Latest!

Lifes: Would You Miss Me If I Was Gone?

Assalamualaikum..


Miss me tak? Eleh macam la ada orang miss aku, muka terherot-herot pipi tersorong-sorong ada ke orang nak rindu. Haha moden tak bahasa aku.

Berkenaan dengan entri minggu lepas, aku minta maaf kalau entri tu agak 'emosi' sikit. Tapi nak buat macam mana, takkanlah waktu dugaan datang aku nak buat lawak bodoh lagi. Ada yang boleh cover, aku akan cover sebaik mungkin. Kalau sebaliknya, aku akan bagi clue je, hehe..

Macam minggu lepas, gambar-gambar tu memang berkaitan dengan perasaan aku waktu tu. Rasa nak menangis tapi tak boleh menangis. Aku bukan jenis kalau rasa sedih terus melalak, aku dah biasa tahan dan tahan dan tahan dan tahan sampai mata aku jadi macam anak panda tak cukup bulan. Muahaha..

Sekarang? Masih sama.. :) Aku sentiasa cuba cari benda lawak untuk hilangkan sedih. Video-video dari Johan yang sentiasa jadi peneman aku sekarang. Haha..

Minta maaf juga sebab aku dah lama tak jadi makcik joyah yang busybody dan suka sangat tumpang glamer kat blog pemes korang semua. Sebenarnya aku cuma nak bagitau korang, yang entri ni mungkin entri terakhir sekurang-kurangnya dalam masa sebulan. Atau lebih.. ohoho tolong jangan tanya kenapa, aku taknak korang rasa sedih jugak sebab aku jamin, cerita aku ni boleh buat korang rasa simpati yang amat dahsyat *tengok tu, aku dah bagi clue lagi* xD


Dikesempatan ini, aku nak ucapkan selamat berpuasa dan selamat menyambut bulan Ramadhan yang sungguh mulia kepada seluruh umat Islam. Dan kalau aku masih tak wujud-wujud masa bulan puasa, aku nak ucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI! Haha orang pertama wish tuuu. Layankan jelah perangai weng aku ni.

Maaf Zahir dan Batin buat korang semua andai selama ni secara tak sedar aku dah buat korang terasa dengan ayat-ayat aku. Hulur kaki cepat, aku nak cium kaki korang *lepas cium kaki korang terus berbuih mulut aku, werkk*. Halalkan segala hadiah dari Segmen, Contest dan Giveaway yang aku dah terima. Maafkan aku kalau selama ni perangai aku agak annoying dimata korang. Kadang-kadang aku pun rasa annoying dengan diri sendiri, haha..

Pada kawan-kawan blogger yang rasa macam rapat dengan aku, terima kasih sebab sentiasa dan selalu bagi sokongan kat aku. Eh ke takde yang kamcing dengan aku nih? Huwaaa..

Okay enough, penat aku tahan sebak sambil makan keropok Twisties tau.
Err korang, doakan aku dalam keadaan baik-baik je eh. Lebiu!



#Terpaksa tukar settings bahagian komen kepada comments moderation balik sebab komen dari Inche Spam sedang giat membiak di blog -_-'


Mulut besar macam Pac Man, Kalau sudi silalah komen :D

:D







Mulut besar macam Pac Man, Kalau sudi silalah komen :D

Lifes: Bila Luorang Buat Gua Terkilan

Assalamualaikum..

Muka terkilan kononnya
Credit

Ohoo ini bukan entri aku tengah sakit jiwa, aku waras je. Cuma terkilan sikit bila tengok kerja-kerja yang aku pernah buat dulu. Dula kerja tu susah, sekarang dah senang. Kerja yang memerlukan penelitian sebanyak tiga empat lima puluh kali sebelum submit dan hantar kepada bos. Kalau bos ada buat silap pun, aku yang kena edit jugak sampai tak silap. Apa yang lagi best, kerja tersebut tak bergaji.
Memang best, huhu..

Pekerjaan yang dimaksudkan pernah aku cerita sebelum ni kat sini dan sini. Err ye memang aku ada taip yang aku taknak ingat lagi kenangan dulu. Tapi aku cuma nak komplen sikit je. Haha..

Ni semua gara-gara masa melepak kat Twitter petang tadi. Kononnya situ tempat paling santai sebab tak ada gangguan. Lepas tu aku tengok tweets dari radio tu. Okey sekarang dah ada segmen rock jiwang. Tak heran la sebab masih dalam kelompok rock lagi. Niat ni cuma nak singgah kejap dengar radio tu. Mana tau kalau ada apa-apa yang aku boleh tolong ke. Tapi tiba-tiba aku dengar lagu dari Awi Rafael - Bila Aku Jatuh Cinta dan Alexa - Jangan Kau Lepas berkumandang.

Credit

Haih, mendidih sekejap. Macam mana boleh sesat pulak ni? Bukan aku pilih kasih, langsung tak terfikir sampai macam tu sekali. Cuma bagi aku, sebelum ataupun semasa, ketika dan bila kita mula bekerja dekat sesebuah tempat tu, kita kena tahu asal-usul dan serba sedikit fakta disitu. Macam mana lagu yang berbeza 'sentimental' boleh tersesat kat segmen yang semakin pupus?

Okey la, mungkin aku yang buta ataupun agak pekak dalam menilai sesebuah muzik. Tapi mengikut pengalaman, didikan dan tunjuk ajar DJ serta brader otai yang lain, pantang diorang kalau kita tak kaji siasat dulu sebelum siarkan sesebuah lagu. Masa tu orang sebaya aku cuma fokus kat Justin Bieber je, aku? Kena cari biodata Ronnie James Dio, Gary Moore meninggal dunia bila, kena tahu berapa ketul gitar yang Uli Jon Roth ada, macam mana Jeff Buckley mati, tahun bila Scorpions bersara, konsert Double Trouble kali terakhir dekat mana dan blablabla..

Jeff Buckley - Bekas pakwe aku.
Credit

Memanglah kerja ni datang dari minat aku sendiri. Tapi kalau benda yang kita suka ditukarkan kepada komitmen yang teramatlah penting, ingat tak berbuih ke mulut. Kalau pakai T-Shirt kumpulan rock tanpa tahu asal-usul pun para rockers akan marah tau. Mungkin bagi kita tu cuma sikit punya hal, tapi bagi diorang tak. Sebab tu aku pelik macam mana lagu yang aku mensen tadi boleh terlepas.

Bak kata Abang Ali Bakar (penganjur konsert rock terbesar suatu ketika dulu), bila dah ada bass, guitar, drum, vocal, lengkaplah satu kumpulan rock. Tapi hanya kerana wartawan zaman Pop Yeh Yeh tersilap bagi info, maka Pop Yeh Yeh terpisah dengan genre rock walaupun menggunakan basic instruments yang sama.

Berbalik pada kisah Awi Rafael dan Alexa tadi, mereka tetap rock. Dua-dua lagu tu syok je aku layan, tapi lagu-lagu mereka bukanlah level yang sesuai untuk memasuki segmen tu. Bayangkan dalam sehari ada 24jam, Segmen santai dan permintaan lagu lebih kurang 3-4jam sedangkan segmen rock hanya 2jam. Lagu-lagu Awi Rafael dan Alexa masih boleh masuk di setiap segmen yang lain (memandangkan lagu mereka masih hits) sedangkan lagu rock keras hanya boleh masuk di segmen rock sahaja.

Macam petang tadi, aku dengar ada lagu Slam - Gerimis Mengundang masuk segmen rock. Walaupun aku ni peminat tegar + kipas susah mati kumpulan diorang (err, dulu laa) tapi aku tak rasa lagu tu sesuai masuk dalam segmen tu. Jenis-jenis lagu rock je dah terbahagi kepada 217 jenis (atau lebih).

Credit

Mungkin sebab DJ yang sedia ada sekarang lebih kepada 'tangkap muat'. Dan kawan-kawan otai pun dah tak mengikuti radio tu membuatkan DJ baru agak leka dengan susunan muzik mereka sendiri. Haha sangat serius la entri aku ni. Bukan selalu aku bagi pendapat pasal muzik. Itupun pandangan aku taklah sehebat Cikgu Muzik.

#Teringat dulu lagu Chris Brown boleh masuk segmen rock, ikutkan hati memang marah tapi pecah perut kitorang (pendengar) gelakkan kesilapan yang disengajakan tu.


Mulut besar macam Pac Man, Kalau sudi silalah komen :D

Lifes: 27 Februari 2003

Assalamualaikum..


Kali ni aku nak kongsi cerita adventure sikit boleh? Saja nak flashback kisah 10 tahun lepas. Kejadian ni berlaku sehari lepas hari jadi aku, hari Khamis. Masa tu dua-dua kaki bersimen, kaki kiri masuk besi dan kaki kanan doktor patahkan dari luar (tak belah kaki untuk luruskan tulang).

Petang tu aku dengan selamba badak sumbunya tak pakai pakaian yang bernama baju, umur pun baru 9 tahun, saiz badan macam budak 3-4 tahun. Ada bau hangit, macam bau orang bakar sampah. Aku tak hairan. Tiba-tiba..

"Abang, ada asap kat bawah," mak bagitau abah dengan nada tenang. Sepanjang hidup aku belum pernah lagi tengok mak melatah bila dugaan hebat datang. Abah tengah minum petang, bila tengok rupanya ada kebakaran. Hah kebakaran?!

Ayat mintak penyepak xD

Mak dengan muka cemas cepat-cepat angkat aku dan letak ke kereta sorong. Aku pun kalut jugak waktu tu, jadi kaki langsung rasa tak sakit. Padahal paha patah sebab ada kesilapan teknikal masa operate. Bawak keluar dari rumah, lif tak boleh pakai. Waktu kecemasan mestilah bahaya kalau pakai lif. Apa lagi, dari tingkat 8 tu mak mintak tolong akak sulung aku angkat kereta sorong sama-sama turun tangga sampai bawah bangunan.

Kat tangga dah sesak dengan jiran-jiran yang berlumba-lumba nak turun bawah. Masing-masing berusaha selamatkan diri. Mak kata kecewa la jugak waktu tu sebab takde sorang pun jiran yang sudi menghulurkan bantuan pada kitorang. Tapi bila fikir balik orang tengah panik, apa yang diorang buat semua secara spontan.

Masa dah nak sampai bawah tu, bunyi letupan kuat di tempat kejadian. Fuhh memang macam cerita dalam movie dah. Alhamdulillah kitorang selamat sampai ke tingkat bawah. Semua penghuni blok beratur di tempat letak kereta dan hanya mampu melihat kejadian mengejut tu. Tiba-tiba makcik dari kedai runcit datang dekat aku sambil bagi tuala. Huhu malu weh.. tak pasal-pasal aku buat free show masa nak turun tadi.

Ni CONTOH gambaran masa kejadian.

Lepas bomba siap 'buat kerja', kitorang naik semula ke tingkat atas masa dah nak masuk waktu maghrib. Rasanya kalau tak silap kitorang naik guna lif macam biasa. Masuk rumah, hambek kau! Serius sedih, macam rumah kitorang pulak yang terbakar. Yelah tempat kejadian kat tingkat 7, betul-betul kat bawah rumah kitorang. Jadi asap pun menetap kat rumah kitorang.

Dinding hitam, karpet kotor, beberapa hari lepas kejadian barang-barang elektrik macam komputer, vakum, peti sejuk, mesin basuh dan TV terus rosak. Bau asap masih tak hilang-hilang walaupun dah lebih seminggu kebakaran berlaku. Karpet la yang sadis, pergi hantar kedai untuk cuci tapi hasilnya tetap hitam dan kotor. Harga mencuci tu pun dalam seratus lebih. Takde pilihan lain selain kena buang terus. Perghh, kalau Allah nak bagi ujian tu memang tak diduga dan bermacam cara. Yang penting redha dan jangan meratap.

Jangan bersedih, sesungguhnya Allah ada bersama kita. :)

Esoknya (28 Februari) dah kena bangun awal pagi sebab nak ke hospital, cuci luka dan tukar simen baru. Bagi aku bulan tu memang kenangan pahit la. I hate it I hate it. Haha..

Tengah ingat balik kenangan dulu, mak pun cerita la kejadian yang sama masa umur mak 9 tahun. Rumah mak terbakar sebab ada orang yang dengki dengan keluarga mak. Arwah tokmak guru besar dan arwah tokbah polis. Kira ada la manusia yang diupah untuk buat kerja tak berfaedah tu.

Mak kata waktu tu pun mak tak pakai baju jugak. Hahaha, terus aku bantai gelak. Tak sangka aku dengan mak ada dua persamaan masa kebakaran. Pertama kitorang kena masa umur 9 tahun, kedua kitorang tak pakai baju masa kejadian, muahaha..

Eee tak malu.. :p


Mulut besar macam Pac Man, Kalau sudi silalah komen :D

Wordless Wednesday 12

Assalamualaikum..











Sumber:


Mulut besar macam Pac Man, Kalau sudi silalah komen :D

Facebook Tutorial 17: Hilangkan Button Add Friend

Assalamualaikum..

Di malam Rabu yang dingin sambil minum air Tongkat Ali, aku bukak Nuffnang. Dengan harapan dapat tengok BE pertama sebelum tidur. Tapi nampaknya hanya mampu tengok BE dalam mimpi je. Sambil jalan-jalan tu, ternampak soalan ni:

Cara nak buat Facebook tidak boleh di add

Aku ada belajar benda ni tahun lepas, tapi lupa. Bila bukak balik message dulu-dulu masa kawan tanya soalan yang sama, terus study balik. Tapi kena tukar sikit Turtle Ria (also known as tutorial) sebab FB selalu bertukar wajah.

1. Dah siap sign in, klik Privacy Shortcuts kat atas kanan tu.


2. Pergi ke Who can contact me?.


3. Tukarkan Who can send me friend requests tu dari Everyone ke Friends of Friends.


4. Kalau nak semak menjadi ke tak, boleh tengok kat View As... di sebelah Activity Log.


Tadaaa.. kan dah hilang. Boleh tukarkan kepada Everyone semula kalau nak orang add kita.


Harap turtle ria ni dapat membantu manusia yang menaip kata kunci tersebut.

P/s: Ni akaun FB baru buat Khamis lepas, khas untuk blogger je. :)


Mulut besar macam Pac Man, Kalau sudi silalah komen :D

Lifes: Hadiah Untuk Pemenang

Assalamualaikum..

Bulan lepas aku ada jadi sponsor untuk Simple Giveaway by ArifahLee & ZunairahLee. Macam biasa, aku taja hadiah murahan, doodle untuk 5 orang. Tu je yang mak nenek mampu lakukan. Sekarang aku dah berhenti jadi sponsor, mungkin lepas ni aku kena tukar 'hadiah sponsor'. Jadi aku kena berhenti dan berehat kejap.

Aku tak tahu yang GA tu dah tamat lebih awal dari tarikh yang dijanjikan. Jadi aku pun tergopoh-gapah siapkan hadiah secepat mungkin. Kalau lambat siapkan nanti orang labelkan aku sama macam Ong Gedek Geduk tu pulak (mesti korang semua dah tau kan kisah ni). Cuma satu je doodle yang sempat aku siapkan, tapi terpaksa kerah otak tak kreatif ni untuk pelbagaikan corak / background setiap semua doodle.

Lakaran sebelum tidur. Dilukis waktu mamai :D

Chop! Nak ucapkan terima kasih buat +Nur Irdina sebab dengan baik hatinya beliau sudi buat watermark comel untuk aku. Terharu sangat-sangat! Tengkiu mengkiu Dina.. :)

Hadiah-hadiah doodle ni aku beri mengikut 'siapa cepat dia dapat'. So siapa yang tuntut hadiah paling awal dia dapat doodle mengikut urutan. Alhamdulillah buat masa ni semua bagi komen yang positif. Terima kasih.. :)

Bawah ni aku cuma nak tepek je, untuk pemenang aku akan hantar ke FB sebab nak letak nama.

 Untuk Fatin Diana

Untuk Aimi Rahim

Untuk Nur Atiqah Zulkifli

Untuk Husna Izzati

Untuk Syuhada Salleh

Maaf atas keburukan lukisan-lukisan diatas. Aku bukan manusia yang ada seni walaupun bekas pelajar aliran seni. Tapi aku harap hadiah tak seberapa ni dapat diterima secara positif. Fuh skema ayat kau iha.


Lukisan tambahan sebelum tidur semalam. Saja nak test, lama dah tak melukis secara serius.


Mulut besar macam Pac Man, Kalau sudi silalah komen :D

Review: Terima Kasih Followers ke-500, 600, 700!

Assalamualaikum..

Tengok tu, dah masuk 700 followers baru nak buat review. Kepada pengikut bertuah berkenaan, tahniah diucapkan. Maaflah sebab mak nenek ni lambat buat review. Asyik sibuk fikirkan masalah negara sampai lupa nak buat entri penghargaan ni.

Pertama sekali, nak buat entri terima kasih kepada pengikut ke 500:


Aku panggil dia kak Azfa. Tu je nama beliau yang aku tahu. Itupun masa mula-mula kenal aku ingat aku lagi tua, huh bajet dewasa je aku ni. Kak Azfa seorang yang peramah. Kalau ikut dari blog Dairy Lollipop Pinkiey ni, rasanya kak Azfa masih dikira newbie. Tapi tak tau la kalau beliau ada blog lain ke. Masa first time balas kunjungan pun blog kak Azfa nampak comel je. Sekarang makin comel dan kemas, ni pandangan ikhlas dari seorang mak nenek yang mengamalkan awet muda :D



Apapun terima kasih lagi sekali pada kak Azfa kerana sudi 'mengikut' dan 'menginap' ke teratak simple ni. :)

Yang ke-600 pulak, err.. taktau nak review macam mana sebab mamat handsome ni tak bagi link blog dan tak tau nak jejak balik macam mana. Apapun tahniah dan terima kasih buat Faris. Nama awak sama macam nama skandal kita la *tiba-tiba*. :P


Yang ke-700:




Sebenarnya tadi TERnampak entri kak Sue yang bertajuk:

Blogwalking Time...Sila Masukkan Url Untuk Follow uoolss


Jadi aku saja nak letak URL blog dekat situ. Tiba-tiba followers blog aku terus keluar angka ke-700. Kira kebetulan la kak Sue follow. Tahniah kak Sue dan terima kasih banyak-banyak diucapkan. Korang pun boleh jugak letak link blog kat entri beliau untuk memudahkan sesi blogwalking.

#Maaf dengan entri review yang sangat ringkas ni. Mak nenek kena pergi pasar beli daging kanggaru.


Mulut besar macam Pac Man, Kalau sudi silalah komen :D

Lifes: Cara Terbaru Ukur Peningkatan Pageviews

Assalamualaikum..

Nama tajuk entri kat atas tu merepek je. Ekceli aku cuma nak bagitau bahawasanya aku mengamalkan satu cara yang agak pelik akhir-akhir ni. Aku suka ukur peningkatan pageviews melalui comments awaiting moderation. Aku akan biarkan komen-komen dalam awaiting moderation disimpan selama 6 hari lepas tu baru publish.

 Tarikh: 3 Jun - 8 Jun.
Jumlah komen: 101.

 Tarikh: 8 Jun - 13 Jun.
Jumlah komen: 106.

Tarikh: 13 Jun - 18 Jun.
Jumlah komen: 122.

Terima kasih banyak-banyak buat semua yang sudi datang komen ke blog ini. Tanpa korang mesti aku takkan dapat membebel dalam dunia blog selama 3 tahun xD

Aku tak pasti sampai bila aku akan buat cara pelik ni. Ikut pada mood kot.
Korang rasa cara aku ni okey ke?

P/s: Tak sangka aku akan buat entri pendek. Haha..


Mulut besar macam Pac Man, Kalau sudi silalah komen :D

Lifes: Cerita Anak Perempuan dan Superhero :D

Assalamualaikum..

Sila baca entri sambil hayati lagu ni. Biar korang tersedu-sedan. :P


Abah, walaupun kita tak terlalu rapat. Tapi kita selalu cuba belajar 'mengenal' antara satu sama lain. Kadang-kadang kita lebih banyak berdiam diri sambil perhatikan perangai masing-masing. Kiranya abah akan perhatikan orang senyap-senyap, orang pun tengok abah dari jauh. Bukan kita sengaja buat macam tu, tapi sifat kita berdua berbeza. Bila darah A bertemu darah A, ibarat positif bertemu positif.


Abah, walaupun orang selalu banyak senyap, tapi tak bermakna orang tak pernah ingat segala jasa abah sejak orang kecik dulu. Orang ingat je bah, cuma tak berani nak flashback balik. Maklumlah, hati kaca..
Orang ingat lagi macam mana abah selamatkan orang masa terjatuh dari bilik air dulu. Masa tu lantai licin, abah terjatuh tapi sempat peluk orang. Orang pulak yang over menangis padahal tangan abah yang luka, orang tak jatuh pun. Rupanya hampir seluruh badan orang patah, muka abah nampak bersalah sangat. Tapi bila fikir balik, orang yang patut minta maaf kat abah.


Abah ingat lagi tak, masa kita duduk kat Cheras dulu. Rumah kita kat tingkat 8. Nak dijadikan cerita kedua-dua buah lif selalu rosak. Jadi tak ada pilihan selain abah kena dukung orang. Masa tu muka abah berpeluh-peluh. Kalau abah ingat lagi, orang lap peluh abah. Peluh abah yang menitis pun orang biarkan je jatuh ke muka orang. Walhal masa kecik orang jenis cepat geli dengan peluh orang lain. Tapi pengalaman tu mengajar orang menjadi lebih matang. Rasa sebak dan bersalah sangat-sangat. Tapi orang tahan je.


Abah, ingat tak masa tahun lepas. Masa kita sekeluarga pergi HKL sebab masing-masing berebut nak derma buah pinggang. Waktu nak balik, abah tolak wilcha orang. Sambil bawak tu abah nyanyi lagu Isabella kuat-kuat. Tergelak-gelak orang dengar abah nyanyi. Yelah suara abah kan kuat. Kalau tak, takkan masa duduk kat tingkat 8 dulu boleh dengar suara abah kat bawah bangunan.


Masa abah nyanyi tu kan, pakcik yang berjalan ikut laluan yang sama pandang kita. Pakcik tu tersenyum sambil geleng-geleng kepala. Orang pun tertunduk muka, malu dan gembira sangat. Masa tu kita ditimpa ujian, tapi sokongan keluarga mampu buat kita bergelak ketawa.. :')


Abah ingat tak, masa harijadi Firdaus haritu, kita sempat buat sketsa tak berbayar:

Abah: "Harijadi kamu bila?"

Orang: "Dah lepas la.."

Abah: *diam* "Kenapa Nabihah tak bagitau abah.
Tengok macam Firdaus tu, dia tak tahu malu, sebab tu dia bagitau abah."


Serentak kita gelak masa tu. Memang orang terharu bila abah cakap macam tu. Tapi bagi orang hadiah harijadi yang orang nak tiap-tiap tahun ialah bila ahli keluarga kita masih lengkap. Hadiah lain orang boleh mintak waktu hari biasa kan abah kan. :D


Abah, orang sebagai anak perempuan yang comel, orang rasa terharu bila abah tak pernah sisihkan orang dari masyarakat. Ramai anak anggota polis yang OKU, tapi kebanyakannya diorang sorokkan anak istimewa kat rumah. Berbeza dengan abah, selagi boleh promote anak dara abah yang comel macam Kak Ton ni abah akan promote habis-habisan.


Abah, masa abah jadi 'terkenal' kat Youtube dulu, abah tak tahu yang orang asyik menangis fikirkan pasal abah. Orang rasa macam nak maki hamun dan santau je makhluk tuhan yang aniaya abah sampai ke Facebook. Menangis orang tengok diorang edit video dan gambar abah, diorang cuma tau huru-harakan tempat,  lepas tu orang macam abah yang jadi mangsa keadaan. Tapi abah relax je, abah kata:
"Orang gila buat apa nak layan. Nanti tolong printkan gambar abah masuk Youtube ye. Abah nak tampal kat dinding". Ayat abah kelakar, tapi orang rasa macam nak menangis. Nasib baik anak abah ni pandai control macho tau.


Abah, bila mak tak ada kat rumah, abah layan dan jaga orang dengan baik sangat. Kadang-kadang layanan lebih daripada mak (err mak, mohon jangan terasa). Abah ingat tak, kalau tengok TV, bukan main serius kita tengok. Hihih.. tapi kalau layan wrestling, abah akan suruh orang translate.


Abah, walaupun abah bukanlah seorang yang handal speaking, tapi abah seorang yang SANGAT PANDAI dalam Bahasa Melayu. Serius, orang tak dapat nak jadi macam abah. Sekali abah menulis, memang boleh buat ramai orang menangis. Teringin nak ikut jejak abah. :)


Abah, dalam banyak-banyak lelaki yang orang kenal kat Malaysia ni, belum pernah lagi orang jumpa lelaki yang bersuara 'kuat'. Kebanyakan orang bersuara nyaring, tapi abah pulak kategori 'kuat'. Kalau abah nak panggil seseorang, tak payah guna pembesar suara. Kalau abah nyanyi, perghhhh.. memang mengancam. Cuma.. abah selalu salah lirik. :D


Abah, kalau ikut keluarga sebelah abah, orang respek sangat-sangat dengan abah. Sebab abah satu-satunya ahli keluarga yang berhijrah. Adik-beradik abah yang lain masih duduk berdekatan kampung lagi. Tapi abah 'mengembara' sampai ke ibu kota. Abah dulu orang susah. Alhamdulillah, sekarang kita dah 'mampu'. Cara abah berfikir pun jauh dari adik-beradik abah yang lain. Walaupun abah bukanlah minat pada sebarang teknologi terkini, tapi abah boleh masuk dengan perangai anak-anak dia. Abah tau PSY, Twitter, dan yang seangkatan dengannya. Cayalah abah! Haha..


Abah, ikutkan ada banyak lagi kenangan kita. Cuma orang takut orang TERfeeling habis. Hehe.. abah kena ingat, walaupun orang jarang bercakap dengan abah, tapi orang selalu doakan yang terbaik buat abah.


I LOVE YOU TILL JANNAH. n_n


Masa kat Depoh Pulapol. Abah yang letak tangan kat mulut. Posing gitu..


13 April 1985. Abah punya style macam agung kat duit. Haha..


21 September 1982. Masa ni ada Hari Perpisahan / Pertukaran Semboyan kat Jalan Gurney.


3 Oktober 1980 (apesal aku buat tahun makin ke belakang ni). Waktu ni abah tengah bergambar kat depan Kelas Semboyan Tampin. Sebelah kiri tu pakcik Imran. Tak pasti pernah jumpa ke tak.

September 1983.

P/s: Sengaja buat entri gila panjang. Hari Bapa punya pasal, korang baca la sampai pening ye.. :p


Mulut besar macam Pac Man, Kalau sudi silalah komen :D

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Iha Zaliza © 2010-2017