Latest!

Game: Kick Out Bieber 2

Assalamualaikum and happy weekend!

Masih lagi mood nak main game, ni antara game yang berjaya hiburkan hati aku walaupun agak jahat sikit. Jangan marah ek peminat Bieber.. ^^



Mulut besar macam Pac Man, Kalau sudi silalah komen :D

Wordless Midnight: Main Game dekat Blog

Assalamualaikum and good midnight.. ^^


I don't know why my IQ so brilliant + genius + clever tonight. (Oh My English!) Haha..

Tak tau kenapa baru muncul idea nak letak game kat dalam blog. Takde la aku merayap kat website lain dah lepas ni. Ok kalau korang rasa nak main dipersilakan. Aku pun tak sempat nak main lagi ni, ada kerja nak buat. Dah siap kerja baru syok dating dengan Pak Mario.

Kecik-kecik belajar sains,
Selamat bermains! (tambah huruf S)


Mulut besar macam Pac Man, Kalau sudi silalah komen :D

Ohh Yeke: Mrs. Bieber Meninggal Dunia


Mrs. Bieber merupakan gelaran yang diberi kepada Avalanna Routh, kanak-kanak berusia 6 tahun yang juga merupakan salah seorang peminat fanatik penyanyi kegilaan ramai masa kini, Justin Bieber.

Facebook bersetuju untuk memberi peluang kepada idolanya meluangkan sedikit masa bersama Routh sempena Hari Valentine yang lalu.

Routh meninggal dunia semalam (Rabu, 26 September 2012) akibat barah otak yang dihidapinya. Mendiang mempunyai 'cita-cita' iaitu ingin berkahwin bersama Bieber.


Selepas berita ini diketahui Bieber, beliau sungguh terkejut dan terus mengemaskini laman Twitternya:


P/s: Walaupun aku tak minat mamat ni, tapi aku kagum dengan respon yang diberi.

˙˙ǝʎ snoןɐǝɾ uɐƃuɐɾ ɹǝqǝıq suɐɟ pɹɐɥ ǝıp :nʞnʞ ɐʇoᴎ


Mulut besar macam Pac Man, Kalau sudi silalah komen :D

Photoshop Tutorial 4: Tukar Warna Rambut

Assalamualaikum / Salam sejahtera..

Tukar warna rambut menggunakan Photoshop sangat senang untuk dipelajari sebab kalau search kat Google korang akan jumpa berlambak Turtle Ria.

Tapi yang ni aku ikut cara aku sendiri lepas mencuba dekat YouTube tak lepas-lepas. -_-

Now it's time to show my magic!


Gambar untuk eksperimen: Lightning Final Fantasy XIII (lagi sekali)


Mulut besar macam Pac Man, Kalau sudi silalah komen :D

Photoshop Tutorial 3: Lightning's Tiles

Assalamualaikum / Salam sejahtera..




Malam-malam macam ni buat aku mengantuk tahap cipan dah tapi mengenangkan Turtle Ria ni asyik bertangguh buat aku postpone tidur kejap.

Kali ni nak ajar korang cara buat gambar efek Tiles. Macam kat atas ni, yang petak2 tu bukan kurap tau.

Aku pakai Photoshop CS6, tapi rasanya CS sebelum ni mesti ada jugak benda tiles nih.

Okeh ikut langkah kat bawah ni:


Mulut besar macam Pac Man, Kalau sudi silalah komen :D

Lifes: Cita - cita + Cinta

Assalamualaikum.. ^^

Konnichiwa minasan!
Watashi wa Iha desu.

Tu je yang sempat aku belajar. Nak tulis lebih-lebih nanti kena gelak dengan orang Jepun pulak.

Entri kali ni membuatkan aku nak bagitau korang bahawasanya aku bakal belajar bahasa Jepun secara lebih serius.

Ini kerana, novel aku sejak 3 tahun lepas TERtanam dalam kotak diari macam tu je. -_-

Aku tak pernah pun bagitau sesiapa macam mana sinopsis novel ni sebab bagi aku novel ni memang tak best. Seriously, aku cakap perkara sebenar dan bukan nak mintak korang puji sebaliknya. Tapi entah macam mana lepas 3 tahun novel ni wujud, terbukak hati aku untuk kongsikan sedikit jalan cerita sebelum nak hantar ke Penulisan2u. Harap sangat laman web tu terima cerita tak semenggah ni.

Novel ni melibatkan bahasa Jepun, dulu aku just tulis seolah-olah dah translate je. Sekarang aku nak cabar diri aku sendiri untuk belajar Nihongo.. :)

Novel tu berkaitan dengan dua negara dari timur yang mana 1 negara Matahari Terbit dan 1 lagi negara kita (tak tau nak beri gelaran apa untuk negara Malaysia). Macam mana seorang gadis berusia 15 tahun menjalani kehidupan di negara Jepun tanpa seorang ahli keluarga kandung. Keluarga angkat di Jepun mengajaknya untuk menghabiskan cuti sekolah selepas PMR ke sana namun tragedi menimpa heroin tersebut sehingga hampir2 menghembuskan nyawa terakhir. Atas sokongan seseorang (hero le tu), si heroin menjadi seorang yang kuat semangat dan akhirnya menimbulkan 1 lagi tragedi yang menyayat hati.

Opssss, sampai situ je aku boleh bagitau..


Bagi preview jap. Aku tak ingat ayat asal sebab laptop aku rosak. Ini ayat baru reka.. thihihi..

Pesanan aku, nanti novel dah siap jangan lupa beli tau tau tau.. (belum tulis apa2 lagi dah berimaginasi tahap dewa)

˙ɐʎɐs ıǝsuǝs ıpɐɾ ıpns ƃuɐʎ ɐpɐ nɐןɐʞ ɥısɐʞ ɐɯıʇǝʇɹǝq ʇɐƃuɐS :nʞnʞ ɐʇoᴎ


Mulut besar macam Pac Man, Kalau sudi silalah komen :D

Lifes: Mosque Background on Twitter?


Buka Twitter macam biasa, TERnampak background Twitter sebelum Sign in.


Aku rasa background ni dah banyak kali keluar masa nak Sign in, tapi selama ni aku gelojoh sikit tak menyempat nak tengok latarbelakang ni secara serius. Apakah maksudnya ek?

Aku bukak Wiki pulak, rasanya Twitter bukan berasal dari negara Islam dan pengasasnya pun bukan beragama Islam. Jadi agak 'pelik' bila diorang yang letak gambar ni.


Mulut besar macam Pac Man, Kalau sudi silalah komen :D

Lifes: Oha Ku Tu Ho


Oha Ku Tu Ho? Apa benda tu? Mencarut ek?

Opss, korang ingat aku berani nak mencarut? Kita taip la bahasa asing sekalipun jangan lupa sekarang Google Translation makin maju. Copy paste ayat korang lepas tu keluar maksud. Naya beb..

Ikutkan hati dan perasaan aku masih macam malam tadi *marah* tapi aku kena profesional jugak dalam setiap urusan. Jadi tajuk entri tak ada kena-mengena dengan kes gaduh-gaduh + dusyum-dusyum.

Tajuk diatas merupakan ayat I love you dalam bahasa Mandailing. Apa itu bahasa Mandailing?


Mulut besar macam Pac Man, Kalau sudi silalah komen :D

Lifes: Peramah ke Pemarah

Assalamualaikum..



Akhir-akhir ni aku senang menjadi seorang yang pemarah kat orang lelaki. Entahlah, sejak aku kecewa memilih kawan, aku macam takut nak cari kawan berlainan jantina ni.


Mulut besar macam Pac Man, Kalau sudi silalah komen :D

Photoshop Tutorial 2: Mancungkan Hidung (Plastic Surgery Free)

Assalamualaikum / Salam sejahtera..


Sila baca tajuk entri betul-betul. Aku bukan taip percuma pembedahan plastik tau, huhu.

Zaman sekarang zaman yang teramatlah canggih. Kadang-kadang benda yang tak masuk akal pun akan wujud jugak kat muka bumi ni apatah lagi kat planet lain. Sudah Iha Zaliza, sila berhenti merepek.


Mulut besar macam Pac Man, Kalau sudi silalah komen :D

Wordless Wednesday 1


Mulut besar macam Pac Man, Kalau sudi silalah komen :D

Lifes: Zaman Sekolah Part 5: Berniaga atau Sistem Barter?


Tiba-tiba rasa malas nak update entri lately ni. Malas tak bermaksud aku tak ada kerja. Okeh berhenti merepek.

Masih di SKTC, masih bahagian sekolah rendah, dan masih belum akil baligh, seperti yang dijanjikan aku akan cerita kisah aku berniaga di sekolah masa darjah 2.

Aku tak ingat mana datang idea nak 'berniaga' ni, mungkin sebab mak pernah cerita masa akak-akak dan abang aku sekolah dulu pernah tolong berniaga nasi lemak kat sekolah. Tak salah aku sebab tu kot 'idea baik' aku datang.


Mulut besar macam Pac Man, Kalau sudi silalah komen :D

Lifes: Kenapa Saya Tak Nak Bergambar Dengan Farid Kamil

Assalamualaikum and Peace be upon you..

Nak buat entri ringkas pasal ni.. sangat ringkas, mengenai kenapa aku tak suka Farid Kamil. Bukan tak suka maksud benci, tapi aku memang tak minat dia. Semalam masa pergi function kat PGA ramai yang tanya tak nak ambik gambar dengan beliau ke. Sebab ramai aweks/balak yang beratur nak bergambar dengan dia. Abah aku pun tanya tak nak bergambar ke, aku cakap tak nak, abah pun iyekan memandangkan kamera pun tak bawak, aku pun angguk laju2 (alasan yang tak boleh pakai sebab kamera handphone sah2 ada)..


Mulut besar macam Pac Man, Kalau sudi silalah komen :D

Lifes: Zaman Sekolah Part 4: Dihina (sad story)


Peace be upon you..

Dihina? Apa maksudnya?

Rasanya aku bukan cikgu BM, jadi tak perlu jelaskan dan aku tahu pembaca dan followers pandai2 belaka maksud D i h i n a.

Ini bukan cerita meminta simpati, tapi aku ada simptom cepat hilang ingatan. Jadi lebih afdal aku kongsikan pengalaman aku masa hingus meleleh (perumpamaan je, aku pembersih okeh) dari TERlupa. Harap jangan ada yang salah anggap dengan entri kali ni. Eleh, bunyi macam pemes sangat je blog aku. Visitors pun berapa kerat je.

To be honest, aku seorang yang bernasib baik sebab orang sekeliling aku jenis yang menghormati + memahami dengan keadaan aku. Sokongan dari setiap aspek sentiasa ada untuk aku macam kewangan, kasih sayang, kata2 semangat dan lain2. Cuma tak semestinya seumur hidup kita akan jumpa orang yang boleh menyenangkan hati kita. MESTI sekurang-kurangnya sekali kita akan berjumpa dengan orang yang bersifat opposite dari kita.

Kisah I


Cuba tengok gambar dibawah:



Mulut besar macam Pac Man, Kalau sudi silalah komen :D

Lifes: Zaman Sekolah Part 3: Pakai Baju Biasa ke Sekolah


Peace be upon you..



Mulut besar macam Pac Man, Kalau sudi silalah komen :D

Lifes: Zaman Sekolah Part 2: Kantin


Peace be upon you..

Mana yang masih ingat dengan entri yang lepas mesti terfikir mana kisah best friend yang berlainan jantina tu.
Err, aku nak tarik balik la.. tak jadi nak cerita. 

Why Iha Zaliza, why why why?

Malu kot nak bukak kisah ni. Banyak lagi cerita bermoral yang lain.

Hmm yelaaa.. so, nak cerita pasal apa pulak kali ni?

Kali ni nak cerita pasal K a n t i n..

Ini bukan kantin sekolah aku. Cari kat Google tak jumpa pulak.. -_- 
Gambar kat atas diambil dari blog Sekolah Kebangsaan Padang Hiliran ( Akibat tak jumpa gambar sekolah sendiri ). Nak kata SKTC tak popular tak mungkin. Sebab mengikut sejarah mak aku masa tahun 80an-90an ada HVD kat situ. Ala, senang cakap syarikat yang melahirkan pelakon popular macam Zamarul Hisham, Rusdi Ramli, Wan Nor Azlin dan lain-lain.

Okey2 balik ke topik asal. Sebenarnya, sepanjang 6 tahun aku belajar kat sekolah ni, tak pernah lagi aku makan kat kantin.


Mulut besar macam Pac Man, Kalau sudi silalah komen :D

Facebook Tutorial 14: Guna Dua Akaun Facebook dengan Satu Browser

Assalamualaikum/Salam sejahtera..

Perghh lama kot tak buat turtle ria. Dah tak ingat banyak benda bila sekali berhenti mengajar dan belajar.
-_-

Kali ni nak buat Turtle Ria yang sangat2 ringkas. Apakah?

Jom belajar cara nak sign in akaun Facebook lebih dari 1 akaun guna browser yang sama. :)

Akaun yang berbeza dengan hanya satu browser.


Tapi buat masa ni nak ajar browser Chrome dulu. Cuma ada 3 cara sahaja. :)  murah dengan senyuman pulak budak ni.


Mulut besar macam Pac Man, Kalau sudi silalah komen :D

Lifes: Zaman Sekolah Part 1: Katil di Kelas


Peace be upon you..

Kepala tengah pening. Mood nak update blog pun takde sebenarnya sebab tak berapa ok. Tapi komitmen kena ada untuk kejar cita-cita. Cita-cita? Ha'ah, ni je la cita-cita yang boleh aku harapkan sekarang. Harapnya berhasil la, Insya Allah.. :3

Waktu forever alone ni la aku tiba2 teringat masa zaman sekolah dulu. Teringat cikgu lelaki ni (tak ingat nama dia Amir ke Amri) pernah cakap, zaman sekolah adalah zaman yang paling best sangat. Nanti bila dah besar korang semua akan faham macam mana susahnya hidup. Aku pulak cebik bibir sambil monolog 'Mana best zaman sekolah'

Sekarang bila teringat balik CONFIRM tersenyum sorang2 macam monyet kekenyangan (pernah dengar tak perumpamaan ni?). Yela, seingat aku la kan, masa sekolah je aku kuat gelak. Bila dah besar, macam dah takde masa nak gelak golek2 sangat. Banyak masalah nak kena fikir.

Mana aku nak mula dulu ek, zaman sekolah aku sama macam pelajar yang lain. 12 tahun belajar secara asas. Jadi mungkin kisah sekolah aku akan jadi sebuah Telenovela, ewahh..

Mula2 aku nak cerita pasal katil dulu.


Mulut besar macam Pac Man, Kalau sudi silalah komen :D

Lifes: Ombak Rindu Berjaya Kalahkan Oppa Gangnam Style?

Assalamualaikum and peace be upon you..

Korang tak payah la buat² tak tau apa itu Oppa Gangnam Style. Aku yang tak tahu menahu pun cuba jugak ambil tahu apa yang orang gila minat sangat kat lagu ni. Aku pun pergi la kat YouTube.


Aku bukak volume pun perlahan je sebab tak nak orang tau yang aku tengok video ni. Malu gila aku kalau orang nampak apa aku tengok ni.


Mulut besar macam Pac Man, Kalau sudi silalah komen :D

Lifes: I ♥ You Nazaryman!

Assalamualaikum..

Tajuk entri kali ni MESTI boleh buat korang terkejut dengan pengakuan aku.. mana tak TERkejut, siapa yang bukan blogger mungkin fikir: "Owhh, Iha Zaliza blogger tak terkenal tu nak cerita pasal pakwe dia la tu.. whateverrr.."

Tapi kalau yang dah sah² blogger, MESTI korang akan rasa menyampah + geram + takut + gerun kat empunya nama tu.


Mulut besar macam Pac Man, Kalau sudi silalah komen :D

Terbaekkk: Rumah Idaman Kanak-Kanak

Assalamualaikum/Salam sejahtera..

Rumah 3 tingkat ini dibina di Jepun oleh arkitek LEVEL. Kanak-kanak pasti suka dengan rumah ini sebab untuk ke ruang tamu, mereka boleh turun menggunakan gelongsor.



Mulut besar macam Pac Man, Kalau sudi silalah komen :D

Terbaekkk: Tupai Paling Popular di Dunia

Assalamualaikum/Salam sejahtera..

Ni bukan tupai Alvin and the Chipmunks, tapi ini tupai realiti yang telah melakukan reaksi spontannya di Kanada.


•Melissa Brandts dan suaminya Jackson, dari Minneapolis, Minnesota, telah menetapkan waktu pada kamera untuk sebuah gambar romantis mereka berdua dengan latar belakang sebuah tasik.


Mulut besar macam Pac Man, Kalau sudi silalah komen :D

Terbaekkk: Derma Darah Dapat Minyak Enjin Percuma

Assalamualaikum/Salam sejahtera..

Dua orang lelaki sedang menderma darah di pusat menderma darah bergerak di hadapan bangunan syarikat Virginia Tire & Auto di Certeville, Amerika Syarikat pada 27 Ogos lalu.


Mulut besar macam Pac Man, Kalau sudi silalah komen :D

Is it True?: Inilah Adik Presiden Barack Obama

Assalamualaikum/Salam sejahtera..

George Hussien Obama, 30, terperangkap dalam penyalahgunaan dadah dan ketagihan minuman keras yang kronik sejak usianya 10 tahun lagi.


•Lelaki miskin ini tinggal di sebuah perkampungan yang serba kekurangan.

•Beliau yang menginap di sebuah perkampungan yang miskin dan kotor di Nairobi, Kenya itu merupakan adik tiri kepada Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama yang juga merupakan 'orang no.1 di dunia'.


Mulut besar macam Pac Man, Kalau sudi silalah komen :D

Ohh Yeke: 7 Waktu Dilarang Meminum Air

Assalamualaikum/Salam sejahtera..


Tahukah anda, terdapat 7 waktu yang kita tak digalakkan untuk minum air.

Jika boleh, anda cubalah elakkan. Tapi, kenapa pulak agaknya anda tak digalakkan minum pada waktu-waktu tersebut?

Tak lain dan tak bukan adalah bagi memelihara tubuh badan anda agar sentiasa berada pada tahap terbaik.

7 waktu yang dimaksudkan ialah:

1 → Sebaik sahaja bangun tidur.
»Tetapi anda juga digalakkan meminum air masak dahulu sebelum bersarapan.

2 → Selepas keluar dari bilik mandi atau tandas.


Mulut besar macam Pac Man, Kalau sudi silalah komen :D

Is it True?: Kucing Berwajah Dua

Assalamualaikum/Salam sejahtera..


•Wajah kucing ini terbahagi kepada dua bahagian iaitu satu bahagian berwarna hitam dan satu bahagian lagi berwarna perang.


Mata kucing ini juga ternyata berbeza iaitu dengan sebelah mata berwarna biru ais dan sebelah lagi berwarna hijau.


Mulut besar macam Pac Man, Kalau sudi silalah komen :D

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Iha Zaliza © 2010-2017