Latest!

Lifes: 5+2 Negara Yang Aku Nak Pergi

Assalamualaikum..


Credit

Walaupun aku mempunyai sifat yang tak suka berjalan-jalan malah kadang-kadang cuma pergi bercuti ke tempat yang taklah jauh mana, tapi ianya bukanlah suatu alasan untuk aku berangan ala-ala Mak Jemah Mat Jenin dalam memasang impian pergi melancong ke negara yang diingini. Selama ni, cuma ada 2 negara je yang aku nak pergi, tapi sekarang dah bertambah 3 negara lagi. Tahu tak negara apa?

1. Arab Saudi


Credit

Sebelum kita nak berangan pergi bercuti ke mana-mana negara, sebagai seorang muslim kita WAJIB menunaikan haji bagi yang dah berkemampuan. Bagi aku, walaupun aku sakit ke apa ke. kalau dah ada duit, In Shaa Allah aku memang nak ke sana. Benda baik mesti dipermudahkan. :) Lepas tu barulah boleh fikir nak pergi ke mana pulak. Afrika selatan ke, Somalia ke, kalau tak cukup duit boleh pergi yang dekat sikit macam Itali ke, Jerman ke, eh?

2. India


Credit

Untuk pengetahuan korang, India merupakan negara yang tak pernah aku fikir untuk dilawati. Terus terang cakap memang India bukan negara yang aku nak pergi sepanjang aku hidup. Tapi sekarang negara yang ada Taj Mahal ni dah jadi antara negara paling penting untuk aku pergi. Kenapa? Panjang ceritanya. Dah sampai masa, nanti aku akan cerita sampai korang hantar virus kat blog aku sebab bosan asyik cerita benda yang sama je. :P

P/s: Gigih aku pasang lagu hindustan masa taip entri ni. Waktu 12 tengah malam pulak tu. Sumpah feel habis. xD

3. Jepun


Istana di kampung bekas bakal suami aku, LOL.
Credit

Masa aku lupa daratan dulu, Jepun adalah negara PERTAMA dan WAJIB untuk aku pergi. Walaupun dah bukan jadi negara pertama yang aku nak pergi, tapi masih jadi antara negara yang aku nak pergi. Err korang faham ke tak ni?

Hari-hari aku asyik baca semua perkara pasal Jepun. Sebab tu exam aku banyak fail sebab suka baca benda yang tak masuk espiyem, HAHA. Tapikan, masa piyemar dulu, subjek yang paling tinggi score adalah sejarah sebab dalam sejarah ada cerita pasal pendudukan orang Jepun kat Tanah Melayu. Senang cakap cerita, lagu, agama, politik, bahasa Jepun, dan semua pasal Jepun aku ambil tahu.

Tapi sekarang 99.9% pasal Jepun aku dah lupa. HAHAHA. xD

4. Perancis


Credit

Boleh dikatakan baru je lagi aku minat tengok tempat-tempat kat Perancis ni. Asalnya aku minat sebab masa kecik dulu aku selalu kena bahan dengan family sebab tak boleh sebut R. Sekarang tak terasa dah sebab aku ada geng Lisa Surihani. Jadi masa tu family aku cakap jangan rasa malu, sebab aku mesti boleh cakap bahasa Perancis. Lepas tu, baru-baru ni aku ada cuba satu kuiz. Kuiz tu nak test bahasa apa yang sesuai untuk kita pelajari. Bila dah cuba jawab kuiz tu dengan skema dan jujurnya, akhirnya aku dapat jawapan suruh belajar bahasa Perancis. So sekarang ni aku masih berjinak-jinak belajar sambil makan croissant. :D

5. Australia


Credit

Dulu Australia tak pernah ada dalam list aku untuk pergi melancong. Tapi sekarang rasa macam best pulak kalau dapat ke sana. Pemandangan cantik kot! Lepas tu kat sana boleh jumpa ramai orang Islam. Lepas tu lagi dapat jumpa Pak Kang dan Mak Ko. Lepas lepas lepas tu lagi, kat sana siap ada Persatuan untuk penyakit Osteogenesis Imperfecta pulak tu! Gila tak eksaited. Jadi rasa macam banyak sebab pulak untuk ke Austghaliya tu. :D

1:29AM, 23/2/2015:

Aku berubah fikiran untuk tambah 2 lagi negara yang ingin dilawati. Kikiki..

6. Sepanyol


Credit

Mungkin sebab pengaruh telenovela + lagu rock dari Sepanyol membuatkan aku agak tertarik nak ke sana. Lagipun kat Sepanyol ada sejarah Islam, mesti tambah menarik untuk dikunjungi kan. Err tapi sekarang ada la 10% je kot keinginan nak ke Espana ni, huahaha.. xD

7. Dubai (Emiriah Arab Bersatu)










Semua gambar Dubai kat atas ni Sendirian Berhad punya ye, bukan dari Google. Err tapi bukan aku la yang ambik, Orang lain yang tolong snap atas permintaan aku. Sampai menangis-nangis aku tau sebab kempunan nak tengok kecantikan kat sana, over sangat. Harap aku dapat la pergi sana sebab bila tengok kat dalam video call pun nampak indah sangat. Waktu malam terserlah dengan kemodenan kota tersebut. Waktu siang pulak sentiasa bersih. Memang susah nak cari sampah kat tepi jalan.

Ok tak tempat-tempat yang aku nak pergi ni? Cakap je lebih, entah-entah satu pun tak dapat nak pergi kot. Lagipun Zoo Negara pun aku tak lepas lagi, HAHAHAHA. Semoga satu hari nanti aku dikurniakan kesihatan yang baik dan ada rezeki untuk ke seloroh donia, Aamiin.

P/s: Kalau korang dah pernah pergi ke negara yang aku senaraikan kat atas ni, sudi-sudikanlah untuk berkongsi pengalaman dengan aku ye. Untuk yang tak pernah pergi mana-mana dan senasib dengan aku, cuba ceritakan impian korang pulak nak melancong ke negara mana.

P/s II: Agak-agak kalau aku buat entri belajar bahasa-bahasa yang aku tahu (takdelah fasih tapi bolehlah sikit-sikit) korang okey ke? Boleh terima?


Mulut besar macam Pac Man, Kalau sudi silalah komen :D

Monster Monday 4: Kenal Iha Zaliza tak?

Assalamualaikum..








Mulut besar macam Pac Man, Kalau sudi silalah komen :D

Lifes: Gambar-Gambar Yang Akan Buat Aku Rasa Dah Tua

Assalamualaikum.

Semalam adalah kenangan,
esok adalah masa depan.

Yang pasti, aku dah tua. T_T




















Mulut besar macam Pac Man, Kalau sudi silalah komen :D

Fadhali Friday 5: MALAIKAT MENGUJI SI SOPAK, SI BOTAK DAN SI BUTA

Assalamualaikum..


Credit

Maksud Fadhali Friday.

Dari Abdul Rahman bin Abu Amrah bahawa Abu Hurairah berkata bahawa dia mendengar Rasulullah SAW bersabda : "Sesungguhnya ada tiga orang dari kaum Bani Israil, yaitu orang yang sakit kulit (sopak), orang botak dan orang buta. Allah hendak menguji mereka itu, kemudian mengutus seorang malaikat kepada mereka. Ia mendatangi orang sopak lalu berkata: "Keadaan yang bagaimanakah yang amat engkau suka?" Orang sopak berkata: "Warna yang baik dan kulit yang cantik, juga lenyaplah kiranya penyakit yang menyebabkan orang merasa jijik padaku ini."

Malaikat itu lalu mengusap kulitnya dan lenyaplah kesan penyakit dari tubuhnya dan dikurniakan oleh Allah Ta'ala warna yang baik dan kulit yang cantik.

Malaikat itu berkata pula: "Harta yang macam manakah yang amat engkau sukai?" Orang itu menjawab: "Unta." Ia lalu dikurniakan unta yang bunting, kemudian malaikat berkata: "Semoga Allah memberi keberkatan untukmu dengan unta ini."

Malaikat itu seterusnya mendatangi orang botak, kemudian berkata: "Keadaan yang bagaimanakah yang amat engkau suka?" Orang botak berkata: "Rambut yang baik serta hilangnya rasa muak orang memandangku." Malaikat itu kemudiannya mengusap kepalanya dan lenyaplah botak itu dari kepalanya dan ia dikurniakan rambut yang cantik. Malaikat berkata pula: "Harta macam apakah yang amat engkau suka?" Ia berkata: "Lembu." lalu dikurniakan lembu yang bunting dan malaikat itu berkata: "Semoga Allah memberikan keberkatan untukmu dengan lembu ini."

Akhirnya malaikat itu mendatangi orang buta lalu berkata: "Keadaan bagaimanakah yang amat engkau suka?" Orang buta menjawab: "Aku memohon Allah mengembalikan penglihatanku padaku sehingga aku dapat melihat manusia." Malaikat lalu mengusapnya dan Allah mengembalikan penglihatan kepadanya. Malaikat berkata pula: "Harta yang bagaimanakah yang amat engkau suka?" Lalu ia menjawab: "Kambing." Kemudian ia dikurniakan kambing yang bunting.

Allah SWT memberikan kepada mereka nikmat yang banyak. Maka berkembang biaklah unta, lembu dan kambing sehingga satu lembah penuh dengan unta, satu lembah lagi penuh dengan lembu dan yang satu lagi penuh dengan kambing.

Malaikat itu lalu mendatangi lagi orang yang asalnya - sopak dalam rupa seperti orang sopak itu dahulu keadannya - yakni berpakaian serba buruk dan berkata: "Saya adalah orang miskin, sudah terputus semua sebab-sebab untuk dapat memperoleh rezeki bagiku dalam perjalananku ini. Maka tidak ada yang dapat menyampaikan maksudku pada hari ini kecuali Allah kemudian dengan pertolonganmu pula. Saya meminta padamu dengan atas nama Allah yang telah mengurniakan padamu warna yang baik dan kulit yang cantik dan pula harta yang banyak, saya meminta seekor anak unta untuk bekal meneruskan perjalanan saya ini."

Orang yang dulunya sopak dan kini cantik kulitnya itu menjawab: "Keperluan-keperluanku masih banyak sekali." Dia enggan memberikan sedekah padanya. Malaikat itu berkata lagi: "Seolah-olah saya pernah mengenalmu. Bukankah engkau dahulu seorang yang berpenyakit sopak yang jijik oleh seluruh manusia, bukankah engkau dulu seorang fakir, kemudian Allah mengurniakan harta padamu?" Orang sopak dahulu itu menjawab: "Semua harta ini saya mewarisi dari nenek-moyangku dulu dan mereka pun dari nenek moyangnya pula." Malaikat berkata pula: "Jikalau engkau berdusta yang menyebutkan bahwa harta itu adalah berasal dari warisan, maka Allah pasti akan menjadikan engkau kembali seperti keadaanmu semula.

Malaikat itu selanjutnya mendatangi orang yang asalnya botak, dalam rupa seperti orang botak dulu dan dalam keadaannya yang hina dina, kemudian berkata kepadanya sebagaimana yang dikatakan kepada orang sopak, dan orang botak itu menolak permintaannya seperti halnya orang sopak itu juga. Akhirnya malaikat itu berkata: "Jikalau engkau berdusta, maka Allah pasti akan menjadikan engkau kembali sebagaimana keadaanmu semula."

Seterusnya malaikat itu mendatangi orang yang asalnya buta dalam rupanya seperti orang buta itu dahulu serta keadaannya yang menyedihkan, kemudian ia berkata: "Saya adalah orang miskin dan kehabisan bekal dalam perjalanan, sudah terputus semua sebab-sebab untuk memperoleh rezeki bagiku dalam perjalananku ini, maka tidak ada yang dapat menyampaikan maksudku pada hari ini, kecuali Allah kemudian dengan pertolonganmu pula. Saya meminta padamu dengan atas nama Allah yang mengembalikan penglihatan untukmu yaitu seekor kambing yang dapat saya gunakan untuk menyampaikan tujuanku dalam perjalanan ini." Orang yang dahulunya buta itu berkata: "Saya dahulu pernah menjadi orang buta, kemudian Allah mengembalikan penglihatan padaku. Maka oleh sebab itu ambillah mana saja yang engkau inginkan dan tinggalkanlah mana saja yang engkau tidak inginkan. Demi Allah saya tidak akan membuat kesukaran padamu kerana tidak membenarkan permintaanmu pada hari ini dengan sesuatu yang engkau ambil kerana mengharapkan keredhaan Allah 'Azzawajalla."

Malaikat itu lalu berkata: "Simpanlah hartamu,(tidak diambil sedikit pun) sebab sebenarnya engkau semua ini telah diuji, kemudian Allah telah meredhai dirimu dan memurkai pada dua orang sahabatmu - yakni si sopak dan si botak."



Kesimpulan
Allah mengurniakan kesenangan dan keselesaan adalah sebagai ujian untuk melihat siapakah di antara mereka yang bersyukur.
Manusia yang bersyukur Allah akan tambah kurniaan sebaliknya manusia yang kufur akan diazab oleh Allah.
Manusia seringkali lupa daratan apabila diberikan kemewahan dan kesenangan.
Sangat sedikit hamba Allah yang bersyukur.
Siapa yang tidak bersyukur kepada manusia, dia tidak akan bersyukur kepada Allah.
Allah memberi kurnia kepada sesiapa yang dikehendakiNya dan menarik nikmat daripada siapa sahaja yang dikehendakiNya.
Sifat syukur adalah satu sifat yang terpuji, sebaliknya kufur (kufur nikmat) adalah sifat yang dicela oleh Allah.


Mulut besar macam Pac Man, Kalau sudi silalah komen :D

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Iha Zaliza © 2010-2017