forteen - Seperti Dulu
3. Garnet Crow - Yume Hanabi
4. Angela Aki - Honesty
5. Kiroro - Aitai
6. Rie Fu - Life is Like a Boat
7. Versailles - Love Will be Born Again
8. Siti Nurhaliza - Melawan Kesepian
9. FT Island - Missing You
10. Galneryus - No More Tears
11. Zamani - Damai di Hati
12. Acha Septriasa - Sebelum Menutup Mata

Orang malam Jumaat baca Yassin, aku ni boleh layan lagu macam ni pulak. Buruk betul perangai aku. Yang lawaknya, semua lirik dalam lagu-lagu tu macam sepesen je. Taktau la apakejadahnya aku layan sampai macam tu sekali. Samalah jugak kalau tengah sedih, aku akan cuba kawal emosi dan cari sesuatu perkara yang best supaya aku tak terikat dengan perasaan sedih tu.


Bagi aku, semua perasaan yang kita rasa dan alami merupakan satu nikmat dan anugerah dari Allah SWT. Sekurang-kurangnya kita ada merasai 'angin' tu. Aku pernah kena lepas operation dulu, aku hilang ingatan. Aku tak boleh cakap, aku tak boleh berfikir, aku blur. Aku diam dan hanya pandang siling lama-lama.

Bila aku dah sembuh, aku selalu harap Allah tak tarik balik nikmat perasaan tu. Kalau perasaan tu takde, kita akan rasa betapa kosongnya hidup dan betapa dungunya akal kita ketika itu. Perasaan marah, seronok, sedih, takut, gementar, biasa-biasa, tu semua fitrah. Ada orang sampai koma (pun pernah kena jugak), dia dengar tapi dia tak boleh buat apa-apa. Kita tak mampu kawal otak kita masa tu jadi nikmat perasaan pun takkan timbul.

Hmm, aku perasan entri aku makin lama makin teruk la.. cara nak terangkan sesuatu perkara pun makin putar belit + pusing-pusing. Korang boleh faham ke? Huhu.. harap entri panjang lebar macam jarak antara Malaysia dengan Afrika Selatan ni mampu membuatkan kita muhasabah diri seketika..


Mulut besar macam Pac Man, Kalau sudi silalah komen :D

Chapter 4: Rawatan Pesakit OI Pada Tahun 90an

Assalamualaikum..

Aku ni kan, masa chapter 1 lagi dah eksaited nak cerita pasal OI. Tup-tup, petang ni aku blur je. Tak ingat apa sambungan dia. Haih.. jadi sementara masih ingat ni, aku nak taip laju-laju. +Mar Haini Abdul Rahim, sila jangan babap saye.. :P

Bab 4 adalah sambungan kepada selepas aku balik dari wad di Chapter 1.


Masa dok kat rumah, aku masih meneruskan aktiviti 'nyanyian soprano'. Hehe.. asal aku 'menyanyi' je maknanya ada la yang tak kena tu. Lagi-lagi masa baby, perasaan nak bergerak, merangkak, berdansa semuanya ada (berdansa tu aku je sorang je kot). Jadi selalunya dulu tulang aku patah sebab dalam proses nak belajar merangkak. Alternatif yang terpaksa digunakan masa tu ialah kena letak bantal di sekeliling aku.

Patah memang tak mengira waktu. Kadang-kadang pukul 2-3 pagi. Mak abah terus bersiap hantar aku ke hospital. Jarak Cheras dengan HKL boleh kata dalam setengah jam. Kenderaan yang ada waktu tu cuma motor je. Dan aku memang tak boleh lupa macam mana mak pegang aku masa dok atas motor. Beliau TERpaksa control badan beliau dan badan aku yang dah patah tu tanpa pegang suami beliau yang tercinta. *potong bawang*

Iklan jap, tiba-tiba aku terbayangkan pepperoni cheese. Nomnomnom~

Waktu perjalanan nak ke hospital pun tak semestinya cerah. Mak dukung aku yang baring terkulai menghadap langit. Bila hujan lebat ofcoz tempias kena muka aku, air hujan dah berapa kali masuk dalam mulut. Sedap wa cakap sama lu, macam ayam goreng, wawawa..

Bila pergi hospital, doktor tak dapat nak bagi apa-apa rawatan selain pasang simen dan ubat PCM sirap tu. Kejadian ini berlarutan sehingga aku berusia hampir setahun. Keluarga aku putuskan untuk tidak menghantar aku ke hospital lagi. Bukan apa, bila patah ni kita tak boleh usik tempat yang sakit tu. Nanti masa nak tumbuh baru tulang tu akan bengkok dan tumbuh ke tempat lain. Jadi kalau asyik ulang alik lepas tu dah takde rawatan kat hospital, baik tak payah pergi lagi.

Kisah aku memang heboh sampai ke seluruh kem. Jadi makcik-makcik seluruh alam dan setiap pelosok dalam bangunan kem tersebut memang bersimpati dengan nasib aku. Tapi apakan daya, cadangan mereka dalam mengubati kesakitan tidak memenuhi piawaian penyakit aku. Diorang suruh aku pergi BERURUT! Haihhh.. sila baca Chapter 2 kenapa aku tak boleh kena urut. Nasib baik mak abah aku tak setuju cadangan diorang. Kalau tak, menggelupur ler aku, huhu..

Fengle ma?! (tetiba cakap cina pulak)

Masa kecik dulu kalau patah je, memang susah nak lap badan. Aku ingat lagi kadang-kadang mak akan ambik masa dekat 2 jam semata-mata nak kena berhati-hati untuk gerakkan tempat yang patah tu. Contoh kalau tangan patah, mak akan ambik buku yang nipis (TERpaksa gunakan buku) untuk lapik bawah tangan aku dan gerakkan tangan dengan cara tu. Aku mesti la cuma tau nyanyi lagu soprano je, hehehe..

Sampai satu hari, kaki aku bengkok sangat. Kedua-dua belah tulang paha patah, bila dah sembuh, tulang bahagian pinggul bengkok dan terbentuk macam telur. Mak dah tak boleh dukung aku macam biasa, kena angkat dengan 'cara unik' sikit. Sejak dari tu, aku dah tak boleh duduk lagi.

Jadi bab kelima lepas ini, bermulalah riwayat seorang perempuan banyak bebel yang hanya terbaring dan tak gheti-gheti berjalan, kuikui.. kesudahannya, rawatan pesakit OI masa tahun 90an memang takdak langsung pun. Maaf kalau entri ni terlalu panjang dan membosankan korang.

Muka bosan korang lepas baca entri ni :D


Mulut besar macam Pac Man, Kalau sudi silalah komen :D

Lifes: Nur Irdina, Adik Blogger Paling Comel!

Assalamualaikum..

Petang semalam saki-baki masa yang ada digunakan untuk dating bersama dengan adik comel +Nur Irdina kat Facebook. Aku berhenti hantar mesej cinta kat Dina bila kilat sabung-menyabung. Tau je la aku kan pengecut + penakut bila nampak kilat ni. Jadi tanpa ucapkan 'babai' kat Dina, aku terus off. Huhu, maaf ye dik..

Apa yang membuatkan aku terharu dengan adik aku yang comel nih, beliau buatkan dodol opss doodle untuk aku.. 


Aku terharu okey! Dah la doodle Dina comel, quotes yang Dina bagi pun comel je, secomel Gwiyomi :P

Disini ada ucapan yang sedikit skema untuk Dina:
Nur Irdina yang disayangi, maafkan akak kerana tidak dapat memberikan apa-apa hadiah untuk adik. Hanya doodle berkepala tanpa badan, kaki, dan tangan sahaja yang mampu akak berikan. Hikhik..
Yang ikhlas menyayangimu, Emma Maembong kak iha :)


Pink lawan pink jugak maa.. Dina suka tak? Kalau tak suka sila buat-buat suka ye.. :D

Untuk yang masih belum kenal beliau lagi bolehlah klik SINI.

P/s: Kredit buat akak yang kuat + tabah, kak Deno sebab sudi buat tutorial lukis doodle tu. Iha dah pandai sikit-sikit. Nanti dah superb iha tunjuk kat akak okey, jaga kesihatan baik-baik ya.. ;)


Mulut besar macam Pac Man, Kalau sudi silalah komen :D

Chapter 3: Sakit dan Jodoh

Assalamualaikum..

Okeys, Chapter 1 dan Chapter 2 telah dipublishkan dengan jayanya.. hooray! Sekarang dalam entri ketiga ni, aku nak cerita kisah "jodoh ketika jatuh sakit". Yang pasti, jodoh tu bukan untuk aku.. hehe..


Ni kisah masa sebulan aku berada dalam wad Pediatrik HKL. Dalam tempoh sebulan tu, mak kata memang dapat 'jiran' yang best. Aku sorang je pesakit yang masih bayi kalau tak silap. Yang lain tu semua dah jadi abang dan kakak. Jadi dalam tempoh duduk sebilik tu, dapatlah bertukar-tukar resepi.

Nak lagi syok, ada seorang stuff nurse ni, solo lagi. Dia selalu datang kat katil aku dan hiburkan aku kalau menangis. Mak kata cara dia hiburkan aku dengan menggunakan sarung tangan getah (glove) pastu tiup macam belon. Aku kan budak naif lagi inosen, terhibur la konon-kononnya.

Nak dijadikan cerita lagi, disebabkan aku duduk lama jugak kat wad, mak TERpaksa balik untuk tengok anak-anak dia yang lain kat rumah. Jadi kerja menjaga aku akan diserahkan pada adik bongsu mak. Aku panggil poksu.

Okey rasanya korang pun dah tau apa akan jadi lepas tu. Jururawat solo tersebut macam biasa melakukan rutin kerjanya datang ke katil aku dan kadang-kadang akan bertembung dengan waktu poksu jaga aku. Mereka tak bertegur. Pelik kot kalau first time pandang terus jadi gedik nak berkenalan. Orang dulu-dulu kan lebih sopan dari orang sekarang.

Jadi mereka hanya melakukan aktiviti jeling-menjeling (macam aku dengan Tan kot, tettt). Menurut cerita mak, diorang tak pernah bertegur sapa tapi dah ada signal yang diorang nak berkenalan. Mak la yang jadi 'cupid' kat tengah-tengah tu.

Err aku rasakan, kalau jantung kena anak panah macam ni boleh mati terus kot..

Sampai satu hari, aku pun dah boleh balik rumah. Nak dipendekkan cerita (pendek ker?), poksu tak ada lagi nombor telefon nurse tu. Nak disedapkan lagi perisa cerita ni, kebetulan ayah saudara baru sampai wad nak melawat aku. Kira ayah saudara yang mana merupakan anak ke-9 ni tak tau yang aku dah sampai rumah. Jadi alang-alang dah sampai sana apa lagi, sketsa meminta nombor telefon dari nurse tersebut dijalankan.


Setahun kemudian....

Kompang dipalu~ Pengantin baru~ ngehngehngeh.. sekarang nurse tu dah jadi moksu aku dah pun. Moksu dan poksu dikurniakan 3 orang anak lelaki. Dulu ada lagi seorang anak perempuan tapi dah menghembuskan nafas terakhir ketika berusia hampir setahun. Al-Fatihah..

Sebenarnya aku tak pegang apa-apa watak yang penting pun dalam cerita ni. Baby lagi kot, apa je la yang aku tau waktu tu.. aku harap hubungan poksu dan moksu akan berkekalan hingga akhir hayat, Amin..


Mulut besar macam Pac Man, Kalau sudi silalah komen :D

Chapter 2: Apa itu Osteogenesis Imperfecta?

Assalamualaikum..

Alhamdulillah, Allah beri kemudahan untuk aku menaip kali ni walaupun tangan dah rasa kebas-sekebas-kebasnya. Aku tak boleh berhenti dari dunia blog. Kena jugak menaip walaupun lambat+lembab sikit nak menekan satu-satu butang, hehe.. dah tiba masa untuk aku terus menaip dan menaip sampai aku betul-betul tenat (means tak larat, jangan salah faham pulak).

Bukan paksa diri, tapi aku dah janji dengan 'adik-adik' aku dulu. Adik aku ramai, lebih 10 orang. Aku dah berjanji dengan setiap seorang untuk bantu mereka. Aku nak Malaysia tahu akan penyakit kami. :)

Ok dah 2 perenggan aku taip tapi melalut bebeno dah ni, hikhik.. sambungan pada Chapter 1, aku nak ceritakan serba sedikit mengenai penyakit Osteogenesis Imperfecta a.k.a OI ni. Nak taip panjang-panjang takut korang bosan. Jadi aku cuba singkatkan sehabis mungkin.
#Cuba singkatkan tak bermakna entri ni pendek :p

Gambar pesakit OI

✌ Osteogenesis Imperfecta (OI) merupakan sejenis penyakit genetik/keturunan akibat kekurangan kalsium dan kolagen dalam badan.

✌ OI juga merupakan penyakit tulang rapuh yang menyebabkan tulang mudah patah walaupun secara tiba-tiba.

✌ OI terbahagi kepada 8 jenis yang mana setiap bahagian mempunyai tahap penyakit yang berbeza.

✌ Simptom/gejala/tanda asas penyakit OI adalah:
1. Tulang bengkok.
2. Otot tidak kuat/lemah.
3. Hilang deria pendengaran (err, not sure).
4. Ketinggian terbantut.
5. Kulit sensitif.
6. Mempunyai masalah pernafasan.
7. Pendarahan yang agak teruk jika mengalami sebarang kecederaan.
8. Tulang belakang agak bengkok.
9. Hanya satu lapisan pada gigi berbanding manusia normal yang memiliki tiga lapisan.

✌ Cara membezakan jenis ataupun tahap dalam penyakit OI:
1. Warna mata = Ada warna kelabu, biru, ungu.
2. Ketinggian pesakit.
3. Penyakit lain selain menghidap OI = Contoh sakit jantung, masalah paru-paru yang kronik.
4. Jenis gigi = Kadang-kadang nampak tembus ke dalam (transparent).
5. Tahap kebengkokan tulang.
6. Tulang belakang = Ada yang terlalu bengkok sehingga jarak antara tulang dada dengan belakang agak rapat.

✌ Macam mana pesakit OI boleh patah?
1. Angkat barang berat
2. Tersilap cara bergerak (setiap pesakit OI mempunyai 'cara tersendiri' untuk bergerak)
3. Terkejut =
-Dengar bunyi mercun
-Dengar bunyi kilat
-Dengar belon meletup atau bunyi letupan yang sewaktu dengannya
-Tengok cerita hantu pun dilarang sama sekali, huhu..
4. Tiba-tiba (sila jangan pelik)
5. Batuk dan bersin

✌ Tindakan yang perlu dibuat ketika tulang patah?
1. Balut pada bahagian yang patah untuk mengurangkan kesakitan dan mengelakkan tulang yang patah dari bergerak/terkulai.
2. Letakkan kawasan yang cedera sedikit tinggi untuk melancarkan peredaran darah. Kalau tak tinggikan tempat yang cedera, nanti darah tak akan sampai ke kawasan tersebut lalu berwarna biru.
3. Jangan banyak bergerak (yang ni aku selalu degil).
4. TERPAKSA tahan bersin dan batuk.
5. Jangan sesekali sentuh atau pegang pesakit ketika patah. Hanya pesakit sendiri yang boleh menyentuh kawasan tersebut.
6. Take note, jangan suruh atau bawa pesakit pergi berurut. Tulang yang patah tidak boleh diusik mahupun diurut. Ramai orang salah faham antara patah dan terseliuh.

✌ Kesan selepas patah:
1. Tulang menjadi semakin bengkok
2. Petanda kalsium dan kolagen semakin berkurangan
3. Lebih kerap patah dalam masa terdekat

✌ Rawatan yang diperlukan:
1. Pembedahan untuk meluruskan tulang (also knowing as Kebab Procedure).
2. Memasukkan ubat (di Malaysia popular dengan penggunaan ubat IV Pamidronate) setiap 3 bulan sekali.
3. Fisioterapi khas untuk pesakit tulang rapuh.
4. Melakukan setiap rawatan susulan yang berkaitan seperti gigi, mata, telinga, buah pinggang, tulang belakang, dan dietetik (dietition).


Blue sclera sering dikaitkan dengan pesakit OI Type III.

Bentuk tulang dalam X-ray.

Ketinggian 'biasa' pesakit OI.

Kebolehan kami ialah mempunyai tulang yang agak elastik. Tapi kebolehan budak dalam gambar ni sama macam adik angkat aku yang senasib. *kagum* :D

Secara jujurnya ada banyak lagi yang perlu dikongsikan tapi rasanya entri ni dah terlalu panjanglah pulak.. kalau ada yang tertinggal nanti aku edit ataupun tambah ke entri seterusnya. Mana-mana pelajar perubatan terutama sekali student dari UKM harap dapat buat research dari blog ni. Aku pun dah lama tak jadi 'lecturer tak berlesen' diorang.. hehe..

P/s: Kalau ada soalan sudi-sudilah bertanya ya. :)


Mulut besar macam Pac Man, Kalau sudi silalah komen :D

Lifes: Haihh, Masalah Lagi

Assalamualaikum..
Baru je sehari dua nak aktif berblogging balik, tiba-tiba ada 'masalah baru' lagi.. siku patah, kuat jugak bunyi patah tadi.. disebabkan tangan dah berdenyut + kebas lepas patah, nampaknya terpaksa jadi manusia yang tak berguna balik, terpaksa menyusahkan mak semula, haihh..

Sekarang dah lengkap ada 3 bahagian nak kena jaga. Besi yang dah nak terkeluar, tapak kaki yang patah dan siku yang patah teruk. Padan muka, huhu..

Jadi buat semua blogger yang hensem dan beautiful, TOLONG jangan terasa kalau aku lambat terjah blog korang.. aku dah malu asyik rehat dari dunia blog je, so sekarang ni, sakit ke tak sakit ke aku tetap cuba jugak update blog.. aku kena fikir yang ni baru ujian sikit. Cuma mungkin tak kerap la nak meng-update-nya.

P/s: Sila abaikan kalau rasa tulisan aku ni macam pelik sikit. Tak gheti aku nak menaip pakai sebelah tangan ni.. huhu..


Mulut besar macam Pac Man, Kalau sudi silalah komen :D

Chapter 1: Mukadimah Penyakit OI

Assalamualaikum..

Haa macam tak boleh blah je kan ada chapter bagai ni. Pada yang baru je follow blog budak banyak bebel tak tentu hala ni, selamat berkenalan. Mungkin korang semua 'tak sempat' menggeledah entri aku yang dulu-dulu. Jadi mulai dari Chapter 1 ni aku akan cuba kongsikan dan panjang lebarkan lagi kisah aku yang menghidap Osteogenesis Imperfecta sejak kecil.

Okey, aku pun macam korang semua jugak. Lahir macam biasa, sihat, berat masa lahir pun normal, 2.8kg. Mak lahirkan aku kat rumah, masa bulan puasa. Kesian mak, tak pasal-pasal kena ganti puasa banyak-banyak. Senang cakap aku okey je, alhamdulillah takde sebarang penyakit.

Iklan jap, tiba-tiba TERbayangkan KFC :D

SEHINGGALAH sejak sebulan lebih lepas lahir, ada satu hari tu aku asyik melalak je, kalau suara sedap takpe jugak kan, hehe.. mak abah aku rasa pelik, dah diamkan budak ni tapi tetap bising jugak. Nak dijadikan cerita, orang tua aku TERnampak kesan biru kat tangan kanan (antara bahu ke siku) dan kaki kanan (antara lutut ke buku lali).

Masa tu jugak hantar ke hospital. Hospital yang ada berdekatan waktu tu cuma HKL je (aku tinggal kat Cheras). Bawak naik motor. Bila sampai kat sana, doktor tanya macam-macam. Doktor tu macam tak puas hati dengan mak abah, sebab dari gaya ada kesan biru tu macam baru lepas kena dera. Mak cakap masa tahun 1994 kecoh dengan kes dera kanak-kanak. Jadi doktor tu syak aku salah seorang mangsa dera. Mengamuklah abah aku. Abah kata kalau dia dera aku, buat apa nak hantar aku ke hospital?

Memandangkan kaki dan tangan aku patah, pihak hospital cuma boleh pasang simen dan gantungkan kemudian bagi aku makan paracetamol (PCM) sirap. Kalau tak silap dalam sebulan jugak kot dok kat wad. Aku dah lupa ni sebab mak dah banyak kali cerita dulu. Kalau aku tanya lagi kena sekeh pulak karang, hihi.. tapi mak kata waktu tu memang susah nak menyusukan aku..

Jumpa gambar ni kat Google, kesiannya baby ni.. :(

Doktor masih tak puas hati dengan mak abah aku. Dia pi soal jawab lagi, tanya itu ini. Nak lagi seronok, dia suruh bawak adik-beradik aku yang waktu tu ada 2 orang akak dan seorang abang. Doktor tu soal sorang-sorang. Yelah budak-budak kan cakap jujur, kira dia nak siasat dari abang dengan akak-akak aku la..

Lepas dah okey dan tulang pun dah cantum, Doktor nak bukak balik simen tu. Tiba-tiba "Pap!", bunyi tulang aku patah. Doktor banyak songeh tu sendiri yang TERpatahkan tulang aku. Aku? Melalak laa.. bhahahaha.. tu la, dah kena batang hidung sendiri baru pucat muka dia. Padan muka, wek wek! (entri kutuk doktor ni hahaha)

Doktor tu buat ujian darah kat keluarga aku. Lepas dia periksa ujian darah tu, baru doktor tu mengesahkan yang aku menghidap Osteogenesis Imperfecta. Dia kata lagi, tiada rawatan untuk penyakit ni. Hanya tawakal, tunggu bila aku dah dewasa nanti. Penyakit apa benda tu? Kalau rajin cari kat Google, kalau tak rajin entri lepas ni aku cerita, sebab entri ni macam dah panjang je kan, hehe..

Iklan: Gambar ini merupakan sepasang kaki seorang remaja lelaki yang pada ketika itu berusia 16 tahun. Kaki dia sama macam aku masa kecik dulu.. yeay kita geng!

Bersambung....


Mulut besar macam Pac Man, Kalau sudi silalah komen :D

Segmen BLOG REVIEW by Nina Maslizza

Assalamualaikum..

Saya mahu join satu segmen dari seorang kakak yang berada di Moscow :)


Dan saya mahu tag calon-calon pemenang BLOG REVIEW ini:


Selamat berjaya semua! ;)


Mulut besar macam Pac Man, Kalau sudi silalah komen :D

Lifes: Kenapa Aku Senyap?

Assalamualaikum..

Ahad lepas aku ada buat entri Senyap Lagi. Kenapa aku nak senyap?

1. Berlatih violin

Aku kan buta note muzik. Jadi kenalah berusaha sampai tercungap-cungap kalau nak main sesuatu alat muzik. Macam violin, aku susah nak hafal sesebuah lagu tu melainkan berlatih main selama setengah jam. Kalau berhenti berlatih, terus lupa. Lagipun sekarang ni Google Play Store dah sediakan aplikasi violin secara penuh. Selama ni kalau nak full version kena bayar 99 sen USD. Konfem aku tak sanggup nak bayar. Ni tiba-tiba dia bagi tempat tekan note secara menyeluruh. Memang main violin sampai puas hati la..


2. Belajar teknik baru dalam gitar


Ni pun salah satu aplikasi dari Google untuk telefon murah macam aku. Ada solo dan chord. Dulu selalu main versi chord, tapi mengenangkan aku takkan pandai sampai bila-bila kalau tak usaha, jadi sekarang dengan gigihnya aku guna solo pulak. Alhamdulillah dah ada satu instrumental, tapi jadikan lullaby untuk diri sendiri dulu.. sebab aku masih terlalu jauh untuk belajar pasal gitar.. aku kena ada trademark untuk muzik aku sendiri. Tu yang aku tengah cari.

P/s: Lagu untuk juara Vokal Bukan Sekadar Rupa 2 tu pun dah siap jugak, tetttt..

3. Doodle

Doodle aku makin lama makin teruk. Makin takde kemasan. Tangan aku tak boleh buat garisan dengan baik. Dalam banyak-banyak kerja yang pernah aku buat, melukis doodle yang paling mengecewakan aku. Bakat takde kat situ, huhu.. mungkin mak tak sampai hati tengok anak dia ni frust menonggeng, jadi keluarlah ayat-ayat positif lagi efektif dari beliau:

"Ala, cuba lagi.. ni dah ok dah ni."

"Kamu kan baru je belajar. Ok la tu.."

"Mata dia tu macam hantu la.."

Tengok, disebalik pujukan yang diberi, sempat lagi selitkan kritikan. Haha.. tapi memang betul pun. Aku kalau lukis doodle suka buat mata sebesar-besar alam. Jadi dalam ketensionan melanda akibat tak pandai buat doodle, TERhasil la sebuah doodle mengong ini. Aku gelak gila sampai semput.

Mak pun tak pasal-pasal asthma lepas tengok budak gigi dua batang nih.. sejak dari tu mak panggil aku "budak doodle".

4. Cari nafkah :P

8Share ni aku baru aktifkan balik kelmarin (Khamis). Tahun lepas sibuk jugak dengan SAYS ni tapi lepas tu rehat kejap. Ni dapat sambung balik sebab baru ingat password. Hehe.. tahun lepas dapat la jugak gaji dekat RM300 dalam masa sebulan, alhamdulillah.. :)


Yang bawah ni pulak duit ChurpChurp aku harini. Setelah kumpul sejak dua bulan lepas.. aku harap dapat RM100 sebelum harijadi mak aku. Nak buat kezutan lagi ni..


5. Buat game

Okey, tujuan asal nak belajar macam mana nak buat header bergerak-gerak. Bukan format GIF tapi SWF. Alaa format yang sama dengan game online tu. Aku ni kan tak pandai, jadi aku kena la belajar betul-betul macam mana nak buat sesuatu objek tu ikut cursor/mouse. Tapi akhirnya hampa je hati ni, airmata aku menitis laju sambil menguap tanda otak dah penat belajar. Jadi aku batalkan niat sekejap nak belajar.

TETAPI, secara tak sengajanya, aku TERjumpa software yang bernama Game Maker. Cara nak buat game, err.. ala-ala game tape dulu. Walaupun 'ala-ala game tape', tapi tetap susah nak buat.


Aku dah cipta satu game dan hasilnya HANCUR! Huahaha..

6. Tengok TV6

Ni lagi satu hal, aku punya la tengah rajin menuntut ilmu tak formal ni kat internet. Tiba-tiba tanpa aku perasan, masa nak install Sothink SWF Quicker tu, aku TERinstall Torn TV. Bukan TV Kak Ton yang comel tu ye.. :P Aku tak tau TV streaming mana yang aku rembat ni, tapi cuba jugak godek-godek tengok ada siaran apa. Banyak la jugak pilihan yang dia bagi. Tapi kesudahannya aku melekat pada TV6 - Progressive Rock. Rock Televisyen 6 dari Itali. Takde la progressive sangat pun muzik dia. Jadi bila datang bosan je terus tukar TV lain pulak. Yang bestnya ada 7 siaran rock. Bila mak nampak je aku bukak Torn TV ni, mak cakap:

"Habisss, budak ni mesti takkan buat kerja jap lagi."


7. Kaki patah dan besi kat tangan nyaris terkeluar


Gambar yang akhir sekali ni adalah jawapan kepada kenapa aku tak dapat lukis doodle dengan baik. Minggu lepas tangan aku TERlanggar meja, dan tak lama lepas tu aku rasa besi dalam tangan macam dah bergerak sikit. Bila tengok, rupanya besi tu dah nak terkeluar. Dah ada tanda-tanda nak tembus ke kulit.

Dulu dah 2 kali ada pengalaman besi timbul betul-betul kat kulit (kulit dan besi bergesel kalau bergerak) dan 2 kali kulit terkoyak sebab ketajaman besi sampai ada bisul. Jadi mengikut pengalaman yang ada, aku cepat-cepat cari bandage, micropore tape dengan wet tissue. Tisu lembap pengganti kapas sebab gauze dah lama takde. Stok habis la senang cakap, lagipun lama dah aku tak kena macam ni, jadi ubat-ubat ni dah lama tak wujud kat rumah. (ayat belit-belit)

Berbekalkan ilmu hitam ilmu perubatan yang tak seberapa, aku belajar buat sendiri. Cara nak elakkan dari terus rasa sakit akibat besi bergerak dan terus-terusan mencucuk kulit tanpa kompromi, aku ambik tisu lembap tapi kena keringkan dulu. Tisu lembap kan lembut macam kapas, jadi mudah sikit nak balut bila tisu dah kering. Kegunaan tisu lembap ni untuk mengelakkan kulit berasa gatal ketika menggunakan pembalut (bandage).

Dah letak tisu lembap, baru balut dengan bandage. Bandage yang dah sedia ada ni pelik sikit, rupa macam handsocks, jadi aku kena ketatkan betul-betul bandage ni ikut saiz tangan aku. Bila ketatkan balutan, besi dengan tulang tu tak rasa sakit sangat sebab tak dapat nak bergerak bebas. Tapi takde la ketatkan sampai biru tangan..

Kat kaki pun aku buat macam tu jugak, dah dua minggu kaki ni patah. Selalunya ambik masa sebulan lebih untuk sembuh. Tak lama lagi baik la ni..

Jadi selepas mengadakan mesyuarat PIDA (Persatuan Ibu dan Anak, LOL), aku cadang nak pergi hospital dan buat operation dalam masa terdekat, nak potong sikit besi yang hampir terkeluar ni. tunggu lepas PRU nanti dan kalau boleh sebelum bulan puasa. Malas nak ganti puasa banyak-banyak :D

Wooo panjangnya aku taip. Kata tangan sakit tapi menaip mengalahkan Mak Jemah. Telenovela pasal kisah aku tu entri lepas ni pulak okey. Dan perkara yang sangat penting aku nak bagitau, aku akan blogwalking ke blog korang dengan kelajuan siput sedut. Keadaan tangan tak mengizinkan.. sabar tau :)


Mulut besar macam Pac Man, Kalau sudi silalah komen :D

Lifes: Typo yang Paling Memalukan

Assalamualaikum..



Siapa tak pernah melakukan typographical error sila angkat ibu jari kaki sebelah kanan. Siapa yang sering melakukan kesilapan ketika menaip sila baca entri ni sampai habis. :D

Mengaku je la kawan, kita semua manusia maa.. manusia mana ada yang tak pernah buat silap. Jadi kebetulan aku ada idea nak buat entri macam ni, aku nak kongsikan beberapa perkataan yang aku hampir-hampir/dah taip dan kesannya sangat memalukan diri sendiri. Sebelum tu aku nak tekankan kat sini, ini bukan entri mencarut tau..

SILA - SIAL

Contoh ayat:
Sial datang lagi.

TENGOK - TENOK

Contoh ayat:
Tenok la dia tu, nampak makin cantik kan?

PANDAN - PONDAN

Contoh ayat:
Saya suka kek perisa pondan.

KAWAN - KAWIN

Contoh ayat:
Kita kan dah jadi kawin. (padahal baru berkenalan sejam yang lepas)

KETIKA - KETIAK

Contoh ayat:
Ketiak dia sedang tidur....

TAU - TUA

Contoh ayat:
Aku dah lama tua.

MAMAT - MAMAK

Contoh ayat:
Handsome gila mamak tu. Auwww~

HUTANG - HUTAN

Contoh ayat:
Bila nak bayar hutan aku haa??

CINTA - CINA


Contoh ayat:

Cina itu indah. (LOL)

BUBUR - KUBUR


Contoh ayat:

Aku makan kubur je malam tadi.

Semua diatas antara 10 perkataan yang memalukan pernah aku taip, ada yang sempat padam balik. Ada yang sebaliknya, huhu.. ada lagi perkataan yang lebih extreme tapi tak sanggup aku nak taip.. haihh..

Korang pulak macam mana? Ce kongsi sikit, mana adil aku sorang je yang rasa malu sekarang :D


Mulut besar macam Pac Man, Kalau sudi silalah komen :D

Lifes: Hadiah Giveaway yang Kedua

Assalamualaikum..

Haa entri khas ni. Ikutkan aku nak buat entri pasal 'kenapa aku senyap' untuk hari esok, tapi tiba-tiba petang tadi nampak abah balik kerja sambil bawak bungkusan yang dah basah (touching suddenly, tskkkk). Aku dengan penuh kerakusan dan kegelojohannya pergi menatap bungkusan tersebut lama-lama. Hee, hati berbunga riang!

Ekceli pada 18 Mac lepas, aku ada tumpang sekaki untuk menyertai  WEEEHU! GIVEAWAY PGGP & DAKU AMAT yang dianjurkan oleh saudara +Ayie Abas. Serius aku cakap, GA ni paling teliti sekali pernah aku tengok. Sampaikan penutup GA ini seolah-olah takde seorang pun peserta yang tidak berjaya.

Aku respek dengan abang +Ayie Abas (tetiba panggil abang ni :D ), sebab beliau begitu teliti dan terperinci dalam menilai entri setiap peserta yang menyertainya. Kalau korang nak tahu, aku dah dua kali buat silap masa buat entri pasal GA ni. Dua-dua kali tu pasal aku letak banner yang tak sama saiz. Terserlah kebodohan aku kat situ, hahaha..

Kredit kat Cikgu Muzik. (pinjam gambar bro, malas pulak nak buat printscreen, hehe..) Aku nombor 10.

Alhamdulillah, malu-malu meow yang aku hidapi selepas melakukan kesilapan itu terubat dengan keputusan diatas. WEEEHU! Siapa sangka dapat hadiah sarung bantal kusyen.

Kenapa aku TERlalu seronok dengan kemenangan ni?

Mak aku ada bagitau, sarung kusyen kat rumah ni dah teruk sangat. Dah koyak dan berlubang-lubang (aku mengaku, aku la salah seorang yang buat macam tu, huhu). Bila mak cakap macam tu aku terfikir, harap sangat dapat menang, sebab nak hadiahkan kat mak terus. Err, kat mak dan abah. Aku nak abah nampak kezutan ini :)

Bila dah dapat ni, aku terus suruh mak bukak bungkusan tu. Kat belakang sampul tu ada tertulis:

"Dijumpai terbuka
(atau koyak)"

Cuak jugak kalau-kalau ada yang TERtinggal sehelai dua sarung ke ataupun ada sebarang kes kecurian. Tapi bila periksa betul-betul cukup 4 helai semuanya. Alhamdulillah..

Saja letak perkataan Terima Kasih tu dekat bahagian alamat :P

Kamera telefon aku buat hal tadi, jadi untuk cover gambar yang buruk ni, haruslah letak pelbagai aksesori blinkblink bagai~ Sarung tu lawa okey, warna pink gitu. Aku tunjuk kat abah. Abah tanya buat apa ni, mungkin beliau ingat aku beli secara online kot. Bila aku explain sampai lebam, baru abah senyum. Mak suka, hope abah pun suka jugak. Kebahagiaan aku terletak pada mereka ^^

Untuk abang +Ayie Abas, (abang lagi, ehem) terima kasih diatas hadiah yang diberi. Moga blog PGGP dan Daku Amat Menyintai Mu sentiasa mencapai matlamat yang diimpikan. Kalau boleh nak dua-dua blog tu dikenali ramai dan penuh entri-entri yang gempak. Selamat maju jaya diucapkan. :)

P/s: Masih menunggu hadiah GA yang pertama.. hihi..


Mulut besar macam Pac Man, Kalau sudi silalah komen :D

Lifes: Pray For Him

Assalamualaikum..

Entri ringkas, cuma luahan hati aku secara tiba-tiba malam ni. Sifat humanity aku tengah muncul. Dua jam yang lepas dalam pukul 8 malam tadi, aku dapat tahu yang kawan aku adalah salah seorang suspek atas tuduhan merugikan peniaga atas talian. Bukan sikit, tapi RM100,000. Gila tak banyak. Kisah dia terpampang di akhbar dan polis masih dalam siasatan. Aku yakin sangat bukan kerja dia, sebab aku dah masak sangat dengan perangai dia. Ada satu dua entri pasal dia aku pernah tulis sebelum ni.

Sekarang aku rasa kesian dan bersimpati sangat kat dia. Walaupun dua tiga hari lepas dia ada sakat aku (aku dilamar) dan berjaya buat aku takut nak sembang dengan dia lagi, tapi bila dah jadi macam ni tak tau kenapa aku rasa nak tumpang sekaki merasa masalah besar tu. Apapun kalau dia baca entri ni, aku nak dia faham maksud gambar bawah ni:





Mulut besar macam Pac Man, Kalau sudi silalah komen :D

Lifes: Senyap Lagi

Assalamualaikum, hello semuaa, hola hola!!


Err, aku ni dah kenapa.. dah ada tanda-tanda buang tebiat nih..

Okeylaa.. aku nak habaq something sebenarnya. Ekceli, blog aku mungkin terpaksa dibisukan buat seketika lagi sekali. Sebab?


Inilah sebabnya, aku nak belajar menari macam budak ni. Tolong jangan percaya, aku tengah tipu korang, kihkihkih..

Sebab yang benar-sebenar-benarnya adalah rahsia. Tapi jangan risau, blog aku je yang dibisukan, insya Allah aku akan cuba adakan masa untuk blogwalking ke blog korang. Hah lagi satu, setelah mendapat restu dari bondaku yang terchenta, aku akan kahwin pada hujung bulan ni.


Tidak, jangan terkejut, aku tipu korang lagi.

Mak dah beri green light untuk bukak cerita sebenar pasal penyakit aku sejak kecik, dan aku akan update kisah tersebut selepas aku bisukan blog ni. Jadi harap korang bersiap siaga la dengan kisah telenovela aku tu, ngehngeh..

Akhir kata, aku sayang korang! :)


Mulut besar macam Pac Man, Kalau sudi silalah komen :D

Lifes: 400th Followers, chocoRedBERRY

Assalamualaikum..

Aku tak jangkaaaa, serius tak jangkaaaa, boleh dapat followers yang ke-400 dalam masa terdekat. Tak sangkaaaaa.. cuma maaflah kepada pengikut bertuah itu kerana aku baru nak buat review. Padahal dia dah follow aku dari minggu lepas lagi. Sesungguhnya aku memang seorang yang pemalas sejak kebelakangan ni.. itu yang followers ke-400 perlu tahu tentang aku. Eh, aku nak buat review untuk diri sendiri pulak ke? Mengarut je kerjanya.. -_-'

Ok meh nak kenalkan serba sikit seorang awek dari selatan tanah air ni :)


Tudia gambaq..
kalau aku ada kat sebelah beliau, dah lama pinggan tu licin :D

Nama penuh beliau ialah Ira Adila Binti Mohamed Yasin. Panggil Ira sahaja. Ira / iha, secocok gituw :3
Ira ni lahir kat Hospital Daerah Kluang, Johor pada 14 Julai 1995. Kira junior aku la ni. Ira jangan panggil iha akak tau, sebab jarak kita cuma 1 tahun 4 bulan 18 hari je ayat tak sedar diri dah tua. Apa yang best, Ira ni masih solo a.k.a single. Siapa mamat yang berminat tu bolehlah terus masuk meminang si Ira ni. Ehh, jangan marah Ira.. :D

Lagi biodata mengenai beliau disini.

Ini adalah blog Ira, namanya chocoRedBERRY. Sungguh yummylicious la nama blog dia, hehe..

Jom like fanpage beliau secara berjemaah!


Sesiapa yang ada Ask.fm tu pulak bolehlah tanya soalan cepumas, cepuperak dan cepugangsa pada Ask.fm Ira kat MsEyra.

Ucapan buat cik Ira kita ni, semoga lulus untuk interview pertama tu, Amin ya rabbal alamin..

Iklan: Review, review jugak. Hadiah takde ke?

Kali ni ada okeh! Tapi kena tunggu Ira approve friend request FB dulu. Nanti aku bagi. :)


Mulut besar macam Pac Man, Kalau sudi silalah komen :D

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Iha Zaliza © 2010-2017