Latest!

Review: Belog Princess Syazliyana

Assalamualaikum..

Harini saja aku nak buat 2 entri review sekaligus. Sebenarnya rasa bersalah sebab lambat review pemenang Bubbly & Associates Giveaway ni. Jadi untuk tebus rasa bersalah tu, kedua-dua entri review akan melekat sehingga 31 Mei 2013. Harap para pemenang suka :)

Ok untuk blog kedua yang nak direview ni, jom kita berkenalan dengan blogger Belog Princess Syazliyana.

Gambar yang dikidnap di FB beliau. Hehe sorry awak.. :)


Serba-sedikit yang aku tahu mengenai Syazliyana:

* Amirah Syazliyana Binti Rosidi
* Nana / Kakak
* 8/4/1999
* Asal Mersing, Johor
* Tinggal di Shah Alam, Selangor
* Pelajar tingkatan 2 di SMK Seksyen 24, Shah Alam, Selangor
* Peminat One Direction :)

Mengenai blog Nana:

-Aku tak berapa pasti masa bila Belog Princess Syazliyana mula wujud tapi apa yang pasti, entri pertama yang dihasilkan oleh Nana adalah pada bulan November tahun 2011.

-Kebanyakan entri-entri yang ada di blog Nana adalah entri beliau menyertai Segment mahupun Giveaway dan Contest. Mungkin kesibukan sebagai seorang pelajar yang membataskan Nana update sebarang entri? Tapi bukanlah bermakna Nana tak pernah update langsung entri mengenai kisah dirinya, ada juga beberapa entri mengenai kehidupan seharian Nana, review novel dan lain-lain. :)

-Dari pandangan mata aku yang rabun, Belog Princess Syazliyana menggunakan warna tema merah jambu dan coklat gelap. Ini menyebabkan aku terbayang-bayangkan aiskrim coklat dan strawberi, ehh tiba-tiba je aku ni.

-Blog Nana jugak aku boleh katakan ringan, kemas dan comel. Sekejap je loading walaupun internet tak berapa laju tadi. Bila timbang berat blog Nana, sekarang blog beliau seberat 94.11KB. Ringan tuuu, kalah aku. (dah mula dah sesi menimbang blog orang nih xD )

-Rasanya Nana ni mesti peminat Domo-kun kan? Icon blog, headerbanner, title sidebar, atas post-border, gambar "Assalamualaikum", signature, dan icon kecik kat post page options pun ada Domo.. fuyooo rambang mata jap, rasa macam nak curi je Domo kat blog Nana dua tiga empat ekor :D

-Ketika entri ini ditaip, followers Belog Princess Syazliyana sudah mencecah angka 1486 orang. Waaa ramai tu, juling tak sekata mata ini seketika.

-Design blog tersebut adalah hasil blogger terkenal, Nabila Medan. Comel! :)

2 entri untuk mengenali Nana dengan lebih lanjut:


Jangan main-main, Cik Lyssa punya ucapan tu.. :D

Nana's Site:



Jom ramai-ramai skodeng Belog Princess Syazliyana!
Dah skodeng tu jangan lupa jadi jiran beliau sekali tau :D


Mulut besar macam Pac Man, Kalau sudi silalah komen :D

Review: Secret Of Shaila

Assalamualaikum..

Sebenarnya ini mungkin kali pertama aku buat review secara serius (err, izinkan aku buat lawak sikit-sikit). Memandangkan ini adalah hadiah yang tak seberapa dari aku untuk pemenang Bubbly & Associates Giveaway, jadi kena lebih teliti sikit dalam mempromosikan sesebuah blog. Lagipun dah lama tak jalankan aktiviti menyiasat seseorang dengan lebih mendalam. Ai loike :P


Secret Of Shaila merupakan nama blog yang dimiliki oleh Ms Shaila. Selepas puas aku godek-godek segala link kak Shaila ni semalaman, cuma sedikit sahaja biodata beliau yang dapat aku 'cedok' dari blog dan FB. Nak kenal blog kena kenalkan tuan empunya dulu ye tak..

Iklan: Izinkan aku memanggil beliau "kakak" untuk membahasakan dirinya dalam entri ini, demi menghormati perbezaan usia antara aku dan kak Shaila :)


-Shazillah Sani
-Ms Shaila
-6/2/1988
- 1) SMK Bandar Baru Sg. Buloh
2) UITM Perak
3) UITM Shah Alam

Opsss, TERcuri gambar cik gadis yang manis ni pulak, sorry kak :D

Kali pertama aku kenal kak Shaila adalah semasa beliau melancarkan Giveaway pertamanya iaitu Giveaway by Secret of Shaila pada 2 Februari lalu. Masa tu kalau tak silap blog kak Shaila masih menggunakan warna tema yang sama iaitu pink.

Asal-usul wujudnya blog Secret Of Shaila ini pula adalah disebabkan blog pertamanya, Secret Of Us terpaksa ditutup bagi mengelakkan pihak tidak bertanggungjawab menggodam blog tersebut. Pada mulanya kak Shaila merasa terlalu sedih atas kehilangan blog dan followers kesayangan, namun dek kerana dunia blog sudah menjadi separuh dari hidupnya (kata kak Shaila) ditambah atas sokongan kawan-kawan, akhirnya blog Secret Of Shaila pula diwujudkan pada Disember 2012 (sila betulkan jika blog ini wujud lebih awal dari tarikh yang dinyatakan).

Gambar yang diambil dari SINI

Jika dilihat pada entri-entri di dalam blog Secret Of Shaila ini, rasanya blog ni baru 5 bulan aktif dalam dunia blog (ayat dah start belit-belit). Tapi followers yang kak Shaila ada sekarang, wow marvellous you. Ini gambar yang telah diprint screen malam tadi:


Dan tadi bila aku singgah blog kak Shaila lagi sekali, akhirnya followers beliau telah mencecah angka yang ke-1000! Tahniahhh.. *tepuk tangan + tepuk kaki*

2 buah entri yang menarik perhatian aku:


Pandangan peribadi aku mengenai karakter kak Shaila:

Aku huraikan sedikit karakter kak Shaila melalui 2 entri yang menarik perhatian aku diatas, antaranya:

-Seorang yang berfikiran matang. Secara jujurnya aku memang jarang datang ke blog kak Shaila. Tapi setelah diselongkar sampai lebam dan terjumpa entri Corat coret kisahku 2012, serius aku kagum dengan beliau. Kalau aku ada kat tempat kak Shaila, belum tentu aku mampu berfikir sampai macam tu sekali. Apa yang aku maksudkan adalah kisah kak Shaila pada bulan Januari. Sila sediakan saputangan Hello Kitty siap-siap sebelum membacanya.

-Pandai mengawal perasaan. Dari gaya penulisan kak Shaila, beliau seorang yang pandai mengawal perasaan jika sesuatu ujian menimpa dirinya. Ehh bukan kak Shaila yang cakap, aku sendiri yang ikhlas bagi pujian ni. Tak semua manusia pandai kawal perasaan dan emosi masing-masing (termasuk aku, hehe) tapi kak Shaila sebaliknya. Saya respek anda. :)

-Optimis. Sampai-sampai je kat blog kak Shaila, bukak entri dulu-dulu, tiba-tiba ada satu perasaan positif masuk dalam diri aku. Taktau tang mana, tapi aku asyik tersenyum masa baca Bila Allah Datangkan Ujian tu. Sungguh/amat/sangat/terlalu/serius terkesan bila membacanya. Mungkin aku yang over tapi aku suka entri ni.

Apapun, semoga blog Secret Of Shaila terus sukses dan bilangan followers akan terus meningkat secara mendadak (jom aminkan ramai-ramai :D ). Mana yang masih belum follow kak Shaila bolehlah kita terjah blog beliau secara berjemaah. Jom!

#Entri ini akan terus melekat sehingga 31 Mei 2013. :)


Mulut besar macam Pac Man, Kalau sudi silalah komen :D

200th Entries: Salasilah Keluarga

Assalamualaikum..


Orang lain dah berapa puluh ribu ratus juta sen post entah, aku baru nak masuk entri ke-200? Ish ish ish sadis..

Ok berbalik pada tajuk diatas, aku nak cerita sedikit mengenai salasilah/sejarah keluarga aku. Dulu sekolah tak sempat buat folio, sekarang dah meratap. Sebelum aku gigit dinding tanda meratapi lebih baik aku ceritakan kat blog. :D

Oh sebelum tu meh nak perkenalkan kat korang sedikit latar belakang adik-beradik aku dulu.

Biodata adik-beradik

1. Nurlatifah
a) 1/2/1986

b) Sudah bergelar Puan okeh

c) Jenis darah O

d) Sama macam kak Dayang Deno, kena buat CAPD jugak :)

e) MASTER/MENTOR/SIFU yang ajar aku minat rock :P

f) Otaku (dulu je kot). Akak, sila betulkan kalau orang silap :D


2. Nur Ain
a) 8/1/1987

b) Status? Dah dibooking kot, haha..

c) Jenis darah A

d) Selalu jadi 'lampu suluh' untuk aku pergi ke 'jalan yang betul'.. :)

e) Peneman setia masa aku dok kat wad dulu

f) Aku selalu curi barang beliau xD


3. Mohd Fauzan
a) 31/7/1991

b) Insya Allah bakal berkahwin dengan blogger popular. (konfem aku kena sound nanti) :D

c) Jenis darah O

d) Seorang yang kelakar. Kalau bab-bab parody sila serahkan pada beliau

e) Salah seorang yang beri galakan padu + kaw kaw untuk aku berblog

f) Sifu dalam bidang komputer

4. Unknown People :P

5. Al Firdaus
a) 18/4/1998

b) Nak tau status, kena tanya dia sendiri kat Ask.fm takpun Twitter, heheh..

c) Jenis darah taktau.. kitorang agak A (suka hati je buat ramalan)

d) Walaupun jarak 4 tahun, tapi IQ dia jauh lebih pandai berbanding aku

e) Teman gaduh. Maklumlah tinggal anak yang 'hujung-hujung' je kat rumah sekarang :D

f) Kepada die hard fans Firdaus diluar sana, korang kena tahu bahawasanya beliau peminat tegar ayam

Kitorang lima bersahabat beradik memiliki ibu bapa yang awesome. Ke-awesome-an itu tidak dapat disangkal lagi setelah jiran-jiran, kawan-kawan, sedara-mara dan yang sewaktu dengannya sering kali memuji 'perwatakan' mak abah.

Biodata mak abah

Nama abah Mohammed Fazali Bin Ibrahim. Lahir pada 9 April 1959 di Chikus, Langkap, Perak. Kampung kat Kunci Air 12, Chenderong Balai, Teluk Intan, Perak. Haa hambek gila details aku bagi, haha..

Abah ada 9 orang adik-beradik dan abah anak yang ke-4. Sama dengan aku, anak nombor 4 jugak.
Abah telah berkhidmat dengan PDRM selama 34 tahun. Insya Allah mungkin abah akan terus berkhidmat sebagai anggota polis dalam masa 2 tahun lagi (2015).

Nama penuh mak pulak Haliza Binti Yunos. Tarikh lahir 5 Jun 1964. Minggu depan harijadi mak. Hadiah masih tak beli, haihh.. kalau tak dapat bagi hadiah, aku jadi anak gila taat je time tu. Lebih baik daripada biasa la konon, haha..

Mak berasal dari Segamat, Johor. Anak ke-13 daripada 14 beradik. Sama dengan aku, anak second hand last. Waktu raya adalah waktu yang paling ditunggu-tunggu masa aku kecik dulu. Sebab dapat duit raya berkali-kali ganda. Tu baru adik-beradik mak, belum sepupu yang dah besar dan dah bekerja. Tak termasuk jiran-jiran. Haha mata duitan sangat-sangat masa tu.

Apa yang aku kagum dengan adik-beradik mak ni, jarak tahun depa lahir dekat-dekat je.
Tengok susunan kat bawah ni:

1943, 1946, 1948, 1950, 1951, 1953, 1954, 1957, 1958, 1959, 1960, 1962, 1964, 1967.

Credit

Kami lima beradik berdarah kacukan....

Bugis dan Mandailing. Bugis belah mak dan Mandailing belah abah.

+Nur Irdina , maaf. Sebenarnya nak printscreen yang highlight tu je.
Tapi akak suka baca komen Dina. :D

Bugis aku tak hairan sangat, mesti ramai yang tahu. Pasal Mandailing pulak, aku pernah tulis serba sedikit mengenainya dekat sini. Mandailing tu lebih kurang 'cultural group' yang berasal dari Sumatera, Indonesia. Err nanti aku akan ceritakan lebih terperinci pasal Mandailing ni ok.

5 fakta tentang Fazali kids:

- Nombor 1-3 lahir kat Johor, nombor 4 dengan 5 kat Selangor.
-Anak lelaki lahir kat hospital, anak perempuan lahir kat rumah. (kebetulan je ni)
-Aku dengan Firdaus kidal. Yang balance tu normal :D
-Lukisan kitorang berbeza (pasal ni pun nak bagitau)
-Jarak nombor 2 dengan 3 adalah 4 tahun. Jarak nombor 4 dan 5 pun sama jugak 4 tahun.

Err cukuplah sampai sini je.. ekceli aku betul-betul tak cukup masa nak update panjang lebar ni. Melanggar etika Rabu Tanpa Kata seketika adalah tidak berdosa kan? (ayat skema weh) Lagipun dah malam Khamis pun :P

Al-Fatihah kepada mereka..

1. Ibrahim Bin Paringgonan (Atuk)
-Ayah sebelah abah
#1929 - 2011
(23 Februari 2011)

2. Hendun Binti Md Tahir (Opah)
-Ibu sebelah abah
#1936 - 2008
(6 April 2008)

3. Yunos Bin Isa (Tokbah)
-Ayah sebelah mak
#1922 - 1990
(23 Februari 1990)

4. Halimah Binti Puteh (Tokmak)
-Ibu sebelah mak
#1924 - 2005
(16 Oktober 2005)

5. Ahmad Fauzan Bin Ibrahim (Pak Long Fauzan)
-Abang sulung sebelah abah
#Lahir tahun 1951
Mak kata arwah pak long meninggal sebelum kenal abah lagi tapi tak pasti tahun bila

6. Faizatulliza Binti Ibrahim (Mak Su Liza)
-Adik bongsu sebelah abah
#1975 - 1980

7. Abdul Rashid Bin Yunos (Pak Rashid)
-Abang ke-7 sebelah mak
#1954 - 2013
(27 April 2013)

Credit


Mulut besar macam Pac Man, Kalau sudi silalah komen :D

Lifes: Surat Cinta Remaja Kepada Adinda

Assalamualaikum..

Source Image HERE

1 Mei haritu aku pernah hasilkan entri ini. Kali ni aku nak buat satu surat cinta ala-ala awek rock sikit so sila jangan terkejut dengan bahasa yang agak kurang lemah lembut ni. Aku nak buat kejutan kat kawan aku. Mesti dia tak ingat hari Sabtu lepas (25 Mei) adalah hari apa..

Aku yakin, memang takde sesiapa nak baca 'surat cinta' aku kat bawah ni sebab serius panjang. Tujuan aku buat esei ni pun untuk beliau baca je. Mesti dia tacing punya la.. :P

Ke hadapan Adinda Zalifa,

Beb, lu masih ingat tak macam mana kita boleh kenal? Mesti lu ingat punya.. masa tu lu letak profile picture gambar jersi. Yelah waktu tu orang tengah demam FIFA. Wa taktau macam mana muka lu. Lu pun taktau macam mana muka wa, sebab wa tengah fanatik letak gambar tengkorak. Wa ingat lagi, wa nak berkawan dengan lu sebab lawak kita 'sepesen'.

Bila kita dah sebulan kenal hati budi masing-masing, kita ajak dating pulak. Lu ingat tak? Masa tu kita bukan ajak jumpa kat taman, bukan jugak kat shopping complex mahupun mana-mana gig atau funfair, tapi kat hospital. Lu pun setuju je dan bermulalah sketsa cinta kita. Haha..

Beb, lu ingat tak time wa frust menonggeng dulu? Alaa yang zaman kebodohan wa tu, haha.. lu TERpaksa jadi pendengar setia luahan wa. Dah la wa suka hati je kacau lu. Tengah malam la, lepas subuh la, tapi lu tetap sabar dan cuba pujuk wa. Kalau wa ada buat silap pun, lu tegur wa baik-baik. Takde sakitkan hati wa.

Beb, lu ingat lagi tak ada sekali tu, hampir seeeeeeeemua kawan-kawan lu ingat wa balak lu? Ingat tak? Mana diorang syak wa pakwe lu, sebab hari-hari wa hantar ucapan sweet siap gambar love bagai. Heheh, masa tu wa gila obses dengan application dekat Facebook. Lu sorang je wa selalu bagi gambar comel-comel, orang lain wa ignore. Habis semua member kamcing lu buat gosip pasal kita. Bila dah kenal baru diorang terkedu tengok wa, hahaha..

Ke hadapan Adinda Zalifa,

Beb, lu ingat lagi tak saat-saat best kita gelak golek-golek pasal Sang Kancil? 'Sang Kancil' tak pernah buat kita tak gelak. Kewujudan beliau dalam cerita kita selalu mengakibatkan masing-masing semput dan sesak nafas. Beliau la satu-satunya manusia yang cakap Kulim kat Terengganu. Beliau jugak yang berkeras marah lu sebab jawab matematik salah. Kata 'Sang Kancil' ada ke lu jawab 1 tolak 1 sama dengan 0. Sepatutnya 1-1=1. Betul-betul marah 'Sang Kancil' masa tu xD

Beb, lu masih ingat tak, tiap kali wa admit ward, lu mesti datang walaupun cuma sehari je. Lu datang MESTI bawak buah tangan. Bukan untuk wa je, untuk 'adik kita' sekali pun lu siap bawak. Lu tau tak, tiap kali lu bagi something dekat wa, wa mesti rasa macam nak marah lu. Sebab wa tau 'sen' lu selalu cukup-cukup untuk lu sorang je. Tapi kenapa lu sanggup habiskan duit belanja lu semata-mata untuk wa?

Beb, benda yang paling berharga dalam hidup wa selain ada keluarga dan kesihatan yang baik, adalah bila wa kenal lu. Sebab wa tau, Allah memang bagi wa 'hadiah' yang sangat istimewa. Lu lah hadiah tu, tak perlu bagi wa hadiah yang lain lagi okey? :')

Ke hadapan Adinda Zalifa,

Beb, sepanjang 3 tahun kita kawan, kita tak pernah gaduh! Langsung tak pernah kan? Datang saka masing-masing, kita akan melenting jugak tapi bila bersembang fikiran masing-masing mesti jadi waras kejap. Hehe.. kadang-kadang kawan sekeliling kita selalu jugak peralatkan kita untuk kepentingan diorang. Tapi kita masih bertahan dan berkawan baik sampai sekarang. Insya Allah selagi wa hidup, wa akan jaga persahabatan kita baik-baik..

Beb!! Yang ni paling wa tak boleh lupa dan kalau boleh wa taknak lu lupa jugak. Ingat tak masa kaki wa sakit tak boleh nak gerak langsung? Wa rasa macam nak lumpuh dah waktu tu. Nak-nak lagi masa tu wa tertekan sebab SPM nak dekat. Doktor kat hospital tak bagi wa ambik periksa kat wad. Siang tu wa menangis, malam tu mood tak berapa okey.

Sebab perangai wa dah macam hantu siam sikit, doktor suruh wa pergi buat x-ray. Malam tu cuma ada wa je kat x-ray, takde pesakit lain. Seram pun ada sebab waktu malam. Yang mengharukan, lu teman wa tengah malam tu! Sumpah sepanjang wa hidup belum pernah lagi wa ada kawan yang sanggup teman sampai tengah malam. Wa memang terharu sangat waktu tu, tapi wa taknak tunjukkan depan lu. Terima kasih beb.. lu memang layak digelar "kawan"..

Beb, walaupun kita ni berkenalan kat kelas RS (Rock Selamba), tapi berapa banyak lagu jiwang kita layan bila habis kelas? Aku Bukan Pilihanmu, Unintended, Tertalu, Spender Tenda Biru, dan beberapa lagu jiwang yang sewaktu dengannya semua kita sapu. Dah nama perempuan, dalam hati mesti la ada taman permainan kan.. hahah..

Ke hadapan Adinda Zalifa,

Beb, wa rasa dah cukup panjang esei wa bagi dekat lu. Selalunya 20 perenggan wa bagi tapi kali ni kurang sikit. Wa mintak maaf kalau wa ada terbrutal bahasa dalam esei ni.

Terima kasih beb sebab lu sudi jadi cikgu BI wa dulu.

Terima kasih sebab sudi layan perangai kebudak-budakan wa masa mula-mula kenal.

Terima kasih sebab lu selalu tak lupakann wa tiap kali lu pergi bercuti.

Terima kasih sebab lu selalu jadi orang pertama yang wish harijadi wa.

Terima kasih sebab sentiasa ada waktu wa susah dan senang.

Terima kasih sebab lu tak pernah sisihkan adik-adik lu yang sakit ni especially wa dan Emir.

Dan terima kasih sebab sudi jadi kawan wa selama 1099 hari. (25 Mei 2010 - 27 Mei 2013)
Lu memang akak yang rock \m/


Awek yang terharu,
RBK

P/s: Gambar tak dapat disediakan sebab semua ada kat beliau. Nak mintak takut tak suprise pulak, hehe..


Mulut besar macam Pac Man, Kalau sudi silalah komen :D

Segmen Nabeel Fikree Mencari Bloglist #2

Assalamualaikum..



Nabeel Fikree sedang mencari bloglist untuk bulan Jun dan Julai iaitu pencarian bermula dari 26 Mei 2013 dan berakhir pada jam 11:59 malam 30 Mei 2013 nanti. 20 orang yang bertuah akan dimasukkan ke dalam bloglist Nabeel Fikree bermula 1 Jun nanti.


Syarat-syaratnya :
  1. Follow blog NabeelStories.com.
  2. Buat satu entri bertajuk Segmen Nabeel Fikree Mencari Bloglist #2
  3. Sila copy code yang telah disediakan dan paste pada ruangan HTML entry
  4. Tinggalkan link entry pada ENTRY INI sahaja


Harap segmen ni mendapat sambutan.

Jumlah peserta yang akan di pilih untuk masuk ke dalam bloglist bergantung kepada penyertaan anda.



Mulut besar macam Pac Man, Kalau sudi silalah komen :D

Facebook Tutorial 16: Emoji untuk Ruangan Komen dan Chat Facebook

Assalamualaikum..

Korang tau tak, dah 2 kali aku buat entri hari ni, dan dah 2 kali aku padam. Mood bercelaru akibat tangan bengkak macam anak dara kingkong. Haha stressss betul dengan perangai sendiri.. tapi takpelah. Alang-alang dah bukak blog ni aku nak post antara link icon emoji yang korang boleh gunakan di bahagian komen dan kotak mesej / chat Facebook. Selamat mencuba! :)

Symbols&Emoticons for facebook!
(untuk kotak chat)

(untuk ruangan komen dan kotak chat)

(untuk kotak chat)

(untuk kotak chat)

(untuk kotak chat)

Untuk lebih kod emoticons ada disini.

Mungkin esok atau lusa baru aku dapat blogwalking. Nak jaga budak berjambang ni dulu. xD


Mulut besar macam Pac Man, Kalau sudi silalah komen :D

Lifes: Penjelasan Entri Bergambar Cincin

Assalamualaikum..

Masih ingat entri Wordless Wednesday 10 semalam? Alaa gambar ngada-ngada aku tunjuk cincin tu. Haa meh sini aku jelaskan kenapa dan mengapa aku tunjuk.

Euww sangat ngada-ngada aku letak frame love bagai. :P

Siapa yang beri cincin ni? - Mak aku. Bukan mak orang lain. Puan Haliza sendiri yang bagi. Kisahnya bulan Mac lepas aku duduk sebelah mak. Saja je aku gedik pakai cincin mak. Maklum la aku tak berapa minat pakai barang kemas. Lepas sarungkan seminit dua terus nak pulangkan balik. Sekali mak suruh pakai, katanya cincin tu sesuai dengan jari aku. Sebelum ni aku ada try cincin semua orang yang agak rapat tapi semuanya longgar. Cincin ni je yang ngam.

Mak kata barang kemas bukan untuk disimpan, aku pun pakai je la cincin ni sampai semalam. Kelmarin abah baru perasan aku pakai cincin pemberian beliau kat mak. Abah pun kata sesuai dengan jari aku. Aku pun iyakan je la sebab aku tak rasa lawa pun. Mak pakai lagi cun. Taknak bagi mak baca la entri ni, nanti beliau bangga tak terhingga dengan pujian aku, haha..

Lagipun terus-terang cakap, bila pakai ni rasa 'selamat' je. Saja nak kasi orang sekeliling a.k.a kenalan dulu-dulu tanda-tanya dengan status aku sekarang. Bila tunjuk cincin ni baru orang diam. Kalau diorang tanya baru aku pulak yang diam :D

Jadi tak payah la fikir aku ni dah bertunang ke apa. Takkan la tergamak aku nak tunang senyap-senyap kot. Korang kawan-kawan aku kena tahu kalau aku ada seseorang. Aku takkan rahsiakan. Heh tapi bukan sekarang la, soal cintan-cintun ni jatuh kat nombor sejuta empat belas dalam hidup aku. Haha nampak tak betapa tak pentingnya.

Banyak lagi yang aku kena kejar dalam hidup, kejar cita-cita dulu sebelum kejar cinta. Tapi kalau masih ada diluar sana yang menyingle tu meh la kita berkenal-kenalan. Dari korang hantar mesej ON CINTA untuk cari pasangan baik berkenalan dengan aku terus :P


Ehh cerita belum habis lagi. Ekceli cincin tu terpaksa ditanggalkan semalam akibat berlaku satu kejadian yang tak diingini. Pagi semalam masa bilik gelap aku nyaris-nyaris nak terjatuh ke lantai sebab masih mamai. So aku tahan pakai tangan, disebabkan aku lupa yang aku ni 'terlebih kuat', jari manis ni tertarik ke belakang dan tulang berbunyi kuat. Terus segar mata aku. Kalau dah patah tu sakitnya tak payah cakap la.

Kamera kabur pulak. Boleh nampak ke kesan lebam kat bawah jari manis tu?

Jari makin bengkak, aku dah rehatkan elok-elok pun tangan ni makin biru. Tapi aku taknak give up. Aku tetap cuba buat macam kaedah hospital buat dulu. Kalau bawak pergi hospital pun tak boleh buat apa-apa. Doktor tak bagi usik. Jari pun dah ada tanda-tanda tak dapat nak bergerak. Jadi aku harap korang faham la kenapa blog korang aku cuma tinggalkan 1 komen je. Hantu Komen jatuh sakit la, hahaha..

#Saat ini saya terharu dengan pengorbanan kembar saya. Beliau tolong kemaskan bilik saya, beliau tolong sikatkan rambut tak terurus saya dan beliau tolong masakkan bubur untuk saya (dah 4 hari gusi bengkak). Thanks Mak Lija (nama gelaran yang boleh buat gaduh) :D


Mulut besar macam Pac Man, Kalau sudi silalah komen :D

Wordless Wednesday 10

Assalamualaikum..


Mulut besar macam Pac Man, Kalau sudi silalah komen :D

Lifes: Aku yang Tak Cukup Masa

Assalamualaikum..

Ya aku mengaku memang banyak lagi blog yang tak sempat aku singgah dan tinggalkan komen. Bukan sengaja, tak sengaja langsung. Diri sendiri pun tak sempat nak berhias. Selalu kena gelakkan dengan mak sebab aku pakai baju terbalik. See betapa kelam-kabutnya dan tak cukup masanya anak Mak Lija dan Pak Jali ini (suka betul aku pelatkan nama mak abah, hahah). Aku akan datang tempat korang, cuma tak janji pukul berapa dan hari apa.

Buat masa sekarang nak melawa macam ni memang tak boleh laa.. 

Gaya macam Mak Cik Joyah ni boleh, ringkas dan mudah je nak siap.. huhu..


Mulut besar macam Pac Man, Kalau sudi silalah komen :D

Lifes: Blog Aku Difollow Blogger Lucah?

Assalamualaikum..

Waa ini bukan entri publisiti murahan okey, ini adalah entri untuk aku jelaskan kat korang bahawasanya tak pernah langsung aku pergi mahupun singgah sekejap ataupun follow mana-mana blog yang berunsur 18SX. Euww apekejadah. Main Super Mario Bros lagi syok kot. Tak pun main Final Fantasy ke, huhu..

Aku nak tutup netbook dah tadi sebab ngantuk sangat lepas makan ubat, TETAPI terkejut berik (+Nur Irdina yang ajar perkataan ni) lepas nampak follower yang terbaru. 

Contoh muka terkejut berik.

Kenapa blog 18SX itu follow aku? Aku ada taip keyword yang membuatkan readers berasa ghairah ke? Ada ke?? Perkataan paling tak senonoh pernah aku taip adalah korek hidung je kot. Adoi pening mak, nak tidur pun rasa tak nyenyak (5 minit dari sekarang confirm dah berdengkur). Apa aku patut buat ni? Malu kot bila tengok widget followers kat sidebar. Pada yang berpengalaman dan pernah menerima nasib yang sama, harap ajarlah aku buat keputusan yang bijak.



Pelbagai lagi reaksi terkejut berik dari aku. Tapi yang pasti pesen sama je.


Mulut besar macam Pac Man, Kalau sudi silalah komen :D

Lifes: 11 x 3 Things About Me (Part 2)

Assalamualaikum..


Aku dah tetapkan hari Senayan (Isnin) adalah hari untuk aku menyertai sebarang Segment, Contest mahupun Giveaway. Soal jawab juga tak terkecuali. Minggu lepas aku dah buat entri 11 x 3 Things About Me dari Wani, Bella, dan Lissa. Jadi minggu ni izinkan aku menjawab soalan sahaja. 11 perkara tentang diri aku, 11 soalan yang aku beri dan 11 orang mangsa tag masih orang yang sama seperti dalam entri sebelumnya. Kalau tak kena tag tapi nak jawab jugak dialu-alukan, hehe..

#Dengar cerita bro +Hatimi Tahirruddin nak join tapi aku lupa pulak nak tag beliau, kihkih.. *perangkap* :P

Okeh ni antara soalan yang aku terima dari Adik Dina, Kak Deno, dan Kak Qeela. :)

11 Soalan Perangkap dari Nur Irdina :p

1. Korang pernah ade pengalaman cinta monyet tak ? (haha)
~Buat masa ni tak pernah lagi bercinta dengan mana-mana monyet.
(mesti Dina bengang dengan jawapan aku nih) xD

2. Apa makanan & minuman favourite korang ? Bagitau kenape .
~Banyak sangat! Nak bukti? Klik sini. Kalau minuman pulak, obses gila kat susu sampai jadi obes. Haha..

3. Apa tujuan korang berkawan dengan dina ?
~Sebab gadis yang bernama Dina ni kelakar, memahami, bersikap matang walaupun baru berusia 13 tahun. Rugi siapa yang tak berkawan dengan beliau. Kalau zaman dulu dah boleh kahwin dah budak ni. Dik, sila jangan kembang sebesen :p

4. Korang tak suka orang jenis apa ?
~Talam dua muka. Takpun cakap besar, rasa macam nak sumbat anak lipas kat dalam mulut dia. HAHAHA..

5. Apa motif sebenar-benarnye korang letak bloglist ?
~Belum terbuka pintu hati lagi nak letak bloglist dalam blog. Cuma letak kat notepad dan ColorNote kat handphone cabuk. Tujuan utama sebab senang nak blogwalking.

6. Korang pilih kasih takk ? (muehehe)
~Sejujurnya kadang-kadang sifat tu wujud. Hee..

7. Korang rasa korang berfikiran matang tak ?
~Oklah Dina, akak jawab seploh je soalan Dina. Yang soalan ke-7 ni akak nak Dina sendiri yang tolong nilaikan. Thihihi sila jangan marah..

8. Korang suka buka facebook atau blog atau ape-ape je laman sosial ?
~Suka sangat-sangat tapi tu dululah. Sekarang lebih fokus kat blog je.

9. Apa pendapat korang tentang perangai dina ? (mohon cucur ehh jujur)
~Dina baik! Ni jawapan akak yang bubur ehh jujur. Jawapan selanjutnya sama macam kat no.3. :)

10. Korang pernah ade kawan baik ? Cerita serba sedikit pasal dia ye .
~Masa sekolah rendah ada 2 orang, masa sekolah menengah ada seorang. Tapi yang bertahan sampai sekarang masa sekolah menengah je. Beliau sangatlah baik, tak pernah tak melawat bila tiap kali masuk wad.. (sambil pasang lagu Brothers - Teman Sejati, huhu..)

11. Pengalaman yang paaaaling korang tak boleh lupakan adalahhhh ?
~Banyak jugak antaranya masa rumah jiran terbakar yang kebetulan waktu tu kaki dua-dua berbalut, doktor pakar belanja kek harijadi dan sambut ramai-ramai kat wad, Ada kesilapan masa pembedahan, bila bangun melalak je kerjanya. Lagi satu rasa sakit kat lutut pastu bila tengok rupa-rupanya besi dah ada kat luar lutut, 2 bulan kemudian baru betulkan balik.
(maaf jika jawapan ini berunsur 18SG) :D

11 Soalan Cepumas dari Dayang Deno, jeng jeng jengggg..

1. tujuan anda berblogging
~Tujuan asal nak kenalkan dan sebarkan pada masyarakat tentang penyakit Osteogenesis Imperfecta di Malaysia.


2. kenangan manis dalam berblogging
~Bila menang segmen/GA dan dapat kenal kawan-kawan yang sekepala. Hehe..


3. kenangan pahit dalam berblogging *ada atau tak ada? kalau ada, nyatakan
~So far Alhamdulillah takde.. :)

4. subjek paling diminati zaman sekolah
~Masa sekolah rendah Pendidikan Seni walaupun tak pernah dapat A, haha.. masa sekolah menengah pulak suka sangat kat Sivik dengan Pendidikan Jasmani dan Kesihatan. Nampak tak semua subjek yang diminati adalah subjek yang takkan masuk dalam peperiksaan besar? :D

5. subjek kurang diminati zaman sekolah *jika ada nyatakan kenapa.. hehe
~Matematik. Antara subjek yang membuatkan diri ni rasa nak menangis ketika belajar. Huhu maklumlah bukan budak pandai..

6. pernah kena denda tak zaman sekolah?
~Tak pernah sebab cikgu tak sampai hati :p

7. suka lagu apa?
~Buat masa ni The Promised Flag - Galneryus dengan Gekkouka - Janne Da Arc.

8. artis yang diminati?
~Ni sebahagian je tau: Celine Dion, Mago de Oz, Avenged Sevenfold, Scorpions, Black, Azlan and The Typewitter, Masatoshi Ono, Yasunori Hayashi, Zamani, Melly Goeslaw, Daniel Henney. Semua tu stok suara yang nyaring dan merdu kecuali Daniel Henney. *sibuk je Daniel ni* :p

9. suka  filem apa?
~Bukan kaki movie jadi cuma suka Hantu Kak Limah Balik Rumah je kot. Hehe..

10. apakah desert kegemaran anda?
~Mostly makanan yang berasaskan keju macam cheesecake, cheese tart, tiramisu etc..

11. pendapat anda tentang dayangdeno *jujur tau..:)
~Kak Deno kuat dan tabah! Kalau iha yang ada kat tempat akak, mau meroyan 48jam tanpa henti. Kak Deno antara idola iha sekarang.. plus Kak Deno comel :)

11 Soalan Comel macam Kucing dari Qeela Aini ^_^

1. Ape makanan favourite korg?
~Lebih kepada western food (tadi dengan Dina jawab lain) haha.. :D

2. Binatang yg plg geli / takot / fobia?? Hahaa
~LIPAS! Dengar nama 'lipas' tu pun kita rasa macam nak jumpa bomoh Siam dan suruh bomoh Siam santau itu lipas. Senang cakap semua jenis serangga kita geli/takut/fobia. Tskk~
P/s: Lipas tu menatang ke? Bukan serangga?

3. Ade wishlist yg dah tercapai?
~Alhamdulillah ada. Antaranya belajar duduk, belajar uruskan diri sendiri, belajar buat blog tanpa bantuan sesiapa dan jadi penulis walaupun masih amatur.

4. Movie paling scary / gile yg korg penah tgk?
~Scary Movie, hahahaha.. yang sebetulnya Final Destination. Seram meh -_-"

5. Perkare yg plg senang buat korang menyampah / tak suke / sakit ati?~Orang yang banyak membebel (err banyak songeh la senang cakap), asyik soal benda yang sama berulang-ulang kali dan orang yang cepat merajuk.

6. Boyfriend / Girlfriend / Wife / Hubby or kawan, sape lg utame? Mueheheee
~Kawan sahaja. Kalau dah kahwin nanti baru utamakan hubby. Tapi sekarang utamakan family dulu :)

7. Suke speaking / org yg berspeaking tak?
~Suka speaking satu dua patah perkataan je. Tak kisah orang tu nak cakap bahasa apa sekalipun, asalkan boleh faham. Kalau nak cakap bahasa Urdu pun patik tak kisah :D

8. Comment / any cadangan korg terhadap blog Qeela nh?
~Blog akak sweet dan comel sebab ada banyak kucing, hehe..

9. Kalau tgh free korg suke buat ape?
~Korek hidung. Ehh bukan-bukan, bukak SoundCloud, susun jadual untuk keesokan harinya, main game dan suka belajar sesuatu yang baru. Err yang pasti semua perkara itu terpaksa dibatalkan jika tertidur.

10. Korg suke or takot or takde perasaan kt kucing?
~Biasa-biasa je. Suka tengok kucing tapi tak pandai dan tak boleh sentuh. T_T

11. State 1 keunikan korg :)
~I can read your mind. (gelak jahat) >:)

Fuh fuh fuh, tamat jugak akhirnya. KALAU ADA yang nak tanya lagi, Insya Allah aku akan jawab tapi tunggu Isnin depan la pulak ek. Bahaya kalau jawab dalam masa terdekat, boleh sembelit. :P


Mulut besar macam Pac Man, Kalau sudi silalah komen :D

Segmen Ke 2 Bloglist 24 Jam Oleh Akupenghibur.com

Assalamualaikum..

Klik banner untuk menyertai. Tamat pada 5:30 petang / 20 Mei 2013

Jom ramai-ramai support acik.
Semoga berjaya pada para peserta yang menyertai.. :)


Mulut besar macam Pac Man, Kalau sudi silalah komen :D

Lifes: Ladies and Gentlemen, He's My Future Hubby :P

Assalamualaikum..

Terus terang aku cakap, entri kali ni tak membawa apa-apa manfaat dan ilmu berguna mahupun iktibar buat korang. Hanyalah sekadar entri seorang perempuan yang sedang memiliki sifat gelojoh. Dengan tidak semena-mena aku nak kenalkan kat korang pakwe baru aku. Ya sangat baru, ketika entri ini ditaip, tak sampai 24jam pun aku kenal dia. Haa rakus tak xD

Tengah malam semalam, aku nak bincang dengan mak pasal nak tetapkan tarikh pembedahan. Tiba-tiba TERberhenti depan TV. Kat TV2 tayangkan drama bersiri ala-ala Grey's Anatomy, namanya Three Rivers. Kali pertama aku tau kewujudan cerita ni dan aku memang suka drama bergenre medik ni. Cerita dia tak cliche macam Grey's tapi sayangnya cuma ada 1 musim (season) je.

Oh bukan nak buat review pasal TV Series ni, tapi aku nak tunjuk watak salah seorang doktor dalam drama tersebut yang berjaya buat aku melekat depan TV selama sejam :D

Kenalkan ini Dr.Lee, bakal suami aku tapi sayangnya tak diluluskan oleh tok kadi. xD

Dr.Lee adalah nama beliau dalam Three Rivers. Mula-mula je aku tengok muka dia, terus spontan cakap dalam hati "Fuhh, handsome bebeh." Tiba-tiba mak cakap: "Nabihah mesti suka tengok muka dia kan?" Padahal masa mak tengah cakap tu, mata beliau elok je pandang TV. Ok terkejut, aku tanya mak macam mana boleh tau? Mak cakap dia tau taste aku macam mana. Ahaha, hebak la kembar aku ni.

Nama betul beliau Daniel Phillip Henney @ Daniel Henney. Aku ingat dia orang cina, rupanya (American+Korean(Irish / White American). Sila buat-buat faham dengan formula ini, hahah..

Daniel with his beloved parents: Phillip Henney and Christine Henney.
Harus la aku hafal nama mak pak mertua aku kan.. xP

Petang tadi walaupun line internet kurang memuaskan nafsu serakah aku untuk membukak Google, tapi aku tetap buat-buat sabar sambil cari biodata beliau. Tiba-tiba aku ternampak kat mana entah, Daniel ni pernah jadi artis undangan untuk TV Show Family Outing. Ehh, baru aku teringat! Mamat ni yang aku pernah tengok kat Family Outing 2 tahun lepas. Tapi waktu tu takde pulak aku tergedik-gedik macam sekarang. Elok je aku tengok. Nampaknya aku dah setapak ke hadapan menjadi lebih dewasa, kihkih..

Rindu nak tengok Family Outing balik, sebab tak pernah tak buat aku semput.

Sepanjang perkenalan aku dengan beliau kurang dari 24jam, Daniel tak berapa fasih berbahasa Korea walaupun ada darah Korea dalam diri dia. Sebab tu mana-mana drama ataupun filem yang Daniel berlakon kebanyakannya menggunakan bahasa Inggeris. Nanti baby ajar abang bahasa Melayu tau.. A for Ayam! B for Babun! Pffff~

Buat susah-susah je bagi baby bunga ni. Much thank dear :D

Kalau jumpa depan mata, aku tumbuk muka dia ni.
Siapa suruh muka handsome sangat..

Hangpa tunjuk la TV canggih lagu mana sekalipun, aku nak Daniel jugak!

Kebetulannnn, nama aku Diana Nabihah :P
Aku Diana, dia Daniel = Diana Daniel

Ketinggian beliau adalah 6 kaki 2 inci. Padanlah dengan aku, 3 kaki 8 inci, muahaha..

Okey cukup sampai sini je. Aku takut hidung aku berdarah lama-lama. Maaf diatas entri ketidakmatangan ini. Aku tengah ada masalah sebenarnya, jadi aku rasa inilah salah satu alternatif nak buat aku bahagia. Ecehh..

AMARAN KERAS: Jangan rampas bakal suami yang tak diluluskan oleh tok kadi dari saya.


Mulut besar macam Pac Man, Kalau sudi silalah komen :D

Lifes: Cikgu Paling Baik - Bahagian 2

Assalamualaikum..

Sambungan entri Bahagian 1. Entri kali ni masih panjang, harap maklum. :)

Sebelum aku mulakan bahagian 2 ni, aku nak selit sikit nama-nama cikgu yang baik dengan aku masa sekolah rendah dulu tapi TERlupa masa nak letak kat bahagian sebelum ni. TERRRlupa..

Ustazah Nor Hayati (antara guru terawal ajar aku baca jawi), Cikgu Sukeri (cikgu subjek Kemahiran Hidup yang sporting), Cikgu Ani Meh (cikgu pertama yang berjaya dukung aku dengan baik), Cikgu Rosli (cikgu disiplin yang garang tapi sangat kelakar), Cikgu Ali (cikgu yang prihatin, selalu perhatikan aku kalau aku perlukan pertolongan), Cikgu Norsitah (aku takut dengan beliau dulu, padahal beliau understanding dan tersangatlah sporting), Cikgu Azhariza (cikgu Kajian Tempatan yang sangat cool), Cikgu Latifah (cikgu Sains yang baik-sebaik-baiknya), Teacher Daljit (teacher pertama yang pernah bagi aku hadiah), Teacher Isabel (pun teacher yang baik dan bagi keratan aku masuk paper tu), Cikgu Rodi (cikgu yang pernah offer nak suap aku makan :p ), dan baaaanyak lagi, maaf pada nama-nama cikgu yang tertinggal.


Oh sebelum tu lagi, semalam aku lupa nak tulis yang cikgu-cikgu masa aku sekolah tadika pun baik-baik belaka. Cikgu Azizah dan Cikgu Noraziah memang layan aku dengan baik. Masa tadika dulu cikgu masak sedap-sedap, puas diorang pujuk aku makan tapi aku taknak jugak. Bila fikir balik, waaa bodohnya aku. Dah la makanan sedap-sedap tapi tolak rezeki.

Berbalik kisah aku masa nak masuk sekolah menengah. Keadaan agak menyedihkan bila kali pertama tiba di sekolah menengah. Ramai jugak kawan-kawan dari sekolah rendah bersekolah kat situ (memang anak polis semua belajar kat sekolah tu je). Cikgu-cikgu macam ramai yang kurang berkenan dengan aku. Maklumlah masih bawak katil ke kelas, hehe..

Mungkin memang aku takde rezeki nak bersekolah disitu, akhirnya aku diberhentikan oleh pengetua dan kena cari sekolah yang agak jauh sikit dari rumah. Jarak dalam setengah jam. Sekolah menengah yang kedua ini, Alhamdulillah.. cikgu-cikgu 99% baik sokmo. Kenapa bukan 100%? Sebab 1 peratus lagi ada cikgu yang tetap kurang senang dengan kehadiran aku..

Pengetua kat sekolah tu baik sangat tapi.. cuma setahun je aku dapat jumpa beliau. Beliau buat kelas pada aras bawah, belum cukup dengan tu siap tunggu aku kat depan pagar sekolah. Nak lagi terharu asal jumpa je, beliau bagi aku RM50. Pengetua ok bukan cikgu. Bila aku tak datang sekolah sebab operate, beliau kirimkan duit kat cikgu lain untuk bagi kat aku, berserta ucapan yang sungguh sweet. Pengetua jugak satu-satunya yang gelarkan dirinya 'cikgu' dan memanggil anak muridnya 'anak'.

Terjumpa gambar pengetua kesayangan kat Google.. rindu! :')

But it's totally different bila tukar pengetua baru. Kejadian berulang lagi bila aku diberhentikan dan diarahkan untuk pergi ke sekolah yang lebih baik.

Masa menuntut ilmu di sekolah menengah yang ketiga pula, terus terang cakap aku rasa sekolah tu sungguh creepy. First time aku nampak murid yang sangat disiplin bila ada cikgu tapi belakang memang gangster. Tapi aku boleh katakan sekolah ni adalah tempat pertama yang mendidik aku untuk berhijrah kearah lebih baik. Aku mula pakai tudung kat sekolah dan belajar mendalami ilmu agama. Dan terus terang cakap, hanya 5-6 orang sahaja cikgu yang baik dengan aku. Ada yang buat-buat tak nampak dengan kewujudan aku. Ada yang bila lalu je sebelah aku terus toleh ke tempat lain.

Bila nak masuk tingkatan 5, keluarga aku kena berpindah ke Semenyih. Okey kena tukar sekolah lagi. Kali ni bila dapat tau kena tukar je memang aku rasa seronok sangat-sangat. Sebab aku rasa 'seram' bila ada kat sekolah yang ketiga ni.

Tukar sekolah yang keempat, aku 'berhijrah' lebih jauh. Tahun akhir sekolah dan zaman yang agak mencabar dalam dunia persekolahan. Masa ni aku berhijrah betul-betul. Takde dah istilah pakai tudung kat sekolah je. Aku pilih tudung yang labuh masa pergi sekolah, sampai aku ingat lagi semua kawan dan cikgu serius dengan aku sebab penampilan aku macam tu, hehe..

Sekali je pernah masuk dewan ni..

Disebabkan aku tak pernah beli baju sekolah, cuma pakai baju yang dijahit mak saudara masa mula masuk sekolah menengah dari tingkatan 1, baju dah mula nampak 'singkat' tapi masih longgar. Aku pakai handsock dan stokin sampai paras lutut gila ko. Aku dapat kawan-kawan yang sangat awesome dan rasanya takde cikgu yang bersikap dingin dengan aku. Takde.

Rasa heaven je masa belajar, ada kawan yang tolong bawakkan aku ke makmal, ada kawan yang sanggup usung wilcha aku beramai-ramai masa nak lalu kat tepi longkang bangunan sekolah. Ada kawan yang sanggup duduk semeja dan gosip sama-sama dengan aku. Tak pernah aku dapat kawan sebaik diorang selain masa sekolah rendah dulu.

Cikgu-cikgu sentiasa bagi sokongan tak berbelah bagi. Buku latihan dibagi percuma (sebab aku selalu ponteng lepas operate), cikgu fotostat nota guru, bukan nota murid, dan macam-macam lagi. Yang paling aku terharu masa aku tak sempat nak ambik peperiksaan penggal dua, cikgu subjek Perdagangan, Cikgu Hafidah kata siapa yang dapat markah paling tinggi akan dapat keychain yang cikgu beli masa melancong kat India. Aku tumpang seronok pada kawan-kawan yang dapat keychain tu. Tiba-tiba Cikgu Hafidah hulurkan sesuatu kat aku senyap-senyap. Serius rasa macam nak menangis je. Perkataan yang aku nak cakap masa tu ialah "Terima kasih cikgu! Sayang cikgu!" tapi tak terluah pulak.

Keychain Taj Mahal..
Sanggup cikgu habiskan duit beli keychain ini untuk saya..
Terharu.. terima kasih cikgu :)

Seminggu sebelum SPM bermula, aku kena berpisah dengan cikgu dan kawan-kawan lebih awal, sebab aku ambik SPM kat hospital. Masa nak salam, masa nak mintak maaf dan cakap terima kasih kat cikgu-cikgu, rasa mata ni dah berat seberat 10kg tau tak. Masuk kereta apo laie, menangih tak berlagu arr den. Dengar abah bukak radio Klasik Nasional, keluar lagu Sharifah Aini - Hapuslah Air Matamu, tergelak-gelak mak tengok aku lap air mata banyak kali.

So, aku nak senaraikan nama-nama cikgu yang baik dengan aku masa sekolah menengah antaranya:

1. Pn. Zaiwati
2. Pn. Rosmini
3. Pn. Rodiah
4. Pn. Mahani
5. Ustazah Dayang
6. Sir Rozaini
7. Cik Rozana (dulu Cik, sekarang taktau hehe)
8. Cikgu Noorizan (pengetua)
9. Cikgu Fouziah
10. Cikgu Rasidah (kalau tak silap ejaan)
11. Pn. Sariati
12. Pn. Sorah
13. Pn. Shahzilina
14. Pn. Rita
15. Pn. Maizan
16. Pn. Azian
17. Pn. Zakiah
18. Cik Hafidah
19. Pn. Halimah
20. Pn. Irnawati (kalau tak silap ejaan)
21. Ustaz Azlan
22. Ustazah Norliza
23. Pn. Nurul Khuzaimah
24. Pn. Normah
25. Pn. Sarimah
26. En. Zainal Nordin
27. Ustaz Rosli
28. Pn. Normala
29. Ustazah Hidayah
30. En. Fauzi
31. Pn. Teh Nazhura

Haaa ni mana yang aku ingat dan sangat baik dengan aku sepanjang belajar kat empat buah sekolah menengah. Mohon maaf zahir batin kalau ada nama yang tertinggal. Jasa mereka entah bila aku dapat balas. Kalau ada salah seorang guru yang membacanya (kalau aku bagi link entri ni kat FB cikgu la), aku ucapkan Selamat Hari Guru kepada mereka. Moga Allah SWT melipatgandakan segala usaha mereka. Setiap ilmu yang mereka sumbangkan pada anak didik akan menjadi 'harta' yang sungguh berharga bagi kami, iaitu sebagai seorang pelajar. Terima kasih cikgu, moga DIA merahmati kamu semua..


Mulut besar macam Pac Man, Kalau sudi silalah komen :D

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Iha Zaliza © 2010-2017